Sabtu, 5 Disember 2009

ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

PRU 13 - Anwar minta Australia jadi pemantau
Posted on Thursday, December 03 @ 23:43:59 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ikatan pembangkang menghadapi pilihan raya umum Mac 2008 meminta Australia menghantar pasukan pemerhati untuk memantau perjalanan pilihan raya umum ke-13 yang ramai jangkakan kemungkinan diadakan dalam waktu terdekat.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013 tetapi ramai meramalkan ia kemungkinan dipanggil dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh dua tahun.

Dalam temu bual dengan akhbar Australia, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, ikatan tidak formal yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 memberitahu bahawa sistem pilihan raya negara ini masih memperlihatkan beberapa kekurangan yang tidak memihak kepada mereka.

Kempen pilihan raya yang dijangkakan tahun depan bukan sesuatu yang mudah bagi Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat — yang kedua dalam tempoh 10 tahun.

Pada pilihan raya umum tahun lalu PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS memenangi 82 kerusi Parlimen dengan menafikan kedudukan majoriti dua pertiga yang dinikmati Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.

Malah PR menguasai Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor. Bagaimanapun Perak kembali diambil alih oleh BN selepas tiga wakil rakyat PR keluar parti masing-masing.

"Senarai pemilih tidak boleh dicabar, tiada liputan (bebas) media, anggota keselamatan (juga) bukan berpihak kepada kami," kata Anwar dipetik The Age. Tulisan akhbar itu dimuatkan dalam blog beliau hari ini.

"Pada masa lalu (pilihan raya umum ke-12 Mac 2008) kami telah lakukan dengan baik. Kali ini kami meminta negara-negara seperti, termasuk Australia, agar menghantar pasukan bebas (untuk memantau perjalanan pilihan raya).

"Jangan bercakap pasal demokrasi jika anda menafikan perkara ini dan mengatakan yang baik-baik sahaja untuk menyenangkan pemimpin-pemimpin diktator dan autoritarian," kata Anwar memenangi kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008.

Negara pernah menerima kehadiran pasukan pemantau ketika pilihan raya umum 1990.

Ketika lawatan ke Malaysia tahun lalu, Perdana Menteri Australia Kevin Rudd memuji Malaysia sebagai negara yang demokrasinya berkembang dengan baik meskipun diselubungi dakwaan adanya unsur membeli undi dan rasuah.

Bagaimanapun Anwar berpendapat bahawa Rudd telah silap dalam pandangannya itu sambil menyifatkan ia sebagai kenyataan diplomatik semata-mata.

Kata Anwar, untuk mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi yang mantap dengan jelas menggambarkan salah faham tentang isu sebenar yang wujud.

"Sistem kehakiman tidak bebas, anda tiada akhbar yang bebas. Rangkaian-rangkaian televisyen dikawal oleh parti pemerintah. Apakah bentuk demokrasi mantap yang anda bercakap?

"Saya mesti mengatakan bahawa dari segi hubungan dua hala, (Rudd) bukan sahaja hanya perlu menyedapkan kerajaan memandangkan pembangkng juga mempunyai komitmen untuk mempunyai hubungan dua hala yang mantap dengan Australia," kata Anwar yang dilihat sebagai intrumen utama dalam menyatukan pembangkang di bawah ikatan PR.

Anwar akan berada di Australia esok untuk bercakap mengenai pengalaman komuniti Islam di Asia Tenggara pada majlis Parlimen Agama Dunia di Melbourne.

Beliau juga akan menyampaikan syarahan di Monash University berhubung pengalaman Asia dalam menghadapi krisis kewangan dunia.



ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

Wang RM43juta Milik Bekas Timbalan KPN Jadi Rebutan Keluarga
Posted on Friday, December 04 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih

"Petang tadi sewaktu sedang memandu ,Sinar FM menyiarkan berita mengenai harta berupa wang, peninggalan arwah Bekas Timbalan Ketua Polis Negara. Namanya saya lupa tapi arwah berbinkan Jaafar ( kalau tak silap ).

Terkejut bila dinyatakan jumlah wang tersebut iaitu sebanyak RM43 juta. Wow...banyaknya. Menurut berita itu lagi wang itu diamanahkan oleh arwah kepada adiknya tetapi anak sulung arwah telah mengambil tindakan mahkamah untuk membekukannya. Dan kini ia dibawa ke mahkamah Tinggi Syariah.

Sungguh menakjubkan begitu banyak sekali wangnya. Kalau dah Timbalan Ketua Polis ada RM43 juta, agaknya Ketua Polis Negara berapa pula jumlahnya.

Agak-agak Menteri Besar , timbalan menteri , menteri , Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri berapakah pula jumlah yang mereka miliki ?

So, sesiapa yang pandai matematik tolong kirakan.


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

Hantu Teoh Beng Hock kelihatan di Plaza Masalam
Posted on Friday, December 04 @ 16:30:43 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih



Malaysiakini melaporkan “hantu” Teoh Beng Hock dilihat merayau-rayau oleh pengawal keselamatan yang bekerja di Plaza Masalam. Klik disini.

Malahan ada pengawal keselamatan yang mendakwa digigit tengoknya oleh lembaga yang menyerupai Teoh Beng Hock. Selepas kejadian, pengawal berkenaan meminta ditukarkan ke pejabat MACC di Putrajaya. Klik disini.

Hari ini kita juga dikejutkan dengan berita persaraan awal oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said. Klik disini. Apakah persaraan Ahmad Said ada kena mengena dengan lembaga Teoh yang dilihat di Plaza Masalam?

Apa-apa pun, jalan terbaik iaah Ahmad Said menyelesaikan kes misteri kematian Teoh Beng Hock sebelum meletakkan jawatan. Jika tidak, perkara ini akan menghantui sepanjang hidupnya dan kebahagiaan hidup akan hilang diselubungi rasa bersalah. Dan ini lebih “seram” dan menakutkan dari terlihat hantu Teoh Beng Hock.

Jumaat, 4 Disember 2009

KENYATAAN PALING NGOOOOK

BERSEDIA UNTUK BERTINDAK - GEROMBOLAN SUDAH HABIS DUIT !


GEROMBOLAN AKAN CARI SAMPAI DALAM POKET

USAH POLITIKKAN GST : NAJIB – berita hairan

Pelaksanaan cukai perkhidmatan, barang atasi kejatuhan perolehan.

Datuk Seri Najib Razak meminta semua rakyat supaya tidak mempolitikkan langkah kerajaan melaksanakan cukai perkhidmatan dan barangan (GST).

Perdana Menteri menegaskan pelaksanaan GST bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan negara dan mengatasi kejatuhan perolehan cukai yang dipengaruhi kekurangan rizab minyak.

BARU SEDAR MINYAK DAH ABIS….

MASA DUIT MINYAK ADA BUAT PROJEK MEGA…..

MASA DUIT ADA BELI KAPAL SELAM…..

MASA DUIT ADA BUAT LITAR SEPANG…..

MASA DUIT ADA BUAT MONSOON CUP...

MASA DUIT ADA CURI HANTAR KE LONDON…..

BUAT APA FORMULA SATU..
.

BILA DUIT SUDAH HABIS… CUKAI ORANG RAMAI…
..

PERGI TEPILAAA... MENYUSAHKAN SATU MALAYSIA.
..

KEMUDIAN KATA JANGAN POLITIKKAN…..

INI MEMANG POLITIK… INI POLITIK NAK JATUHKAN GEROMBOLAN

INGAT INI APA?....MAIN KONDA KONDI KE?....

INI INGAT MAIN TARIK TARIK KAIN SARONG…..

nota:

kenapa gunakan GST ?

GST ini digunakan untuk kaburi mata orang kampong
GST ini nama yang dirancang oleh APCO PR yang cuba membina imej mat mongol

jangan gunakan GST – kalau kita gunakan istilah GST kita terperangkap !

GST tidak ada apa apa makna

gunakan CUKAI BARANG untuk semua rakyat faham
tak perlu cakap orang puteh
ini malaysia
bukan london


Nuffnang Ads

INI AKAN TERJADI SEBELUM PECAH

INI AKAN TERJADI SATELAH PECAH

NIK AZIZ : KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT - malaysiakini

Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.

Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

APA ADA DALAM PERUT ORANG ITU

SIAPA ORANG ITU ?.....

ORANG ITU YANG MANA SATU……

KALAU PERUT ORANG ITU PECAH.... BUSUKLAAA SATU MALAYSIA
Gambar banjir di Jeddah (25 Nov 09)
Posted on Thursday, December 03 @ 13:10:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih
Luar Negara

"Fenomena banjir adalah perkara biasa jika berlaku di Malaysia tetapi jika berlaku di Jeddah memanglah suatu yang pelik . Banjir di Jeddah pada 25 Nov lalu sehingga meragut 106 nyawa. Subhanallah, Maha Suci Allah.






"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)



YA ALLAH, BINASAKAN NAJIB KERANA DIA ZALIM !!

MALAYSIA-ABDULLAH by shamshahrin.

Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Di negeri di bawah pemerintahan UMNO, hak royalti ini tidak dinafikan. Sebaliknya, penafian hak ini berlaku, pada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan islam menjadi asas pemerintahan.

Memandangkan kezaliman ini dilakukan, menyebabkan Tuan Guru nik Abdul Aziz yang merupakan ketua kerajaan negeri kelantan telah berdoa, agar memberi kebinasaan kepada najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan itu.


Persoalannya, apakah tindakan Tuan guru itu salah?


Bagi memastikan dakwaan itu, dikemukakan hujjah-hujjah berikut;


PERTAMA;


Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.


Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;


تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ


Maksudnya;

"celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"


(Surah Al-lahab : 1)


KEDUA:


Firman Allah;


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ


Maksudnya;

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"


(Surah Hud : 18)


KETIGA;


Firman Allah;


أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ


Maksudnya;

"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la'nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la'nat para malaikat dan manusia seluruhnya"


(Surah Al-Imran : 87)


KEEMPAT:


Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;


اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا


Maksudnya;

"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"


Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca;


سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ


Maksudnya;

"telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu" (Al-Bukhari : 3762)


KELIMA;


Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;


اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ


Maksudnya;

"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"


Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;


لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ


Maksudnya;

" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."


(Surah Al-Imran : 128)


Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)


KEENAM;


Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;


اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ


Maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)


* maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.


ISTIDLAL


Dari Ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.


Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu 'dita'liqkan' dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.


Sabda nabi SAW;


انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ


Maksudnya;

"tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim"


Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?"


Jawab nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-bukhari : 6438)


Dari hadis ini, amat nyata bahawa nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.


Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian

Wallahu 'Alam

KES GAJAH BERAK TENGAH JALAN TAK NAMPAK

KES SEBESAR INI - TAK KAN TAK SAMPAK



BILA KES INI AKAN DISIASAT
SPRM DIGESA SIASAT ADIK PM - malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai dakwaan hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Najib Razak.

Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

ADUAN POLIS ISU RM10 JUTA MILIK MB NEGERI SEMBILAN - malaysiakini

Walaupun menteri besar Negeri Sembilan sedang disiasat Bank Negara berhubung dakwaan pemindahan wang RM10 juta ke luar negara, ia tidak menghalang satu aduan polis isu yang sama dibuat lagi di Bukit Aman.

Mohamad Hassan, dikaitkan dengan kegiatan itu, apabila bank pusat Malaysia membatalkan 20 lesen perniagaan pengurup wang hujung Oktober lalu.

Beliau didakwa memindahkan wang tersebut pada Mac tahun lalu melalui syarikat Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd.

KENAPA BUAT TAK TAHU?....

SATU MALAYSIA SUDAH LETIH…

BERAPA BANYAK LAPORAN DIBUAT……

SAMPAI KIAMAT PUN… TAK ADA YANG AKAN MENYIASAT




Nuffnang Ads

SIASAT PUNYA SIASAT - DIDAPATI TIDAK ADA KES

KONTREKTOR INI SEDANG MENYAMAR



SETIAUSAHA POLITIK MENTERI KANAN DISIASAT SPRM - mStar

Seorang setiausaha politik menteri kanan yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, penyiasat kes tersebut pernah mendapat perintah bagi merampas dan membekukan beberapa harta miliknya termasuk kereta mewah dan rumah selain akaun bank yang telah pun dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Menurut sumber, senarai rampasan harta tersebut termasuklah sekurang-kurangnya empat buah kereta mewah dan empat buah rumah dipercayai kepunyaan setiausaha politik yang berumur lewat 30-an itu.

Suruhanjaya tersebut sedang menyiasat pembelian hartanya di kawasan Lembah Klang yang dikatakan diperolehi dari wang sogokan daripada kelulusan beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit.

Difahamkan, beberapa rampasan adalah di bawah nama setiausaha politik itu dan penyiasat akan memanggil nama-nama lain yang telah didaftarkan sebagai pemilik. Sumber juga berkata, pegawai penyiasat telah pun mengenal pasti beberapa individu lain yang turut terlibat dengan kes tersebut dan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sebuah pasukan khas daripada suruhanjaya di Putrajaya juga telah pun memulakan siasatan kira-kira tiga minggu lalu berikutan maklumat yang mengatakan dia menjalani kehidupan mewah melebihi kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan terhadap setiausaha politik tersebut dikategorikan antara kes berprofil tinggi.

Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai. Pegawai suruhanjaya enggan mengulas tentang perkara ini ketika dihubungi.

BIAR BETUL…

JAMIN MALAON INI BUKAN DARI PAKATAN… ..

KALAU DARI PAS… MESTI NAMA DAN GAMABR ADA.…

KALAU DARI PKR… MESTI HEBOH SATU MALAYSIA

KALAU ANGGOTA PAKATAN… MESTI ADA GAMBAR POLIS KEPONG RUMAH
….

KALAU AHLI PKR… MESTI ADA GAMBAR DALAM TV…..

KALAU AHLI DAP … DAH KENA SIASAT SAMPAI MATI…..

SIAPA MENTERI MALAON INI?...




MAT GELAP NAK TAMBAH HITAM

KALAU TAK CUKUP DAKWAT HITAM - TANGKAP GAGAK

PERAK SENARAI HITAM KONTREKTOR JAMBATAN RUNTUH
– berita hairan

Kerajaan Perak telah menyenaraihitamkan syarikat kontraktor yang terbabit dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan di Kuala Dipang, Kampar, daripada sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis sekiranya perlu bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

"Kelalaian syarikat terbabit tidak boleh diambil mudah. Ia sangat serius kerana tiga nyawa telah terkorban," katanya.

HANYA SENARAI HITAM?..…

NAK BUAT APA SENARAI HITAM….

MALAON INI AKAN TUKAR NAMA YANG BARU....

APA LAH NGOOOK SANGAT…..

NAK HITAM MACAM MANA LAGI
…..

TAK KAN TAK CUKUP HITAM

INI KES BUNUH… BUKAN KES DAKWAT HITAM




RAJA GOPAL CARI RAJA MUTHU

INI BARU MAHARAJA YANG BETUL LAGI TEPAT




TOLAK POLITIK KEBENCIAN : RAJA NAZRIN
– berita hairan

Raja Nazrin Shah, meminta masyarakat menolak politik kebencian dan sebaliknya menerima pakai amalan demokrasi bertamadun berasaskan kepada ciri hormat menghormati dan bertimbang rasa untuk menjadi Malaysia lebih makmur.


RAJA GOPAL INI CAKAP APA?..…

KENAPA TAK BOLEH BENCI…..

KENAPA TAK BOLEH BENCI RASUAH…..

TAK KAN TAK BOLEH BENCI ISA…..

TAK KAN MAHASISWA TAK BOLEH BENCI AUKU…..

NAK HORMAT MACAM MANA….

KAKI LEBONG DAN KAKI KLENGTONG
...

NAK BERTIMBANG RASA APA?...…

YANG TAK ADA HAK JADI RAJA GOPAL JADI RAJA GOPAL……

JANGAN LAAA BODOHKAN MELAYU
…..




LEBAI SAUH BERFATWA PULA

NIK AZIZ PATUT MENGAKU SALAH: HISHAMUDIN - mStar

Hishammuddin Hussein berkata, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat seharusnya mengaku membuat kesilapan dengan meminta penduduk Kelantan berdoa agar Najib Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada negeri itu.

Dia berkata daripada berdolak-dalik dan cuba mempertahankan apa yang dikatakannya itu, adalah lebih baik bagi Nik Aziz mengaku salah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

"Saya tengok dia sekarang cuba berdolak-dalik. Rata-rata orang ramai kata (apa yang Nik Aziz katakan itu) memang tidak wajar, tidak layak, tidak perlu dan tidak harus diluahkan oleh seorang pemimpin ulama.


LEBAI SAUH… TAK PAYAH LAA CAKAP BANYAK…..

LEBIH BAIK MINTA DOA … PANJANGKAN LIDAH
……


LIDAH KONTOT INI BAHAYA?....

NANTI BINI LARI... CARI LIDAH PANJANG
..

Khamis, 3 Disember 2009

1MALAYSIA: MEMBUDAYAKAN AMALAN RASUAH

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Pertama sekali penulis memohon maaf daripada pembaca blog ini kerana dari 14 hingga 26 November 2009, blog ini tidak di’up-date’kan kerana dalam tempoh itu penulis berada luar kawasan dan disibukkan dengan tugas-tugas rasmi. 26 hb baru penulis balik ke kampong halaman untuk menyambut Hari Raya AidilAdha.

Penulis sempat membelek akhbar Siasah keluaran 22 – 28 November 2009. Terkejut penulis di muka depan akhbar itu dimuatkan laporan Indeks Persepsi Rasuah [CPI]. Amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia kepada dunia, apabila CPI kita jatuh ranking paling teruk dalam CPI dunia. Kita hanya memperolehi 4.5 mata, iaitu di bawah paras 5 mata, berbanding 5.1 mata bagi tahun 2008. Malaysia berada ditangga ke 56 daripada 180 negara yang dinilai dan ke tiga di kalangan empat negara di Asia Tenggara.

Pada tahun 1995, Malaysia telah dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai. Ketika itu Malaysia mendapat 5.28 mata. Di kalangan negara Asia, Singapura menduduki tempat terbaik dengan 9.3 mata di tangga kelima, iaitu 0.4 mata di belakang negara terbaik Finland yang mendapat 9.7 mata. Hong Kong memperolehi 8.0 mata di tangga ke-16, Jepun [6.9 mata] di tempat ke-24 dan Taiwan menduduki tangga ke-35 dengan 5.6 mata.

Tanda aras yang digunakan ialah skor CPI yang diguna pakai oleh Transparency Internasional ialah dari 1.0 hingga 10.0. Skor di bawah 1.0 mata merupakan yang skor yang paling terburuk, manakala skor 10.0 mata merupakan yang terbaik. Transparency International adalah sebuah pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan yang diasaskan pada 1993 untuk membanteras rasuah dan menggalakkan urus tadbir yang baik. CPI mula diperkenalkan pada 1995 bagi menilai darjah perbuatan rasuah yang dianggap berlaku di kalangan kakitangan awam dan ahli politik.Kajian CPI dilaksanakan oleh 12 institusi bebas termasuk Forum Ekonomi Dunia dan Bank Dunia.

Trend yang dihadapi oleh negara kita amat membimbangkan kerana ia menyerlahkan amalan rasuah telah berakar umbi dalam masyarakat. Kajian menunjukkan sektor politik merupakan sektor yang banyak dicemari dengan amalan rasuah. Rasuah politik diasaskan dan pelopori oleh UMNO untuk mengejar 3K, iaitu kedudukan, kuasa dan kekayaan. Rasuah di Malaysia amat sukar dihapuskan kerana kerajaan pimpinan tidak keazaman politik yang kuat, hanya sekadar slogan dan angan-angan kosong sahaja. Ikan-ikan bilis sahaja yang kena, jerung-jerung besar yang terdiri daripada kalangan pemimpin UMNO dibebaskan dan dibersihkan oleh SPRM, PDRM, Peguam Negara dan mahkamah.

Ditambah lagi amalan rasuah yang diamalkan oleh UMNO ini telah diterima pakai oleh sebahagian besar masyarakat [terutama orang-orang Melayu yang berotak udang dan tidak mengamalkan Islam sepenuhnya] sebagai satu budaya baru. Contohnya, mana-mana diadakan pemilihan parti dalam UMNO, politik wang wajib wujud. Nama-nama seperti seperti Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Isa Samad, ADUN Bagan Pinang, Mohamad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Khairy Jamaluddin, ketua pemuda dan ramai lagi adalah senonim dengan amalan politik wang. SPRM, PDRM dan Peguam Negara hanya lihat sahaja gelagat amalan rasuah politik yang bermaharajalela dalam UMNO. Macam mana amalan rasuah dan menyalahgunaan kuasa hendak dihapuskan kerana para pemimpin hidupanya dikelilingi oleh wang rasuah.

Bagi UMNO tafsiran politik wang bukannya RASUAH. Sebab itu bagi penganut parti rimba dan kuno itu politik wang adalah halal dan rasuah adalah harus. Politik wang dan rasuah dibenarkan dalam UMNO.Kalau masuk UMNO amalan politik wang dan rasuah tidak berdosa. Politik UMNO bukan ada kena mengena dengan agama. POLITIK SUKU AGAMA SUKU. Bermaksud politik tidak boleh campur dengan agama.

Oleh sebab itu, walaupun pada masa yang sama UMNO mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap amalan rasuah, tetapi rasuah terus meningkat dengan rancaknya. Pembelian beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah berunsur rasuah kerana mereka yang belot ini ditawarkan jutaan ringgit dan akan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di mahkamah dan kemuncaknya dengan rampasan kuasa di Perak dengan memperalatkan dan memperkudakan istana yang lebih cintakan dunia daripada rakyat.

Rasuah di Malaysia tidak dapat dikawal disebabkan negara ini dipimpin oleh UMNO yang diketuai oleh Najib Tun Razak dan para kabilahnya mengangkat rasuah sebagai satu budaya dalam berpolitik. Saya katakan tadi rasuah dalam UMNO merupakan amalan yang suci, halal dan tidak berdosa [hanya terpakai untuk UMNO dan rakan-rakannya dalam BN sahaja] dan telah diterima umum oleh rakyat. Tafsiran ini tidak dipanjangkan untuk kemudahan orang lain seperti para permimpin Pakatan Rakyat dan kakitangan awam. Jadi, juak-juak UMNO boleh buat apa saja yang ia mahu kerana kedudukan mereka mengatasi undang-undang negara.

Bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam, mereka akan diserang habis-habisan, disiasat, dicari dan diselidiki apa-apa sahaja kesilapan dan kesalahan yang pernah dibuat secara sengaja atau tidak akan dicari sehingga ke lubang cacing, sungguh pun kesalahan tersebut sebesar hama, berbanding apa yang dilakukan para pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh melakukan amalan rasuah, menggunakan kedudukan dan menyalahgunaan kuasa melibatkan nilaian jutaan ringgit, malah ada yang mencapai nilaian berbillion ringgit akan dibiarkan tidak disiasat, kalau disiasat pun hanya sekadar mengikut formaliti sahaja.

Sudah berlori-lori laporan polis dan kepada SPRM [dulu BPR] dibuat berserta dengan bukti-bukti sekali, namun kebanyakannya akan hilang lenyap begitu sahaja dan bagi menunjuk-nunjuk yang ia ada intergriti akan dikeluarkan kenyataan untuk menutup fail dengan alasan ketiadaan bukti kukuh untuk dibuat pendakwaan. Pihak Peguam Negara, polis dan SPRM ingat semua rakyat Malaysia bodoh-bodoh belaka, dengan sehelai kertas bersaiz A4 satu perenggan, mereka harap mereka boleh tutup cerita dan rakyat boleh ditipu bila-bila masa yang dikehendaki. Kesan dari sikap dauble standard dan diskriminasi ini, maka orang luar menilai kita, kita merapu dan mempermainkan undang-undang untuk menutup amalan kita [baca: pemimpin UMNO] yang mengamalkan rasuah.

SPRM yang ditubuhkan khas berperanan [dari persepsi rakyat] adalah untuk membersihkan UMNO [juga para pemimpinya] daripada sebarang tuduhan mengamalkan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. Politik wang dan taburan duit jutaan ringgit serta projek mee segera di setiap kali pilihan raya diadakan [nanti di pilihan raya kecil Kota SiPuteh kita dapat saksikan bersama] tidak dianggap rasuah, malah dianggap sebagai habuan, imbuhan dan telah menjadi tradisi turun-temurun yang perlu dipertahankan.

Di samping itu, SPRM diberi peranan mencari, menyungkil, menyusup, menyamar dan melakonkan watak pencuri bagi merangkap mangsa dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penjawat awam. Di kepala otak para pemimpin UMNO rasuah merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas untuk menapak ke takhta kuasa dan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul kekayaan secara pantas dan cepat tanpa perlu berusaha.

Kesan daripada itu Malaysia tidak ada harapan untuk memperbaiki ranking dalam CPI dunia selagi dasar double standard ini terus dilakukan. SPRM juga akan hilang kredibiliti, tidak dihormati malah dibenci oleh rakyat kerana ia dianggap sebagai proksi UMNO. Setakat ini SPRM gagal dalam misinya [kecuali tindakan terhadap beberapa pemimpin UMNO yang tidak ada nilai, pemimpin Pakatan dan penjawat awam] untuk bertindak tegas tanpa takut terhadap beberapa skandal profil tinggi termasuk kematian mengejut Teoh Beng Hock di ibu pejabatnya sendiri, skandal RM12.5 billion PKFZ, skandal rakaman video Lingam manipulasi badan kehakiman Negara.

Nasihat saya [mewakili golongan rakyat prihatin] kepada SPRM hentikanlah siasatan terpilih yang disasaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang berbaur politik , manakala pemimpin UMNO/BNyang mampu memiliki mahligai-mahligai besar dan hidup kaya raya penuh dengan kemewahan tidak tersiasat. Jikalau badan pencegah rasuah utama negara kita tidak dapat memberi jaminan untuk berfungsi secara cekap, telus dan saksama, maka tidak hairan Malaysia terus merosot dan akan menjadi lebih teruk lagi, dalam gejala rasuah.

Malu, malu…malu bagi orang-orang yang ada maruah dan berpegang pada prinsip agama menghadapi keadaan ini, negara bukan muslim dan rakyatnya juga bukan Islam boleh bebas dari rasuah, tetapi kita Negara, Negara Islam, rakyatnya Islam dan para pemimpinnya juga majoritinya Islam boleh menjadikan negara ini negara rasuah.

HARU SANA, HARU SINI



Bukan main lagi, seorang Mufti dan bekas Mufti negara ini menghentam MB Kelantan. Puncanya MB itu menyebut bahawa dia berdoa supaya Allah musnahkan masa depan PM Malaysia dan kumpulannya jika enggan memberi royalti petroleum kepada Kelantan.

Bagi mereka tindakan MB Kelantan itu salah, haram di sisi Islam. Sepatutnya dia berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan kepada Najib. Mengapa? Ya, Najib juga orang Islam. Lainlah kalau doa itu ditujukan kepada kafir harbi.

Seorang bekas Mufti pula berkata, berhajat supaya orang lain ditimpa keburukan bercanggah dengan al-Quran bahkan mencabar al-Quran.

Heee… seram sejuk macam minum ais pada musim hujan, memulas-mulas perut macam termakan gulai basi, bila membaca kenyataan kedua-dua makhluk itu. Bukan main lagi mencari hujah membela, mempertahan, memperkukuh tindakan Najib.

Benar, berdoa dengan keburukan dan kemusnahan kepada orang lain memang tidak boleh. Tetapi, kepada siapa? Berdoa supaya Tuhan menghukum orang yang merampas hak kita, bukan hak kita seorang tetapi hak rakyat keseluruhan, tidak boleh?

Bukan hak rakyat yang hidup di Kelantan pada hari ini sahaja tetapi termasuk hak rakyat yang Kelantan yang bakal lahir. Bukan hak rakyat Kelantan yang berparti PAS sahaja termasuk yang berparti Umno. Bahkan, termasuk rakyat Kelantan yang menjadi saudara-mara Harussani, saudara-mara Noh, termasuk saudara mara Najib dan Rosmah yang tinggal di Kelantan.

Najib tidak menunaikan hak, itu isunya. Berbagai usaha dilakukan untuk membolehkan hak itu ditunaikan, namun Najib macam pekak badak sahaja.

Orang yang pekak badak hanya boleh disedarkan dengan pukulan gong di telinganya. Pukulan gong itu bagi orang Islam ialah ‘doa’. Mudah-mudahan Najib dan orang-orangnya sedar apa yang dibuatnya itu.

Heee…geli-geleman macam nampak ular lidi, bila mendengar kedua-dua tokoh agama itu bercakap mengenai persaudaraan, silatur rahim, pohon maaf.

Sepatutnya kedua-dua tokoh itu menasihatkan Najib supaya menunaikan hak kepada yang berhak. Jangan sampai orang yang menuntut haknya hilang sabar sehingga dia tidak punya cara lain selain berdoa.

Harussani dan Noh ingat isu royalti petroleum isu kecil, isu main-main, isu sampingan? Royalti petroleum untuk Kelantan nilainya bukan seperti sebulan gaji campur elaun Dato' dan Tan Sri. Kalau Dato' dan Tan Sri boleh tidak berpuashati kalau elaun campur gaji Dato' dan Tan Sri tak dibayar, dan sedia berdoa untuk itu, ini royaltilah Dato' dan Tan Sri!

Jangan salahkan orang berdoa, tetapi salahkan orang yang tidak menunaikan hak. Berdoa salah, merampas hak tak salah. Aduh, perut semakin memulas-mulas, mungkin pasai banyak makan daging korban kot?

Sudahlah Harussani, sudahlah Noh. Apa lagi yang al-Fadhil Yang Berbahagia Dato’ dan Tan Sri nak cari? Perut Dato’ dan Tan Sri belum kenyang? Poket Dato’ dan Tan Sri belum cekang? Atau, Dato’ dan Tan Sri ada angan-angan lain?