Sabtu, 19 Mei 2012

SIAPA KENAL MATA MATA INI?


SILA CAMKAN MUKA MUKA INI
MENTERI DALAM NEGERI HARUS PERJELAS PERANAN ANGGOTA POLIS MENYAMAR DALAM PESERTA BERSIH.

Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa.

Pada 7 Mei, SAMM telah menghantar satu memorandum memperjelaskan tindakan ganas dan jenayah yang melibatkan anggota polis ketika himpunan BERSIH 3.0. Dalam memorandum tersebut juga disenaraikan anggota polis yang jelas gambar mereka dirakam terlibat melakukan jenayah kekerasan. (klik sini untuk membaca memorandum)

Perbagai persoalan timbul dan masih tidak mampu diperjelaskan oleh pihak regim khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. Malah bukan sahaja gagal memperjelaskan beberapa persoalan penting tetapi regim bertindak memusing dan menyelewengkan beberapa fakta penting pula. Namun sebenarnya ia semakin memerangkap regim dan mengelirukan orang ramai.

Terbaru pada 14 Mei lepas dalam satu sidang media di Putrajaya, Hishamuddin dengan jelas menyatakan 21 orang terdiri dari 141 individu yang tersenarai dan telah diiklankan dalam media kononya melakukan keganasan dalam himpunan BERSIH 3.0 telah menyerah diri. Apabila diasak oleh wartawan mengenai kenapa tindakan hanya pada orang awam tidak melibatkan polis yang bertindak ganas, Hishamuddin menyatakan antara 21 orang yang menyerah diri itu ada anggota polis juga.

Perhatian semua ditarik balik kepada gambar 141 orang yang kononya mengganas atau merusuh. Gambar ini konon diambil dari rakaman polis yang merakamkan secara rawak merakamkan individu yang merusuh. Bila ditanya pada sebelum itu ketika penyebaran gambar dibuat PDRM dengan yakin menyatakan individu yang diiklankan untuk desak serah diri itu semuanya dirakamkan melakukan keganasan. Tidak ada satupun dari 141 orang yang disiar gambarnya menggunakan seragam polis. Sebaliknya 14 Mei lepas Hishamuddin menyebut ada anggota polis serah diri kerana gambar mereka disiarkan.

Ini membawa maksud pengakuan dari Hishamuddin ada anggota polis berpakaian biasa juga bertindak ganas dan merusuh dalam Himpunan BERSIH 3.0. Menteri Dalam Negeri harus tampil menjelaskan perkara ini segera. Jika tidak beliau harus meletakkan jawatan kerana jelas Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merancang mempergunakan anggota keselamatan untuk menimbulkan kekacauan untuk memberikan kelebihan politik kepada parti politik penguasa regim.

Bagi pihak SAMM dan organisasi - organisasi Muda yang menghantar memorandum ke Bukit Aman pada 7 Mei lepas satu jawapan dan penjelasan rasmi dituntut. Kejadian 28 April jelas telah menimbulkan perbagai persepsi negatif rakyat kepada pihak keselamatan. Sehingga kini langsung tidak ada tindakan diambil. Sebaliknya PDRM terus angkuh dipergunakan untuk memburu orang ramai.

SAMM memberikan perhatian serius dalam isu peristiwa 28 April lalu dan perjuangan mendapatkan pilihanraya bebas dan adil. Kini SAMM sudah menyiapkan satu DVD khas dokumentari yang memperjelaskan BERSIH 1, Bersih 2.0 dan memperjelaskan kejadian BERSIH 3.0. DVD ini walaupun disiapkan oleh tenaga amatur muda tetapi ia merupakan dokumentari lengkap bagi memahamkan rakyat mengenai perjuangan BERSIH 3.0.

SAMM juga melalui sekutu organisasi masyarakat muda (ORMAS muda) di luar negara akan turut mengadakan program menonton dokumentari ini bagi memahamkan orang muda khususnya tetangga asean mengenai perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bebas dan adil.

DVD ini dijangka akan dilancarkan minggu hadapan (23 Mei) dan sudah mula boleh didapati di pasaran.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Jumaat, 18 Mei 2012

[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia


Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini. Sepatah haram pun tidak ditulis atau disebut oleh pembaca berita media pro-UMNO. Mak cik, pakcik di kampung mengetahui hal ini melalui Harakah, Keadilan, dan sebagainya. Abang, kakak di Felda mengetahui hal ini melalui siri ceramah dan sebagainya.
Namun bolehkah perkara ini disembunyikan di peringkat antarabangsa? Jawapannya ada di bawah ini:


P/s: Cepat-cepatlah ke Paris, bersihkan nama! kah kah kah!

Khamis, 17 Mei 2012

Gambar Kemewahan Rumah Pemimpin PAS.. Umno Pun Kalah





Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.

Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.

Rabu, 16 Mei 2012

Kemenangan presiden baru Perancis cepatkan siasatan Scorpene – Anwar

KUALA LUMPUR 15 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Presiden Perancis yang baru, Francois Hollande akan mempercepatkan siasatan terhadap skandal rasuah Scorpene membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
“Kemenangan presiden baru Perancis akan mempercepatkan siasatan kes rasuah kapal selam,” kata Anwar dalam satu ceramah di Batu Caves, baru-baru ini.
Menurut Anwar, rakan karib Perdana Menteri yang juga pemilik Perimekar iaitu Abdul Razak Baginda dan Najib sendiri antara saksi yang akan dipanggil.
Katanya, Mahkamah Perancis bukan hanya menghadkan siasatan mereka terhadap pembelian Scorpene, tetapi juga akan mengheret siasatan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu, apabila turut memanggil Dr Setev Shaariibu sebagai saksi perbicaraan.
“Kalau begitu, nama Malaysia akan terjejas. Proses keadilan sedang berjalan, apa keputusan saya tidak tahu.
“Tetapi yang saya tahu, ia tidak seperti badan kehakiman seperti Malaysia. Ia (Mahkamah Perancis) lebih bebas dan terbuka dan siasatan adalah berat kerana melibatkan kes rasuah yang besar.
“Kes ini ada kaitan dengan penjualan Submarine di Pakistan yang melibatkan 13 orang terbunuh dan penjualan submarine di Taiwan yang menyebabkan seorang terbunuh, dan di Malaysia mengakibatkan seorang terbunuh (Altantuya),” ujarnya.
Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian Scorpene baru-baru ini menemui bukti bahawa Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faksimili menunjukkan Najib meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
7 Mei lalu, Francois Hallonde, menewaskan Nicholas Sarkozy untuk jawatan presiden.

Keganasan polis: Wartawan beri Najib 2 minggu untuk bertindak


PUTRAJAYA 15 Mei: Sekumpulan enam wartawan daripada Institute of Journalism (IJ) memberi tempoh hingga hujung bulan ini untuk Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan ke atas keganasan polis terhadap petugas media pada perhimpunan Bersih 3.0.
Najib bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kononnya prihatin melawat Radzi di hospital setelah dibelasah polis.

Dengan berpakaian serba hitam dan mengenakan riben kuning, mereka menyerahkan memorandum mengandungi 3,000 tanda tangan wartawan dan jurugambar ke Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.
Memorandum yang mewakili 14 organisasi media itu mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memohon maaf secara terbuka kepada wartawan ekoran tindakan melampau polis terhadap mereka.
Mereka turut mendesak polis memulang peralatan yang dirampas dan mengganti peralatan yang rosak.
Wakil IJ, Radzi Razak berkata, sejak insiden 28 April lalu, tiada maklum balas daripada kerajaan mengenai bantahan wartawan yang dikasari dan pihaknya kini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Kita sudah memberi masa cukup lama kepada mereka. Sudah tiba masanya kerajaan menjawab dan memberi maklum balas mengenai isu ini,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sambil menegaskan tidak memihak kepada mana-mana parti politik, beliau hanya mahu kerajaan menghormati dan melindungi wartawan yang bertugas.
“Kami juga tidak membenci polis, tetapi kita mahu polis memberi keadilan melampaui ideologi politik,” katanya.
Radzi dari akhbar The Sun merupakan salah seorang wartawan yang dimasukkan ke hospital selepas cedera rusuk dan mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan Bersih.
Polis turut melakukan serangan terhadap wartawan lain termasuk Malaysiakini, The Malaysian Insider, Al Jazeera, Makkal Osai, Guang Ming Daily, Channel News Asia, Merdeka Review dan The Malay Mail.
Polis merosakkan kamera dan merampas rakaman mereka untuk menghapuskan bukti.