Jumaat, 30 Mac 2012

PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-

Respon
PM, biar saya beritahu kenapa kami bimbang: Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gatePerdana Menteri Najib Razak harus menunjukkan perubahan sebenar dan elakkan berselindung. Saya rasa terharu pada sambutan Hari Polis ke 205 Sabtu lepas, saya diberi award Rakan Polis 2012 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Dato’Hishammuddin Hussein. Saya agak kaget walaupun saya mengkritik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pimpinan terbaru YDH Tan Sri Ismail Omar masih menganggap saya layak menerima anugerah ini. Ini menunjukkan kesungguhan nya mengubah pasukan polis.

Objektif kerajaan menjadikan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu National Key Result Areas (NKRA) sudah mula menunjukkan hasil. Menurut laporan World Justice Project Rule of Law Index 2011, Malaysia di letakkan sebagai antara negara yang selamat di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan kemajuan pesat terhadap imej PDRM berbanding semasa ia di bawah IGP yang terdahulu,Musa Hassan.Semasa zaman Musa Hassan, PDRM dibenci, sindiket pinjaman wang haram along menjadi musuh utama negara dan kadar jenayah tinggi terutama jenayah jalanan. Pendekata, rakyat tidak rasa selamat ketika itu. Ada yang berkata ini semua dah berlalu. Tapi masa lalu yang menentukan masa kini dan akan datang.

Polis perlu meningkat kan prestasi atau ketinggalan di belakang

Berkenaan hal ini, suka saya mengiantkan PDRM bahawa imej positif tersebut boleh jatuh semula seperti dahulu. Saya suka mengingatkan PDRM tidak harus menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan melindungi mereka yang kaya dan berkuasa sahaja. .Yang demikian, pujian perlu diberikan kepada Pengarah CCID Dato’ Syed Ismail Syed Azizan, kerana mengumumkan pihak polis telah menyokong tindakan pendakwaan dalam skandal lembu NFC. Hal ini akhirnya memaksa peguam Negara Gani Patail mendakwa suami Shahrizat Jalil,Pengerusi NFC atas tuduhan jenayah pecah amanah. Pengumuman luarbiasa itu adalah satu tindakan bijak dan berani dari Syed Ismail , tidak berselindung yang mana biasanya pihak polis akan dipersalahkan. Ini benar-benar membaiki imej PDRM di mata rakyat.

Sebagai Rakan Polis, saya menyeru rakyat supaya tidak salahnaggap kenyataan yang dibuat Menteri Dalama Negeri Hishammuddin Hussein, berkenaan pendedahan2 yang dibuat oleh mantan Pengarah CCID Dato Ramli Yusuff berkenaan perlindungan,pakatan, penipuan dan salahguna kuasa oleh Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dalam skandal yang dikenali “CopGate Affair”.Apa yang dikatakan menteri tersebut “Buktikan dan kita akan ambil tindakan.Tiada siapa yang kebal dari undang-undang.” Kita mesti melihatnya dengan positif.

Tugas Polis ialah untuk menyiasat, bukan tunduk kepada telunjuk Peguam Negara.AG

Memandangkan Hishammuddin sendiri teleh meminta dibawakan bukti, YDH Ketua Polis Negara Ismail Omar sewajarnya mengambil berat kata-kata Mneteri dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pegawai2 nya. Kuasa polis untuk menyiasat termaktub dalam Akta Polis. Saya berpendapat IGP Ismail Omar dapat tunjukkan sifat serius, objektif dan professional dalam mendedahkan kebenaran dan mendapatkan bukti dengan mengambil langkah-langkah berikut:

> tidak melibatkan Pengarah CID,Bakri Zinin dalam siasatan.Ini untuk melindungi Bakri Zinin dari tuduhan yang beliau ada kaitan dengan AG Gani Patail kerana Bakri juga berasla dari Sabah;

> arahkan penyiasat berfikiran bebas seperti Pengarah CCID Syed Ismail, yang tidak mudah ditakut-takutkan oleh Gani Patail sebagaimana terbukti dalam skandal “Cowgate”;

> tidak membenarkan campurtangan ahli2 politik ketika polis meneruskan tugas2 kerana ikrar tugas professional kerjaya pasukan polis , tidak kira berapa berpengaruhnya ahli politik tersebut;

> tidak meninggalkan sebarang isu pun dari semua lapuran yang di buat oleh Dato’ Ramli Yusuff terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang kini menjadi pengetahuan umum, iaitu kesemua isu disiasat.

a) kesahihan SD pegawai pengiring Musa Hassan berkenaan penglibatan beliau dalam kongsi gelap;

b) kesahihah 10 lagi SD pegawai polis yang lain;

c)kesahihan lain SD dari pemberi maklumat lain berkenaan penyerahan bukti;

d) melindungi Goh Cheng Poh dalam siasatansindiket Along dan campurtangan dalam kerja2 siasatan polis dalam kes itu;

e) akses tanpa izin kepada fail-fail rahsia Cicero;

f) perlanggaran tugas-tugas AG dibawah Art 45 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan mewakili dan menyediakan afidavit2 untuk CCID;

g) pakatan mengenakan Dato’Ramli dan 6 orang pegawainya dengan menggunakan kenyataan palsi Moo Sai Chin yang ditahan di bawah undang-undang Darurat;

h)pakatan mengenakan peguam Dato’Ramli;

i) penglibatan AG dalam isu berkaitan Tajudin Ramli/MAS dan samada ada disembunyikan bukti;

j) keengganan AG mendakwa Tajudin Ramli walaupun ada sokongan dari CCID;

k) hubung kait antara AG Gani Patail dengan proksi Tajudin,Shahidan Shafie. Di nyatakan Shidan yang pernah di dakwa atas tuduhan rasuah semasa beliau ialah OC,Cawangan Kongsi Gelap Johor;

l) samada wajar bagi peguam negara untuk bercampur dengan seorang yang mempunyai reputasi tidak baik (Shahidan Shafie) terutamanya jika orang itu terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan MACC. Hubungan baik mereka terdedah ketika skandal Haji beserta gambar-gambar dan lain-lain dokumen Tabung Haji.

m)Hubung kait AG dengan perbalahan syarikat Ho Hup sebagaimana dilihat dari gambar-gambar AG di pejabat Ho Hup dan dakwaan terhadap pihak satu lagi.

Bukan Nazri yang akan buat keputusan

Rakyat kecewa bila Speaker Parlimen menolak usul segera dari MP Subang Jaya R Sivarasa untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen Rabu lepas. Kesan intergriti AG Gani Patail kepada keseluruhan sistem keadilan di negara ini. Rakyat melihat kengganan itu sebagai cubaan melindungi sesuatu

Untuk melenyapkan persepsi negatif itu, saya menyeru IGP Ismail Omar supaya melaksanakan tugas perlembagaan nya untuk menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya menyeru Ismail Omar supaya mengabaikan kenyataan mengelirukan Nazri Aziz yang kerajaan tidak akan menyiasat lanjut hal ini. Bukan Menteri yang perlu putuskan samada hubungkait AG Gani Patail perlu disiasat seperti juga bukan Menteri yang arahkan GLC untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan Tajudin Ramli.

Skandal anak menteri: Dari mana anak lelaki yang kebal dari undang-undang itu dapat wang yang banyak?

Nazri mungkin menteri undang-undang, tapi beliau tiada kuasa moral untuk memberithau polis bagaimana melaksanakan undang-undang jika beliau sendiri tidak dapak mengawal anak lelaki nya dan pengawal peribadi anaknya berkaitan kes terkini memukul pengawal keselamatan. Menurut lapuran polis yang ada pada saya, anak lelaki Nazri malahan menggunakan kad nama bapanya sebagai menteri untuk memperkenalkan rombongan nya.Bukankah ini salahguna kuasa? Rakyat tidak gemar dengan kes yang dikasifikasikan sebagai mencetus kekecohan dibawah s.160 Kanun Keseksaan. Mencetus kekecohan ialah bergaduh di tempat awam. Pengawal peribadi anak beliau menceroboh kawasan persendirian dan memukul pengawal keselamatan. Bagaimana kah ini boleh dikatakan kekecohan?

Tambahan lagi. Rakyat mula tertanya bagaimana anak lelaki Nazri mampu memandu kereta2 mewah- anak beliau memandu Porsche manakala pengawal peribadi nya Toyota Vellfire? Kenapa dia perlukan pengawla peribadi? Apa urusan perniagaan yang dijalankannya? Adakah kita kan melihat lebih banyak contoh seperti skandal Cowgate dikalangan keluarga dan anak2 Menteri yang hidup mewah beli rakyat diingatkan supaya berhemah dan sentiasa diingatkan tentang kadar inflasi dan belanja hidup yang semakin meningkat. MACC perlu menyiasat samada keluarga Menteri ini hidup diluar kemampuan mereka atau memiliki kekayaan luarbiasa. Lagipun dibawah Akta MACC, semua kakitangan awam yang tertakluk kepada perlu berbuat demikian. Lebih baik Nazri mengawal anak jantannya dan rombongannya supaya mematuhi undang-undang daripada beliau campurtangan dalam urusan polis.

IGP perlu arahkan PDRM supaya bertindak secara bebas. Dari sini dapat dikekalkan “check” dan “balance” dalam institusi kerajaan supaya rakyat rasa selamat dan yakin. Ahli politik datang dan pergi tapi institusi seperti pihak polis tidak boleh di arah supaya menurut saja kehendak dan kemahuan ahli2 politik.

Terlalu banyak bukti yang tidak dapat diabaikan menunjuk kearah Gani Patail

Bukti terhadap AG Gani Patail yang diketahui umum sudah terlalu banyak untuk kerajaan abaikan.

Oleh itu, bagi pihak rakyat, saya merayu PM Najib mendengar suara rakyat. PM patut taju rakyat tidak suka bila beliau menyatakan tidak perlu menubuhkan tribunal untuk menyiasat hal ini. Rakyat tertanya kenapa kerajaan perlu mempertahankan AG sehingga

menjejaskan kredibiliti kerajaan Najib.

Ini hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka yang AG Gani Patail dan Musa Hassan mempunyai pengaruh ke atas PM dan pemimpin kerajaan yang lain.PM Najib perlu melenyapkan ini dengan bertindak.

PM Najib tidak harus hilang tumpuan.PM Najib telh menunjukkan beliau akan mengotakan kata-katanya bila ia melibatkan rakyat. Saya pasti PMNajib ialah seorang yang prihatin terhadap perasan rakyat. Beliau sudah popular dengan berbagai perubahan yang mula berjalan. Jadi jangan rosakkan dengan dakwaan yang menyelubungi AG Gani Patail. Rakyat akan terus menyokong PM Najib jika semua rancangan perubahannya terutama bila rakyat percaya tiada apa yang disembunyikan.

Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin ialah seorang pemimpin masyarakat sivil , Jaksa Pendamai dan mantan ahli panel penasihat MACC

Ahad, 25 Mac 2012

Anak Nazri ingat ini negeri bapak dia

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatannya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

- Malaysia Kini

Catatan:
Bila nak masuk ke rumah orang, hormatilah tuan rumah... negara ini ada undang-undang dan peraturan. Ini BUKAN negeri atau negara milik bapak kamu yang buat undang-undang ikut suka hati dia. Bapak mangkuk, anak hayun!

Berkaitan:

Kes Altantuya: Rakyat mahu jawapan

Selepas beberapa tahun menunggu keputusan adil berkaitan pembunuhan rakyak Mongolia di Malaysia, keadilan yang diputuskan oleh mahkamah di Malaysia masih tidak dapat diterima orang ramai. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terkejut dengan keputusannya.

Kita tinggalkan seketika lunas undang-undang, mari kita lihat apa yang rakyat masih tertanya-tanya selama ini dan tiada jawapan daripada institusi dan pihak berkuasa-termasuk pucuk pimpinan negara.

.Soalan-soalan cepu emas adalah:

1. Rekod imigresen: Siapa yang arahkan rekod masuk dan keluar Altantuya dipadamkan? Siapa yang berada di situ sebelum rekod dipadam daripada sistem dan kenapa? Apkah motif di sebaliknya?

2. Bahan letupan C4: Siapa yang benarkan bahan letupan tentera yang dikawal ketat dengan SOP? Siapa yang arahkan pengeluaran tersebut? Apa motif di sebalik pengunaan letupan pemusnah dan tidak senjata lain?

3. Para pembunuh: Siapa yang beri arahan untuk laksanakan jenayah kejam yang membuatkan mangsa hancur sama sekali? Adakah motif di sebaliknya ialah untuk menghapuskan sama sekali sebarang kesan dan menggagalkan penyiasatan forensik yang boleh mendapat maklumat terperinci bahawa mangsa mengandung dan jika benar DNA dan ciri genetik?

4. Pesanan ringkas melalui teks kepada Razak Baginda daripada PM: Kenapa PM tidak disiasat untuk mencari motif dan implikasi pesanan teks ringkas PM kepada Razak? Kenapa tiada inisiatif untuk pemeriksaan terperinci mahkamah untuk mencari motif PM dan/atau melepaskan beliau daripada dakwaan tak berasas?

5. Berdiam diri: Kenapa kerajaan terutamanya pimpinan tertinggi tidak mengambil berat kes ini dan tiada usaha untuk menjawab 4 persoalan yang membelenggu bukan saja rakyat Malaysia tapi masyarakat antarabangsa juga? Kenapa berdiam diri dan mengabaikan isu bila kes ini melibatkan rakyat dari dua buah negara dan ada kepentingan global?

6. Keselamatan negara:
Cara seorang wanita yang keseorangan, lemah dan tidak bersenjata dihapuskan menimbulkan tandatanya. Rakyat mahu tahu adakah terdapat ancaman kepada keselamtan umum, negara atau harta benda? Adakah beliau seorang pelampau yang berupaya menimbulkan peristiwa seperti 9/11 yang mana memerlukan tindakan dihapuskan dengan segera dan cepat? Apa motif untuk strategi yang diambil untuk menghapuskan seorang ibu dan juga anak yang bernama Altantuya?

Kesan utama pada PRU 13

Kerajaan BN tidak boleh terus berlakon dan mengabaikan 5 persoalan di atas lagi. Jika BN terus mengabaikan daripada menjawab persoalan ini, ia akan memberi kesan bukan saja kepada imej dan reputasi global negara tapi lebih penting, ia memberi kesan kepada masa depan pemerintahan BN .

Berhati-hati juga kepada sejarah masa akan datang

Sama ada pimpinan BN percaya atau tidak, kes pembunuhan kejam ini akan memberi kesan mendalam pada PRU-13 nanti. Apa jua starategi pilihan raya yang bakal dibuat dan laksanakan, mereka harus ingat satu fakta menyakitkan: keadaan yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia itu dan cara kes itu dilengah-lengahkan di mahkamah menjadikan kes tersebut perhatian antarabangsa dan menyayat hati jutaan rakyat yang prihatin dan percaya kepada kuasa Tuhan, dari dalam dan luar negara.

Rosmah patut dibabitkan, Najib perlu letak jawatan sementara siasatan berjalan

Maka, cara terbaik bagi PM sendiri menanganinya ialah mengarahkan penyiasatan terperinci tanpa ada sesiapa yang dilindungi.

Tetapi kerana nama beliau dan isterinya terbabit, maka adalah lebih baik jika beliau mengundur diri sementara sehingga kes ini selesai dan terbukti beliau tidak terlibat.

Demi kebaikan parti BN, Raja Berperlembagaan dan Istana Keadilan, imej dan reputasi negara, untuk kebaikan semua dan pertimbangan semua, pembunuhan Altantuya perlu ditangani tanpa pilih kasih dan rasa takut.

Kebenaran yang hakiki: Sesiapa yang bersalah kerana terlibat dan sesiapa yang enggan mendedahkan dalang sebenar patut berasa bersalah kepada negara.