Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.
Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.
Kisah kejayaan Mahathir berhenti pada tahun 2003 apabila beliau secara tiba-tiba menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya Abdullah Badawi. Ia kemudiannya membawa kepada permulaan masalah.
Badawi menyelit masuk dan keluar, tiada pencapaian konkrit
Badawi tidak dapat masuk ke dalam acuan yang ditinggalkan oleh Mahathir dan dia juga telah mengabaikan semua amaran awal. Badawi telah hilang dalam dunianya sendiri tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam negara ini sama ada dari segi ekonomi, kewangan, sosial atau politik. Beliau menyerah semuanya kepada "orang-orang bodoh di tingkat empat" yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Perdana Menteri de-facto termuda di negara ini.
Badawi hanyalah alat bersuara dan apabila ditinggalkan sendirian, beliau akan meraba-raba dan tergagap-gagap menjawab soalan mudah yang diajukan kepadanya oleh wartawan. Satu contoh klasik adalah jawapan beliau mengenai hutang RM150 juta Ketua Menteri Sabah Osu Sukam di sebuah kasino di UK. Walaupun berkemungkinan jumlah itu adalah tidak logik, Abdullah Badawi terus bergegas mengutuk Osu tanpa memeriksa fakta sebenar. Beliau mengatakan bahawa jika akhbar berkata demikian, maka ia pasti benar.
Walaupun sebagai seorang pemimpin veteran, Abdullah Badawi bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata sebenar dan tidak mampu memimpin negara melalui zaman kegelapan. Pengkritik beliau yang ramai yang membenci beliau disebabkan Khairy, mendakwa bahawa Badawi bukan seorang pentadbir yang baik - dia hanyalah seorang penjaga yang teruk!
Mahathir marah apabila Badawi memansuhkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura, menyebabkan kerajaan BN terpaksa membayar kira-kira RM115 juta pampasan kepada pemegang konsesi. Ini merupakan episod terakhir pemerintahan beliau yang teruk itu. Mahathir membuat kesimpulan bahawa Abdullah bukan sahaja tidak layak untuk jawatan itu tetapi menjadikan misinya untuk menendang keluar Abdullah Badawi.
Najib juga tidak melakukan apa-apa yang konkrit-dibawa masuk dan menunggu masa untuk dibuang
Dalam masa yang sama, tiada peningkatan dalam ekonomi, namun kos untuk segala-galanya meningkat dan kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan itu. Apabila Najib Tun Razak mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk terus meminjam. Kerajaan telah meminjam sebelum ini tetapi kini, ia benar-benar dalam keadaan terdesak. Oleh itu, hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion (angka 2010).
Masalah dengan Najib adalah beliau sudah pun banyak bebanan. Beliau mempunyai skandal peribadi, pembaziran dan gaya hidup mewah, isu-isu yang melibatkan saudara-mara beliau dan yang paling dasyhat adalah isteri beliau yang dikatakan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.
Cara Rosmah yang berlebih-lebihan telah menarik perhatian dan memberikan tanggapan buruk orang awam dan akhir-akhir ini anak beliau sendiri (bersama isteri pertamanya), Mohd Nazifuddin, juga menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan syarikat pembalakan.
Setakat ini, segala-galanya yang Najib telah cadangkan dan cuba laksanakan tidak berhasil seperti yang dirancangkan. Mungkin kerana kekangan kewangan. Apapun, beliau hendaklah fokus dan cuba memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan Malaysia daripada belenggu ini. Tetapi Najib tidak melakukannya. Beliau memilih untuk melarikan diri melalui perjalanan luar negara yang mahal yang telah menambahkan lagi beban kewangan negara.
Pentadbiran beliau telah diburukkan lagi oleh skandal Khir Toyo, Liwat II, BERSIH 2.0, kematian SPRM, kekejaman dan ketidakcekapan pihak polis, kemerosotan UMNO, kejatuhan Gerakan, MIC dan MCA. Hutang RM407 billion negara dan laporan Ketua Audit Negara ke atas perbelanjaan kerajaan yang tidak bertanggungjawab pada tahun 2010 telah membuka Peti Pandora BN dan Malaysia sepeti sudah tidak bermaya lagi untuk menghadapinya.
Pendek kata, Najib tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada pengurusan, pembangunan, ekonomi dan kewangan negara. Berita mengenai pinjaman besar-besaran RM6 bilion yang diberikan oleh KWSP kepada FELDA telah tersebar, walaupun FELDA sering dihebahkan sebagai sebuah entity penjana wang dan kaya tunai. Mengapa harus meminjam dengan begitu banyak apabila tidak ada pelan pelaburan yang setimpal direncanakan?
Malah syarikat minyak nasional Petronas terpaksa menerbitkan bon untuk pembangunan modal. Ia kelihatan seperti mengalami kegelinciran disebabkan Umno dan BN tidak dapat melepaskan diri daripada peminjaman yang berterusan dan perbelanjaan melampau.
Kelihatan seakan-akan Umno-BN akhirnya akan terpaksa mengemis untuk memenuhi keperluan kewangan. Ia telah meminjam dan "mencuri" dari Petronas. Seterusnya ia akan merompak KWSP. Sesungguhnya, Malaysia adalah ibarat sebuah badan korporat yang berada diambang kebankrapan!

Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia






Menurut Mahfuz, beliau hairan Marina, yang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung PERKASA tidak didajalkan oleh kumpulan itu atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".
"Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.
"Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.
Meskipun sedih dan terkilan dengan keputusan itu, penganjurnya memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan tidak akan diteruskan demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir.
Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.
Belum habis lagi cerita panas pelantikkan Presiden MUIP KS Nallakaruppan sebagai Senator, ada pula cakap-cakap di kalangan ahli-ahli kumpulan di Parlimen bahawa 'penjahat'
Berita terkini tentang kemarahan Marina Mahathir terhadap media perdana kepunyaan kerajaan semalam mendapat perhatian ramai. Sekarang ini bertambah lagilah rasa tidak berkeyakinan terhadap media perdana, seperti Utusan, TV3 serta saluran TV perdana yang lain yang telah memutar belitkan isu seksualiti merdeka itu.
Bagi saya dalam BN khususnya UMNO mempertahankan kedudukan mereka untuk berkuasa isu seks adalah isu yang paling suka mereka perbesarkan. Tidak ada lain seks…seks…dan seks. BN tidak menumpukan usaha mereka untuk menunjukkan petadbiran yang luhur dan bersih daripada kegiatan yang hina seperti rasuah. Mereka (BN) memainkan isu seks bebas terhadap orang yang sudah berumur seperti Ambiga dan Irene Fernandez dan itu merupakan isu yang tidak masuk akal.
Media perdana sudah tidak diyakini oleh rakyat lagi kerana persepsi terhadap kumpulan media perdana ini sangat rendah. Malahan lagi kuat Utusan membelasah pihak pembangkang lagi jatuh sokongan rakyat terhadap UMNO. Lagi banyak isu untuk memburukkan pihak pembangkang yang dilakukan oleh media perdana lagi buruk pandangan rakyat terhadap kerajaan BN yang di teraju oleh UMNO itu.
Jika Utusan dan TV3 ke barat rakyat akan ke timor. Jika Utusan dan TV3 ke utara rakyat akan ke selatan. Pendeknya media perdana kini boleh di anggapkan sebagai penyumbang utama kepada kejatuhan BN dalam pilihanraya kali ini jika pihak ini terus menerus memainkan isu sensitive tanpa belas ehsan ini.
She told a media conference that “no words could describe” her anger at hearing the event being described as such on television station TV3 last night, and warned a reporter from the station of consequences if her statement today is misreported.