Sabtu, 14 Ogos 2010

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

BANGUN LAWAN ! ASAH PARANG ASAH TOMBAK BANGUN MELAWAN !



PROJEK BAKUN:

SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL

Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.

Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.

Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?

Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.

Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

13 OGOS 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

PM Ingatkan Umat Islam Jangan Membazir Di Bulan Ramadhan
Respon
"Sempena kedatangan Ramadhan 1431H, PM membuat perutusan kepada umat Islam melalui portal 1Malaysianya. Dalam perenggan ke 15 perutusannya dicatat: ‘Di samping itu, saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan belanjalah secara berhemah pada bulan ini terutamanya sebelum tiba Syawal nanti. Ini bagi mengelakkan kita dari menanggung hutang dan kesusahan pada keluarga kita menjelang Aidilfitri kelak.

Saya bersetuju 200% dengan saranan PM itu, bahkan dengan seluruh perutusan itu. Pepatah (Arab?) ada menyatakan: ‘Lihat kepada apa yang dikata, dan bukan kepada siapa yang berkata.’ Justeru, kalau melihat kepada seluruh apa yang dikata tanpa melihat siapa yang berkata, maka seperti yang saya katakan: Semuanya benar!

Tapi bila ku renung renung, ku tilik tilik, aku berkata kepada diriku: ‘Sebagai rakyat biasa, aku mesti menulis sesuatu untuk menyatakan apa yang ada dalam hatiku tentang perutusan itu’.

Membazir dalam semua konteks dan peringkat adalah haram, samada peribadi, keluarga, masyarakat, agensi kerajaan/swasta. Kalau dalam perkara wuduk di tepi sungai pun Nabi ingatkan Sahabatnya supaya jangan membazir, apatah lagi pembaziran itu melibatkan kewangan keluarga.

Tapi ini hanya melibatkan satu keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan beberapa orang anak. Lagipun harta itu hartanya. Bagaimana pula dengan harta negara dan rakyat yang dibazirkan beratus juta ringgit melalui projek-projek mega tak bermanfaat kepada majoriti rakyat, perbelanjaan boros tanpa sempadan dan salahguna kuasa dalam mengurustadbir harta negara? Bukan sahaja menanggung hutang, paling menakutkan jika negara bankrap dengan sebab pembaziran itu.

Kalau saudara yang rajin, search sendiri dalam internet, berlambak ditemui artikel tentang pembaziran oleh kerajaan BN-dari belanja peribadi hinggalah belanja sesuatu projek atas nama pembangunan untuk rakyat.

Di bawah hanya sebahagian darinya:

(2008) Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun.

Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan.

Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu.

Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai ‘pembaziran’ projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah:

1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion

Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion.

Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:-

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS – RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) – RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 – RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade – RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah – RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok – RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine – RM4,100,000,000.00
8Skandal PKFZ – RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan – RM6,750,000,000.00

Artikel lain:

PAS membidas kerajaan BN yang menurutnya meminta rakyat berjimat sedangkan ia sendiri membazir termasuk peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion untuk sukan Formula 1. “Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan telah berjimat RM 1.3 bilion (dengan mengurangkan subsidi gula), namun kerajaan bazirkan RM1 bilion dalam bajet 2010 untuk memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat,” kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan BN, kata Idris, menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 20 sen. “Dasar ini menunjukan bahawa kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonominya terhadap rakyat.

“Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tetapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

“Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik,” katanya. Menurut Idris lagi, kerisauan itu akan berterusan kerana harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

“Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

“Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. “PAS memahami kesulitan kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul,” tambahnya.

Petikan Artikel lain (Tolong Semak Faktanya):

Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion.
Istana/Mahligai PM : RM200juta
Jet peribadi PM (Global Express): RM200juta.
Panggung Negara: RM225juta.
Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion
Sukom: RM330juta. Kenyataan dari Kementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 99) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00.
Replika keris gergasi, dipintu masuk kompleks sukan di Bukit Jalil: RM9 juta.
Projek Empangan Hidroelektrik Bakun: RM13.4 bilion
Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion.
Program Jaya MSN: RM160 juta.
Velodrom Cheras: RM9 juta.
KLIA, Sepang: RM10.5 bilion.
KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion
Litar Sepang F1: RM286 juta. Untuk menganjurkan perlumbaan, Malaysia terpaksa membayar RM76 juta. Hadiah dan kos perbelanjaan RM182.4 juta. Petronas pula membelanjakan RM1.9 bilion untuk membolehkannya mempunyai pasukan pelumba sendiri.
Pelbagai projek lebuhraya bertingkat di Lembah Kelang
Projek Kota Terapung Di Johor Bharu.
Laluan Kedua (menghubungi Singapura) di Gelang Patah, Johor.
Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja. Jeti Parameswara di Bandar Hilir, Melaka berharga RM11.5 juta juga terbiar masih belum digunakan kerana kedudukan tak sesuai.
Projek tanam padi atas bumbung. Projek bernilai RM200,000.00 hasilnya hanya 41 kg di bumbung seluas 97 meter persegi.

dan lain-lain…

Rabu, 11 Ogos 2010

Saksikan Syarikat Anak Beranak Taib Jutawan
Info Semasa
"Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

NONE

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

NONEMengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”

NONESakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

KedNONEua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu."

Isnin, 9 Ogos 2010

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG SEMPENA PERSIDANGAN INTERGRITI KEBANGSAAN 2010, 7 OGOS 2010 DI HOTEL EASTIN PULAU PINANG.


Kelihata Anwar Ibrahim menunjukkan muka garangnya..

1. Selamat datang ke Persidangan Intergriti kebangsaan Kalifah Umar bin Abdul Aziz 2010 yang bakal menfokuskan kepada Penciptaan Semula Pemerintahan Yang Baik.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi penganjur, Y.B. Abdul Malek Abdul Kassim dan barisan jawatankuasa yang telah menjayakan persidangan ini. Kepada para pembicara, saya percaya bahawa majlis ini bakal menyuntik pelbagai ilham demi kebaikan bersama.

3. Sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik boleh digambarkan bagaimana sesebuah institusi awam menjalankan urusan awam serta penggunaan sumber awam di dalam usaha bagi menjamin realisasi hak asasi manusia. Tanpa pemerintahan yang baik di dalam sesebuah Kerajaan, visi untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya yang menjadi lokasi pilihan pelabur, destinasi pilihan para pelancong dan habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan boleh dilupakan.

4. Sebuah Kerajaan yang baik memerlukan beberapa bahan-bahan teras : pematuhan kepada undang-undang, pengukuhan pengurusan sektor awam, transparensi dan akauntabliti dan strategi yang sesuai bagi memerangi rasuah.

5. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB yang berlangsung di Asia Pasifik sebelum ini menyatakan bahawa sesebuah Kerajaan yang baik memerlukan lapan karektoristik utama termasuk pembabitan berorientasikan konsensus ; akauntabel ; telus ; responsif ; efektif dan efisien ; adil dan inlusif dan patuh kepada kedaulatan undang-undang. Lazimnya, nilai-nilai ini menjamin bahawa aktiviti rasuah dapat diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan suara-suara rintihan masyarakat didengar sebelum sesuatu keputusan dibuat sebagai responsif terhadap keperluan sekarang dan masa depan masyarakat.

6. Dengan ini, saya ingin memperjelaskan sebahagian karektoristik dinyatakan bagi sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik :
a) Penglibatan
Penglibatan ataupun penyertaan perlu dimaklumkan dan diorganisasikan. Ini membabitkan dua aspek utama iaitu kebebasan berpersatuan serta berekpresi dan masyarakat awam terancang.

b) Kadaulatan undang-undang
Pemerintahan yang baik memerlukan rangka undang-undang yang adil dan dikuatkuasakan secara saksama. Pada masa sama, ia juga perlu merangkumi perlindungan penuh hak asasi manusia terutamanya terhadap kaum minoriti. Pelaksanaan undang-undang secara saksama memerlukan sebuah sistem kehakiman yang bebas dan pasukan polis yang tidak korup.

c) Transperansi
Transparensi bermakna bahawa keputusan yang dicapai dan langkah penguatkuasaan yang dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan ditetapkan. Pada masa sama, ia juga bermaksud bahawa ketercapaian serta penyaluran maklumat secara mudah menggunakan saluran media tertentu kepada mana-mana pihak yang bakal dipengaruhi oleh sebarang keputusan serta penguatkuasaan yang bakal dicapai.

d) Responsif
Pemerintahan yang baik memperuntukan sesebuah institusi melayani semua pemegang saham di dalam jangka masa ditetapkan.

e)Orientasi konsensus
Pemerintahan yang baik memerlukan pengantaraan sempurna bagi mencapai perspektif konsensus lebih meluas di dalam sebuah masyarakat yang berbeza fahaman.

f)Inkuiti dan keterbukaan
Kesejahteraan sesebuah masyarakat adalah bergantung serta memastikan bahawa semua ahli memiliki kepentingan dan tidak disisihkan di dalam aliran utama masyarakat.

g) Keberkesanan dan efisiensi
Keberkesanan bermakna proses dan penghasilan hasil menggunakan sumber kuasa yang ada demi memenuhi keperluan masyarakat. Efisiensi merangkumi penggunaan sumber asli secara kekal berasaskan perlindungan alam sekitar.

h) Akauntabliti
Akuantabliti kepada mana-mana pihak yang dipengaruhi oleh sesuatu keputusan dan tindakan. Akauntabliti tidak boleh dikuatkuasakan tanpa transparensi dan kedaulatan undang-undang.

7. Adalah tidak perlu mencipta semula sesebuah roda pentadbiran Kerajaan bagi menyesuaikan dengan konsep pemerintahan yang baik. Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah kehendak politik.

8. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan urus tadbir berasaskan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) atau amar maaruf nahi mungkar. Sebagai sebuah Kerajaan CAT, kita mempraktikkan prinsip bahawa tidak mengira seekor kucing itu hitam ataupun putih selagi ia boleh menangkap tikus.

9. Dengan mengadaptasikan sistem tender terbuka dan melawan amalan-amalan rasuah secara berterusan dalam usaha mempromosikan nilai intergriti, Pulau Pinang telah berjaya mengubahh defisit anggaran RM35 juta pada tahun 2008 kepada rekod lebihan RM88 juta. Pada tahun 2009, dengan lebihan RM77 juta terhadap unjuran defisit RM40 juta. Lebihan ini membolehkan Kerajaan Negeri membayar dividen anti-rasuah secara tunai kepada golongan warga emas pada setiap tahun dan juga urusan pengurusan jenazah yang tidak pernah dipraktikkan sebelum ini.

10. Pencapaian Pulau Pinang lazimnya dipuji oleh Transparency International – Kerajaan pertama di Malaysia yang memperoleh pengktirafan tersebut. Saya yakin bahawa pemerintahan adalah satu set bahan asas yang memerlukan seseorang pemimpin dan sesebuah Kerajaan bagi membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

11. Sokongan rakyat adalah perlu bagi meyakinkan masyarakat umum mengenai manfaat sesebuah pemerintahan Kerajaan yang baik. Pemerintahan Kerajaan yang baik boleh dicapai melalui pembetukan peradaban yang menyokong nilai-nilai kebenaran, ketaqwaan kepada Tuhan yang mengganggap kehidupan sebagai bantuan timbal balik dan bukannya konfrontasi langsung.

12. Sebagaimana saya nyatakan, adalah tidak perlu mencipta semula sebuah roda pentadbiran – apa yang diperlukan adalah kehendak politik. Masyarakat hanya boleh diyakinkan bahawa sesebuah Kerajaan adalah serius apabila terdapat sebuah pimpinan contoh berasaskan kepimpinan efektif dan kukuh dengan nilai integriti dan perbelanjaan berasas.

13. Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan melalui Kalifah Umar Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal dan pendidikan. Inspirasi kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan pendek beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pemerintahan beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun manusia.

14. Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup memadamkan lampu ketika melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak akan terpesong sekiranya mengikut warisan yang diperturunkan oleh beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik di dalam pentadbiran kami.

15. Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

16. Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan negara-negara Islam secara negatif iaitu sebagai negara yang tidak progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr. Chua sepatutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

17. Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi.

18. Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator.

19. Kita mempunyai ramai pembicara terkemuka yang amat arif mengenai topik ini, maka, justeru, kita perlu segerakan dan tidak lagi perlu tunggu untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam mempromosikan pemerintahan yang baik.

20. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan serta kelancaran Persidangan Integriti Kebangsaan 2010.

Terima kasih.

LIM GUAN ENG
Tuan Hakim ! Bagus, Bagus, Bagus Tuan Hakim
Info Semasa
"Azahar, pada ketika itu seorang pendakwa raya, dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim bersama Gani Patail ketika perbicaraan kes rasuah pada 1999 dalam kes Zainur Zakaria melawan Pendakwa Raya. Mahkamah Persekutuan kemudiannya memutuskan terdapat kes "prima facie" untuk menjustifikasikan permohonan untuk menolak penglibatan kedua-dua pendakwa raya ini, kerana kedua-duanya tidak menafikan pertuduhan pada ketika itu. Kenyataan itu tidak bercanggah atau dicabar sehingga hari ini

Petisyen Zaid: Sistem Kehakiman Makin Reput

Keputusan Hakim Azahar Mohamed untuk menolak permohonan Zaid Ibrahim membuka lembaran sejarah paling kotor dalam pilihan raya kecil (kawasan parlimen Hulu Selangor). Keputusan ini memang dijangka.

Malahan, sebaik sahaja saya mendapat tahu Ketua Hakim Zaki Azmi – bekas pemimpin Umno – melantik Azahar untuk mengendali kes ini, saya tahu bahawa prospek Zaid menuju kehancuran.

Bukankah Azahar merupakan hakim yang mengendalikan penghakiman bersifat "double standard" dalam kes Speaker melawan Speaker di Perak pada 8 September 2009?

Dalam penghakiman itu, berhubung isu kekecuhan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei 2009, beliau menolak aduan V Sivakumar, speaker dari Pakatan Rakyat terhadap Speaker Barisan Nasional Ganesan atas alasan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan DUN.

Tetapi beliau gagal untuk menyedari hakikat bahawa dengan mengisytiharkan pelantikan Ganesan sebagai speaker ketika dalam sidang DUN yang sama adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang.

Malahan beliau telah campur tangan di mana beliau berkata beliau cuba mengelak dari campur tangan.Tindakan Azahar yang bercanggah ini begitu ketara, ibarat menampar muka sendiri. Sila baca rencana bertajuk "Speaker melawan Speaker: Hakim Azahar Menampar Mukanya Sendiri" dalam buku saya, "The March to Putrajaya."

Reputasi Azahar dicurigai

Dan bukankah Azahar sebagai pendakwa yang dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim ketika perbicaraan rasuah 10 tahun lalu, yang mendapat kutukan dari seluruh dunia sebagai pencabulan terhadap keadilan dan pendakwaan bermotifkan politik semata-
mata? (Ini merupakan suatu pertuduhan di mana Azahar tidak menafikannya).

Apa lagi keputusan yang boleh kita harapkan daripada seorang bekas pemimpin Umno yang melantik seorang hakim yang mempunyai reputasi buruk untuk mendengar kes politik berprofil tinggi ini?

Sekarang, mari kita melihat penghakiman Azahar secara teliti dan terperinci.Azahar membenarkan permohonan P Kamalathan dari Barisan Nasional (BN) untuk menyingkir petisyen Zaid berdasarkan alasan-alasan berikut:

  • Zaid gagal untuk mengenalpasti penerima dari perbuatan rasuah.
  • Zaid gagal membuktikan bagaimana tindakan-tindakan dakwaan rasuah telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu.
  • Zaid gagal menyediakan teks penuh atau transkrip dakwaan rasuah.

Dakwaan Zaid tentang berlakunya rasuah dalam petisyen ini hanya tertumpu kepada tawaran Perdana Menteri Najib Tun Razak sebanyak RM3 juta kepada sebuah sekolah Cina dan tawaran bayaran tunai kepada para peneroka Felda walaupun terdapat banyak lagi tawaran kebendaan sebagai umpan oleh BN melibatkan nilai berjuta-juta ringgit ketika kempen pilihan raya.

Bukti rasuah yang berleluasa

Apabila Najib membuat tawaran RM3 juta ketika menjelang hari mengundi, beliau memberitahu para pengundi di Rasa bahawa mereka boleh datang ke pejabatnya untuk mendapatkan bayaran itu pada keesokan harinya jika Kamalanathan menang.

Tetapi beliau menambah, "jika kita kalah, tak payah datang."Tawaran rasuah yang sensasi ini dengan secepat kilat dimuat dalam internet, yang dibaca di seluruh dunia, termasuk muatan di dada akhbar-akhbar pada hari esoknya.

Peristiwa ini menggemparkan orang ramai, tetapi Najib bukan sahaja tidak merasa bersalah tetapi beliau nampak berbangga dengan tindakan itu apabila beliau menyatakan bahawa ini membuktikan "kebolehpercayaan" terhadap dirinya ketika kempen pilihan raya parlimen di Sibu.

Beliau membuat kenyataan yang serupa kepada para pengundi Sibu menjelang hari mengundi. Kali ini ucapan penuhnya dirakam dalam video dan dimuat dalam YouTube hingga menarik minat audien yang lebih luas.

Tawaran tunai oleh Najib kepada para peneroka Felda Sungai Buaya ialah RM160,000 kepada bekas para peneroka untuk setiap ekar tanah yang dimajukan dan RM50,000 untuk waris-waris peneroka yang telah meninggal dunia.

Tawaran ini diumumkan di depan khalayak ramai dan dilaporkan oleh media.Adakah perbuatan-perbuatan ini membuktikan berlakunya sogokan dan rasuah pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?

Marilah kita lihat Seksyen 32 (a) dan 32 (c) Akta yang sama, di mana Zaid menjadikannya sebagai asas dalam petisyen beliau.Seksyen 32, bertajuk "Mengelak berlakunya pilihanraya dalam petisyen pilihanraya" berbunyi:"Pemilihan calon pada mana-mana pilihan raya harus diisytihar sebagai terbatal dalam petisyen pilihan raya berdasarkan salah satu, yang mana terbukti Hakim Pilihan Raya berpuas hati:

  • Rasuah umum, layanan umum atau gangguan umum berlaku secara berleluasa sehingga dianggap boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.
  • Bahawa perbuatan rasuah atau perbuatan tidak sah berlaku berhubung dengan pilihan raya oleh calon atau dengan pengetahuannya atau persetujuannya atau oleh mana-mana agen calon.
  • " (Terdapat 5 sub-seksyen di bawah Seksyen 32).

Asas penghakiman adalah pelik

Selepas membacanya, adakah seorang rakyat biasa, mempunyai keraguan walau sedikit, bahawa rasuah untuk meraih undi telah berlaku?

Bukankah amat jelas bahawa tawaran RM3 juta merupakan tawaran untuk pertukaran undi-undi untuk Kamalanathan?

Adakah tawaran tunai kepada para peneroka Felda merupakan umpan secara terang-terangan untuk mendapatkan undi kepada BN?

Adakah para hakim kita mempunyai fikiran yang waras dan logik sepertimana yang dimiliki oleh rakyat biasa?

Hakim Azahar menyatakan bahawa penerima-penerima sogokan mesti dikenalpasti dan bukti dikemukakan tentang berlakunya sogokan dan oleh sebab itu, memberi kesan kepada keputusan pilihan raya, ketika beliau belum lagi mendengar kes ini dengan sepenuhnya.

Tetapi bukankah percubaan untuk memberi rasuah sudah cukup untuk membuktikan kesalahan? Kenapa hakim mesti meminta bukti yang bukan-bukan pada peringkat awal apabila responden memohon kes ini ditolak sebelum mendengarnya?

Adakah terdapat bukti yang cukup pada peringkat ini untuk sekurang-kurangnya menarik keprihatinan hakim untuk terus mendengar supaya keadilan tidak dinafikan.Apa guna hakim Azahar berada di sini – untuk menegak keadilan atau berkhidmat untuk sesuatu?

Adakah beliau sedar bahawa beliau telah mencabul sistem kehakiman, dan keseluruhan sistem demokrasi kita, apabila membuat penghakiman yang disifatkan menjangkau batas keadilan.

Penerima dakwaan rasuah tidak dikenalpasti?Balik kepada alasan Azahar untuk tidak mendengar petisyen Zaid. Beliau berkata, para penerima dakwaan rasuah tidak dikenalpasti.Bukankah para pengundi Rasa dan Sungai Buaya penerimanya?

Jika seluruh negara, dan malahan seluruh dunia, mendapat akses kepada berita ini, maka kenapa Azahar begitu curiga tentang fakta ini sehinggakan beliau enggan mendengar lebih lanjut?

Azahar berkata Zaid tidak menyerahkan bukti bahawa dakwaan rasuah telah memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Apa jenis bukti yang beliau fikirkan?

Adakah beliau mengharapkan pengundi A bersumpah bahawa beliau hendak mengundi Zaid tetapi memandangkan terdapat tawaran daripada Najib, beliau merubah fikiran dan mengundi Kamalanathan?

Jika pengundi A benar-benar berbuat demikian, adakah Azahar boleh menerima pengakuan pengundi A sebagai suatu kebenaran yang murni?Jika tidak, apakah bukti lain yang beliau ada dalam benaknya sebelum beliau bersetuju bahawa tawaran itu merupakan umpan yang boleh merubah keputusan para pengundi?

Hakim Azahar…… janganlah membuat perkara karut ini hingga menjadi pelik!Azahar juga berkata beliau menolak kes ini kerana Zaid tidak menyediakan teks ucapan penuh Najib atau transkrip.

Tetapi jika seluruh dunia tahu ucapannya dan malahan beliau sendiri merasa megah dengan perkara ini, adakah Azahar membuat sesuatu perkara yang memperlihatkan kebodohannya sendiri dengan menolak kes atas alasan yang remeh ini?

Kita telah melihat banyak peristiwa karut dan pengkhianatan terhadap mahkamah di negara ini. Apa yang sepatutnya Zaid lakukan ialah membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi.

Biar seluruh dunia melihat betapa jahatnya sistem kehakiman kita. Dan biar seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa satu-satu cara untuk mendapatkan keadilan di negara ini ialah dengan menukar kerajaan. KLIK