Sabtu, 6 Mac 2010

ISU NAIK TOL: hangpa kaya tak pa laa....


Fikir masak-masak kawan sebelum cakap

SAYA ingin merujuk kepada tulisan saudara Razak Thamrin (Utusan Malaysia, 24 Feb 2010) yang meminta pengguna lebuh raya menerima hakikat akan kenaikan tol terutamanya di lebuh raya PLUS dalam masa terdekat ini.

Saudara Razak masih menggunakan pendekatan lama untuk "menghalalkan" kenaikan tol di Malaysia dengan membandingkan kadar tol di Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Kenapa memilih negara-negara ini? Kenapa tidak membandingkan Malaysia dengan negara-negara maju di dunia yang menyediakan lebuh raya percuma dan tol murah kepada rakyatnya? Kita masih lagi mengulangi kesilapan dengan menggunakan alasan lapuk apabila ingin menaikkan harga barang atau tol.

Penulisan Saudara Razak sama ada secara kebetulan atau dirancang disiarkan hampir pada hari yang sama keuntungan PLUS diumumkan. Menurut laporan Utusan Malaysia, Plus mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.62 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 dan kononnya sebahagian daripada keuntungan Plus datangnya dari pelaburannya di India.

Siapa pemegang saham PLUS? Menurut kenyataan Pengerusi PLUS yang disiarkan didalam laman webnya, 64 peratus saham PLUS dipegang oleh Khazanah Holdings Berhad sementara 20 peratus lagi adalah dipegang oleh KWSP, Perkeso, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji. 10 peratus dipegang oleh pelabur asing dan selebihnya 6 peratus dipegang pelabur awam.

Maknanya, PLUS adalah syarikat milik kerajaan dengan pegangan 84 peratus saham. Dengan kata lain, PLUS, sebuah syarikat kerajaan, mendapat keuntungan dengan mengutip berbilion ringgit dari rakyat dengan mengutip tol dilebuhraya. PLUS juga membayar dividen berjumlah hampir RM800 juta pada 2008 kepada syarikat-syarikat kerajaan ini. Begitu kayanya PLUS sebagai sebuah syarikat kerajaan. (Lihat laman web Plus)

Pada tahun 2008, kutipan tol PLUS berjumlah RM2.2 bilion, yang tertinggi dalam sejarah. Keuntungan yang berbilion ini sesuatu yang 'obscene' atau memilukan ketika rakyat mengharungi suasana ekonomi yang mencabar ini.

Perlukah sebuah syarikat kerajaan mengutip tol berbilion ringgit dari rakyatnya sendiri? PLUS mungkin akan merujuk kepada perjanjian konsesi dengan kerajaan mengenai jadual kenaikan tol. Tetapi ini perkara mudah kerana kerajaan adalah pemilik PLUS.

Saudara Razak perlu ingat bahawa bukan faktor "tol kita rendah, tol negara lain tinggi" sahaja perlu dijadikan landasan untuk menaikkan tol. Rakyat Malaysia sudah berubah. Yang perlu menjadi pertimbangan ialah apakah rakyat dapat menerima satu kenaikan tol ketika kos hidup meningkat. Apakah pertimbangan politik kita untuk menaikkan tol?

Mungkin kenaikan tol sebanyak 10 peratus satu jumlah yang kecil kepada Saudara Razak atau golongan yang berharta. Kepada saya yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja, lima orang anak yang berada di universiti dan perlu menggunakan lebuh raya bertol untuk ke tempat kerja, ia satu beban yang amat berat untuk keluarga.

Oleh itu, fikirlah semasak-masaknya sebelum menaikkan tol demi kebaikan rakyat.
Senarai Pengkhianat PKR


Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran rakyat.

"Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.

"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Senarai Pengkhianat PKR

~Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)
~Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar
~Naib Presiden, Marina Yusof
~Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak
~Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
~Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)
~Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha
~Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
~Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor
~Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip
~Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)
~Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan

Wakil Rakyat Pengkhianat

~Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim
~MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng
~Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,
~ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,
~Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,

~ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,
~ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,
~ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong
~Lain-lain yang bermasalah
~Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
~Ahli MPT PKR, Christina Liew (Merajuk dan jawatan)
~Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)
~Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)

~MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)
~MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)
~MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti) .

Petra Dedah Najib Beli ADUN & Ahli Parlimen

Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

Why the two-thirds is crucial
Raja Petra Kamarudin

Soon after the 8 March 2008 general election, Umno held a seminar at the Holiday Villa in Subang. I invited a few non-Malay friends to join me in this seminar. Initially, they did not see any point in attending an Umno do. However, I managed to convince them to go so that they can get a good idea on what Umno is thinking. There were other seminars held in Petaling Jaya, Johor Bharu, and so on -- some which I also attended with my non-Malay friends in tow and some which I sent ‘agents’.

In the Holiday Villa seminar, amongst those who spoke were Fahmi Ibrahim, one-time political secretary to Selangor Menteri Besar Datuk Harun Idris, and Mazlan Harun, Datuk Harun’s son. Datuk Harun is of course synonymous with May 13, the tragic race riots of 1969 that erupted two days after the 11 May 1969 general election.

We all know what happened on 13 May 1969, and why it happened, so we need not deliberate on that matter. What I want to talk about is the seminar in the Holiday Villa, which I have in fact already written about before.

“The reason we lost Selangor in 1969 was because of the non-Malay votes. So we decided to take Kuala Lumpur out of Selangor and turn it into Federal Territory to reduce the non-Malay voters in the state. Then we created a new Malay city called Shah Alam so that we can flood Selangor will more Malays and dilute the remaining non-Malay voters in Selangor.”

That was what Fahmi explained -- the reason why Selangor was split into two with the creation of the Federal Territory and the reason why Shah Alam was created as the new State Capital cum Malay city.

“It worked for awhile as long as the Malays vote Umno and the non-Malays vote opposition. But when the Malays also vote opposition then this strategy no longer works. So we need to think of a new strategy.”

The ‘new’ strategy Umno is talking about is not actually new but is an ongoing strategy. This strategy is called gerrymandering and it was invented by the Americans.

This is what Wikipedia has to say about the matter:

Gerrymandering is a form of boundary delimitation (redistricting) in which electoral district or constituency boundaries are deliberately modified for electoral purposes, thereby producing a contorted or unusual shape. The resulting district is known as a gerrymander; however, that noun can also refer to the process.

Gerrymandering may be used to achieve desired electoral results for a particular party, or may be used to help or hinder a particular group of constituents, such as a political, racial, linguistic, religious, or class group.

When used to allege that a given party is gaining a disproportionate power, the term gerrymandering has negative connotations. However, a gerrymander may also be used for purposes that some perceive as positive, notably in US federal voting district boundaries which produce a proportion of constituencies with an African-American or other minority in the majority (these are thus called "minority-majority districts").

You can read more about it here: http://en.wikipedia.org/wiki/Gerrymandering.


Malaysia has turned gerrymandering into an art. For example, when they wanted to topple Ustaz Abdul Hadi Awang, the PAS President, they carved up his Marang constituency in such a manner that areas from across the state, like along the Kuala Berang road, were added to Marang. Hadi, in spite of his stature, lost the election.

The same was done for Lembah Pantai, which was another opposition stronghold. They added Sungai Pencala near Taman Tun Dr Ismail, Kampong Pasir along the Old Kelang Road, and Segambut Dalam near Jalan Ipoh, to Bangsar, and the opposition got wiped out -- until recently when Nurul Izzah won the seat.

The above are just two examples of many. It is no coincidence that ‘Malay’ seats like Putrajaya (97%-98% Malay voters) have as low of 5,000 voters while ‘Chinese’ seats like Selayang have more than 120,000 voters.

In a gerrymandering exercise you lump all the opposition voters into one huge constituency and you spread out the government supporters into many seats. So, the opposition can garner 100,000 votes but it will be only one seat while the 100,000 votes that the ruling party wins will be in three or four seats.

And that was why even though the ruling party garnered only 45% of the popular votes in 1969 it still managed to form the federal government, although without a two-thirds majority in parliament. The 55% of the popular votes that the opposition won was not enough for it to form the federal government. The opposition would have needed to win 60% of the popular votes to form the federal government, which was impossible for the opposition to achieve.

Of course, before 2008 it was easier. You just needed to isolate the non-Malay voters into one large seat and spread out the Malay voters into many seats. But in 2008 this changed. In 2008 the Malays too voted for the non-Malay candidates whereas in the past the opposition Malays meant only PAS -- which was in the rural Malay heartland and not in the cities.

The game has changed. So the rules of the game also need to change. And gerrymandering is not that simple any more. You can no longer redraw the constituency boundaries according to race. Malays too will now vote for Chinese and Indian candidates from non-Malay parties such as DAP and PKR.

So it is back to the drawing board for the election commission (SPR). Next year, they need to sit down and come out with a new formula. Barisan Nasional needs to ensure that it can still form the federal government even if it wins just 40% of the popular votes. And it also needs to ensure it can regain its two-thirds majority in Parliament with a mere 50% of the votes. That is the new game plan.

But to do this they need to first get back their two-thirds majority in parliament. And they need to get back this two-thirds this year so that next year the new constituency boundaries can be settled. Then, when they dissolve parliament and call for new general elections, say mid-2011 or early 2012, the new boundaries would apply.

Some say it is not crucial for Barisan Nasional to have a two-thirds majority in parliament to be able to run this country. If it is only about running this country then that may be true. But it is not true if they need to embark on a new gerrymandering exercise. To do this they need two-thirds of parliament.

And this is why Umno is very keen to buy at least ten or so opposition Members of Parliament. This will give them back their two-thirds majority in parliament.

This was that The Straits Times of Singapore said:

The BN needs 148 seats for a two-thirds majority. With support of the three independents, it will get there with just another eight defectors. A two-thirds majority is not just a psychological booster, but is also necessary for smooth passage of the next redrawing of electoral constituencies that will begin next year.
When Anwar Ibrahim said that Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor are behind the latest wave of crossovers he was actually not wrong. The man behind this ‘shopping spree’ to buy the opposition Members of Parliament is Hamdan, Najib’s cousin, who was given the Kudat IPP as the ‘cash cow’ to finance the shopping spree.

Of course, the Kudat IPP comes with a ‘commission’ of RM50 million. And this RM50 million is to be used to pay off the opposition Members of Parliament as an inducement to cross over. Hamdan works very closely with the Special Branch and Military Intelligence. His contact in Bukit Aman is Akril Sani while in the Military Intelligence it is Datuk Salleh.

Hamdan’s mobile phone number is +6012-279-5945 and he made the mistake of contacting his key men in the Special Branch and Military Intelligence using this mobile phone so of course we managed to track what he was doing all this while.

The other person in this ring is Zahari Ismail, the man who arranged the meeting between Najib and Hadi Awang. Zahari is one of the directors of Malaysia’s F1 racing team so he has access to a large reserve of funds allocated to ‘research and development’, which he can also use to finance the shopping spree.

So it is actually the taxpayers’ money that is financing all these crossovers.

Another person involved with the ring is the husband of Mumtaz Jaafar. Mumtaz works for Rosmah and also has links with Saiful, the young man who accused Anwar of sodomising him.

If you can remember, Hee of Perak was paid RM25 million. Her price was high because they needed her to topple the Pakatan Rakyat Perak government. So RM25 million can be considered a fair price. Anyhow, Vincent Tan picked up the tab from his ‘special draw’ so it was quite affordable since the Malaysian gamblers were paying for it.

Tan from Penang was paid only RM2 million. It is not much but he has gambling debts up to his eyeballs and the loan sharks or along are camped outside his house so he has no choice but to accept this figure. The along can be very brutal if you don’t pay what they demand so when you are in that situation you are in no position to negotiate for more.

Wee Choo Keong’s problem is more complicating. It involves two mistresses and one who has just given birth and Umno has threatened to expose this scandal. He also has this RM35 million legal problem with Ambank and if this can be settled ‘out of court’ then Wee will certainly become another ‘independent’ Member of Parliament.

Nike’s rallying call is ‘Just Do It’. Umno’s rallying call is ‘Just Duit’. All it takes is money (duit) and Barisan Nasional will get back its two-thirds majority in Parliament whereby the next gerrymandering exercise can be launched. Then it does not matter whether the opposition will win 60% of the popular votes come the next election. Barisan Nasional will still be in power and with a two-thirds majority on top of that.

Now you know what is going on? Yes, that is the real reason these people are crossing over, not all those crap excuses they are giving such as lost confidence, dictator, and whatnot. It is JUST DUIT.

Oh, and before I sign off, keep a close watch on Naza, the Car Czar and AP King of Malaysia. Something interesting is about to happen. And remember, you read it here first.
Kisah Kenapa Salehuddin Hashim Marah Sangat Pada PKR


Dia adalah bekas SU Agung PKR. Namun, sekarang ini dia telah belot dan menentang PKR semula. Baru-baru ini dia bersama Tan Tee Beng apabila Tan Tee Beng mengisytiharkan diri keluar PKR dan jadi bebas.

Baru-baru ni juga, Salehuddin Hashim membuat kenyataan ada 10 lagi MP PKR yang akan keluar parti. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini .

Namun ada sesiapa tak yang persoal kenapa si Salehuddin Hashim ni letak jawatan dan lari dari PKR. Di sini, Tulang Besi ingin membawa perhatian Tuan/Puan sekelian terhadap satu artikel yang Tulang Besi tulis lama dahulu, sebelum si Salehuddin ni lari.

Cumanya, silap Anwar bila dia percaya kat si Salehuddin ni. Kalau bapak dia boleh berjoget di Parlimen dan kena pecat oleh PAS, apa yang nak diharap dengan anaknya. Bapak tak tau jaga disiplin parti, anak ikutlah rentak bapak. (Maaf saya kasar sedikit).

Iye, bapa Salehuddin Hashim adalah Hashim Gera, Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen PArit pada tahun 1969. Bapa beliau telah dipecat dari PAS kerana telah melanggar disiplin parti dengan berjoget dalam satu majlis di Parlimen.

Cumanya, anaknya tak mewarisi “skill” bapanya yang “terror” berpantun. Haji Hashim Gera ni kalau berceramah, dia akan berpantun. KAlau satu jam ceramah, satu jam dia boleh berpantun. Hebat Haji Hashim Gera ni. Sayang, PAS terpaksa pecat dia.

Anyways, di bawah adalah artikel yang Tulang Besi pernah tulis walaupun masa ityu si Salehuddin ni masih SU Agung PKR. Selamat membaca

Tulang Besi

Motif Sebenar Salehuddin Hashim Menyerang MB Selangor dalam Isu Talam Corp

Baru-baru ini terdedah dalam media email yang dihantar oleh Salehuddin Hashim kepada ADUN2 dan MP2 KeAdilan dari Selangor. Email tersebut memprotes tindakan kerajaan negeri Selangor membeli hutang-hutang milik Talam Corp.
Salehuddin menyatakan ini adalah “trick” biasa para ahli korporat di dalam membuat keuntungan atas angin.

Saya membuat beberapa pengkajian. Satunya, tindakan kerajaan Negeri Selangor itu diperbincang secara terbuka dalam siding DUN Selangor. Hakikatnya, para ahli pembangkang dari UMNO dan MCA juga tidak dapat mencari salah dari tindakan kerajaan negeri Selangor ini.

Ini kerana tujuan pembelian hutang ini adalah supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat mengutip semula hutang-hutang tersebut dan seterusnya menyelamatkan duit rakyat.

Penerangan yang cukup bagus berkaitan dengan pembelian hutang Talam Corporation boleh dibaca di sini dan ia diberikan oleh Ronnie Liu.

Motif Sebenar Salehuddin Hashim

Yang sebenarnya, Salehuddin ni “bengang” dengan Tan Sri Khalid kerana menghalang Perangsang dari mengambil beliau bekerja.

Beberapa minggu sebelum sidang DUN Selangor, Salehuddin telah pergi menghadiri temuduga kerja dengan Perangsang milik Kerajaan Negeri Selangor. Khabarnya, Perangsang sudah pun mahu menawarkan kerja tersebut kepada Salehuddin Hashim.

Khabarnya, gaji dan “benefits” yang Salehuddin akan dapat adalah sangat lumayan. Kalau kita ingat, beberapa minggu lepas terdapat khabar-khabar angin bahawa Salehuddin akan meletakkan jawatan beliau sebagai SU Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR). (http://www.malaysiakini.com/news/116017)

Apa yang berlaku adalah MB Selangor dengan tegas telah menolak perlantikan tersebut. MB Selangor tidak mahu ahli-ahli dan aktivis-aktivis parti menjadi terhutang budi dengan mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor atau mana-mana badan atau agensi milik negeri Selangor.

Ini akan menyulitkan lagi gerak kerja MB untuk membuat perubahan dalam parti. Walaupun Salehuddin Hashim menawarkan diri untuk meletak jawatan namun fakta yang jelas adalah Salehuddin Hashim mempunyai “kabel” yang kuat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

MB tidak mahu anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ini nanti menggunakan “kabel” kuat Salehuddin Hashim untuk mengacau pentadbiran kerajaan negeri. Apa sebab Perangsang mahu menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan kepada Salehuddin Hashim melainkan kerana “kabel” yang kuat milik Salehuddin Hashim kepada penasihat PKR.

Jadi, penolakan MB Selangor ini adalah penolakan bersifat professional. Reaksi dari Salehuddin Hashim pula adalah reaksi kebudak-budakan. Kita tahu lah dia marah, tapi jangan lah sampai kemarahannya menjatuhkan imej serta prestasi Pakatan Rakyat di Selangor.

Lebih-lebih lagi komplen Salehuddin Hashim tersebut tidak mempunyai apa-apa asas yang menunjukkan berlakunya korupsi. Hanya spekulasi semata-mata.

Saya tak faham la kenapa seseorang itu mahu menguntungkan UMNO dengan berbuat seperti yang dilakukan ini.

Tulang Besi

Exco Liu: I shall attend Selcat hearing if hauled up (http://www.malaysiakini.com/news/118247)
Hazlan Zakaria
Nov 24, 09 5:49pm

Pandamaran assemblyperson Ronnie Liu has no qualms about appearing before the Selangor Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), if required to do so.

Unofficial reports have been circulating that the Selangor exco member is among those who will be called up by Selcat.

Liu confirmed today that he had heard of this via word of mouth, but that he has not received any official notification.

Asked if he knows why he is being called up, he disclaimed knowledge of the reason.

While conceding this could damage his image, he said: “I shall try to make this into something that will come out positive for myself.”

On a separate matter, Liu defended the Selangor government's RM392 million debt-purchase exercise (http://www.malaysiakini.com/news/118247) to recover the money owed by Talam Group Corporation to state-owned companies and subsidiaries.

He told a press conference at the Selangor secretariat that he needs to clear the air after being “bombarded with questions (http://www.malaysiakini.com/news/117879) from the public and from politicians from other states”.

Liu claimed that “a lot of people” were jealous of the Selangor government's plan. Those people included “a former Selangor menteri besar who make all sorts of speculation” on his blog.

He reiterated that no consultant had been hired for the move, and that Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim (left) was the only consultant.

He also refuted claims that the state will pay high interest to CIMB in borrowing RM392 million.

Liu said that, in a 'round-tripping' exercise, the money never leaves the bank. The government will not have to pay interest, except perhaps for the two days the money is made available for accounting purposes.

'Assets can be appropriated'

On speculation that Talam will not be able to repay the state government, Liu said the property developer does not have cash, but does have substantial real estate assets.

“Talam has a very substantial land bank. We will recover the RM392 million by appropriating its real estate assets.”

Liu also said the Selangor government is only recovering the money owed to the state agencies, not buying Talam's debts or acquiring the company.

He explained that the exercise was not announced earlier was because its success depended on secrecy, as is common with corporate financial transactions.

“There is no hanky-panky involved, everything is transparent,” he added.
Zainal Sakom Gadai Tanah YBK


Inilah yang berlaku bila Harta Kerajaan dikatakan Harta UMNO, dan Harta UMNO pula dikatakan Harta Mak Bapak mereka!!!

Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah menggadaikan tanah pemberian kerajaan negeri bernilai RM100 juta kepada sebuah bank.

Antara pengarah PYBK yang meluluskan cagaran itu ialah Datuk Zainal Abidin Sakom, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Batang Kali dan juga pengerusi YBK.

Lebih mengejutkan ialah ketika menerajui YBK, Zainal turut menjadi pemegang saham utama dalam sebuah syarikat swasta yang dilantik untuk memajukan tanah-tanah yang diberikan kerajaan negeri.

Semua butir-butir itu terkan-dung dalam laporan mengenai YBK yang selama ini disimpan daripada pengetahuan awam atas alasan ia disimpan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menggunakan kuasa-kuasanya untuk mendedahkan semua maklumat mengenai YBK kepada orang ramai.

Beliau berkata, mesyuarat exco terkejut apabila dimaklumkan PYBK bukan dimiliki sepenuhnya olehYBK tetapi juga oleh sekurang-kurangnya dimiliki dua syarikat lain.

“YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari lalu.

Menurut beliau, pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memiliki 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.

Ketika menjadi pengerusi YBK dan pengarah PYBK, Datuk Zainal Abidin turut menjadi pengarah syarikat Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd yang memajukan tanah-tanah kerajaan negeri yang diberikan kepada yayasan itu.

Dua pemaju dilantik oleh kerajaan Umno-BN pada 8 Mac 1995 untuk memajukan 2165 ekar tanah berkenaan iaitu syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd dan Shah Alam Properties Berhad.

“Pengerusi YBK Zainal Sakom didapati memiliki majoriti saham dalam sebuah syarikat yang dilantik sebagai pemaju tanah iaitu syarikat Tenaga Ehsan. Maklumat ini antara maklumat penting yang akan didedahkan secara berperingkat menerusi kertas putih yang telah kita janjikan,” katanya.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri mahu mendapatkan penjelasan mengenai urusniaga tertentu yang dikendalikan bersabit tanah yang disumbangkan oleh kerajaan negeri.

“Mesyuarat exco berpendapat, penemuan-penemuan mengenai milikan saham dan pelantikan pengurus projek pembangunan tanah perlu diperjelaskan kepada kerajaan negeri untuk mengetahui jika PYBK diuruskan dengan baik oleh YBK,” tegas Menteri Besar lagi.
7 sebab Hj. Mohsin tinggalkan Pakatan Rakyat?


Tadi semasa aku melayari blog Cina Islam, aku tengok kat ruangan komen aku baca satu-satu komen, tapi kebanyakkan komen aku tak faham pun apa yang depa tu tulis, aku refresh..takut silap masuk blog, dah tu tengok blog title memang blog Cina Islam pun.. nak guna google translate aku tak tahu bahasa apa yang depa tu guna..

Lepas tu aku masuk pulak blog Al-banjari, aku baca apa komen pembaca blog dia.. sama jugak macam mana aku baca di blog Cina Islam.. kebanyakkan komennya aku tak faham langsung apa yang depa tulis..

Ciss.. patutpun aku tak faham.. Rupa-rupanya bahasa yang depa guna tu bahasa Banjar.. itu pun Wak tulis bahasa yang digunakan tu Bahasa Banjar..


Salehuddin Hashim sedang menunjukkan cara melompat
yang betul kepada Hj. Mohsin

Pengkhianat 'kulaan' - 7 sebab Hj. Mohsin tinggalkan Pakatan Rakyat ?

Hampir 80% komen masuk dari artikel ini, ini dan ini adalah dari pengundi kulaan yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam ketika PRU12 lalu untuk memberi kemenangan bergaya untuk Hj. Mohsin. Maka tertabal-lah Hj. Mohsin sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai.

Jika dialih bahasakan komen yang banyak dimuatkan itu dari bahasa banjar ke bahasa melayu, wajar untuk Hj. Mohsin fikir semula adakah tindakannya wajar dan betul.

Sebentar tadi, YB Adun Gunung Semanggol baru sahaja menghubungi wak, menyatakan sangat kesal dan kecewa apabila Hj. Mohsin mengkhianati pengundinya dengan meninggalkan Pakatan Rakyat. Apakah beliau sanggup turun ke Bagan Serai untuk memohon maaf kepada lebih 18 ribu pengundinya yang mengundi beliau ?

Apabila ditanya tentang masalah sebenar Hj. Mohsin, Yang Dipertua PAS Bagan Serai itu juga menyatakan mungkin banyak sebab, diantaranya :

1) Dipercayai/mungkin terlalu ikut cakap bini.

2) Jarang turun ke kawasan Parlimen sendiri.

3) Tekanan dari Jawatankuasa PKR Bagan Serai, wajarlah diberi tekanan jika kawasan sendiri pun tak diambil kesah..apa ke jadah ?

4) Duit peruntukan ? Hmm..! Jangan harap..genggam tak tiris..! Mampuih pi laa. Kesian kat Adun sedangkan banyak peruntukan diperlukan untuk rakyat di kawasannya yang harus diberi perhatian.

5) Dipercayai bahwa beliau adalah bekas ahli Umno sebelum ini, kerana sebelum ini beliau sangat rapat dengan Anwar ketika dalam ABIM satu ketika dahulu.

6) Sukar menerima pandangan rakan-rakan lain dalam PKR. Malah seorang YB di sini juga yang menang atas tiket PKR turut meluahkan beliau ini seorang yang 'opportunist', pentingkan diri sendiri dan hujah pandangan orang lain tak betul..dia aja yg betul.

7) Dipercayai juga beliau menghadapi masalah kewangan.

Sehubungan itu, pada malam ini juga telah diadakan Mesyuarat Tergempar oleh PAS Kawasan Bagan Serai, PKR Cabang Bagan Serai dan Kelab Penyokong PAS untuk mendesak beliau mengosongkan 'kerusi' dan semua jawatannya di dalam PKR Cabang untuk memberi laluan satu Pilihanraya Kecil diadakan semula di Parlimen P.58

Dijangkakan satu memorandum dan Sidang Media Khas akan dibuat esok bagi menyatakan pendirian PKR, PAS dan Kelab Penyokong Bagan Serai berhubung 'lompatan' Hj. Mohsin.


Berani kutuk la aku.. aku tampar karang..

Jangan termakan 'gula-gula' hacks yang diberikan oleh beliau ketika Sidang Media siang tadi yang menyatakan bahawa beliau meninggalkan Pakatan Rakyat atas isu tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah. Rujuk di sini, siapa yang ada bersama kami di gereja tu, bukan Hj. Mohsin ker ? dan pendiriannya di hadapan paderi Father Francis Xavier. Apa nak jadi banjar saikong ni..!!

(*) Esok, khamis jam 9.30 am - ada demo aman depan Pusat Khidmat Keadilan di Bagan Serai. Kepada 'kulaan' jangan lupa bawa bubu 'tampirai' sekali, pasal Hj. Mohsin dah jadi Haji 'Tampirai'. Jumpa di sana..!!

** tampirai itu merujuk kepada sejenis bubu dawai yang digunakan untuk menangkap ikan sepat kecil di parit sawah padi.
Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng
Sebab Ahli-Ahli Parlimen Lari



Bukan kah itu sebab utama puak-puak ni lari. Tan Tee Beng terus terang berkata beliau marah sebab tak dapat peruntukan untuk Parlimen beliau. Salehuddin Hashim marah sebab permohonan jawatan CEO Perangsang ditolak mentah-mentah. Zaharain bengang sebab permohonan projek RM40 juta tidak diluluskan oleh Lim Guan Eng.

Kita mesti sedar, selepas Pakatan Rakyat menang, ada di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong bercadang untuk membina kekayaan kembali setelah lama berjuang. Dan mereka sedar Selangor adalah negeri terkaya di Perseketuan Malaysia.

Maka, mereka menjadi tukang lobby projek kepada ramai ahli perniagaan yang mahukan Kerajaan Selangor berbelanja wang rakyat mengkayakan mereka.

Namun, MB seperti Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu berbuat perkara sedemikian. Saya diberitahu MB Tan Sri Khalid dengan tegas mengatakan Pakatan Rakyat mesti memerintah dengan cara yang lain dari UMNO dahulu.

KETEGASAN DUA MB MEMBAWA PADAH KEPADA PAKATAN RAKYAT?

Saya dapat maklumat ada sekelompok dalam Pakatan Rakyat sekarang ini yang sedang marah dengan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng. Mereka ini dahulunya penyokong dan pendokong kita. Namun, selepas Penang dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, mereka telah menjadi “dealers” kepada beberapa tokoh korporat.

Dan menjadi “dealer” projek akan menjanjikan wang yang cukup banyak sebagai upah. Ertinya, mereka hendak membawa kembali budaya UMNO dalam Pakatan Rakyat dan PKR.
Namun, Guan Eng dan Tan Sri Khalid sudah menyatakan bahawa pemerintahan mereka adalah pemerintahan “Tender Terbuka”. Mereka tiada kompromi dalam prinsip ini dan tender terbuka dikenakan kepada semua kontrak hatta kontrak Kelas F yang terhad pada Bumiputra sahaja.

Hasil dari ketegasan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng, puak2 dalam PKR ini sedang mengubah arah dan tujuan mereka. Mereka sudah mula menghentam PKR dan mereka secara tegas mahukan PAS menubuhkan kerajaan bersama UMNO.

Sehingga di Penang mereka sanggup mengadakan demonstrasi menentang Lim Guan Eng. Bukan sebab mereka hendak membela orang Melayu tapi sebab Lim Guan Eng tidak mahu beri mereka projek “Direct Award”.

Begitu juga permusuhan puak2 ini dengan Khalid Ibrahim. Semuanya kerana Khalid Ibrahim tidak mahu memberi projek “Direct Award” lagi dan mewajibkan semua projek melalui proses tender terbuka.

Malahan, Tan Sri Khalid lebih tegas dan menghalang Salehuddin menjadi CEO Kumpulan Perangsang. Saudara/ri cuba fikir, adakah RM50k sebulan itu yang dipandang oleh Salehuddin? Sudah tentu tidak. Kumpulan Perangsang boleh jadi lubuk duit untuk beliau. Percayalah.

Yang jelasnya, segala persengketaan dalam PKR sekarang berpunca pada satu sebab: WANG. Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng tegas, maka raaamaaaiiii lah yang mengamuk. Ketegasan mereka menentang korupsi menyebabkan mereka mengambil jalan lain, yakni kembali semula pada UMNO.

Saya sendiri tahu terdapat beberapa “penyokong” PKR dan DSAI yang sedang menghimpit DSAI dengan harapan DSAI akan memujuk Tan Sri Khalid memberikan mereka projek. Tapi nak buat macamana kalau Tan Sri Khalid ni tegas dalam bab ni. Dan DSAI menyokong polisi Khalid dan Guan Eng.

Kawasan Khalid sendiri dia lawan angkara tidak mahu beri projek. Bagi saya, protes-protes sebegini akan berterusan sehinggalah PRU yang akan datang. Apabila duit jadi bahan sembahan, maka problem dalam Keadilan tidak akan berhenti.

BAIAAH TAKLIK JUGA TIDAK MENJAMIN…..

Dalam PAS, telah diinstitusikan “Baiaah Taklik” yang setakat ini berjaya menghalang wakil-wakil rakyat PAS dari melompat. Tapi, kita belajar dari British dan bagaimana mereka menundukkan kebangkitan suku kaum Mau Mau di Kenya, tidak mustahil UMNO akan menggunakan ulama-ulama ayam daging mereka (seperti Haramsani) untuk mengeluar fatwa kononnya Baiaah Taklik PAS itu TIDAK SAH dari segi syara’.

Saya tidak terkejut kalau sudah ada kertas yang telah ditulis supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang menyatakan “Baiaah Taklik” tidak sah dari sudut syarak. Di kala itu, kita lihat pula wakil-wakil rakyat PAS akan melompat.

Nauzubillah.

Apa pun, PKR wajib menganjurkan “SOLAT HAJAT” dan “QUNUT NAZILAH” untuk menentang usaha-usaha jahat UMNO dan Salehuddin Hashim.

Silap Anwar pergi percaya orang yang kaki minum, tak puasa, tak solat macam mamat tu. Sekarang siapa yang susah?

ZAID NASIHAT NAJIB CARI KEUNTUNGAN JANGKA PANJANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha 'mencuri' wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.


Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata

"Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah...saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup," katanya.

Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

"Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini," katanya lagi.

Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa 'mencuri' wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

"Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

"Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya," katanya.

Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak 'mencuri' Ahli Parlimen Pakatan.

"Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

"Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga," katanya.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar parti dengan alasan hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NEGARA KITA SUDAH TERUK - MUFTI PUN KELENTONG

SEMUA KELENTONG - SEMUA MENIPU


AHMAD AWANG DAKWA MUFTI PERAK TOKOK TAMBAH CERITA – malaysiakini

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.


Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

NEGARA INI INI BETUL BETUL SUDAH TEROK.

KALAU MUFTI SUDAH PANDAI CHONG.

APA AKAN JADI KEPADA YANG BUKAN MUFTI

HANCUR NEGARA INI.



TOLONG JANGAN IKUT CAKAP YB INI

BERDIRI DI LUAR TINGKAP


PAS CABAR MUFTI PERAK TERJUN POLITIK JANGAN PELEKEH PAKATAN - malaysianinsider

PAS mencabar Mufti Perak Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).

“Tetap yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.

Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.

KESIAN DENGAN MUFTI INI.

APA LAH SI MAHFUZ INI.... MINTA MUFTI INI TERJUN.

MUNFTI INI SLOW SIKIT.

NANTI MUFT INI TERJUN DARI TINGKAP SIAPA NAK SAMBUT.

KALAU IBRAHIM ALI TAK APA BOLEH MELONCAT.



POLITIK SURAT NIKAH

SURAT KEBENARAN UNTUK BUKA KAIN DAN BUKA SELUAR

KHAIRY: PENGEKALAN ANWAR SEBAGI KETUA PEMBANGKANG AKAN BAWA MASALAH KEPADA PR - malaysianinsider

Pengekalan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin (gambar).

Beliau berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.

BETUL KE APA KATA MALAON OXPOT NI .

TAPI MALAON INI SENDIRI ... NAK KENA BUANG.

MALAON INI SENDIRI... TANK OXYGEN NAK HABIS.

SIJIL SURAT NIKAH MALAON INI SUDAH TAK LAKU.

MALAON INI JAGA RUMAH ORANG.

MALAON INI SEDANG JADI MASAALAH KEPADA MAHAFIRAUN.

MALAON INI SENDIRI NAK KENA TENDANG KELUAR.

TUNGGU MASA SAHAJA

Selasa, 2 Mac 2010

Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak

Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak

Analisis Isu Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.



Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.

Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.

“Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.

“Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.

“…jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita,” katanya.

Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.

Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.

“Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia.”Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak,” katanya.

Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.


Tol; Malaysia dan Indonesia...

Open Artikel
"tolAssalamu alaikum...

Mari kita bandingkan harga tol antara Malaysia dan Indonesia. Saya akan membuat perbandingan harga dengan jarak yang hampir sama dan jenis kenderaan yang sama. Dalam kes ini saya mengambil jenis kenderaan golongan 1(contoh:kereta wira dengan enjin 1.6L)

Oleh itu laluan yang saya pilih adalah

Malaysia:Sungai Petani (Selatan) ke Bukit Kayu Hitam

Indonesia:Jakarta IC ke Cikampek

Sebelum itu kita lihat dulu lokasi keempat-empat tempat ini...



1.Sungai Petani ( Selatan) ke Bukit Kayu Hitam (74km)





2. Jakarta ke Cikampek (72km) Sumber:klik di sini




Sekarang mari pula kita lihat perbandingan harga antara dua perjalanan ini..



Saya menggunakan web http://www.xe.com/ucc/ untuk membuat perbandingan matawang kedua negara..



1.Sungai Petani (Selatan) ke Bukit Kayu Hitam: Rm 15.30 (Rp 42 000) Sumber:klik disini




2.Jakarta ke Cikampek Rp 11500 (Rm 4.00) Sumber:klik di sini



Secara matematik mudahnya perbandingan harga jarak 70km Malaysia dan Indonesia adalah Rm15.30 dan RM 4.



15.30/4= 3.825



Jadi harga tol di negara kita 3.825 kali ganda lebih mahal dari Indonesia...



Saya sertakan tulisan sahabat saya tentang harga tol di Malaysia.Untuk rujukan kita bersama..



ToL Kita AnTaRa YanGTeRMuRaH DiDuNia!!



Sebagai rakyat Malaysia apakah perasan kita setelah membaca tulisan ini?Gembira?Terharu?Sedih?Malu?...

PENGKHIANAT PERJUANGAN RAKYAT HANYA LAYAK BERSAMA UMNO

Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas aksi lompat beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

"Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, kata Mahfuz, ‘parti tong sampah dan tong najis’ itu berkerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang didedahkan oleh Umno dan BN sendiri sebagai perasuah.

Kes kedua-dua mereka begitu menggemparkan kerana turut melibatkan rasuah seks.

"Mereka ini keluar dari PKR bersama seorang Adun dari DAP untuk menyokong 'parti tong sampah dan tong najis' merampas kerajaan PR Perak.

"Umno dan BN sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dilihat rendah moral oleh rakyat untuk kepentingan politik singkat mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun melihat apa yang berlaku itu sebagai satu proses pembersihan dalaman PKR dan PR.

"PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden PAS, pimpinan tertinggi dan mereka yang digelar ulama meninggalkan PAS.

"Namun PAS terus mantap dan maju dengan didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas," katanya.

Proses tersebut juga, katanya, membuktikan parti-parti kompnen PR hanya layak didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memartabatkan kuasa rakyat.

"Ini adalah proses yang natural dan tak mampu dilakukan oleh proses organisasi.

"Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam-dalamnya niat dan agenda sebenar seseorang.

"Tetapi proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat," katanya.

Beliau menggesa mana-mana wakil rakyat yang keluar dari PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka.

EKONOMI MALAYSIA: RETAK MENANTI BELAH

EKONOMI MALAYSIA: RETAK MENANTI BELAH

Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri bahawa “senario ekonomi terburuk” negara telah berakhir kerana KDNK berkembang pada kadar 4.5% dalam suku terakhir 2009 bukan sahaja dikira terlalu awal tetapi juga tidak bertanggungjawab.

Apa yang jelas, pertumbuhan itu sebenarnya dipacu oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan sejak setahun lepas. Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak boleh dilakukan secara berterusan. Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius. Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba.

Sejak 1998, kerajaan Barisan Nasional hanya tahu satu dasar ekonomi sahaja, iaitu menaikkan perbelanjaan kerajaan (melalui projek-projek besar yang tidak diperlukan dan membazir kerana melibatkan kepentingan kroni) untuk menutup kegagalannya menarik pelaburan individu dan swasta yang telah jatuh merudum.

Data pelaburan individu dan swasta sejak 1991 menjadi peringatan bagaimana Barisan Nasional telah mengheret negara ke lembah kehancuran ekonomi. Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2%, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1% secara purata sejak 11 tahun lepas.

Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.

Pada ketika Barisan Nasional terus hilang punca untuk menghidupkan kembali ekonomi bagi jangka masa panjang, kadar pelaburan individu dan swasta menjunam berbanding dengan tahapnya sebelum tahun 1997. Pada ketika itu, pelaburan individu dan swasta menyumbang 40% kepada KDNK. Malangnya sejak sedekad yang lalu, sumbangan pelaburan individu dan swasta terus merosot secara puratanya kepada kadar 28% sahaja daripada KDNK.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat tidak akan membuat pengisytiharan yang cuai seperti Perdana Menteri bahawa ekonomi kita sudah pulih, kerana masih terlalu banyak masalah pokok yang perlu diselesaikan dengan segera sekiranya kita tidak mahu Malaysia terus tertinggal di belakang.

Tindakan Perdana Menteri merwar-warkan anggaran pertumbuhan 5% bagi 2010 sebagai sangat baik sebenarnya kurang berhemah. Apa yang tidak diwar-warkan oleh Perdana Menteri disebalik anggaran pertumbuhan 5% itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak. Malaysia pada suatu ketika adalah setanding dengan Korea Selatan dan Singapura dan jauh lebih maju dari negara-negara yang lain.

Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi, walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50% lebih pesat dari Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional perlulah bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ekonomi kita tersangkut di dalam perangkap seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua suatu masa dahulu; adalah disebabkan oleh salahguna kuasa dan rasuah oleh mereka yang berkuasa sejak sekian lama.

Kemakmuran negara pada masa hadapan hanya boleh dijamin oleh sebuah kerajaan yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Maka, persoalan ketelusan dan amalan pentadbiran yang baik adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi negara.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat akan terus bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat pentadbiran ekonomi yang telus, tulus dan berkembang secara sihat bagi jangkamasa yang panjang demi generasi akan datang.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang

SAAT ANWAR BERGELUT DENGAN FITNAH,
MEREKA MENIKAM DARI BELAKANG



DI SEBALIK kita bersyukur dengan hikmah Allah menunjukkan kepada kita beberapa ekor pengkhianat rakyat, kita merasa simpati juga dengan nasib DS Anwar. Kali ini beliau dihadapkan dengan bebanan serta dugaan yang maha hebat. Calang-calang manusia, sudah pasti tersungkur di pertengahan jalan. Tetapi DS Anwar telah ditarbiyah dengan kekuatan kerohanian yang kental di samping dokongan rakyat bawahan terhadapnya.

Memang tidak dapat dinafikan, kelemahan utama DS Anwar adalah terlalu berbaik sangka terhadap orang lain. Akibatnya, ketika beliau bergelut dengan tuduhan fitnah liwat ke atasnya, terdapat beberapa rakan yang diberi kedudukan oleh DS Anwar menikamnya dari belakang. Berbagai alasan yang diberikan oleh pengkhianat itu untuk menghalalkan cara mereka mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun demikian, alasan-alasan mereka langsung tidak masuk oleh akal kita kerana mereka sehingga kini gagal membuktikan apa yang mereka tidak puas hati dengan kepimpinan yang memberikan kedudukan kepada mereka.

Apa yang kita tahu adalah ada di antaranya keluar dari parti kerana gagal mendapat projek jutaan ringgit, ada yang tidak mendapat projek untuk keluarga mereka, ada yang mengalami masalah hutang kereta dan menuntut parti membayar hutang-hutangnya. Itulah pengkhianat yang bertopengkan seperti Malaikat yang kununnya keluar parti atas prinsip memperjuangkan rakyat, bangsa dan ugama. Memang tepat sekali ada di antaranya yang memilih untuk bersama Umno yang pastinya dipercayai boleh menjamu perut-perut mereka sehingga kenyang. Biarlah mereka makan semahu-mahunya sehingga pecah perut mereka.

Perlukah kita bimbang dengan situasi ini? Tidak sama sekali. PKR pernah mempunyai hanya seorang sahaja MP di Parlimen iaitu DS Wan Azizah. Tetapi berkat yang satu itu yang berjuang dengan ikhlas untuk rakyat, Allah membalasnya dengan apa yang kita perolehi sekarang. Proses pembersihan di dalam parti mesti dilakukan mulai sekarang, dan kita harap PKR tidak lagi terlalu berbaik sangka atau memberi ihsan kepada sesiapa jua yang terang-terang tidak mematuhi semangat setiakawan dan persefahaman di dalam PR. Mereka wajib dikeluarkan segera dari parti. Jangan kita bimbang dengan kehilangan berpuluh-puluh orang yang inginkan perut mereka kenyang dengan membiarkan rakyat menderita. Kita wajib bersyukur jika kita hanya memiliki hatta seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat. Kita mesti bersedia kehilangan ramai lagi pengkhianat-pengkhianat selepas ini. Kita ingin melihat menjelang Pilihanraya Umum akan datang, berapa orangkah yang sanggup berlapar dan bersusah bersama rakyat.

Kita wajib bersyukur di atas tindakan mereka keluar dari parti kerana sekiranya mereka masih berada di dalam parti, seandainya InsyaAllah, kita memerintah negara ini, mereka ini lah yang akan meruntuhkan kerajaan yang kita tubuhkan nanti. Allah telah membantu kita mengenal siapa pengkhianat yang sebenarnya terlebih awal. Pecayalah bahawa masih ada beberapa orang lagi yang sedang lapar berada di dalam parti kita. Kepada kepimpinan parti, jangan pedulikan permintaan mereka untuk mengenyangkan perut-perut mereka sendiri, biarlah mereka bertindak untuk keluar parti dan kita tunjukkan jalan ke pintu keluar dengan segera.

PR mesti dibersihkan dari pengkhianat-pengkhianat seperti ini sebelum rakyat menghukum kita. Rakyat tidak akan menghukum kita semata-mata pengkhianat ini keluar, tetapi rakyat akan menghukum kita jika kita masih lagi sanggup memelihara manusia hina ini. Mulai sekarang, giatkan usaha mencari petualang-petualang durjana ini dan tendang mereka keluar sebelum rakyat menendang kita. Mereka tiada nilai walau sebesar atom kepada kita tetapi amat bernilai kepada parti yang sememangnya memerlukan orang seperti itu.

- Wan Fauzdin