Sabtu, 19 November 2011

Scandal Fidlot lambang transformasi Najib..



Mengikut piawaian Barisan Nasional (BN), skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak sebesar mana, kerana hanya melibatkan kurang dari RM300 juta dana awam.


Namun perdebatan hangat yang berterusan tentang skandal ini membolehkan kita menilai tahap tadbir urus negara ini. Dan yang lebih mustahak sama ada terdapat anjakan paradigma di kalangan pemimpin BN di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Skandal NFC ini memperlihatkan kebiasaan sikap rakus dan tamak BN apabila berdepan dengan dana awam. Sejumlah besar dana awam diberi kepada syarikat-syarikat kroni yang tidak kompeten yang merampok wang dan seterusnya menemui kegagalan untuk mengendalikan projek seperti yang diharapkan.

Respon daripada para pemimpin BN, dari perdana menteri ke bawah, tidak berasas melainkan hanya mencari pelbagai alasan dan percubaan untuk menutup skandal ini.

Budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban nampak begitu asing bagi manusia seperti mereka ini meskipun beratus juta wang pembayar cukai dicurahkan begitu sahaja, ibarat ‘menuang air di daun keladi’, bagi mengembar gembur pelan transformasi Najib untuk negara ini.

NFC diberi tanggungjawab untuk “mentranformasi industri ternakan dan daging lembu supaya muncul sebagai pengeluar daging halal bertaraf antarabangsa”, menurut Bernama yang melaporkan majlis menandatangani perjanjian pinjaman mudah RM250 juta pada 6 Disember 2007.

Sasaran pengeluaran ialah sebanyak 60,000 ekor lembu bagi Fasa 1 dari ladang lembu di Gemas. Operasi dijadual bermula Februari 2008.

NFC kacau bilau

Empat tahun kemudian, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut situasi projek NFC berada dalam keadaan kacau bilau. Jumlah lembu yang mampu disembelih hanya 5,742 sehingga November tahun lalu. Walaupun sasarannya dikurangkan kepada 8,000 ekor lembu setahun, projek itu masih dianggap gagal.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila adanya laporan mengenai salah guna dana awam seperti RM9.8 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah dan lebih RM800,000 dibelanjakan untuk keraian dan elaun perjalanan dalam tahun 2009 walaupun syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM7 juta dalam tahun 2008 dan RM11 juta pada 2009.

Kelihatannya, NFC akan menerima nasib malang seperti projek mega Barisan Nasional yang lain – Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Perwaja dan lain-lain.

Siapa yang memiliki NFC? Keluarga Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno.

Suaminya, Mohamad Salleh Ismail, adalah pengerusi dan tiga anak mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah- pengarah eksekutif syarikat itu.

Lebih malang, anggota keluarga Shahrizat langsung tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ternakan lembu dan pengeluaran daging lembu.

Umtuk makluman, terdapat lebih 300 ladang feedlot di negara ini dan banyak syarikat yang terbukti berjaya dalam industri penawaran daging lembu ini.

Dengan ramainya bilangan rakyat kita yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, bukankah lebih baik kita amanahkan sahaja kepada para usahawan yang lebih berkelayakan dari anggota keluarga Shahrizat?

Dan lebih melucukan apabila diperhatikan bahawa mereka yang sibuk membela NFC dan Shahrizat adalah personaliti tertinggi Umno seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ketua Pemuda Umno dan terkini, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pemimpin Umno bela Shahrizat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Parlimen pada 11 November lalu, tidak ada apa yang salah dan sedikit masa lagi pengeluarannya akan meningkat kepada 12,000 ekor lembu dari 6,000 ekor lembu sebelumnya.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memulakan projek ini ketika beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata dalam satu sidang media pada 29 Oktober lalu bahawa beliau “tidak nampak apa yang pelik dan satu kesalahan” dengan projek itu. Beliau kemudian menyerahkan kepada penggantinya Datuk Seri Noh Omar untuk menjawab soalan-soalan berikutnya.

Noh menafikan wujudnya penyelewengan dalam pemberian projek itu dan menyifatkannya sebagai satu “kejayaan”, dengan memberi berbagai alasan walaupun pengeluaran lembu dan daging lembu adalah rendah.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula, walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, kelihatan pelik kerana secara tiba-tiba beliau muncul sebagai juara, sebagai pembela yang paling lantang bersuara.

Selain itu, Pak Lah juga timbul untuk menyelamatkan Shahrizat. Pada 15 November, beliau berkata, Shahrizat tidak perlu meletak jawatan kerana beliau bukan CEO dan tidak terlibat. Pak Lah menyuarakan pandangannya kerana ramai yang meminta Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai menteri.

Tetapi agak menghairankan, tidak ada sesiapa pun yang mendesak supaya kedua-dua menteri ini (Muhyiddin dan Noh Omar) didakwa.

Muhyiddin kerana memberi projek ini kepada syarikat yang tidak layak dan Noh Omar kerana gagal mengawal-selia pelaksanaan projek ini.

Berhubung badan pemantau rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang selama ini membisu walau pun sudah tiga minggu skandal ini muncul, hanya baru-baru ini menyerahkannya kepada pihak polis dengan alasan bahawa ini kes polis, bukan SPRM.

Adakah pihak polis akan melakukan sesuatu? Tekaan anda adalah serupa dengan saya. Inilah yang dikatakan transformasi Najib!

Tangkapan ISA bukti Haji Najib ‘PM kaki bohong’

KUALA LUMPUR: Berbohong dan mungkir janji menjadi amalan Datuk Seri Najib Razak sepanjang mentadbir negara ini, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Merujuk penahanan 10 lelaki di Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata tindakan itu mengesahkan sandiwara politik Najib selama ini, sekaligus memanjangkan senarai pembohongan Presiden Umno itu.

“Ini membuktikan Perdana Menteri mengkhianati janji yang dibuatnya sendiri selain tidak konsisten dengan dasarnya,” kata beliau kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau mengulas tangkapan terbaru terhadap sekumpulan lelaki di Sabah mengikut ISA walaupun Najib pada 16 September lalu berkata akta itu sudah dimansuh.

Sekurang-kurangnya 10 lelaki di Sabah ditahan ISA yang dilaksanakan pasukan khas Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Harian dan The New Straits Times.

Mereka ditahan mengikut ISA kerana akta berkenaan belum dimansuh bagi membantu siasatan,” sumber kedua-dua akhbar itu dipetik sebagai berkata.

“Sepatutnya mangsa terbaru ISA diberi peluang membela diri kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah,” kata Ignatius lagi.

Najib sepanjang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi kerap menjanjikan pelbagai dasar baru bagi meraih populariti politik sedangkan pelaksaaannya

Antaranya, pentadbiran Najib mendakwa hanya RM181.9 juta pinjaman bagi ternakan lembu kebangsaan diberi kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya KEADILAN membuktikan pinjaman RM250juta sudah pun diberi.

Najib berbohong apabila menafikan Datin Seri Rosmah Mansor tiada pejabat di Putrajaya sedangkan laman sesawang rasmi kerajaan membuktikan wujud Pejabat First Lady of Malaysia (FLOM)

Pada 7 Jun 2010, Najib berbohong kononnya tidak melulus lesen judi sukan kepada syarikat Ascott Sport dan Berjaya Group tetapi kedua-dua syarikat pada 11 Jun 2010 mengesahkan mereka sudah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan.

Pada Ogos 2011, Najib menubuh Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji peraturan pilihan raya termasuk penggunaan dakwat kekal tetapi kemudian menyarakan PSC tidak terikat dengan pembubaran Parlimen.

Parlimen Jerman: Fitnah II cubaan Najib singkir lawan politik

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai “proses menyingkirkan seteru politik”, kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

“Kami memerhati dengan teliti perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang akan selesai dalam bulan Disember.

“Sewaktu lawatan kami ke Malaysia pada awal 2011, keraguan kami terbukti benar yang perbicaraan itu mungkin merupakan proses menyingkirkan seteru politik,” kata Dr Thomas Gambke, ketua Asean Parliamnetary Group itu dalam kenyataannya.

Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa.

“Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia.

“Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan media.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Bali semalam.

Asean Parliamentary Group (Brunei, Indonesia, Cambodia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) itu diketuai Dr Thomas Gambke (Alliance 90/The Greens), dan Timbalan Pengerusinya adalah Dr Michael Fuchs (CDU / CSU), Holger Ortel (SPD), Dr. hc Jürgen Koppelin (FDP) dan Caren Lay (the Left.)

Ezam keluar parti kerana wang – Syed Husin


Mantan Timbalan Presiden KEADILAN Syed Husin Ali menceritakan pengalaman politiknya menerusi bukunya “Memoir Perjuangan Politik” menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Eezam mohd noor Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ – ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.” Lapor Malaysiakini.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isteri saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha KEADILAN Selangor.

“Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya “dibeli oleh pemimpin Umno”.

“Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkan terlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.

MELAYU DI BODOHKAN LAGI


LAPORAN AKHBAR KAMPONGAN





2 SEKOLAH HARUMKAN NAMA NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, Sarawak dan SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis memenangi Anugerah Emas sempena Pameran Rekacipta Antarabangsa Inova 2011 kali ke-36 di Zagreb, Croatia dari 8 hingga 13 November lalu.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan memberitahu, pada pameran itu, SM Sains Kuching mempersembahkan ciptaan bertajuk Potential Antifungal, Antibacteria, Antiplasmodial and Termiticidal Activity of the SELUKAI (Goniothalamuslongistipites).

Sementara itu, SM Sains Tuanku Syed Putra pula mempamerkan projek Bio-Oil The Use of Specially Made Catalyst.

“Kedua-dua sekolah tersebut mendapat kerjasama daripada Kelab Penyelidik Muda Envex (EYReC) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sekolah tersebut dipilih menyertai pameran peringkat antarabangsa berikutan kemenangan pada Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan kali ke-14.

“Pada pertandingan yang diadakan dari 1 hingga 4 April lalu itu kedua-dua sekolah tersebut memenangi Anugerah Emas.

“Sebanyak 60 SBP dari seluruh negara mengambil bahagian pada pertandingan yang diadakan di SM Sains Machang, Kelantan,” katanya.

... TOLONG LAAA JANGAN BODOHKAN MELAYU..... kah kah kah..

...HARUM KEPALA BANA APA?..... kah kah kah...

...TAK ADA PUN CNN ATAU BBC BUAT LAPORAN.... kah kah kah..

... TAK ADA PUN LE MONDE... NEW YORK TIMES ..THE GUARDIAN BUAT CERITA SDEKOLAH INI...kah kah kah..

.... JANGAN BANGANG KAN MELAYU... JADI JAGUH KAMPONG..... kah kah kah

NOTA:
kesian melayu
bila baca meloya
ingat terer tapi
hanya jaguh kampong
dari akhbar kampongan
kah kah kah



JADIKAN DEMO BUDAYA POLITIK BARU

SALUT ANAK MUDA YANG BERANI




NOTA:
sila bawa
ketidak puasan hati
ke jalan raya
hanya jalan raya jadi penentu!







MAHASISWA UPSI BERDEMO LAGI, TUNTUT JAMINAN POSTING
– harakah daily

Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.

Piket yang dinamakan 'Posting 2.0' merupakan rentetan daripada isu penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan keluaran universiti awam yang melanda mahasiswa.

Bercakap kepada Harakahdaily, Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriah Ab Halim menjelaskan, sehingga hari ini belum ada kenyataan konkrit dari pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa pendidikan tersebut.

"Wakil mahasiswa telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Dr Wee Ka Siong) bagi mengetahui kedudukan sebenar serta maklum balas dari pihak kementerian namun sehingga kini kita tidak tahu kedudukan sebenar mahasiswa selepas mereka tamat pengajian di sini," jelasnya sambil menambah pertemuan tersebut dibuat pada 19 November lalu di parlimen.

Tambah Nurul Piteriah lagi Piket Posting 2.0 itu bermula pada jam 1.00 petang, di mana sekumpulan mahasiswa seramai 70 orang telah berarak dari Sudut Pidato ke bangunan Canselori untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi univesiti.

"Mereka akhirnya disambut oleh Naib Canselor UPSI, Professor Zakaria Kasa di pejabat beliaunya. Pertemuan antara perwakilan Pro-Mahasiswa UPSI (Legasi Mahasiswa Progresif dan Mahasiswa Pendidik) dilaporkan berlangsung secara sihat dengan pihak universiti yang akhirnya akur dengan tuntutan mahasiswa dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini.

"Pihak universiti juga dikatakan telah menghantar nama-nama graduan yang belum mendapat penempatan untuk diuruskan oleh pihak berwajib," sambungnya.

NOTA:
satu lagi bukti demo telah menjadi budaya kita
ini satu yang baik
anak anak muda weajib diajar turun ke jalan raya
jika pilihanraya kali ini menipu
maka jalan raya adalah pilaian tepat

NOTA:
tolong sampaikan berita demo ini
kepada madey
biar madey kena sembelit
kah kah kah

PADAN MUKA






BERITA DADAH YANG AMAT PELIK

MALAYSIA DI SERANG DADAH






KASTAM RAMPAS MIKROFON SYABU RM3.5 JUTA – berita hairan

Diseludup melalui kargo di KLIA

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 15 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.5 juta yang diseludup melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Kastam KLIA, M Govinden, berkata kejayaan itu diperoleh apabila anggotanya menahan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 24 tahun membawa tiga kotak berisi dadah berkenaan, jam 10 malam.
“Kotak yang dibawa dari China itu diisytiharkan sebagai alat pembesar suara tetapi apabila dibuka terdapat amplifier dan dalamnya ada paket berisi syabu.

“Perkara ini sangat membimbangkan kerana gejala penyeludupan tidak lagi terhad kepada penumpang yang menaiki pesawat tetapi sudah berubah menggunakan kargo,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, penahanan lelaki terbabit membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki berusia antara 23 hingga 51 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.



APA JADI DENGAN WARGA IRAN INI?



NOTA:
kita selalu terbaca tangkapan demi tangkapan
kita baca warga iran di tangkap
kita baca warga nigeria di tangkap
kita baca warga india di tangkap

dadah berjuta juta ringgit diseludup masuk

yang menghairankan
tak ada pula berita penyeludup ini dibawa ke mahkamah

bukan kita sahaja yang hairan
kedutaan iran pun hairan sama
mereka hairan kerana mereka tahu warga iran yang menyeludup
ini memang dari jaringan jahat di iran
tapi kenapa tak ada yang dibawa ke mahkamah?

ada macam bau tikus mati disini
ada sesuatu yang telah di kautim ke?
kah kah kah



CAYA LA LU KRISTIAN

PAKAI BATERI NO POWER




UMAT ISLAM DIUMPAN INJIL BERTENAGA SOLAR
- mkini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.



NO POWER





INJIL SOLAR: KENYATAAN HASAN ALI HINA UMAT ISLAM KATA ASRI
- minsider

Hasan Ali bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — “solar-powered talking bible”.

“Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran,” kata beliau lagi.

....POWER BETUL AGAMA KRISTIAN INI.... kah kah kah..

..... ADA SOLAR POWER..... kah kah kah..

... API LETERIK NO POWER..... kah kah kah..

...BATERI NO POWER..... kah kah kah..

...KALAU ADA POWER MESTI RAMAI BUKAN MELAYU MASUK ISLAM.... kah kah kah...

...HARI HARI DENGAR AZAN DAN BACAAAN QURAN.... kah kah kah



INI HABIS KERING POWEEER




NOTA:
zzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



HAJI NAKEMPRU BUAT PERANGAI LAGI

SIAPA TAHU - ENTOT APA CAKAP ARAB



NAJIB RASMI SEMINAR WASATIYYAH, SATU MALAYSIA – berita hairan

Haji Nakempru Najib Razak akan merasmikan Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan satu Malaysia pada 26 November sebelum Perhimpunan Agung Umno di sini.

Ahmad Maslan, berkata seminar itu akan mengupas lebih mendalam maksud Wasatiyyah dan kaitannya dengan Gagasan satu Malaysia yang diilhamkan Najib.
Katanya, istilah Wasatiyyah secara mudahnya bermaksud "pemikiran tidak ekstrem" seperti yang diamalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.
"Wasatiyyah ini adalah satu gerakan yang dipelopori oleh Najib dan sentiasa disebut oleh beliau bukan hanya dalam negara tetapi juga di luar negara dalam ucapan beliau, terbaru di Hawaii, Amerika Syarikat.

"Ia kini menjadi perhatian pemimpin luar tetapi sebelum ia laku di luar negara, dalam negara ini sendiri ia perlu difahami oleh pimpinan dan juga rakyat dan kaitannya dengan Gagasan satu Malaysia," kata Ahmad..

...WASATIYYAH INI KEPALA BANA APA?.... kah kah kah....

...SIAPA YANG WASA ... APA YANG TIYAH.... kah kah kah..

... 書道 INI PERKATAAN JEPUN KE ...MACAM HAJI NAKEMPRU.... kah kah kah...

... SERDERHANA KEPALA BANA SIAPA YANG SEDERHANA?.... kah kah kah..

..ROSMAH SHOPPING ITU SEDERHANA KE?.... kah kah kah..

....APA SUDAH JADI DENGAN HAD HARI HAD HARI .... kah kah kah..

... MANA HILANG NYA HAD HARI HAD HARI...... kah kah kah...

... BELUM SAMPAI TAHUN 2020.... WAWASAN 2020 SUDAH LENYAP.... kah kah kah...

... KENAPA GUNA PERKATAAN ARAB UNTUK SEDERHANA?.... kah kah kah...

...NAK TIPU ORAANG MELAYU...KALAU PERKATAAN ARAB ITU SUCI.... kah kah kah..

...IBNU CHAR MURTA YA HAJI NAJEEEEB.... kah kah kah..

...IBNU CHAR MURTA BAHASA ARAB... MESTI SUCI.... kah kah kah...




TAK PERLU CAKAP ARAB - INI DULU




NOTA:
nak tahu apa dia
perkataan suci ibnu char murta
sila tanya ustaz yang belajar di cairo

Jumaat, 18 November 2011

Video seks: Bagaimana dengan kes bunuh dan lembu, Anwar selar polis

Anwar menyelar Perdana Menteri, datuk Seri Najub Tun Razak kerana sibuk memfokus kepada politik sampah sedangkan banyak lagi penjenayah seperti yang terlibat dengan kes bunuh dan skandal lembu nampaknya sedang lepas bebas.

De-facto Ketua Pembangkang yang berusia 64 tahun itu yang dijangka berpeluang menumbangkan kuasa BN yang sudah pun berusia 5 dekad tidak menyatakan secara spefifik siapakah penjenayah yang dimaksudkan beliau.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini skandal-skandal politik di Malaysia, sudah tentu boleh meneka bahawa beliau merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya yang mengaitkan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib.

Skandal lembu pula tidak lain tidak bukan adalah Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Keluarga beliau telah dituduh menggunakan RM83 juta daripada dana projek ternakan lembu negara, NFC. Menyalahgunakan kuasa mereka dengan membeli kondo mewah bernilai RM10 juta disamping mengenakan kos percutian RM800 000 untuk keluarga beliau.

“Inilah kerja mereka. Kita tiada pilihan lain selain berhadapan dengan mereka dan berusaha keras dalam pilihan raya seterusnya. Mereka sebenarnya takut berhadapan dengan kita jadi mereka gunakan pelbagai taktik kotor dan jahat .” Beritahu Anwar kepada wartawan di luar balai polis Kepong, Rabu.

Sandarkan harapan pada laporan yang dakwa lelaki dalam video adalah 99% sahih Anwar untuk menumbangkannya

Anwar telah dipanggil untuk menjawab dakwaan bahawa beliau telah menyedari bahawa beliau memberi maklumat palsu berkenaan kes video seks Datuk T. Polis menyandarkan harapan pada laporan dari AS yang mendakwa bahawa lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar untuk memerangkap beliau memandangkan pilihan raya mungkin diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Siasatan dimulakan setelah pegawai penyiasat DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan bahawa Anwar telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 182 di bawah kanun keseksaan. Jika disabit, Anwar boleh berhadapan dengan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM 2000. Polis Malaysia adalah dibawah jagaan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu Najib.

Hishammudin pernah menyatakan bahawa siasatan telah pun selesai dan laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi, menurut Anwar, kes itu telah dibuka semula dengan memasukkan keterangan beliau.

Polis tidak boleh dipercayai

Anwar turut menyelar pihak polis kerana gagal bertindak atas laporan yang beliau buat atas Trio Datuk T. Anwar mendakwa mereka bertindak atas dasar ingin melakukan jenayah intimidasi.

Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Umno iaitu Shazryl Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim telah pun mengaku bahawa mereka telah membuat tayangan umum video itu dengan niat untuk meyakinkan Anwar dan isterinya Wan Azizah supaya berhenti daripada politik dalam masa 7 hari. Walaupun mereka telah mengakui niat mereka itu, pihak polis tidak mengendahkan tuntutan anwar untuk mendakwa trio Datuk T katas tuduhan jenayah intimidasi.

“Laporan saya adalah mengenai ancaman politik, jenayah fitnah dan intimidasi tetapi sekarang mereka hendak siasat saya semula hanya untuk mengenal pasti lelaki dalam video tersebut. “ujar Anwar.

Dok BELA Shahrizat macam laa LEMBU tu dapat kat depa...RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno hangpa tau kaa..??

National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan ‘Pertanian Satu Perniagaan’, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security.

“Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar.

Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010.

Katanya, sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.

“Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh.

“Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah menjual saham Bernas kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong.

Beliau menambah, jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing, ini semua bahana kerana penyakit ‘kroni diutamakan, kepentingan rakyat dikemudiankan.

Buktinya, kata beliau projek NFC, anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka itulah akibatnya.

Katanya, peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dengan target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8,000 ekor.

“Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini.

“Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu, sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka,” ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Menurutnya lagi, berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan.

“Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam?” soalnya.

Tambah beliau, pemimpin BN tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.

Sepatutnya, kata beliau lagi masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.

“Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan,” ujarnya.

Tetapi, katanya apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.

WAHAI BANI KETUANAN MELAYU

MARI BERLAKU JUJUR






NOTA:
wahai bani ketuanan melayu
jujur lah kamu seperti
orang orang terdahulu dari kamu
tidak kah kamu ingat apa yang
terjadi kepada kedah kelantan perak dan selangor

apakah kamu tidak ingat
bagaimana dihari itu
langit telah membelah bumi
taidak kah kamu ingat bagaimana kaum eee
telah memporak perandakan orang orang kamu

wahai bani ketuanan melayu
lihatlah oleh kamu
apakah gamabar ini gambar suku sakat kamu



PRU-13 : MAJORITI MELAYU TAK YAKIN BN MAMPU TAWAN PULAU PINANG
- minsider

Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, “jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain.”

“(Mereka) mahukan bantuan ‘one-off’ dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri.
“Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap ‘bias’ dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan,” katanya lagi.

Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah ‘down to earth’ dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”

“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang,” katanya lagi.

Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

..... MELAYU PATUT SELAMATKAN DIRI DARI EEEE..... kah kah kah..

...NAMPAKNYA SELAGI EEEE YANG MEMIMPIN .. SAMPAI KIAMAT GEROMBOLAN TAK DAPAT TAWAN TANJUNG.... kah kah kah...

...LAGI BANYAK EEEE DALAM UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION LAGI AFDAL.... kah kah kah...

... APA PUNYA TUUUUR.... kah kah kah..

NOTA:
marilah kita sama sama berjuang
marilah kita sama sama bertekad
marilah kita sama sama berkobar kobar
selamatkan united malay national dari eee
selamatkan ketuanan melayu dari eee




PENGUMUMAN PENTING DARI MBLM

BANTAHAN ANTI SOLAR DARI NGO MBLM






PENGUMUMAN UNTUK SEMUA BANI MELAYU


sila berhimpun lepas sembahyang jumaat
bertujuan menyampai bantahan terhadap mata hari
orang ramai terutama pengikut hassan ali
akan berkumpul disetiap masjid dalam negara ini
untuk membantah kelakuan mata hari
yang telah memberi kuasa kepada radio orang kristian


NGO MBLM
perhimpuan hari ini ialah anjuran MBLM
yang akan dipimpin oleh dasan ali
MBLM ilah majlis melayu bengong lawan matahari

INI SLOGAN YANG AKAN DI GUNAKAN:

down down solar power
down down kuasa solar
hancurkan mata hari
hancukan solar powwer



UMAT ISLAM DIUMPAN INJIL BERTENAGA SOLAR - mkini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.


FATWA DARI SUNNAH WAL RASUAH

SOKONGAN RAKYAT BERTERUSAN




JAMIL KHIR: HANYA MUSLIM PATUT AGIH DAGING KORBAN - minsider

Pengagihan daging korban perlu dilakukan oleh orang Islam kerana ia merupakan ibadah keagamaan dan demi memastikan ia tidak menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam, kata Jamil Khir Baharom.

Dia berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

“Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam tetapi persoalannya sekarang di manakah pemimpin-pemipin masyarakat dan anggota politik yang beragama Islam dalam melaksanakan ibadah korban tersebut?” katanya.

Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan bahawa beberapa blog mempertikai tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini.

...DENGAR DENGAR FATWA DARI SUNNAH WAL RASUAH.... kah kah kah..

...BOLEH PAKAI KE FATWA INI?.... kah kah kah

NOTA:
dalam dunia islam malaysia hari ini
islam jenis sunnah wal rasuah cukup membosankan
islam terus memiliki pandangan yang cetek
islam menjadi melayu kampong
islam yang sejagat menjadi islam kampongan
islam menjadi alat propaganda untuk menipu melayu
naik letih mengikut sunnah wal rasuah ini



LAGI PROJEK NAK TIPU MELAYU

PARTI LEMBU DAN LEMBU LEMBU NYA






PEMBELIAN KONDO KEPUTUSAN PERNIAGAAN BIJAK : PENGERUSI NFCberita hairan

GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Mohamad Salleh.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu."

"Masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini pembangkang mendakwa, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

... SIAPA MALAON INI?.... kah kah kah..

.... MEMANG LAAH BIJAK.... kah kah kah..

...BUKAN PAKAI DUIT SENDIRI...REMBAT DUIT RAKYAT... kah kah kah..

...MEMANG LAAA BIJAK... LEMBU BOLEH DUDUK DI KONDO...kah kah kah...


NOTA:
bagaimana ini boleh terjadi
kertas cadangan nak buat ladang lembu
macamm mana pulak sampai beli kondo
ini semua nak tipu orang melayu
ini semua nak bodohkan orang melayu


DUA ORANG LEMBU


orang melayu ini lunyai kena tipu
pagi di tipu oleh utusan meloya
tengah hari ditipu oleh rtm
petang ditipu oleh gerombolan
malam ditipu oleh tv 3
hari jumaat ditipu dalam masjid
hari sabtu ditipu zul nordin
hari ahad ditipu hasan ali
pergi penang di tipu oleh eeee

Khamis, 17 November 2011

NAJIB HAJI NAKEMPRU

LEBAI MONGOL NAIK HAJI




TANGKAPAN ISA BUKTI HAJI NAJIB PM KAKI BOHONG
- keadilan daily

Berbohong dan mungkir janji menjadi amalan Datuk Seri Najib Razak sepanjang mentadbir negara ini, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Merujuk penahanan 10 lelaki di Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata tindakan itu mengesahkan sandiwara politik Najib selama ini, sekaligus memanjangkan senarai pembohongan Presiden Umno itu.

“Ini membuktikan Perdana Menteri mengkhianati janji yang dibuatnya sendiri selain tidak konsisten dengan dasarnya,” kata beliau kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau mengulas tangkapan terbaru terhadap sekumpulan lelaki di Sabah mengikut ISA walaupun Najib pada 16 September lalu berkata akta itu sudah dimansuh.

Sekurang-kurangnya 10 lelaki di Sabah ditahan ISA yang dilaksanakan pasukan khas Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Harian dan The New Straits Times.

Mereka ditahan mengikut ISA kerana akta berkenaan belum dimansuh bagi membantu siasatan,” sumber kedua-dua akhbar itu dipetik sebagai berkata.

.... HAJI NAJIB NAKEMPRU INI TERBUKTI KAKI KELENTONG.... kah kah kah..

.... CAKAP ISA MANSUH.... TAPI TANGKAP LAGI BANYAK.... kah kah kah..

... KALAU INI PUN BOHONG.... KES BUNUH ALTANTUYA MESTI BOHONG..... kah kah kah...

.... NAIK HAJI PUN TAK ADA MAKNA LAAAA...... kah kah kah..


INI DIA HAJI NAKEMPRU









ADA MACAM MACAM JENIS HAJI

KAYA KERANA REZEKI DARI ALLAH



NOTA:
kaya kerana rezeki
melimpah ruah sampai
boleh beli jet
ini kurnian allah bukan
kerana rasuah atau kenal menteri





ZAHID MENGAKU KE SAUDI NAIK JET PERIBADI, NAFI MILIKLNYA
– minsiderr

Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.

“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar)dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

...INI SATU JENIS LAGI HAJI....kah kah kah..

... INI DI PANGGIL: HAJI JS.....kah kah kah..

...INI BERBEZA DENGAN HAJI BS.... kah kah kah..

.... HAJI JS IALAH HAJI JET SENDIRI.... kah kah kah..

...HAJI BS IALAH HAJI BAYAR SENDIRI .... kah kah kah..

NOTA:
tak salah datuk tumpang kawan
tapi kawan ini macam mana dia kaya sangat
dia jual tiket umrah ke?


SURAT DARI PEMBACA

sebab dia anak pak muin..kalau anak pak maun x le pikir camtu..
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/17/11

Justeru saya genrekan haji Rosmah dan Najib ini sebagai Haji Nakempru. Dalam bahasa Jepun klasik perkataan nakempru - ワタシ - adalah kata sifat yang bermakna sesorang itu dalam keadaan yang kurang sehat. Malah di pulau-pulau di Selatan Jepun perkataan nakempru ini sering digunakan untuk menggambarkan ikan sakit yang terapung-apung bernafas dipermukaan air. ooo... terimakasih bro tt ajar dialek jepun selatan yg relevan dlm suasana negara kita... tapi ada juga satu katanama lain yg juga relevan dlm isu haji ajib ni... katanama dari dialek utara bolivia... "capurun" dalam konteks haji ajib, "haji capurun" memberi maksud lebihkurang sebegini: ibadah haji yg dilaksana (tetapi belum tentu atau tidak pasti sempurna/diterima) yg tidak dapat tidak sebenarnya menjurus ke arah "cari publisiti utk raih undi", yg terutamanya ditujukan sebagai propaganda atau brainwash terhadap pakcik2 felda dan makcik2 kampung yg mudah terkesan (baca: dikelentong) dengan pembabitan seseorang dlm aksi2 penuh See more...
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/17/11

Hello TT, ワタシ tu watashi la.... bukan nakempru... kah.. kah.. kah
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/17/11

Cuba anda bayangkan, dah lebih 5 dekad, parti nya, UMNO memerintah negara ini dgn pelbagai munafaat yg Najib Rosmah sekeluarga serta kroninya dinikmati...sudah tentu dia takut kehilangan segala yg dinikmati, buat ape saje utk terus kekal memerintah, bayar APCO, FBC dari wang rakyat utk memperbaiki imej burok mrk (bukan difitnah tapi angkara perbuatan burok mrk sendiri & nafsu yg tidak bertepi), sehinggakan melaksanakan ibadat haji pun dihebohkan sampai kata putera saudi pun sokong depa, mcm lah kita tak tahu Raja Arab Saudi yg zalim lagi menindas itu.

Maka tak heran lah pabila TT simpulkan yg haji jenis ni hj nakempru: hj supaya rosmah & bini nya najib terus kekal berkuasa sehingga umor mengizinkan. Hanya kita manusia ni memang pelupa, kita merancang, yg menentukan ialah Allah swt dan dia lah sebaik-baik perancang.Moga2 pemimpin taghut, zalim, penindas ni dpt dihapuskan dan digantikan dgn pemimpin solih, beriman dan bertakwa utk memimpin negara Malaysia yg tercinta. Amin
By Mariabean on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/17/11

SELESA BERAMAL IBADAH


aku pun bukan nak pertikai soal haji dia diterima tuhan atau tidak, aku cuma nak pertikai apa pasal laki bini ni pergi haji hebohnya bukan main..orang lain pun pergi haji jugak..tapi aku setuju dengan TT dalam bab ni, yelah..itu hari Najibun dah jumpa pope besar , ini kes nak tarik undi orang kristian sabah sarawak, pastu g haji heboh2,ni nak tarik pengundi2 islam..memang tujuan nya untuk pilihanraya nanti laa..apa2 pun tuhan juga yang mengetahui yg sebenar2 nya..
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/17/11

ya, setuju. sejelas-jelasnya TT terangkan. as clear as a mud, some mad aussie dude would say.. TT, jangan hirau atau amik kesah manusia-manusia yang hendak menyebelahi puak-puak jual agama... Agama adalah menggunakan akal untuk berfikir & bukan dengan mendengar TV atau ustaz punya nasihat semata-mata! Kena guna OTAK, kalau tak ada otak, hahahahah sorry morry, naikla lorry. Lori sampah.... asyik kena pembohong sampai mampus masuk kubur.... We need to meet up la Isham!
By cafe' lorong on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/16/11

Perfect analysis Tuan Hisham!! Very thoughtful and very sincere from the deep bottom of your heart. I absolutely believe there's nothing wrong in your writing - you are not fooling the religion; infact, you're protecting the religion from such foolish people. You do have my utmost respect in this regard.

To those reading this great writing: Prophet Muhammad says: "ask you heart!" Don't be fooled/misled by the displayed forms because humans are manipulative indeed. With best regards, Professor of Islamic Finance Let me translate in Melayu sbb saya org Melayu: Analysis yang tepat Tuan Hisham!!

Pandangan yang sungguh teliti dan amat ikhlas yang dtg jauh dari sudut hati tuan. Saya amat yakin tiada yg salah dlm tulisan tuan - tuan tidak menghina agama Islam; yang betulnya tuan menjaga kesucian agama Islam dari makhluk-makhluk yang bangang lagi fasiq. Saya amat menghormati tuan dalam hal ini.

Kepada semua yang membaca tulisan yang terbaik ini, Nabi Muhammad bersabda: "tanyalah hati kamu" Jangan jadi bodoh atau dikelirukan dengan apa yang ditayangkan sbb mmg sifat semulajadi manusia yang suka memusing-musingkan keadaan, mengambil peluang dan menipu. Salam hormat, Professor Kewangan Islam
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/16/11

Kupasan yang mantap...dah nampak ke puak-puak bangang tu...buat penat je nak kejutkan lembu-lembu tu.
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/16/11

Salam TT; Gua salute lu punya hujah "Nakempru". Sedari awal lagi gua dah tulis dalam blog gua, si mangkuk ayun bernama Najib Razak nih ikut nasihat Yahudi dalam melonjakkan imej dia sebagai seorang PM yang bersih. Khaaakkk ptuuiii... 10 kali untuk Najib Razak... wa cakap luuu... Sebab itu gua katakan Najib Razak laki bini adalah Bapak Munafik 1Malaysia.
By Isa on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/16/11

Mengikut seorang ustaz " Ibadah Hajj atau Naik Haji diperlukan ke atas seorang mukmin dewasa yang mampu (dari segi kesihatan dan kewangan) sekali seumur hidup. Nabi Muhammad sendiri melakukannya sekali saja pada – bulan Zulkaedah, tahun ke-10 Hijrah. Tujuan Hajj tidak lain kecuali mengingati teladan baik Nabi Allah Ibrahim tunduk kepada Tuhan. Hajj boleh dilakukan dalam empat Bulan Suci, iaitu Zulhijjah, Muharram, Safar dan Rabi’al-awal (bulan-bulan k-12, pertama, ke-2 dan ke-3). ‘Umrah atau lawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Ibadah hajj ini satu ibadah kepada Tuhan. Namun demikian, ibadah ini telah bertukar menjadi dosa syirik bagi kebanyakan orang Islam hari ini. Inilah sebabnya Tuhan telah membertahu kepada kita bahawa kebanyakan manusia tidak beriman (Quran, 12: 103), dan kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan (Quran,12:106). Ingat apabila Nabi Muhammad baru wafat, Omar Ibni Khattab, Sahabat dan bapa mertuanya, kemudian menjadi Khalifah See more...
By Anonymous on MACAM MACAM JENIS HAJI on 11/16/11


SIAPA SABOTAJ SAHAM ANAK NAJIB?

KESIAN : SAHAM KENA SABOTAJ












SAHAM FIRMA ANAK NAJIB TERUS MERUNDUM , JATUH 30% LAGI – mkini

Berikutan kejatuhan mendadak semalam, harga saham Harvest Court Industries Bhd yang diniagakan hari ini terus merudum 30 peratus lagi apabila Bursa Malaysia meneruskan dagangan pagi ini.

Saham dan warannya, masing-masing jatuh kepada RM1.05 dan RM0.89 apabila pasaran dibuka pada jam 9 pagi tadi, iaitu kerugian hampir satu pertiga daripada nilainya semalam pada RM1.49 dan RM1.27.

Kenyataan pemegang saham syarikat itu, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib - bahawa pelaburan syarikat itu selaras dan mematuhi peraturan-peraturan Bursa Malaysia serta bebas daripada mendapat layanan istimewa dari kerajaan, gagal menghentikan harga saham itu daripada terus jatuh.

.... INI ADA BERITA DALAM BERITA....kah kah kah...

...MULA MULA SAHAM NAIK MENDADAK.... kah kah kah..

...LEPAS TU SAHAM JATUH MENDADAK..... kah kah kah..

...KENAPA AGAKNYA?..SIAPA DI BELAKANG INI?..kah kah kah...

.... AHAHAHAHAHHA,..;/9w@@##@%%^^3@@2...kah kah kah

... RUPA RUPANYA NAJIB ADA ANAK LAIN..... kah kah kah..

..INI BERITA BARU....SATU NEGARA SUDAH TAHU....kah kah kah..

... RESMI SEKARANG NAJIB DULU ADA BINI LAIN.... ADA ANAK LAIN....kah kah kah..

..... SIAPA AGAKNYA YANG TAK TAHAN DENGAR BERITA INI...... kah kah kah....

...SILA TEKA...?.. kah kah kah..

...ORANG INI DULU TAK NGAKU ANAK SENDIRI....kah kah kah..

.....ORANG INILAH SUDAH SABOTAJ SAHAM ANAK NAJIB.... kah kah kah..

.... KERANA BERANI MENGAKU : DIA ANAK NAJIB..... kah kah kah..


AWAS WASPADA BETINA PUAKA












TERUS JATUH MENDADAK





NOTA:
pagi ini berita
saham anak najib
kena sabotaj jadi perbualan
di bursa saham
ramai punters berkesah
tentang kesa anak najib ini




BANGGA MELAKUKAN TUGAS SUCI - RUNTUH MADRASAH KUNO

BANGGA DENGAN TUGAS SUCI





SURAT DARIPEMBACA


PETALING JAYA: Madrasah Solihiah yang terletak di atas sebidang tanah wakaf di Kanchut didapati tidak lagi mempunyai qariah dan ia akan diganti dengan projek yang lebih bermanfaat kepada masyarakat sekitar kawasan terbabit. Selain itu, penyelidikan kerajaan negeri juga mendapati madrasah tersebut ketika ini hanya digunakan oleh beberapa pekerja di syarikat berdekatan untuk bersembahyang Zohor dan Asar sahaja.

“Dia begini, surau ni kita pun dah kaji, dulu surau ni memanglah kawasan perkampungan, tetapi sekarang dah tak ada orang dah. Surau itu dia dah tak ada qariahnya, kalau dulu-dulu adalah qariahnya, tetapi sekarang dah tak ada kampung sebab penduduk dah berhijrah.

“Sekarang orang yang bersembahyang di situ cuma pekerja di syarikat takaful yang pejabatnya dekat situ. Yang ada orang bersembahyang jemaah di situ hanyalah waktu Zohor dan Asar sahaja, itu pun dua orang sahaja. “kita ada datang ambil gambar dan tengok Maghrib tak ada orang, Isyak tak ada, Subuh pun tak ada,” demikian menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak. Kompleks Aman Central Beliau turut memberitahu, pembinaan Kompleks Aman Central di atas tapak madrasah berkenaan telah pun mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan Majlis Fatwa negeri itu dan pampasan bernilai RM1.48 juta telah pun dibayar kepada Maik.

“Jawatankuasa Majlis Fatwa sendiri yang meminta supaya surau ini dibina dalam kompleks berkenaan dengan imej surau yang boleh dilihat dari luar. “Kalau kita salah, takkan Majlis Agama nak terima duit pampasan. Majlis Agama agensi yang bertanggungjawab atas semua tanah masjid, wakaf. Dia dah terima pampasan RM1.48 juta dan maknanya dia dah setuju, Majlis Fatwa kata okey.



“Majlis Fatwa dah bagi dia punya ‘consent’ tetapi tak tahu la pulak fatwa lain mana pula yang baru keluar dari tepi jalan ni,” kata beliau dipercayai menyentuh protes yang dilakukan oleh beberapa pihak dalam isu ini. Azizan memberitahu wartawan dalam Majlis Pecah Tanah Aman Central di Kanchut, Kedah semalam, surau yang akan dibina itu boleh memuatkan seramai 400 jemaah dalam satu masa dan sembahyang Jumaat boleh diadakan di situ. “Kita nampak ini akan menolong orang Islam lagi dengan bila datang beli barang, tak payah tergesa-gesa, boleh pergi sembahyang dengan keluarga dia.

“Surau baru ni luasnya 2,600 kaki persegi, boleh isi 400 jemaah, boleh buat sembahyang Jumaat kecuali kalau roboh tak buat apa, tak ada kemudahan apa,” katanya. Surau yang akan dibina di kompleks membeli belah itu juga akan dibina bagi membolehkan orang ramai memasuki surau itu tanpa perlu memasuki bangunan utama kompleks berkenaan.

“Kalau ikut pelan asal dari pihak pemaju, surau ni dibina di tingkat tiga seperti juga kompleks beli belah yang lain. “Tetapi atas permintaan Jawatankuasa Fatwa semasa kita buat penerangan, mereka minta supaya dibuat di bangunan yang sama tetapi di tingkat bawah dan dari luar nampak bentuk, imej sebagai surau. “Jadi maknyanya kita tak perlu masuk membeli-belah untuk pergi sembahyang situ (kerana) sambil-sambil pergi jalan di luar tu, boleh nampak, boleh masuk walaupun daripada luar pun terus boleh masuk,” menurut beliau lagi.

Menurut Azizan, menggunakan tanah wakaf dan menggantikannya kepada sesuatu yang lebih bermanfaat bukanlah suatu perkara yang baru dan ianya dibolehkan. “Konsep wakaf ni, kalau kita tukar ia kepada yang lebih baik, maka ia dibenarkan, tak tahulah saya kalau ada yang baca kitab yang lain. “Banyak tempat termasuk di Arab Saudi, berapa jauh di Mekah ada tanah wakaf dibina surau dalam kompleks tetapi di Mekah tak jadi isu dan kalau salah tentu Majlis Fatwa tak benar,” ujar beliau lagi.

BERAK KERING PENINGGALAN MAHATHIR MULA BERBAU


JANGAN KORBAN LEMBU KURUS

BERAPA EKOR LAGI AKAN DI KORBANKAN?















TSU KOON TUNAI JANJI KORBAN ,TAK TANDING PRU-13 – minsider

Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon(gambar) pagi ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 — mengakhiri spekulasi pelbagai pihaknya mengenai langkah pengorbanan yang beliau bakal lakukan demi menyelamatkan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketua BN Pulau Pinang ini berkata langkah beliau umumkan hari ini adalah “keputusan peribadi” semata-mata.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau sudah pun memaklumkan Najib Razak tentang keputusannya.

..INI LEMBU KORBAN PERTAMA.... kah kah kah..

...TAPI INI LEMBU KURUS.... kah kah kah..

...NAK KORBAN.... PAKAI LAAA LEMBU LEMBU GEMOK.... kah kah kah...

.... LEMBU KORBAN KE DUA SIAPA?..... kah kah kah...

..... LEMBU HITAM DARI REMBAU ITU PATUT JUGA DI KORBANKAN.... kah kah kah

... KALAU NAK MENANG ...LEMBU BOTAK DARI PEKAN ITU WAJIB DI KORBAN.... kah kah kah



SEMUA MENUNGGU LAGI




NOTA:
siapa yang akan sembelih
tukang sembelih

Anwar: Penjenayah ratusan juta, ‘pencuri lembu’ tidak disiasat

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan polis terhadapnya berhubung isu video fitnah adalah usaha khianat dan jahat untuk menghalang tugasnya sebagai Ketua Pembangkang.

Menurutnya, Umno-Barisan Nasional terus memperalatkan pihak polis untuk menekan beliau, sedangkan tiada siasatan terhadap rasuah ratusan juta ringgit, termasuk skandal terbaru membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Jadi Polis ini kerja dia dah jadi perkakas politik orang atasan. Tugas saya ke Parlimen, tapi dihalang. Penjenayah, pencuri lembu dan ratusan juta (wang rakyat) yang hilang tiada siasatan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong petang tadi atas dakwaan membuat laporan palsu dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengannya.

“Ini cara kotor dan jahat Umno nak aibkan saya sekali lagi. Jenayah (rasuah) dan rompak ditutup. Jadi dimainkan kes seperti ini (untuk mengalih perhatian rakyat),” katanya.

Beliau diajukan sekitar 20 soalan dan keterangannya dirakam selama kira-kira satu jam oleh pegawai penyiasat ASP Teh Boon Ang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Siasatan tersebut berhubung laporan polis yang dibuat Anwar pada 22 Mac 2011 di Balai Polis Dang Wangi berhubung video fitnah yang ditayangkan oleh trio Datuk T.

Pada 8 September lalu, pegawai penyiasat kes ‘Datuk T’, DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa laporan yang dibuat Anwar adalah palsu yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.

Sementara itu peguam Sivarasa Rasiah memaklumkan, kertas siasatan terdahulu yang dirujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dikembalikan kepada polis dengan arahan untuk merakam semula keterangan pengadu.

“Gani Patail sebelum ini terlibat dalam kes penipuan bahan bukti pada 1998 oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

“Anwar pula seolah-olah seperti pesalah. Ini menunjukkan campur tangan politik dan di sini nampak tangan Peguam Negara,” katanya.