Selasa, 13 Julai 2010

Skandal RASUAH Scorpene: Cara-cara Ektradisi Najib ke Perancis
Berita

"KALAU Najib disabit bersalah, bolehkan Najib dipenjara di Perancis?? Akhbar melaporkan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam akan bertemu dengan Polis Perancis jam 2 petang waktu Paris untuk memberi keterangan berhubung pembelian Scorpene dan skandal serta rasuah yang membabitkan idola No.1 UMNO iaitu Najib.

Ini berikutan arahan Mahkamah Perancis. Artikel ini menganalisa kaedah-kaedah mengektradisi Najib c4 ke Perancis sekiranya disabitkan bersalah dalam isu rasuah tersebut, kui kui.

Mahkamah Perancis telah mengarahkan skandal rasuah kapal selam ini disiasat berikutan permohonan Suaram. Bala turut memberi persetujuan untuk bekerjasama. Sekiranya dahulu di Malaysia, Bala boleh secara 'tiba-tiba' menarik balik Perakuan Bersumpahnya yang dibuat ke atas Najib dalam masa 24 jam, keadaan kini tidak semudah dahulu kerana Bala bukan lagi di Malaysia dan kuasa Najib kini terbatas.

Pihak pendakwa Perancis telah mengarahkan syarikat terbabit yang mempunyai rekod buruk dalam merasuah ahli politik disiasat untuk mengetahui siapa yang memperoleh rasuah aka komisyen dalam skandal kapal selam tersebut.

Bos No.1 UMNo yang menjadi pujaan hati ahli UMNO terpalit dengan kes ini apabila Altntuya mati dibunuh oleh dua orang bekas pengawalnya, dipercayai berikutan skandal kapal selam ini. Pembelian kapal selam termasuklah KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dikaitkan denga Altanuya kerana model Monggolia yang fasih pelbagai bahasa ini dipercayai menjadi jurubahasa kepada urusan pembelian tersebut tetapi tidak dibayar seperti yang dipersetujui sebaliknya dibom.

Sekiranya mahkamah Perancis mendapati sememangnya Najib terlibat, bolehkah Najib diektradisi?

terlebih dahulu, apa dia ektradisi tu? Ektradisi tu ialah satu proses undang-undang di mana satu negara menyerahkan sesorang penjenayah atau suspek jenayah kepada negara lain.

Setiap negara mempunyai kedaulatannya sendiri oleh itu tidak perlu untuk sesebuah negara menyerahkan rakyatnya kepada negara lain. Melainkan ada perjanjian ektradisi antara Malaysia dan Perancis, Malaysia tidak perlu menyerahkan Najib kepada Perancis sekalipun Najib disabitkan terbabit dalam kes rasuah kapal selam ataupun dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.

Sekiranya Najib dijatuhkan hukuman mati, proses ektradisi akan menjadi lebih sukar kerana Artikel 3 Konvensyen Eropah berhubung Hak Asasi Kemanusiaan melarang ektradisi sekiranya ia membawa kepada hukuman mati.

Seterusnya, Najib juga seorang PM justeru beliau mempunyai immuniti. Pendek kata, kalaupun Najib pergi ke Monggolia lalu menembak mati seorang Model Monggolia, Najib masih kebal berikutan imunitinya. Ini hanya contoh sahaja, contohhh!

Bagaimana pula sekiranya UMNO dan BN kalah pilihanraya? Adakah Najib masih boleh diektradisi?

Senang cerita, dari segi undang-undang, susah. Kalaupun mahkamah Malaysia sendiri mengesahkan bahawa Najib terlibat dengan pelbagai skandal, dan dibuktikan, Najib masih boleh berusaha mendapatkan pengampunan.

Meskipun begitu, terlepas dari hukuman dunia tak bermakna terlepas dari hukuman di akhirat. Dan sekiranya terlepas dari hukuman dunia tetapi hidup terhina seperti Mahathir, sehinggakan mata pun disembur, apa gunanya?

dan kita jangan pandang rendah strategi Najib dan UMNO yang dibantu oleh syarikat Zionis APCO.

Semoga Allah memberi hidayah dan pengampunan kepada mereka semua. Wassalam

Tiada ulasan: