Khamis, 27 Oktober 2011

Laporan Audit : Membuktikan PR mentadbir Pulau Pinang lebih baik dari BN.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta


Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau

Laporan Audit : Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.


Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.

Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Laporan Audit yang tak disiarkan oleh berita TV3Suku ialah...

http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SdXRVNjCifI/AAAAAAAAGOg/0fV0lnfgH4A/s400/tv3suku.pnghttp://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SdXRVNjCifI/AAAAAAAAGOg/0fV0lnfgH4A/s400/tv3suku.png

Laporan Audit Negara kononnya kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang & Kelantan prestasi teruk ditadbir Pakatan Rakyat..

Yang tak masuk berita TV3 plak -

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10-MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Nak lagi?....Nah...

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79

• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Orang sekarang dah cerdik laa wahai TV3.. Kamu hentam Kerajaan Selangor padahal peningkatan kutipan zakat berbanding negeri lain Selangor adalah yang terbanyak.. Kerajaan Pulau Pinang memberi pulangan kepada rakyat warga emas hasil lebihan dari MPSP & MPPP..

Kenapa tak hentam Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Perlis? Perfect sangat kah negeri ni punya pentadbiran? Tiada perselisihan kewangan?? tv3 suku nak butakan mata pekakkan telinga rakyat?

KAMI TAK BODOH lah.. Orang yang takda kemudahan internet.. Bolehlah kamu bodohkan...

GLC RUGI sebab duit untung diberi kepada rakyat ianya salah dimata BN/UMNO

Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, KDEB mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham.

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar “Hasil Negeri Untuk Rakyat” menerusi program “Merakyatkan Ekonomi Selangor“(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.


Selaku pemegang amanah, Kerajaan Negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab. Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini.


Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat.


Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.


Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.


Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.


Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.


Oleh kerana itu, pemberian air ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.


Isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, tidak perlu timbul langsung kerana dana untuk program pemberian air percuma ini disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri kepada KDEB untuk pembayaran.


Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan.


Jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan dengan syarat beliau juga menunjukkan perjalanan perbelanjaan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.



SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Penyelewengan dalam Audit, SPRM jangan hanya siasat- Azan

KUALA LUMPUR 26 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.

“Kita merasa agak bimbang, siasatan ini hanya untuk memperbaiki imej SPRM berikutan langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sempena pilihan raya.

“Berbanding tahun lepas tiada tindakan yang diambil meskipun SPRM kata akan siasat. Tidak ada guna jika siasatan tetapi tiada tindakan. Apa yang kita mahu ialah SPRM kemukakan hasil siasatan dan mengambil langkah susulan termasuk melakukan pendakwaan,” jelas Azan.

Beliau juga menyentuh mengenai kesungguhan SPRM menyiasat terhadap laporan Audit di peringkat negeri Pakatan Rakyat seperti di Pulau Pinang dan Kedah.

“Berdasarkan laporan Audit, jelas menunjukkan prestasi pengurusan kewangan di negeri Pakatan Rakyat pada keseluruhannya memuaskan. Kalau nak buka juga kertas siasatan di negeri Pakatan berasaskan laporan media perdana, SPRM tidak ubah seperti burung kakak tua,” katanya.

Media hari ini melaporkan SPRM membuka 36 fail siasatan berikutan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Sebanyak dua fail siasatan dilapor dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.

Menurut kenyataan SPRM pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat.

Rabu, 26 Oktober 2011

Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan.

Berita
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.

Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

1. Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.

2. Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.

“Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.

3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.

Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.

4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

“Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematui peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi. Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.

Sungguhpun Dato’ Sri Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Laporan Audit: Anwar dakwa kelemahan pengurusan kerajaan BN aibkan Negara


Pendedahan kelemahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kelmarin, adalah satu perkembangan mengaibkan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sungguhpun (Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi,” kata Anwar (gambar).

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri, kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar berkata Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

Justeru, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

Laporan Ketua Audit Negara meneruskan tradisi dengan mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.

Anwar, bekas menteri kewangan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40 Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat kelmarin.

Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Anwar juga berkata kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara pada 8 Julai dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun.

“Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat,” katanya.

Di sebalik kelewatan itu kata beliau, hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 kementerian dan jabatan-jabatan persekutuan dan pengurusan tuju syarikat kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti dan projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti dan projek.

“Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti atau projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin,” katanya.

Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.

― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.

― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.

Oit shahrizat, pulangkan balik wang rakyat berjumlah rm73.64juta sekarang.

Tak guna.

Dah kalah dalam PRU pun boleh diberikan tempat dalam kerajaan. Kalau boleh buat kerja dengan cekap dan jujur takpe. Orang takan kesah. Tapi setakat buat kerja depan tv dan bermusim sambil songlap dan pelingkup wang rakyat nak buat apa?

Si Shahrizat nie rupanya dah makan wang rakyat sebanyak RM70juta ++. Dia songlap secara berjemaah anak beranak keluarga suku sakat sebab orang kata tak baik makan sorang. Kedekut. Kita kan family. Apa salahnya sama2 share songlap menyonglap.

1. Pada tahun 2008, Kementerian Asas Tani blablablab telah meluluskan satu projek usahasama dengan kerajaan negeri, Negeri Sembilan [JV] dalam satu projek perternakkan lembu. Kira nya macam ni. Kerajaan pusat bagi duit, kerajaan negeri bagi tapak, usaha dan blablablab dan mereka akan tubuhkan satu syarikat dan JV dengan mereka2 yang berpengalaman dalam bidang ni untuk meraih keuntungan.

2. Tujuan nya ialah untuk meningkatkan kualiti daging tempatan, mengurangkan import daging lembu, meningkatkan penghasilan daging tempatan sekaligus merendahkan harga daging. Selain dari itu, projek ni sepatutnya membantu menambahkan jumlah bilangan perternakkan lembu.

3. Maka dengan itu Kementerian Asas Tani blababla JV dengan kerajaan negeri dan satu syarikat lain di bawah syarikat NFC corporation. Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd ialah syarikat yang terpilih dalam usahasama ni. Kenapa syarikat ni? Ada pengalaman ka? Lantikan? Rundingan? Tender terus? Tender terbuka? Atau pemilihan yang dibuat berdasarkan kepada syarat dan kriteria tertentu? Atau pasal dia syarikat suami si Shahrizat?

4. Okey2, katakanlah syarikat si Shahrizat dan laki dia ni memang layak mendapat projek ni. Tapi sekarang projek ni dah lari dari matlamat. Ikut pelan asal sepatutnya menjelang tahun 2015 sebanyak 60,000 lembu ternakan mesti dibiakkan. 8,000 ekor lembu setahun. Tapi ia gagal mencapai sasaran. Setakat ni hanya 3,289 ekor sahaja lembu ternakan yang berjaya dihasilkan di bawah projek ni.

5. Apa yang disasarkan dalam projek ni menemui kegagalan. Ianya kacau bilau. Itulah yang dikatakan oleh Jabatan Audit Negara. Kacau bilau satu hal. Tak mencapai sasaran satu hal. Menyumbang kepada kerugian berjuta2 ringgit satu hal. Sebab bila gagal penuhi sasaran pada tempoh yang ditetapkan sudah pasti akan meningkatkan kos.

6. Antara faktor penyumbang kepada kegagalan ni ialah syarikat pengendali utama projek ni Lamberts Agricultural Trade M Sdn Bhd telah menarik diri daripada terlibat dalam projek ni. Kenapa dia tarik diri? Tah.

7. Selain itu, mereka juga bagi alasan faktor kegagalan tersebut adalah disebabkan kerajaan pusat gagal menyiapkan beberapa kilang seperti pusat penyembelihan yang boleh menyembelih sehingga 350 ekor anak lembu sehari, kilang proses makanan haiwan ternakan, kilang biogas untuk memproses sisa dari pusat penyembelihan.

8. Bagi aku, ko nak ternak lembu banyak2 patut takde hal. Pasal kerja ko ternak kan? So ko kena lah ternak je. Pasal ko dah dapat duit untuk ternak. Kalau tak cukup tempat untuk simpan lembu disebabkan kegagalan kerajaan dalam projek yang lain itu isu lain. Tapi sekarang isunya ko sendiri dah gagal mencapai sasaran dalam ternakan. So nak blame benda lain buat apa?

9. Tak cukup tempat untuk sembelih lembu? Takde hal. Bina lah sendiri. Sepatutnya dari awal lagi kena fikir kat mana nak sembelih lembu, proses lembu, bahan buangan sisa sembelihan dan sebagainya. Dah siap satu persatu facility barulah boleh move on to other plan. Ini tidak. Itu tak siap dah sibuk buat ni. Sudah nya menjadi ganguan dan kerugian. Last2 menyusahkan orang lain.

10. Selain dari itu NFCorp ni juga diterajui oleh Shahrizat, suami dia dan anak beranak dia. Dia orang bukan setakat terajui NFCorp, dia orang juga terlibat dalam projek memasarkan daging lembu di bawah label gemas gold. Gemas gold juga menjadi menu utama di beberapa restoran milik keluarga mereka.

Herm. Interesting. Kau dapat duit untuk ternak lembu. Kau dapat duit untuk sembelih lembu. Kau dapat duit untuk proses daging lembu. Kau dapat duit untuk jual sisa sembelihan. Kau dapat duit untuk pasarkan daging lembu. Dan kau dapat duit bila jual hidangan lembu di restoran yang mungkin juga modalnya datang dari rakyat.

Satu lagi benda yang buat aku confuse ialah kenapa syarikat si Shahrizat ni terpilih dalam JV untuk projek ni dan mereka pula dilantik untuk mengetuai syarikat JV under nama NFCorp? Siap anak beranak Shahrizat lagi melepak berjawatan dalam NFCorp kenapa?

Jangan salah faham. Aku fikir juga. Kadangkala mereka mungkin layak. Mungkin sebab mereka memang boleh buat kerja dan berpengalaman. Tapi ikut dari info yang aku dapat ialah duit pelaburan dari rakyat tidak dapat kepada rakyat pun? Keluarga shahrizat yang kaya raya. Mereka ada cawangan restoran . Mereka juga gagal mencapai sasaran dalam projek nasional ternakan lembu tapi still tidak perlu hadapi apa2 tindakan.

Sepatutnya dalam projek2 macam ni bila syarikat lantikan gagal penuhi matlamat yang dipersetujui, kerajaan tak boleh duduk diam hihi haha je. Kena saman. Kena persoalkan. Kena ambil tindakan. Baru adil. Walau pun ramai jugak yang akan marah pasal apa si Shahrizat ni layak dapat tender kerajaan walhal dia seorang menteri? Tang mana satu ada undang2 yang menteri layak dapat tender? Aku pun tak tau. Jangan tanya aku. Tanya UMNO. Dia orang yang songlap duit kita.

Selasa, 25 Oktober 2011

RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

NONEMenurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

NONE“Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

PANGLIMA MAKASAR KECUT MECUT TAKUT MAKUT

PANGLIMA TAK ADA TELO




ISU UIA: NAJIB TAKUT TEMU MAHASISWA, DAKWA WAKIL PELAJAR
- minsider

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan Najib Razak takut untuk berhadapan dengan perkembangan semasa dengan sanggup membatalkan kunjungan saat-saat akhir ke pusat pengajian tinggi itu.

Berdasarkan jadual asal Najib sepatutnya mengadakan lawatan ke UIA bagi menyempurnakan final debat Piala Perdana Menteri antara universiti malam ini.
Ekoran demonstrasi Jumaat lalu, SMM merancang untuk meneruskan protes dengan menyerahkan memorandum kepada Najib hari ini.

Dalam satu kenyataan pagi ini, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab berkata, SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan malam ini adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.

...NASI KANG KANG INI POWER BETUL.... kah kah kah..

...BUKAN SAJE TAKUT PADA BINI..... kah kah kah...

.... PADA MAHASISWA PUN TAKUT..... kah kah kah..

.... KALAU MACM INI LEBIH BAIK MUHYIDDIN JADI PM...... kah kagh kah..

..KELMARIN DI PARLIMEN MUHYIDDIN BERCAHAYA MENYINAR..... kah kah kah...

..BANGUN DENGAN BERANI...JAWAB SEMUA SOALAN...kah kah kah...

... DARI LIM KIT SIANG.... DARI MAHFUZ... DARI SAIFUDDIN.... kah kah kah...

...DARI TIAN CHUA... DARI NURUL IZZAH.... kah kah kah..

... DAN DARI ANWAR IBRAHIM.... kah kah kah...

..... INI BARU ADA BERGAYA NAK JADI PM...... kah kah kah...

.... BUKAN MACAM NAJIB KENA GEMPAQ SIKIT..... KECUT TELOOOOO..... kah kah kah



KES PENIPUAN PENIAGA BUMIPUTERA MELAYU ISLAM

INI TEROPONG NYA KUT?




NOTA:
besar kemungkinan
inilah teropong yang
telah di jual oleh
syarikat bumiputera melayu islam






DARI FACE BOOK RAJA ROHAISHAM RAJA MUHAIDDIN


Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010 - lapuran audit negara 2010

...PATUTLAAAA...LAPORAN AUDIT TAK KELUAR.... kah kah kah....

...TERLALU BANYAK PUTAR ALAM.... kah kah kah...

...BINO INI MESTI DI BELI DARI SYARIKAT BUMIPUTERA MELAYU ISLAM....kah kah kah..

...KES KES MENIPU DUIT ORANG RAMAI INI MEMANG KERJA SYARIKAT BUMIPUTERA MELAYU ISLAM..... kah kah kah..

.... SYARIKAT KAPIR YANG MAKAN BABI... TAK BUAT KERJA MENIPU MACAM INI...kah kah kah


REMBAT DUIT KERAJAAN

Hanya umno yang boleh menghina Raja-raja

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau dituduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari diinterpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja-Raja Melayu diikat dan dirotan dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok. Utusan Malaysialah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu.

Media perdana telah mensensasikan isu Raja-Raja Melayu dan memfitnah Raja Melayu seolah Raja-Raja Melayu itu lebih rendah dari manusia biasa. Apabila saya sebut isu ini ada pula yang mengatakan Dr Mahathir melakukannya semata-mata untuk kebaikan Raja Melayu itu sendiri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh penyokong beliau bagi menghalalkan tindakan menghina Raja-Raja Melayu itu.

Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara sebelum dipinda semasa itu telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh disentuh sama ada di dalam atau di luar parlimen. Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak dikemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas diperlakukan dengan tidak adil.

Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik dan beliau mempunyai pengikut dan ramai yang memberikan perhatian terhadap pandangan beliau. Mahasiswa UIA kini sedang memberontak kerana tindakan yang tidak adil terhadap seorang tokoh akademik yang serius yang pandangannya diambil perhatian bukan sahaja oleh Mahasiswa UIA tetapi juga oleh masyarakat ramai yang mengikuti pemikiran beliau.

Hari demi hari pihak yang memerintah menunjukan sikap tidak menghargai pandangan terbuka seorang yang serius terhadap keadaan semasa negara. Tindakan terhadap Aziz Bari mendapat tentangan orang ramai kecuali dari mereka yang buntu dan jumud pemikiran.

Jika pun Aziz Bari hendak diambil tindakan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara yang terang-terang telah melacurkan institusi Raja pada tahun 1993 dahulu. Pihak yang memegang kuasa perlu ingat mereka yang menyaksikan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu masih ramai yang hidup dan masih ingat betapa beratnya nesta yang dilemparkan terhadap Raja-Raja Melayu oleh pemimpin UMNO yang diketuai oleh Presiden UMNO semasa itu.

Sekarang ini bekas Presiden UMNO itu pula yang mengkritik Aziz Bari dengan mengatakan Aziz Bari bersifat kurang ajar terhadap Raja Melayu. Saya tetap berharap supaya nasib Aziz Bari akan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar dan Mahasiswa seluruh negara kerana isu ini bukan setakat melibatkan mahasiswa UIA tetapi juga masyarakat mahasiswa seluruh negara.

Saya berharap agar seluruh masyarakat kampus termasuk kakitangan akademik universiti-universiti seluruh negara memberikan desakan supaya tokoh akademik dibela secara optimum untuk memastikan tidak ada pihak yang akan diambil tindakan secara tidak adil pada masa-masa yang akan datang semata-mata kerana memberi pandangan yang berbeza.

Jika kali ini tindakan diambil terhadap Aziz Bari, selepas ini tidak ada sebab kakitangan akademik yang lain tidak akan menerima nasib yang sama pada masa yang akan datang. Saya mengikuti hampir semua pandangan Aziz Bari dan saya tidak nampak apa-apa sebab kenapa beliau cuba di sabitkan dengan isu menghasut seperti yang dituduh terhadap beliau.

Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin negara yang telah melanggar institusi Raja-Raja dahulu ke muka pengadilan terlebih dahulu sebelum berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap Aziz Bari. Ini penting jika pihak berkuasa ingin membuktikan yang semua orang tidak kebal dari segi undang-undang.

Jangan hanya pandai mengaku yang pihak berkuasa adalah adil kepada semua sedang pemimpin besar UMNOlah yang telah melakukan kesalahan yang paling besar terhadap institusi demokrasi negara.

MARA - tempat jembalang buat duit

Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

NONELaporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Beli peralatan, bekalan eletrik tiada

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.

NONELaporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

Laporan Audit: Harga teropong 2,805 peratus lebih tinggi

(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

“Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,” kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap unit.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga pasaran.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

Najib Mamat ‘poyo’ ingin dilihat ‘cool’

RAMAI politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu poyo. Inilah masalah apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.

Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang terkini. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini – dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool. Kadang kala dalam percubaan untuk dilihat cool, ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nurhaliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.

Berita terkini telah tersebar bahawa Najib sedang melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai Mamat Poyo. Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.

Untuk memahami pengisytilahan ini, saya akan cuba paparkan ciri-ciri cool dan apa itu poyo. Ini dengan harapan para pembaca sekalian akan memahami intipati cool dan poyo. Mungkin ada yang bertanya apakah cool dan poyo ini penting untuk difahami? Ini bukti utama: Sesiapa yang mengeluarkan soalan ini adalah seorang yang poyo.

Intipati cool dan poyo

Cool ini adalah gaya hidup. Cool juga adalah lenggok bahasa badan. Cool juga adalah fesyen pakaian. Cool juga ialah sikap terhadap kehidupan. Cool juga adalah cafe yang dilawati, rokok yang dihisap, muzik yang didengar. Cool juga adalah buku yang dibaca. Cool wajib berupaya mengikuti mazhab falsafah al- Farabi dan Michel Foucault. Cool juga ialah tenang dengan gesekan biola Hamzah Dol Mat dan alunan suara Saloma.

Kenapa agaknya Najib seorang Mamat Poyo bersedia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk dilihat cool? Adalah difahamkan syarikat yang dilanggani oleh Najib Poyo ini juga bertanggungjawab menjenamakan Tony Blair yang poyo untuk dilihat cool.

Jawabnya: Najib Poyo ingin memenangi hati dan sanubari anak-anak muda. Najib Poyo ini sedar bahawa suara dan tindakan anak-anak muda ini akan mengubah lanskap dan rupa bentuk politik Malaysia baru. Berjuta-juta ringgit ini hanyalah secawan kopi jika dibandingkan dengan harta negara yang boleh dirembat.

Hari terakhir Najib Poyo

Mari kita lihat latar belakang langkah yang diambil oleh Mat Poyo ini. Umum mengetahui bahawa Najib Poyo ini sedang menghadapi hari-hari akhir. Kumpulan-kumpulan yang menentang Najib dalam United Malay National Organisation bukan sahaja telah berkumpul dalam gelap malah mereka telah mula bersuara secara terbuka.

Kumpulan ini merasa tidak senang dengan pimpinan Najib Poyo ini. Mereka ini terdiri dari Pencari Kontrek, Penjual Kontrek, Orang Tengah Yang Makan Komisen, Kontrek Jungkies – mereka merasakan Najib ini banyak berdolak dalik – kluk klek, kata orang Teranganu. Najib bercakap berbilion bilion tapi tak ada satu sen pun yang masuk ke saku mereka. Ada juga yang merasa diri mereka telah dipinggir. Ada pula yang merasa Najib bukan sahaja menutup karier politik mereka – lebih dari ini – Najib ingin membunuh mereka. Contoh terbaik ialah Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

Di belakang semua ini ialah Ibrahim Ali..opss maaf. Di belakang gerakan anti Najib ini ialah Mahathir Muhamad. Pasti pembaca akan bertanya – saheh ke maklumat ini? Orang yang bertanya ini adalah contoh terbaik orang yang poyo politik. Si Poyo Politik ini tidak memahami jalur dan pemikiran politik terkini. Mereka selalu meraban tak tentu hala dalam pemahaman politik.

Biar saya terangkan di sini: Mahathir melihat bahawa Najib ini tidak memiliki keterampilan pimpinan. Mengikut pandangan Mahathir ini amat bahaya. Bahaya ini akan membawa keruntuhan United Malay National Organisation – gerombolan politik yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada tahun 1988 dahulu. Keruntuhan United Malay National Organsiation ini akan membawa malapetaka yang besar terhadap para kroni dan kaum pemodal yang telah ditelurkan oleh Mahathir.

Buktinya: telah lebih dari tiga kali Mahathir secara terbuka menerangkan kepada umum bahawa ada kekeliruan terhadap dasar 1Malaysia yang dianjurkan oleh Najib Poyo. Kenyataan Mahathir ini kalau kita halusi, jelas satu kenyatan kurang ajar. Ini samalah seperti Najib menolak konsep Wawasan 2020 atau memperlekeh secara terbuka Islam Hadhari.

Yang kita dengar kenyataan Mahathir secara terbuka. Dari Haji Desas bin Lebai Desus kita juga ada mendengar bagaimana dalam perjumpaan tertutup Mahathir telah ‘menibai’ Najib seolah-olah Najib ini panddy kutty.

Jadi, Najib pada ketika ini bukan sahaja nyawa-nyawa ikan, malah sedang dikepung oleh ahli-ahli parti United Malay National Organisation sendiri. Perangkap-perangkap sedang dipasang untuk menjerut leher Najib. Bila-bila masa perangkap ini akan bingkas menjerut Najib.

Raih sokongan pengundi muda

Tok Kipas dan Tok Bodek yang mengelilingi Najib menyedari kebencian orang ramai terhadap si Poyo ini. Najib Poyo melihat anak-anak muda akan dapat menyelamatkan dirinya. Najib Poyo telah diberitahu bahawa ramai pengundi baru – anak-anak muda – kelihatan berkiblat kepada Pakatan Rakyat. Anak-anak muda melihat Pakatan Rakyat sebagai pentabiran yang boleh diyakini. Justeru Najib Poyo memerlukan jenama yang baru. Najib yang poyo mahu dilihat cool oleh pengundi muda.

Maka Najib Poyo atas nasihat Zionis Apco secara berahsia dari Kabinetnya telah merancang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Sila baca sekali lagi. Akan dimansuhkan. Kunci perkataan di sini ialah AKAN. ISA hanya AKAN dimansuhkan jika Najib dapat terus berkuasa.

Kenapa ISA tidak undang-undang lain? Ini kerana menentang ISA adalah trend anak-anak muda yang cool hari ini. Anak-anak muda yang mula mendampingi aktiviti NGO atau politik tidak dapat tidak akan menentang ISA. Menentang ISA adalah langkah yang paling cool.

Muka cool atau penipu?

Najib Poyo mahu anak-anak muda melihat dirinya demokratik. Najib ke pesta futsal. Najib ke konsert rock. Najib ke stesen radio. Niat untuk dilihat cool ini bukan satu kesalahan jenayah tetapi untuk Najib diterima sebagai warga cool adalah mustahil.

Lihat sahaja muka Najib. Apakah muka ini cool atau muka penipu? Dalam budaya cool, gerak dan bahasa badan cukup penting. Najib tidak memiliki gerak badan yang cool. Ini kerana Najib seperti ramai politikus – berperut gendut. Perut gendut ini dihodohkan lagi dengan kepala yang botak.

Najib yang botak adalah imej yang paling tidak cool. Botak bukan anti-cool kerana ahli falsafah yang terunggul di Paris, Michel Foucault juga botak. Micheal Foucault dilihat cool dengan botaknya. Ini kerana Foucault seorang pemikir, maka rambutnya gugur walhal Najib kaki kelentong dan tidak pernah mengeluarkan idea dan pandangan. Jauh sekali menulis sebuah buku. Cool bukan anti yang botak. Yul Brynner juga botak tapi dilihat cool sebagai pemimpin kaum Gipsi. Najib botak kerana dia poyo.

Najib Poyo bekerja keras untuk dilihat cool. Mamat Poyo ini ada facebook, ada tweeter, ada laman – sayangnya Mamat Poyo ini masih lagi dilihat poyo dan skema. Di sini Zionis Apco dan syarikat iklan yang dilanggan Najib kantoi. Meraka boleh berusaha tetapi mereka akan gagal. Kenapa gagal?

Di Malaysia seperti di Paris, London dan Carlifornia pada tahun 60’an dahulu – untuk dilihat cool wajib berambut panjang. Tidak cukup hanya dengan berambut panjang dan menghisap ganja tetapi wajib ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Lihat kota Paris tahun 1968 – ini adalah era yang diangap cool hingga ke hari ini - bukan sahaja di Paris malah di seluruh Eropah. Anak muda dilihat cool jika mereka menentang kerajaan. Anak muda akan dilihat cool jika mereka berdemo di jalan raya.

Najib Poyo sepanjang hidupnya tidak pernah turun ke jalan raya berdemo. Najib Poyo sepanjang hidupnya tidak pernah bertempur dengan FRU. Fakta ini pasti tidak disedari oleh Zionis Apco dan syarikat iklan antarabangsa ini. Mereka berjaya melahirkan imej cool pada Tony Blair kerana Blair memiliki asas untuk dilihat cool - ketika di universiti, Tony Blair berambut panjang, menghisap ganja dan turun berdemo.

Lihat pula Presiden Sarkozy di Peranchis. Sarkozy ini sebenarnya seorang yang poyo tetapi Nicolas Sarkozy ini bijak. Dia merancang masa depan politiknya. Nicolas Sarkozy menceraikan isteri pertamanya untuk memerangkap Carla Bruni – seorang pelakon, penyanyi, model yang berhaluan kiri.

Najib yang poyo juga merancang masa depan politiknya. Najib menceraikan isteri pertamanya dari keluarga bangsawan yang cun, langsing, untuk berkahwin dengan Mak Janda yang gemuk, pendek dan gedebab. Kalau ini bukan Mamat Poyo, maka matahari tidak akan terbit dari sebelah Timur.

SASGERAWAN KAKI BODEEEK

INIKAH DIA MENJANA TRANSFORMASI








KONGRESS BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU KE 8 MULAI JUMAAT INI- meloya

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-8 akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini yang bertemakan Menjana Transformasi dan Persuratan Melayu Menjelang Negara Maju.

Kongres itu merupakan anjuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

...INI KUMPULAN SASGERAWAN PEMBUAT LAWAK BODOH....kah kah kah..

...LIHAT TUJUAN KONGRESS INI....MENJANA TRANSFORMASI... kah kah kah..

... APA ITU TRANSFORMASI.... TAK KAN TAK ADA BAHASA MELAYU.... kah kah kah...

...BINATANG APA TRANSFORMASI INI..... kah kah kah...

.... APA DIA TRANSFORMASI..... kah kah kah...

... SIAPA MENERAN?..... SIAPA MAKAN NASI BASI..... kah kah kah...

nota:
cakap persatuan bahasa melayu
pakailah bahasa melayu
gunakan lah bahasa melayu

bila nak tukar kl sentral
bila nak tukar precint putrajaya
bila nak tukar mykad

bontot itam
belagak macam mat saleh
bila ditanya dalam bahasa inggeris
terus jawab: mi no spik inglis



ANTARA BUMIPUTERA MALAYU ISLAM DENGAN KAPIR MAKAN BABI

STADIUM INI AKAN RUNTUH















STADIUM INI TELAH RUNTUH



AUDIT BERI AMAAN SELENGGARA SEGERRA BUMBUNG STADIUM NASIONAL ELAK RUNTUH - mkini


Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Semakin Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini.

...STADIUM INI BARU SAHAJA DI PERBAIKI.... kah kah kah..

...NAK RUNTUH LAGI..... kah kah kah..

... SIAPA BERANI BERTARUH.... kah kah kah...

..INI MESTI SYARIKAT BUMIPUTERA MELAYU ISLAM YANG BUAT KERJA..... kah kah kah...

...KALAU SYARIKAT CHINA YANG MAKAN BABI... MEREKA BUAT KERJA BETUL.... kah kah kah...

kah kah kah...TENGOK DARI TAHUN 1957.... TAK ADA PUN RUNTUH RANTAH..... kah kah kah..

...BILA SYARIKAT BUMIPUTERA MELAYU ISLAM MASUK....kah kah kah...

...SATU DEMI SATU BANGUNAN PROJEK KERAJAAN RUNTUH....

.... STADIUM DI KUALA TERANGGANU APA CERITA?.... kah kah kah..

...KALAU DI NEGARA KAPIR YANG MAKAN BABI....DAH LAMA KONTREKTOR KENA PENJARA..... kah kah kah...

...NAMPAK BEZA YANG JELAS ANTARA KONTEKTOR BUMIPUTERA MELAYU ISLAM DENGAN YANG KAPIR MAKAN BABI..... kah kah kah...

... PERGI MAMPOOSALAH DENGAN KONTREKTOR BUMIPUTERA MELAYU ISLAM...kah kah kah

...KERJA MEREKA HANYA JUAL PROJEK... JUAL TENDER... kah kah kah...

NOTA:
inilah dia tanda mercu
ketuanan melayu
kah kah kah

kah kah kah..



RAMAI TAPI TAK NAMPAK

HANYA KITA TAK NAMPAK




PAS TIDAK SERTAI HIMPUN

Kelmarin, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut dengan alasan menghormati kehendak penganjur yang menetapkan perhimpunan tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Setakat ini, lebih 3,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan sokongan menjayakan Himpun yang bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam daripada gejala murtad.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan keputusan Pas untuk tidak menyertai Himpun menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP.

....BERITA MELAPORKAN ADA 3000 NGO SOKONG HIMPUN.... kah kah kah..

...KALAU KETUA DAN SETIAUSAHA DATANG DAH ADA 6000 DI PADANG...kah jkah kah..

...KALAU KETUA, SETIAUSAHA DAN BENDAHARI DATANG.... SUDAH ADA 9,000 DI PADANG... kah kah kah..

...KALAU KETUA, SETIAUSAHA, BENDAHARI DAN SEORANG AHLI JAWATANKUASA DATANG... DAH ADA 12,000 DALAM PADANG...kah kah kah..

..KENAPA ADA 4865 ORANG SAHAJA DI PADANG..... jkah kah kah...

...APA SUDAH JADI?..... kah kah kah..

...INI MESTI NGO NGO PENGAMAL ILMU RAIB.... kah kah kah

....INI LAH KERJA GEROMBOLAN DARI DULU SAMPAI KIAMAT..Kah..kah...kah.

.....MENIPU... MENIPU....MENIPU...ORANG MELAYU....kah..kah..kah...


PRESIDEN NGO MELAYU


nota:
jangan play play
kocik memang kocik
tapi koreh
kah kah kah












DARI FACE BOOK BELUT PISANG:

Senaraikan nama-nama NGO yang pro-Umno sebanyak mungkin yang anda tahu atau pernah terbaca dalam Utusan
Persatuan Pembuat Roti Jala Semenanjung (PEROJA)
Jaringan Pemain Guli Bumiputra (JPGB)
Persatuan Pemilik Kereta Volkswagen Beetle Bumiputra (PPKVBB)
Persatuan Seni Silat Pulut Untuk Majlis Perkahwinan (PESESIPUMP)
Gerakan Anti-Liwat (GAL)
Jaringan Bekas-Bekas Ketua Bahagian Umno (JABEKEBAUM)
Persatuan Penternak Burung Puyuh Semenanjung (PERPUYUH).

... MANA LAGI 2993 NGO LAGI...kah kah ah..

...INI BARU TUJUH...kah kah kah