Jumaat, 6 Mei 2011

Segerakan PRU 13, Tamatkan Budaya Fitnah Terhadap Pembangkang



SHAH ALAM 6 MEI : Kerajaan persekutuan digesa mempercepatkan pilihan raya umum ke- 13 bagi merungkai pemilihan kepimpinan negara yang berwibawa dan menamatkan serangan berbentuk fitnah terhadap pihak pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Langgat, Abdullah Sani berkata kerajaan pemerintah sepatutnya berdepan dengan pembangkang secara profesional melalui pilihan raya yang adil dan bukannya dengan menyuburkan budaya fitnah.

"Saya mahu memberi amaran, sekiranya pendekatan kezaliman seperti ini terus diambil, saya yakin rakyat tidak bodoh, rakyat sudah bijak menilai untuk angkat tokoh mana yang mereka akan pilih untuk PRU 13 akan datang, Saya saran kepada Najib, segerakanlah PRU 13, kita ke gelangang sebagai 'anak jantan' kemudian kita lihat pemimpin mana rakyat akan nobatkan sebagai pemimpin ulung negara," kata Abdullah.

Melihat kronologi fitnah berterusan termasuk pendedahan klip video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menyaksikan kebangkitan rakyat.

"Episod demi episod, fitnah demi fitnah dan keaiban demi keaiban berlaku dalam memastikan musuh UMNO-BN ini tidak mampu bertapak, tetapi percayalah sekira gugurnya perjuangan hebat Anwar ini, maka akan lahirlah ribuan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini sekira itulah agenda utama UMNO-BN," katanya lagi.

Dalam pada itu, Abdullah Sani juga mengesa Polis agar bersikap neutral dan bebas dari terus ditunggangi UMNO-BN dalam usaha merealisasikan agenda politik sempit mereka.

"Sebab itu kalau polis membuat satu keputusan, wajib dengan teguh tanpa rasa segan silu mempertahankan apa yang mereka ada dalam siasatan sebagai satu asas, tetapi keadaan sekarang ini polis seolah-olah bersekongkol dengan peguam negara yang sedia maklum tahu beliau terlibat secara langsung dalam konspirasi ulung yang dilakukan pada 1998, dan ini berlaku sekali lagi penglibatan polis dengan peguam negara dalam kes Anwar ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang dilihat akur pada telunjuk Pejabat Peguam Negara dengan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks kepada Pejabat Peguam Negara.

"Dan mereka taksub pada peguam negara yang jelas agenda utamanya adalah menjatuhakan dan mengaibakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab itu tidak logik apabila polis buat siasatan, diserahkan semula kepada peguam negara dan peguam negara meminta kembali polis mengadakan siasatan lanjutan supaya kes ini ada primafesinya, itu niat asalnya, jadi polis terpaksa ditunggangi agar hasrat jijik peguam negara ini dizahirkan dalam bentuk pendakwaan," ujarnya.

Kehidupan bekas KPN punah di tangan Gani Patail

azlanPersepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu "terlalu menurut karenah" Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Sebagai bekas pegawai kanan polis yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, beliau sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan 'pisang akan berbuah dua kali'.

"Saya tidak bimbang untuk menyatakan, bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk ke penjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksimum RM 2000."

"Pada hal, sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998, untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.

"Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas," katanya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain mendakwa akibat dipermainkan oleh Gani Patail, Rahim bukan sahaja telah dipenjarakan, malah sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau dilabelkan "orang yang bertanggung jawab merosakkan imej negara di kaca-mata antarabangsa.

azlanBagi mengukuh dakwaannya, Mat Zain memetik tulisan memoir Doctor In The House karya mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad muka surat 693 ... “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia's International standing.”

"Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM.

"Manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya," katanya dalam surat setebal lapan muka surat itu.

Gani dan video lucah: Surat Terbuka buat PDRM

Sejak akhir-akhir ini sangat jelas kelihatan PDRM seperti kehilangan taring, dan seolah jawatan Ketua Polis Negara “subservient” kepada Peguam Negara.

Kes kecil seperti kesalahan manayangkan video lucah pun, yang lazimnya dahulu disiasat oleh seorang AIO berpangkat Sarjan, kini terpaksa diusung turun naik beberapa kali ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan masih belum ada keputusan lagi walaupun lebih satu bulan telah berlalu.

Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email: iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PDRM SEMAKIN PARAH

1. Sejak dua minggu kebelakangan ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk caramana tindakan PDRM menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim. Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM. Melihat tindak-tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh Polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian.

1.1. Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri. Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal-usul isu dalam persoalan,saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”.

1.2. Saya tidak bimbang untuk menyatakan, bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk ke penjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksimum RM2000.

1.3. Pada hal, sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998, untuk mengambil tanggung awab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau. Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila Mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas.

1.4. Akibat dipermainkan oleh Gani Patail, bukan sahaja Rahim Noor telah dipenjarakan, malahan sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau telah dilabelkan sebagai orang yang bertanggungjawab merosakkan imej Negara di kaca-mata Antarabangsa pula. Sila Tan Sri rujuk muka surat 693 memoirs Tun Dr.Mahathir Mohamad; dalam buku Doctor In The House, di mana Tun Mahthir merakamkan,… “Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia’s International standing.”

1.5. Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM, manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya.

1.6. Sedih untuk menyatakan, tidak ada apa-apa perkara yang bagus untuk kenangan PDRM dalam keseluruhan Chapter 53 memoirs, melainkan menyedarkan kita hakikat bahawa Tun Mahathir, tidak dapat memaafkan Rahim Noor.

2. Namun begitu kita tidak boleh secara terburu-buru menuding jari menyalahkan Tun Mahathir. Sebagai manusia biasa beliau juga boleh diperdayakan atau dalam bahasa mudah, ditipu untuk mempercayai sesuatu perkara yang tidak benar sebagai benar, atau perkara yang benar sebagai tidak benar. Kita tinjau beberapa insiden penipuan yang dilakukan ke atas Tun Mahathir seperti berikut;

2.1. Pada bulan July 1993 Rahim Thamby Chik telah menipu Tun Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu untuk menyembunyikan harta lebih kurang RM40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah seperti yang dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan oleh Gani Patail sendiri.

2.2. Pada bulan July 2010 pula Tun Dr.Ling Liong Sik telah dituduh kerana menipu Jamaah Menteri yang termasuk Tun Mahathir dalam kes skandal PKFZ. Bezanya antara kes ini dengan kes dipara 2.1. diatas ialah Peguam Negara enggan mengenakan pertuduhan terhadap Rahim Thamby Chik walaupun kedua-dua kes ini melibatkan penipuan terhadap Tun Mahathir. Sedangkan semasa sidang Parlimen bulan lalu Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk “indemnify” mana-mana orang daripada liability jenayah semasa persoalan mengenai Rahim Thamby Chik dibangkitkan.

2.3. Pada bulan September 1998, Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted” sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.

2.4. Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam. Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukkan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM.

3. Contoh-contoh di atas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara. Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari tipuan. Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual tidak boleh diperkecilkan.

4. Dengan kata-kata di atas, saya persilakan Tan Sri merujuk kepada “The memoirs of Tun Mahathir-A DOCTOR IN THE HOUSE” yang dilancarkan pada 8.3.2011. Secara spesifiknya untuk merujuk kepada Chapter 53: Anwar’s Challenge muka surat 684 hingga 698. Saya sarankan juga Tan Sri merujuk kepada surat saya bertarikh 27.12.2010 yang salinannya turut diedarkan kepada YAB Perdana Menteri dan YBhg. Peguam Cara Negara, memandangkan terdapat beberapa kandungannya yang relevan. Chapter 53 ini menimbulkan beberapa persoalan dan keraguan.

4.1. Saya menyimpulkan bahawa Tun Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual berdasarkan kepada dua surat yang beliau terima daripada Umi Hafilda dalam tahun 1997 dan taklimat daripada pegawai penyiasat Musa Hassan sepertimana terdapat dalam muka surat 684 memoirs tersebut.Saya tidak akan menyentuh berkaitan surat Umi Hafilda memandangkan keterangan dan bukti sesuatu siasatan Polis adalah dikumpul,disusun dan dipegang oleh Pegawai Penyiasat sendiri.

4.2. Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu, ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktiviti homosexual itu. Tidak boleh juga diperkecilkan kemungkinan Musa Hassan mengambil kesempatan hubungan teruk antara Tun Mahathir dan Anwar ketika itu, supaya nama beliau disenaraikan dalam “good book” Tun Mahathir.

4.3. Sekiranya pada ketika Musa Hassan memberi taklimat kepada Tun Mahathir, beliau telah sedia memiliki keterangan yang lengkap dan kukuh bagi membuktikan Anwar terlibat dengan aktibiti homosexual seperti yang didakwa, mengapakah pada 1.10.1998 Musa Hassan cuba memujuk saya untuk mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan DNA, ketika saya sedang menyiasat insiden mata-lebam? Apabila saya menolak permintaanya itu dengan alasan perbuatan tersebut adalah “illegal”, Musa Hassan bersama Rodwan Yusof sendiri telah “mencuri” sample darah Anwar untuk tujuan DNA tersebut daripada simpanan dan kawalan Dr.Zahari Noor di-Hospital Kuala Lumpur pada 15.10.1998. Seolah Musa Hassan terdesak mendapatkan bukti dengan apa cara sekalipun, untuk menguatkan keterangan dalam siasatan beliau, yang telah ditaklimatkan kepada Tun Mahathir sebelum itu. Urutan peristiwa ini secara kebetulan telah saya jelaskan secara terperinci dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 kepada Tan Sri dan rasanya tidak perlu untuk saya ulangi.

5. Bagi maksud menguji kredibiliti Musa Hassan,dan sama ada cakapan atau kesaksian beliau boleh dipercayai ataupun dicurigai sebahagian atau sepenuhnya, diperturunkan peristiwa-peristiwa yang mungkin boleh digunakan sebagai ukuran;

5.1. Pada April 2008, Musa Hassan telah membuat kenyataan umum yang tidak benar yang mengelirukan rakyat apabila menyatakan bahawa kertas siasatan Polis terhadap Tun Mahathir telah diedarkan kepada Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan laporan terhadap Tun Mahathir belum wujud lagi ketika itu oleh kerana laporanya hanya dibuat pada 13 Jun 2000.Komen saya mengenai perkara ini terdapat dalam Surat Terbuka saya bertarikh 8.10.2010 yang dialamatkan kepada Datin Kalsom Taib, isteri kepada bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafee Yahya.

5.2. Tahun 2009 Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Puan Supang Lian (kini seorang Pesuruhjaya Kehakiman)dalam penghakiman bertulis beliau menyatakan bahawa kesaksian yang Musa Hassan berikan dalam perbicaraan tersebut sebagai “unreliable and to be disregarded”.Perbicaraan ini melibatkan bekas Pengarah PDRM,Ramli Yusuff.Hakim Puan Supang Lian tidak akan membuat kenyataan yang sebegitu keras sekiranya beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh memandangkan Musa Hassan adalah seorang Ketua Polis Negara yang sedang berhidmat ketika memberi keterangan tersebut.

5.3. Pada March 2010 seorang penggubal undang-undang Sivarasa Rasiah telah membuat laporan Polis mendakwa Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Anwar pada Disember 1998 dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, mendiang Dato Augustine Paul. Difahamkan laporan ini masih dalam siasatan.Tidak bermakna jika laporan itu dibuat oleh seorang Wakil Rakyat Pembangkang,laporan tersebut tidak boleh dipakai.Saya percaya Tan Sri juga maklum dan ramai Pegawai Polis sama ada yang sedang berhidmat atau telah bersara maklum, bahawa laporan Sivarasa Rasiah itu adalah berasas.

5.4. Diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 Musa Hassan telah memberikan kemudahan kepada Gani Patail untuk mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof, mereka tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.

6. Senarai di atas tidak termasuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh Peguambela di-Mahkamah terhadap Musa Hassan kerana menghina Mahkamah dengan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan.Sekiranya sekadar sekali sahaja Musa Hassan lakukan perkara seumpama, mungkin ianya boleh dianggap sebagai suatu kesilapan tulen yang tidak disengajakan. Tetapi jika dilakukan berulang kali dan berterusan serta dengan sengaja dan terancang,maka tidak salah untuk kita merumuskan bahawa Musa Hassan sememangnya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

7. Berkaitan dengan Gani Patail pula, telah banyak laporan-laporan yang telah didedahkan mengenai beliau. Sememangnya beliau boleh menafikan apa-apa juga perkara yang dibincangkan atau diperkatakan kepada saya, memandangkan kebanyakan urusan saya dengan beliau adalah “on a one to one basis”. Tidak ada saksi untuk menyokong mana-mana pihak. Juga tidak ada rakaman video untuk membukti perbincangan kami. Namun begitu Gani Patail tidak boleh menafikan perkara-perkara berikut;

7.1. Bahawa beliau telah mengarahkan dan/atau memaksa Dr.Abdul Rahman Yusof untuk membuat tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan insiden mata-lebam diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998. Ketiga-tiga produk pemalsuan ini sememangnya ujud dan telah diedarkan bersekali dengan penerangannya sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri, Peguam Cara Negara dan Lembaga Penasihat SPRM.

7.2. Beliau tidak dapat menafikan bahawa dua laporan yang dipalsukan itu telah dikemukakan sebagai keterangan dalam prosiding RCI Mata-Lebam serta dirakamkan dalam laporan RCI tersebut.

7.3. Beliau tidak dapat menafikan bahawa beliau yang membuat Kenyataan Akhbar Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang mengandungi beberapa maklumat palsu berkaitan hasil siasatan Polis mengenai siasatan insiden mata-lebam. Kenyataan Akhbar ini juga telah digunakan dalam prosiding RCI Mata-Lebam walaupun Gani Patail sedar ia mengandungi maklumat mustahak yang palsu.

7.4. Beliau tidak dapat menafikan bahawa hasil siasatan RCI Mata-Lebam telah dimanipulasikan. Di mana laporan perubatan palsu bertarikh 26.10.1998 yang dibuat oleh Dr.Rahman diatas arahan Gani Patail sendiri telah ditinggalkan daripada dimasukkan kedalam laporan akhir RCI tersebut yang dikemukakan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong.

8. Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan adalah terlalu besar untuk dimaafkan. Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap Sistem Keadilan Jenayah Negara. Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan Rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Di-Raja Malaysia malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri.

8.1. Saya berpendapat,demi Keadilan Awam itu sendiri, Tan Sri mengangkat perkara ini kepada YAB Perdana Menteri,mencadangkan supaya RCI atau suatu Tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta “once and for all”. Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan Rakyat.

9. Apapun, tanggungjawab dan pendirian PDRM menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lamapun ia telah berlaku wajar dikekalkan. Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani Patail dan Musa Hassan didakwa berlaku 12 tahun yang lalu, tidak bermakna yang ianya boleh dilupakan begitu sahaja, atau “swept under the carpet”. Tidak ada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

10. Contoh terbaik yang boleh dijadikan sandaran ialah kes bunuh beramai-ramai di-Batang Kali pada 1948. Dalam kejadian ini seramai 24 orang tempatan keturunan Cina telah ditembak mati pada Disember 1948 di-Sungai Rimoh, Batang Kali,Selangor oleh sepasukan Tentera British dari G Company, 2nd Scott Guard ketika operasi menentang komunis di-Malaya ketika itu.

10.1. Pada pertengahan tahun 1993 satu laporan Polis yang baru telah dibuat oleh beberapa saksi insiden tersebut yang masih hidup. Ketua Polis Negara ketika itu, YA Bhg.Tun Mohd Hanif Omar memberi jaminan Polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh walaupun insiden berlaku berpuluh tahun terdahulu oleh kerana “tidak ada sekatan masa” untuk menyiasat sesuatu kes jenayah. Kertas siasatan dibuka oleh DSP Sivaramamoorthy ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Kubu Bharu. Penyelaras siasatan pertama pada masa itu ialah Supt. Khew Chin Hoi dari Bukit Aman. Saya adalah salah seorang daripada Pasukan Penyiasat kes ini ketika itu sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

10.2. Pada pertengahan tahun 1994 saya mengambil alih sebagai Ketua Penyelaras siasatan setelah selesai tugas siasatan trajedi keruntuhan condominium “Highland Towers” Hulu Kelang, suatu insiden malang yang menggemparkan Negara berlaku pada Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

10.3. Walaupun Batang Kali Massacre ini telah berlaku hampir 63 tahun yang lalu,persoalan mengenainya masih belum padam lagi dan saya tidak nampak yang ia akan padam dalam masa terdekat ini.

10.4. Lebih kurang 3 minggu yang lalu tersiar semula kisah insiden ini;dimana pada 9 April 2011, penulis Mark Townshend dari majalah Guardian (dan dilaporkan juga dalam STAR 14.4.2011),telah mendedahkan maklumat terbaru kononya Pegawai PDRM telah menghubungi pihak Interpol dalam tahun 1993 untuk menghantar satu Pasukan Penyiasat ke-United Kingdom bagi merakamkan percakapan beberapa anggota tentera British yang terlibat dalam insiden tersebut. Kononya juga Pejabat Luar Britain telah mengenakan tekanan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menghalang atau menghentikan lawatan Pasukan PDRM ke-UK ketika itu, kononya sebagai usaha untuk “cover-up” siasatan ini.

10.5. Untuk makluman Tan Sri, saya adalah Pegawai yang dipilih oleh Bukit Aman untuk mengetuai rombongan eksesais ini ke-UK yang dimaksudkan. Mengenai sebab mengapa eksesais ini dibatalkan, terdapat dalam laporan khas saya yang dipercayai masih terdapat dalam kertas siasatan yang berkenaan.

11. Isu yang diketengahkan disini ialah, sekiranya satu insiden jenayah yang berlaku pada tahun 1948, ketika Tan Sri dan saya sendiri belum dilahirkan lagi, pun kita siasat dengan bersungguh, apatah lagi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan dalam tahun 1998 dan selepasnya yang masih segar dalam ingatan Rakyat, seolah ianya berlaku hanya beberapa bulan yang lalu sahaja.

11.1. Sekiranya dalam kejadian Batang Kali Masaccre 1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan,insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang,perbuatan Gani Patail dan Musa Hassan sejak tahun 1998 telah memusnahkan keseluruhan Sistem Keadilan Jenayah Negara. Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, Rakyat akan mengungkitnya selama mana Rakyat mengungkit Batang Kali Masaccre.

12. Saya percaya Tan Sri masih ingat cara mana kita dengan pantas dan penuh keyakinan serta bebas menangani beberapa kes berprofil tinggi dan menarik perhatian umum yang berlaku secara berturut-turut di akhir tahun 1999 hingga awal tahun 2000. Ketika itu Tan Sri sebagai Pegawai Turus di-Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman. Antara kes-kes tersebut adalah;

12.1. Pada September 1999 dimana seorang Dr.Tai Eng Teck ditembak mati oleh seorang anggota Konstabal Daerah Ceras,Tony Beliang ketika mendiang Dr.Tai sedang berduaan dengan teman wanitanya dalam kereta berhampiran Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan.

12.2. Dalam bulan Disember 1999,seorang penyanyi popular ketika itu, “Along Spoon” atau nama penuhnya Sabiul Malik Shafie ditemui mati dibunuh oleh seorang anggota Polis Cawangan Pengawal Pengiring Kuala Lumpur, Lans Koporal Mohamad Yaacob Demyati.

12.3. Dalam bulan Mac 2000 bilamana seorang Kontraktor Kenneth Lee (Fook Mun) @ Omar Iskandar Lee Abdullah cucu kepada Menteri Kewangan Pertama, mendiang Tun Sir H.S.Lee telah menembak mati seorang akauntan wanita Lee Good Yew di Jalan Lapangan Terbang Lama berhampiran Jalan Bellamy Kuala Lumpur.

13. Polis telah dapat menyelesaikan ketiga-tiga kes bunuh diatas hanya dalam tempoh antara satu minggu dan dua minggu sahaja daripada tarikh insiden, serta menghadapkan ketiga-tiga pesalah berkenaan ke Mahkamah bagi menghadapi pengadilan terhadap masing-masing. Untuk rekod, ketiga-tiga tertuduh telahpun disabitkan dengan kesalahan masing-masing serta menjalani hukuman undang-undang yang dijatuhkan ke atas mereka.

13.1. PDRM mampu melakukan ini semua kerana kita telah bertindak secara professional, berkecuali serta without fear or favour dengan mengenepikan soal darjat atau kedudukan dalam masyarakat, keturunan dan Agama sesaorang pesalah jenayah, sambil kita mengekalkan hubungan yang professional dengan Jabatan Peguam Negara dan patuh kepada Rule of Law.

14. Jika PDRM mampu melakukan seperti di atas 12 tahun yang lalu, secara lojiknya tentulah PDRM boleh lakukan dengan lebih baik lagi sekarang ini. Namun begitu sejak akhir-akhir ini sangat jelas kelihatan PDRM seperti kehilangan taring, dan seolah jawatan Ketua Polis Negara “subservient” kepada Peguam Negara. Kes kecil seperti kesalahan manayangkan video lucah pun, yang lazimnya dahulu disiasat oleh seorang AIO berpangkat Sarjan, kini terpaksa diusung turun naik beberapa kali ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan masih belum ada keputusan lagi walaupun lebih satu bulan telah berlalu.

15. Saya sedar bukan mudah untuk Tan Sri mengambil balik kuasa Polis yang Musa Hassan telah gadaikan kepada Gani Patail,untuk membawa kepada situasi “status quo”, kerana ia melibatkan pindaan semula undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan 2007. Namun begitu usaha mesti diteruskan untuk mengembalikan kepada keadaan dimana amalan perinsip pemisahan kuasa dan peranan antara Penyiasat dengan Pendakwa Raya dipulihkan seperti sediakala.Mungkin rakyat sukar memahami maksud saya dalam perenggan ini. Namun begitu saya yakin Tan Sri dan pucuk pimpinan PDRM faham,dan pesara-pesara seperti saya juga faham serta akan mengikuti perkembangannya.

16. Saya berharap Tan Sri serta pucuk pimpinan PDRM yang baru sudi menggalakkan setiap warga Polis meneliti dan menghayati setiap perkataan dalam Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap Ketua Polis Negara untuk mereka disedarkan akan kuasa, peranan dan fungsi serta tanggung jawab Polis yang sebenar-benarnya.Apapun keadaannya, PDRM tidak bolih sama sekali terus membiarkan Gani Patail “memegang” Perdana Menteri atau mana-mana orang sekalipun sebagai “hostage” beliau.

Salam hormat dan selamat maju jaya.

Yang benar,

Mat Zain bin Ibrahim.
5 Mei 2011.
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Surat terbuka yang tidak menggembirakan Tun Mahathir

Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000. - Mat Zain bin Ibrahim

Kepada,

Yang Berbahagia Datin Kalsom Taib,
43 Persiaran Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.

YBhg Datin,

THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.

Dengan penuh hormat takzim, saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk di atas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11, 12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuluh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.

2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).

3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000. Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.

3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan di atas, saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

PELANCARAN BUKU TERSEBUT


4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga di salah sebuah restoran di situ. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Seperti mana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.

SURAT TERBUKA INI.

5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11, 12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param Cumaraswamy atau pun Kim Quek (seperti mana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah menyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebenarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood, n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al-Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.

Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj. Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.

6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bila mana berkenaan.

Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.

7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Perintah di bawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.

7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan di mana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tanda tangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.

7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.

7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee di rumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut di bawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung ke rumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.

7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”. Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatatkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan subjek dalam persoalan.

“Rampasan” Kertas Siasatan BPR.

7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;

7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj. Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktiviti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

7.6.2. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE di mana RM100, 000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.

7.7. Untuk makluman Datin, penelitian ke atas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catatan atau arahan bertulis, yang menjurus ke arah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, seperti mana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).

7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.

“Jikalau kail panjang sejengkal”.

7.9. Saya percaya Datin boleh menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”.

Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyaki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih di peringkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan.

Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada di hadapan Pegawai perakam tersebut).

Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatatkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan.

Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.

7.10. Untuk faedah Datin, saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;

“Ketua Bahagian Pendakwaan,
Jabatan Peguam Negara,
Bangunan Bank Rakyat,
Kuala Lumpur.

………….

Para 5: RUMUSAN.

Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-

5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catatan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.

5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini, percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay” sahaja.

5.3.Semakan serta penelitian ke atas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catatan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus ke arah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosedur pengedaran yang sewajarnya.

5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik. Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan di atas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.

Salam sejahtera dan terima kasih.

Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.

(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
Kuala Lumpur.”

Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan ke atas Tun Mahathir.

7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;

The IGP confirmed that an investigation on Dr. Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

“Our records show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

“The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”

7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti di atas adalah tidak benar, tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.

7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001, Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catatan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).

7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagi pun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.

7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, seperti mana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan ke atas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.

Cadangan kepada Dato Shafee.

7.16. Walau bagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.

7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri”. Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya seperti mana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.

Tiada campur tangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.

8. Untuk faedah Datin juga, saya boleh mengesahkan di sini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.

INSIDEN MATA-LEBAM

9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, seperti mana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagi pun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.

Laporan DSAI pada 1.7.2008.


10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.

10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudiannya SPRM). Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggungjawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, seperti mana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan di atas.

10.2. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” seseorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.

10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini.

Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama.

Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diisytiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah-olah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.

10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.

10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan: MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli-ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, seperti mana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.

10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan pelantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian pelantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengisytiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.

10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu pelantikan Panel Bebas ini.

10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa pelantikan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.

10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana di akhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg. Tun seperti diperturunkan;..

“Para 48.

Saya percaya Y.A.Bhg.Tun, serta Yang Berbahagia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan integriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan seseorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini. Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.bertarikh:15 April 2009.

(Mat Zain bin Ibrahim)”

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengisytiharan” yang berbunyi antaranya;

“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya, selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut di bawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan ke atas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”

10.9.1. Saya turut mengisytiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut. Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah ke atas seorang Dr. Abdul Halim Mansar
(gambar) yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan ke atas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” pada kemudian hari.

Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II.

Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara subjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai akses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononnya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah-olah BAB XI dalam Kanun Kesiksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak wujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri.

Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig. Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Briged Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuluh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

13. Memandangkan keadaan terbaru ini, mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya di perenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.

14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain-lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan di bawah;

“Para 32.

Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini. Saya sedar siapa saya dan kedudukan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku ke atas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan.

Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan-bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN.

Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri di dalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.

Para 33.

Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia ke arah kecemelangan dan kegemilangan serta dihormati seperti mana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.

Wassalam.

Bth:6 Mei 2010.

PENUTUP

15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negatif. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.

16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tanda tangan saya, akan dikirim pos.

17. Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hormat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.

Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Syawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Wassalam.

Yang Benar,

t.t

(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)
8 hb Oktober 2010.

Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G


KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”

“Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.

“Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri,” kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.

“Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat,” katanya lagi.

Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.

Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.

“Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet',” katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.

“Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.

“Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang,” katanya.

Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.

“Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.

“Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian,” katanya lagi.

Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

Katanya, “sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali.”

Khamis, 5 Mei 2011

Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah?

Artikel
Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?

Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.


Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.

Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau.

Siapakah Eskay?

1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu.

6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini

7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.

Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya...

ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..."

PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan.

PADAN MUKA - SOKONG LAGI GEROMBOLAN

SATU TIPU SATU KELENTONG



















PETROL RON97 NAIK 20 SEN MULAI TENGAH MALAM INI
- tiewnama

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah m alam ini.

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari inalam ini, manakala RON95 kekal pada RM1.90. – Bernama

PETROL RON97 NAIK 20 SEN LAGI MULAI ESOK - minsider

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini.

Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini.

Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu.

Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.


NI NAK BAGI KAU ORANG SEMUA SELARAS ANGIN:


Harga minyak di Malaysia RM2.90

Brunei-RM1.29
China-RM2.41
Bahrain-RM0.87
Kuwait-RM0.81
Saudi-RM0.58
Mesir-RM1.03
Libya-RM0.43
Venezuela RM0.16


TAPI LEBIH MURAH DARI HARGA DI SWEDEN…NORWAY DAN DENMARK….

LEBIH MURAH DARI SIAM…SINGAPURA DAN AUSTRALIA…...

LEBIH MURAH DARI DI LONDON …PARIS…NEW YORK…..

WOIT PADAN MUKA….

... MENTERI SUDAH CABUT LARI... TAKUT NAK BUAT PENGUMUMAN.....

...NAMPAK GEROMBOLAN SUDAH MULA TAKUT...


TEKA TEKI -SIAPA BOLEH JAWAB

MENANGI HADIAH LUMAYAN



















LAGI PROJEK UMPORNO NK TIPU MELAYU...

Oleh ESKAY SIAM HINDU pada POLIS SUMPAH LAKNAT pada 11/05/05

TEKA TEKI


Kenapa Najib Razak talipon
Datuk Eskay kelmarin?

Kenapa hari ini Datuk Eskay
talipon Najib Razak?

Nota:
jawapan teka teki ini
akan di siarkan pada
jumaat esok!

sila teka apa jawapan
teka teki ini!


Siapakah Eskay? 1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran. 2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat. 3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya. 4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya. lagi pendedahan sila lihat di MiloSuam DAN CINA ISLAM


SAUDAGAR JUAL AGAMA

YANG TERANCAm OLEH SIAPA?




















PEMBELA : ISLAM TERANCAM DI MALAYSIA
- mkini

Gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Jurucakapnya Yusri Mohamad, perkara itu dikesan melalui perkembangan terkini melibatkan hubungan Islam-Kristian.

Tambahnya, pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Idris Jala untuk menangani isu Bible berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

INI BERITA PELIK….

1500 TAHUN AGAMA INI SELAMAT …..

TETIBA SAMPAI KE MALAYSIA JADI TERANCAM…...

KAH KAH KAH.......

.... MACAM MANA BOLEH TERANCAM......

...ADA LEDAKAN LOJI NUKLEAR DI GEBENG KE?.......

...ATAU TENGGELAM BERSAMA KAPAL SELAM KD ALTANTUYA......

.... HEBAT ORANG MELAYU INI......

nota:
saudagar agama akan merasa terancam
perniagaan mereka terganngu
semakin tak ramai yang beli
pakej umrah