Jumaat, 9 September 2011

Detik kebenaran Bernama

Dengan mengandaikan berita kematian jurugambar BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor di Somalia adalah benar – satu andaian besar perlu diberikan kepada rekod Bernama yang memalukan dalam membuat laporan kurang tepat – ini adalah satu ombak menyedihkan bagi Allahyarham, keluarga dan juga rakannya.

Namun, sekiranya ini adalah satu detik kebenaran yang jarang, ia juga adalah satu pemeriksaan realiti yang bermanfaat bagi mana-mana rakyat Malaysia yang masih naif atau cukup jahil untuk mempercayai longgokan pembohongan dan kepalsuan yang disebarkan secara rutin oleh mesin publisiti Umno / BN.

Apa-apa kebenaran terhadap kematian Faizul telah hancur berkecai disebabkan oleh jenis sampah (dihasilkan) oleh Bernama yang terkenal dalam peranannya sebagai agensi berita baik untuk regim Umno / BN. Jenazah Faizul masih belum sejuk sepenuhnya sebelum majikannya memetik kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang biasanya palsu dan bersifat menjaga diri sendiri dari Perth, Australia bahawa jurukamera tersebut adalah “hero Malaysia sejati yang merangkumi peranan kita untuk membantu di mana-mana jua bantuan diperlukan.”

Bahkan, seberani beliau pun, Faizul bukanlah hero Malaysia tapi hero 1Malaysia; yang mana “badan hancur lebur dan nyawa melayang” seperti yang Najib secara nakal nyatakan menyuruh Umno/BN mesti mempertahankan Putrajaya. Dan ini juga bukan satu misi ikhlas rakyat Malaysia untuk membantu orang-orang derita di Somalia, tapi hanyalah mencari publisiti ‘Kelab Putera 1Malaysia’ yang direka untuk menabur imej tidak bertimbangrasa regim Umno/BN dengan imej kemanusiaan yang palsu.

Malah, lawatan Kelab Putera 1Malaysia ke Mogadishu juga agak mirip alasan “pisioterapi lutut” yang diberikan Najib ketika hilang dari negara pada hari kemerdekaan untuk bercuti di Perth. Tidak dinafikan bahawa beliau sememangnya telah memendekkan percutian misteri beliau, supaya dapat membantu Bernama dalam usahanya untuk damage-control saat ketibaan jenazah jurukamera yang mati di Malaysia.

“Jangan kita main permainan salah-menyalah sekarang, saya rasa ini adalah perkara yang tidak sensitif untuk dilakukan,” kata beliau, sebelum mengeluarkan hujah-hujah yang bertujuan untuk melegakan rejim daripada apa-apa tanggungjawab untuk dalam kematian Faizul yang maut ditembak.


Selepas itu, Najib cuba untuk mencari alasan untuk kegagalan memberikan peralatan keselamatan kepada mangsa dan konvoy yang bersama beliau dengan komen seperti “sekuriti yang diberikan mencukupi”, “jika anda pakai jaket kalis peluru pun tapi tiada jaminan sepenuhnya” dan “banyak senjata di tangan orang tidak professional, dan ada bahaya.”

Najib meludah ke langit dengan kenyataan-kenyataan sedemikian kerana ia hanya mengingatkan ramai antara kita bahawa rakyat Malaysia turut berada dalam keadaan bahawa kerana banyak senjata ada di tangan polis Umno/BN yang tidak professional. Dan kiasan beliau kepada soalan jaket kalis peluru juga menyebabkan ramai yang tertanya berapa banyakkah baju yang boleh dibeli dengan harga salah satu beg Birkin Hermes koleksi isterinya.

Tapi ayat yang mendedahkan penipuan Najib kepada kenyataan bertimbang rasanya untuk mengelakan permainan salah-menyalah dan tidak sensitif terhadap kematian Noramfaizul yang menyedihkan ialah apabila Bernama melaporkan “jenaka” beliau yang menyatakan “wartawan antarabangsa turut terbunuh. Jika anda tidak mahu jadi wartawan, tinggal sahaja di rumah.”

Tuan yang angkuh, hamba yang bodoh

Ketidak-sensitifan kenyataan tersebut, bertambah dengan fakta bahawa Bernama terasa perlunya untuk memetik kata-kata tersebut menzahirkan lagi tentang hubungan “tuan yang angkuh, hamba yang bodoh” ini dalam hubungan antara Putra dan media Umno/BN dan gabungan mereka dalam menghina rakyat Malaysia.

Terdapat juga kekurangan yang jelas kepaduan dalam laporan Bernama dalam kes tembakan tersebut, di mana agensi 'berita' itu memetik Najib sebagai mendakwa bahawa "mereka (konvoi) terkena tembakan rambang yang tidak bertujuan ke arah konvoi mereka", tetapi pada masa yang sama juga memetik apa yang dikatakan saksi yang hanya dikenali sebagai "Halima" sebagai memberitahu New York Times bahawa "satu trak Kesatuan Afrika datang ke hala kereta konvoi tersebut dan memulakan menembak".

Bernama juga memberitahu kita bahawa meskipun sudah menyatakan “tembakan rambang”, Najib tetap berpendirian bahawa Presiden Somalia Sheikg Sharif Sheikh Ahmad telah berjanji untuk menyiasat insiden tersebut dan memberikannya satu laporan lengkap.

Kita hanya boleh berharap laporan penyiasatan Sheikh Ahmad akan mempunyai lebih kredibiliti daripada lagenda keputusan “mati tiba-tiba” atau “bukan dibunuh dan bukan bunuh diri” sebagai punca kematian mangsa-mangsa yang mati di tangan “penguatkuasa undang-undang” regim Umno/BN.

Sementara itu, Bernama juga bekerja lebih masa untuk menjauhkan tuannya Umno/BN daripada sebarang tanggungjawab dengan memetik kata Ketua Misi Somali, Dr Alwai Abdul Rahman yang menafikan bahawa jaket kalis peluru akan dapat menyelamatkan nama Noramfaizal Mohd Nor, kerana “peluru yang digunakan adalah bermutu tinggi.” Gelarlah saya sebagai sinis, tetapi ini semua kelihatan amat seperti cara typical ala-Bernama apolegetik Umno / BN.

Diubah secara total dan ditambah benda-benda yang tidak pernah disebutkan

Seperti juga satu laporan mengenai Menteri Luar Negara Anifah Aman yang dipetik sebagai berkata bahawa Duta Malaysia ke Libya, Zulkifli Yaacob telah berkunjung ke Somalia untuk mengaturkan pelan sekuriti sebelum Kelab Putera 1Malaysia datang mengunjung.

Kalau-kalau anda membayangkan bahawa saya telah sewel dalam mendakwa mendakwa bahawa Bernama mampu merekacipta berita sebelum saya menghurai lanjut, mari kita sama-sama melihat aduan oleh pelajar bahawa beliau dan rakan-rakannya telah disalahpetik dalam satu feel good fantasi baru-baru ini yang bertajuk "Najib speech inspirational, say students in Perth.”

Pelajar tersebut, yang meminta supaya nama beliau dirahsiakan kerana beliau seorang penerima biasiswa kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Bernama telah “mengubah segalanya dan menambah perkara yang tidak pernah dikatakan oleh kami. Dan semua ini dilakukan sebelum ucapan itu dilakukan bukan selepas.”

Pendeknya, seperti yang saya nyatakan bertahun lamanya, sekiranya anda mempercayai Bernama, anda akan percaya pada semua benda. Dan rasa kekesalan terhadap agensi berita ini walaupun pada saat ia sedang mengalami saat kebenaran yang jarang berlaku, seperti dalam kematian Noramfaizul Mohd Nor, ia terus mengabdikan dirinya kepada pembunuhan yang sistematik, sejuk berdarah terhadap kehidupan dan jiwa kewartawanan: iaitu kebenaran.

NAJIB duit takdak... lalu meragut duit rakyat : Cukai 6% Untuk Setiap Pembelian Tambah Nilai...

Cukai 6 Peratus Untuk Setiap Pembelian Tambah Nilai

Cukai Enam Peratus(%) Setiap Topup Dan Permulaan Prabayar/Pek Sim

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.



Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

huh!..nak beli topup sepuluh pun kena sedia rm11 ringgit lah macam ni..adoyai…

Orang Hina Islam tapi JAMIL KHIR nganga saja sambil kata JABATAN dia tak ada kuasa... baik mampos ja dari jadi menteri.


http://mynewshub.my/bm/files/2011/03/Datuk-Seri-Jamil-Khir-Baharom.jpghttp://mynewshub.my/bm/files/2011/03/Datuk-Seri-Jamil-Khir-Baharom.jpghttp://mynewshub.my/bm/files/2011/03/Datuk-Seri-Jamil-Khir-Baharom.jpg

Badan Bukan Kerajaan (NG0) Jingga 13 hari ini mendesak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DatUK Seri Jamil Khir Baharom meletak jawatan dengan segera kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadap laman sesawang yang dilihat telah menghina Agama Islam serta memesong akidah umat Islam dinegara ini dan juga seluruh dunia.

Ketuanya Fariz Musa yang ditemui pada satu sidang media yang diadakan di Kelab Shah Alam Selangor menyatakan kekecewaan terhadap pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang enggan menerima memorandum Jingga 13 dalam isu individu yang menghina Islam di internet semalam.

"Saya berasa amat kesal kerana kehadiran saya di pejabat JAKIM di Putrajaya semalam sewaktu ingin menghantar memorandum bukannya di hadiri oleh Ketua Pengarah mahupun wakil kepada menteri tetapi di hadiri oleh beberapa orang pihak polis.

"Dan yang paling kecewa sekali adalah jawapan JAKIM mengatakan pihaknya tidak mempunyai kuasa dan bukan dibawah bidang kuasanya untuk membuat dakwaan terhadap penulis atau laman sesawang tersebut melainkan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kenapa Jakim tiada kuasa bukankah jabatan ini bertindak untuk menaikkan martabat Agama Islam serta bertindak terhadap sebarang isu yang menghina Islam," jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu bahawa agensi-agensi seperti Jakim mahupun Jais telah mengamalkan sikap pilih kasih atau "double standard" setiap aduan yang dilakukan.

"Jelas timbul sikap pilih kasih dalam urusan di jabatan-jabatan tersebut dan kita lihat mereka lebih tertumpu kepada agenda politik sahaja apatah lagi ia berkaitan dengan Pakatan Rakyat manakala isu yang jelas menghina Islam ini tidak dipandang berat langsung.

"Banyak laporan yang telah dibuat terhadap individu penghina Islam yang mengelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara berikutan tindakan biadapnya menghina, mencaci, mencarut serta cuba memesongkan akidah umat Islam di negara ini melalui laman sosial Facebook, Twitter, Google Plus termasuk laman sesawang yang begitu mudah diakses oleh orang ramai di internet.

"Kami mendapati manusia biadap ini masih bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan berikutan JAKIM tidak memandang serius tentang perkara tersebut," katanya lagi.

Beliau juga mahukan martabat Jakim ini dipulihkan agar ia terus dihormat oleh seluruh rakyat dinegara ini terutamanya yang beragama Islam.

"Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Jamil Khir dapat memulihkan kembali maruah Jakim dan kita lihat selama ini beliau hanyalah bertopengkan Islam dalam setiap urusan tetapi agenda utamanya hanyalah untuk kepentingan politik Umno.

"Selain itu juga, kami tidak akan berdiam dalam isu tersebut dan desakan demi desak akan yterus dilakukan sehinggalah pihak Jakim bertindak terhadap aduan tersebut. Kalau perkara ini masih gagal dilakukan serta kami tidak mendapat maklumbalas terhadap apa yang kami tegaskan disini maka bukan sahaja Jamil Khir perlu letak jawatan malah JAKIM juga perlu ditutup kerana fungsi utamanya dalam memastikan kesucian Agama Islam sudah menjadi agenda yang tidak penting lagi," sambung Fariz lagi.

Tambahnya lagi individu yang menghina Islam itu telah mula memainkan peranannya dalam memesongkan akidah umat Islam dan sasarannya mereka adalah pelajar-pelajar yang masih belum faham secara jelas tentang Islam.

"Individu tersebut telah mula menghantar email secara rambang kepada pelajar-pelajar dan kita lihat sasaran mereka lebih tertumpu kepada mereka yang masih belum faham tentang Islam sepenuhnya dan bagi mereka golongan ini terlalu mudah untuk mereka pengaruhi.

"Jamil Khir dan JAKIM perlu bertindak tegas dan jangan hanya tertumpu kepada isu politik rancangan Umno serta serangan mereka kepada Pakatan Rakyat dan kita lihat seperti apa yang berlaku di Selangor sekarang ini," kata Fariz lagi.

Semalam Jingga 13 seramai 13 orang anggota yang diketuai oleh Fariz Musa telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim dalam aduan individu yang menghina Islam di internet.

Memorandum tersebut telah diterima oleh pihak SKMM manakala Jakim
enggan menerimanya dengan alasan isu tersebut bukan bidang kuasa Jakim.

Swasta IWK: Satu lagi usaha rompak dana awam, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 8 Sept — DAP menganggap rancangan kerajaan mahu menswastakan semula Indah Water Konsortium (IWK) sebagai satu lagi usaha merompak duit pembayar cukai dari Perbendaharaan, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng hari ini.

Lim berkata, syarikat pembetungan nasional itu merupakan entiti swasta sebelum ia diselamatkan oleh kerajaan 11 tahun lalu dan kini, sekali lagi hendak diswastakan dengan satu persoalan bagaimana hutang RM1.5 bilion yang perlu dibayar kepada Kementerian Kewangan akan dilangsaikan.

“Dulu swasta, kemudian dimiliknegarakan dan sekarang hendak diswastakan semula. Apa bezanya?”

“Akhirnya, kedua-dua model telah gagal sebab ia satu perompakan dana awam,” kata Lim (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

Lim juga memberitahu bahawa sebanyak 27 konsesi lebuh raya yang dikeluarkan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga merupakan satu lagi contoh usaha hanya “membantu orang kaya berbanding golongan miskin.”

Pagi tadi The Malaysian Insider membawa laporan bahawa IWK, syarikat pembetungan nasional dijangka akan diswastakan dalam waktu terdekat dan bakal diambil alih oleh sebuah syarikat agensi pelaburan strategik 1MDB.

Kira-kira 11 tahun lalu kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider, konsortium diketuai oleh 1MDB itu turut membabitkan penyertaan Puncak Niaga dan langkah itu dikatakan telah menerima lampu hijau oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Kementerian Kewangan sedang meneliti secara mendalam usaha tersebut ekoran soal kebimbangan dan kebolehlaksanaan bahawa kerajaan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan situasi menyelamatkan syarikat tersebut jika ia gagal sekali lagi.

IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Pada 1994, kerajaan pusat telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara.

Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.

Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.

Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.

Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.

Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.

Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya.

Seorang lagi pemimpin DAP, Liew Chin Tong berkata jika Puncak Niaga berpandangan bahawa ia mempunyai kedudukan kewangan yang baik, “mengapa tidak buka bidaan bebas untuk pengambilalihan? Mengapa melibatkan 1MDB?”

“Ia pengulangan dasar-dasar Mahathirisme,” katanya.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkembangan terbaru ini mencerminkan perjanjian pada 2002 di Selangor, ketika Dr Mahathir masih memegang jawatan perdana menteri – yang menyaksian Puncak Niaga dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor BN berkongsi bisnes bekalan air di negeri itu.

“Puncak Niaga mengambil 70 peratus manakala 30 peratus diberikan kepada negeri, memastian bahawa kerajaan tidak akan membenarkannya gagal,” kata beliau lagi.

Dzulkefy yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor menambah, bukan sesuatu yang rahsia urusan sedemikian akan menyumbangkan dana politik kepada Umno khususnya di Selangor di mana Najib pernah berkata bahawa BN perlu mengambil alih negeri paling kaya itu dalam apa jua cara pun.

Kad prabayar: Perbit bantah Telco letak caj enam peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 September ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim menegaskan, tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya dipetik Bernama Online.

Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar Telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

“Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan Telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

Syarikat konsesi tol kaut keuntungan RM13b

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan mengapa syarikat utama konsesi lebuh raya masih menaikkan kadar tol sedangkan mereka telahpun memperolehi semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan "yang besar".

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yong Khoon Seng, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat, mendedahkan syarikat konsesi yang menguruskan 27 lebuh raya telah meraih sejumlah RM37.7 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM2.1 bilion pampasan daripada kerajaan.

dap on highway concessionaires 080911 showing documentsDengan kos pembinaan berjumlah RM26.4 bilion, ia memberi
keuntungan lebih RM13 bilion kepada syarikat konses, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, Lim ingin tahu mengapa kadar tol terus meningkatkan, sedangkan mereka sudahpun mendapat keuntungan, dengan menyebut Lebuhraya Utara Selatan Projek (Plus) sebagai contoh yang ketara di mana tempoh konsesinya adalah sehingga tahun 2039.

Mengikut Statistik yang disediakan oleh Lim, Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan kos RM5.9 bilion, tetapi ia telah mengutip lebih RM23.5 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM735.2 juta pampasan daripada Kerajaan .

Khabar baru bertiup kencang dalam Umno

Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita. Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian.

Orang yang seterusnya bakal menggantikannya, tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, sama ada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal ditangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Rumah terbuka hari raya Muhyddin perlu diberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya.

Pemilihan UMNO kemudian pilihan raya umum?

Bagi para pemerhati politik, adalah perlu diberi perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MCA Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas tan Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain.

Terdapat juga khabar yang Muhyddin mungkin mengambil alih sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihan raya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka dibawa ke hadapan ke awal tahun hadapan.

Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihan raya umum ke-13. Sesetengah pengkritik berkata peralihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihan raya umum ke-13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO.

"Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MCA dan MIC sudah tiada harapan. Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereke boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis.” Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle.

Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon

Ada ura-ura mengatakan Najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timbalannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini. Inilah yang paling minimum untuk Najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihan raya umum ke-13 diumumkan

Menurut pihak dalaman parti, salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong Najib yang mungkin rasa tidka puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal.

Najib, 58 tahun telah dikritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca daripada rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa Perhimpunan Bersih 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutiannya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican.

Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon, seorang peguam Perancis yang dijadualkan memberi makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan Najib dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai RM7 juta. Najib dituduh mengambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan lalu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta sidang media.

Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat Melayu, Najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walau bagaimanapun, ramai percaya beliau akan berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo daripada Najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihan raya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNo. Saya rasa ianya telah berlaku. Tetapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha ke arah reformasi pemilihan.” Kata Timbalan Presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri

Pada usia 64 tahun, Muhyddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara. Seorang yang berusaha, latarbelakangnya jauh berbeza dengan Najib. Beberapa persoalan berkenaannya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihan raya ke-13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama?

Persoalan-persoalan ini adalah adil terutamanya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM di mata pengundi bukan-Melayu.

Bagaimanapun, memandangkan pengundi Melayu adalah jumlah yang terbesar di negara ini dan dengan bantuan daripada Sabah & Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan berjaya dengan majoriti walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia.

“Sekurang-kurangnya masih ada arahtuju untuk UMNO, yang sekarang tidak wujud lagi di bawah Najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk daripada Najib, dan bagi kaum bukan-Melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana hendak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang, berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luar negara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroninya,” seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle.

Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,
parti dalam keadaan terumbang ambing

Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995.beliau dilantik ke cabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian menteri perdagangan antarabangsa dan industry (2008-2000).

Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNo dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO.

Sebagai menteri pendidikan,Muhyddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sins dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang.

“Selama ini ,semua Perdana Mneteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara.Seperti juga Najib,muhyddin perlu melapur kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti,” kata Jui Meng.

“Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur.parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan.Pesaingan tidak sihat telah menjadi tiak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti.”

CUKAI SUDAH NAIK - BERSEDIA UNTUK TERSEKSA

HARGA BIL TALIPON AKAN DIKENAKAN CUKAI 6% - GASAK SAMPAI TERBARAI

dengan senyap senyap
najib dan rosmah
telah mengenakan cukai
kepada pengunnan talipon bimbit

bagaimana ini dilakukan
walhal masih dalam perbincangan?

inilah dia contohnya
united malay national organisation bekerja untuk menipu rakyat

kita tidak ada pilihan
melaiankan humbankan saje gerombolan ini
ke dalam tong sampah sejarah


HARGA CUKAI TALIPON



Prepaid reloads & sim packs face 6% service tax, effective Sept 15
BERNAMA
Thursday, September 8th, 2011 12:20:00


KUALA LUMPUR: Purchases of prepaid reloads and prepaid starter/SIM packs for all telcos will be charged a six per cent service tax, effective Sept 15.

Prepaid customers would be informed via SMS beginning noon today of this service tax, the Malaysian telco industry said in a joint statement here today.

Customers can also refer to the respective telcos' websites for details or contact the customer service centres if they have further queries.

The telcos said the service tax is a consumption tax and chargeable to the customer, as provided for in the service tax laws.

The Service Tax Act 1975 requires telecommunication companies to levy service tax at the prevailing rate on telecommunication services, including mobile prepaid services.

This is similar to the service tax levied on food and beverage purchases from restaurants and hotels.

Whilst service tax on prepaids is not new, the telcos have been absorbing it for mobile prepaid services since the introduction in 1998.

The move taken is to ensure mobile prepaid services remain competitive compared to the postpaid, given the high prepaid rates for calls and SMS at its onset.

With prepaid rates progressively reduced over the years, it is currently offered at very competitive rates.

"With the six per cent service tax on prepaid services, a customer who purchases a RM10 prepaid reload will need to pay RM10.60, with the 60 sen being the service tax," the statement said.

Telcos to charge 6% service tax on prepaid purchases from Sept 15
Posted on 8 September 2011 - 01:41pm
Last updated on 8 September 2011 - 03:02pm

PETALING JAYA (Sept 8, 2011): All telco providers will start charging the 6% service tax for purchases of prepaid reloads and prepaid starter/SIM packs on Sept 15.

Telco providers announced in a joint statement today that prepaid customers will be informed via SMS beginning noon today of the charging of this service tax.

With the charging of the 6% service tax on prepaid services, a customer who purchases a RM10 prepaid reload will need to pay RM10.60, the 60 sen being the service tax.

Customers can refer to the respective telcos’ websites or contact the customer service centres for details.

Since its introduction in 1998, the service tax on mobile prepaid services has been absorbed by the telcos to ensure mobile prepaid services remain competitive compared with postpaid given the high prepaid rates for calls and SMS at its onset.

Since then, prepaid rates have been progressively reduced and mobile prepaid services are currently offered at very competitive rates.

...MEDIA MELAYU TAK LAPOR...kah kah jkah...

...TAKUT MAK CIK FELDA MARAH.... kah kah kah...

...BILA MAK CIK FELDA MARAH... GEROMBOLAN AKAN RUNTUH... kah kah kah


MENGANGKAT SENJATA MELAWAN BRITISH

MATI DI GANTUNG INGGERIS























DATO MAHARAJA LELA PANDAK LAM


Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

PEJUANG BANGSA
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 diMatang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

TOK JANGGUT

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.

Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-

1. Penentangan langsung terhadap pentadbiran British

2. Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda

3. Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar

4. Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan

5. Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu denganJerman dan Austria[1]

KEJAYAAN BESAR SPRM TAHUN INI

KES INI TAK AMBIL POT





ANGGOTA KASTAM MENGAKU TIDAK BERSALAH
– berita hairan

ALOR SETAR: Seorang Pembantu Penguasa Kastam yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua pertuduhan membabitkan rasuah tahun lalu.

Lee Kuang Guan, 52, yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Jeti Kuah, Langkawi, dituduh meminta suapan RM440 daripada A Sinappayen sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Sinappayen kerana membawa keluar arak tanpa dikenakan bayaran cukai, melalui panggilan telefon pada 10.10 pagi, 26 Mac 2010.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, Lee dituduh menerima suapan sebanyak RM440 daripada Sinappayen untuk tujuan sama pada hari sama jam 2.30 petang di tandas lelaki balai berlepas Jeti Kuah, Langkawi.

Untuk pertuduhan kedua itu juga, Lee dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (a) akta sama, dan jika sabit kesalahan boleh juga dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar, menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh sebelum hakim Mohd Rosli Osman menetapkan dia dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Rosli menetapkan 11 Okto9ber sebagai tarikh untuk serahan dokumen. - TIEWNAMA

... TAHNIAH SPRM..... kah kah kah..

...SYABASH SPRM.... kah kah kah...

... HEBAT SPRM KITA INI.... kah kah kah....

...TANGKAPAN PALING HEBAT TAHUN INI..... kah kah kah...

... JATUH KAN HUKUM GANTUNG PADA PERASUAH INI.... kah kah kah...

...ORANG RAMAI PERASUAH INI DIJADIKAN CONTOH... kah kah kah

..... PERASUAH JENIS AMAT AMAT DIPERLUKAN.... kah kah kah...

...UNTUK DIJADIKAN BERITA DIMEDIA.... kah kah kah...

...INI LAH BUKTI BAHAWA SPRM TELAH BERJAYA...kah kah kah...

NOTA:
kalau boleh sisat kastam ini
siasat sampai mati
kah kah kah



MEMANG SUSAH JADI MELAYU

BELUM PAKAI MOBILE PHONE






MAIS SAHKAN KHALID SAMAD TIADA TAULIAH - meloya

SHAH ALAM 8 Sept. - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak mempunyai tauliah mengajar ataupun memberi ceramah agama di masjid dan surau seluruh negeri Selangor.

Sehubungan itu, Pengerusi MAIS, Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil Khalid untuk memberi keterangan terhadap siasatan berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang bulan lepas adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"YB Khalid Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Adzib berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 23 Jun lepas yang menolak rayuan Khalid berhubung penarikan tauliah beliau dibuat selaras dengan perkenan Sultan Selangor untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik di masjid dan surau di Selangor.

Beliau turut mengingatkan nazir masjid dan pengerusi surau di Selangor agar tidak menjemput mana-mana ahli politik untuk memberikan ceramah, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali yang mempunyai tauliah MAIS yang masih berkuat kuasa. – Tiewnama

NOTA:
pekara yang paling susah di malaysia ini ialah menjadi melayu
jaga-jaga - kalau jadi melayu
tiap hari kena tipu

pekara yang paling susah di malaysia ini ialah jadi islam
islam meminta penganutnya untuk melakukan kebaikan
islam meminta penganutnya membuat kebajikan
tapi di malaysia ini
nak buat baik perlu tauliah
nak buat kebajikan perlu tauliah
nak memberi penerangan perlu tauliah

satu nak tanya
orang yang beri tauliah ini
ada number talipon bimbit tuhan ke?
selalu online dengan tuhan?


MANA LEBIH BAHAYA - ROGOL AMAH ATAU BERBALAH!

ELLO - YOU BUNTING KE?




RAIS BIDAS PEMBANGKANG GEMAR PERBALAHAN RAKYAT - meloya

Rais Yatim hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang lebih cenderung mengadakan program yang membawa kepada perbalahan di kalangan rakyat.

"Banyak program pembangkang kini membawa kepada musibah perbalahan. Malah ia membawa kepada perbalahan besar di kalangan rakyat di negara ini.

Pembangkang seharusnya menganjurkan program yang boleh menggalakkan unsur perpaduan di kalangan semua kaum di negara ini sejajar dengan sambutan hari raya Aidilfitri dan kemerdekaan negara dan bukannya mengadakan program yang menjurus kepada perbalahan antara rakyat,” katanya

NOTA:
hanya satu soalan
mana lebih baik buat program yang berbalah
dari merogol amah

hanya satu lagi soalan
mana lebih baik buat program yang berbalah
dari cakap cakap yang astro harga mahal
rupa rupanya anak malaon ini dapat lesen stesen tv

hanya satu soalan
budak kelantan yang dapat kamera itu
betul ke dah bunting?



Ahad, 4 September 2011

Datuk T angkat Sumpah pon pakai Baju Kalis Peluru..nie pie sampai Somalia haram tak disediakan pun.

Jurukamera TV3 Agi Saregar (tengah) menunjukkan kecederaan yang dialaminya, selepas tiba di KLIA pagi tadi.

Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia mendedahkan wakil media tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.

Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September, terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang ini.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang dipercayai kumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.

Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya.

Scorpene-Altantuya: Pendedahan berani dari London bulan ini

Barisan peguam dari Perancis yang menyiasat sama ada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan memberi laporan terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan September ini.

Walau bagaimanapun, masih kurang jelas sama ada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadiri majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan-kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel.

Seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.

Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham mungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangkakan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.

Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.

“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab-musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini." kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Langit politik runtuh

Musuh-musuh politik Najib menunggu saatnya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah di hadapan Al-Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.

Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua-dua Najib dan Razak Baginda. Wanita itu dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, dan dua orang bekas pengawal peribadi Najib telah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk berbuat demikian.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks menyifatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah. Rakyat Malaysia sendiri percaya kedua-dua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diterima daripada DCN.

Kedua–dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah ditipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN. Dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara Razak Bginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan perjalanan yang dibuat oleh Altantuya, Razak Baginda dan lelaki misteri ketiga untuk menjalankan urusan perniagaan DCN.

Keadaan menjadi kabur di Malaysia

Bourdon yang diusir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai, dijadualkan untuk memberi kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’. Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.

Ini adalah satu kerajaan, walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri. Pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru. Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang dibunuh oleh pengawal peribadi PM - disiarkan dalam Washington Post. Hal ini menambahkan tandatanya kepada masyarakat.

"Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini? Adakah Najib ini sebenar-benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau?" Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

Kementerian Pertahanan Malaysia membeli dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002. Najib, Menteri Pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal-kapal tersebut. Sehingga kini, masyarakat mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .

Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juta selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan Razak Baginda, yang juga bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.

Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan

Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatik juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir dilokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersebut tidak menyatakan bahawa beliau bersih daripada sebarang pembabitan dan melaporkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undang dan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasama kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini, Suaram telah menganjurkan tiga majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman, jamuan makan malam di London ialah majlis yang keempat. Bagaimanapun, menurut Cynthis, badan bukan-kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.

KM yang amat-amat Umno tak suka...

Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara sememangnya menepati namanya. Kali pertama saya ke Pulau Pinang pada tahun 1980, masih ingat lagi kali pertama naik feri untuk menyaksikan keindahan pulau.

Sayangnya, masa itu, ianya indah khabar dari rupa. Kekotoran dan kesesakan lalulintas. Selepas itu saya sudah banyak kali pergi ke pulau ini dan tidak banyak yang berubah.

Semenjak tahun 2010, saya lebih kerap ke Pulau Pinang atas urusan kerja dan juga cuti. Boleh dikatakan sebulan dua kali. Sewaktu sambutan Tahun Baru 2011 pun saya ada di Padang Kota.

Ada sesuatu yang telah berubah di pulau yang saya sukai ini.


Kenapa saya memilih pulau ini sebagai destinasi cuti saya?


Hari ini, kebersihan yang amat ketara dan sistem pengangkutan yang terurus. Tapi kalau saya nak kata itu yang terbaik, tidaklah sampai begitu.


Tetapi memang nampak perbezaan yang ketara. Ini yang membuat saya terfikir bagaimana perubahan ini boleh berlaku.


Pada kunjungan saya yang lepas pada bulan April, saya mengambil kesempatan untuk bertanya warga Pulau Pinang tentang perubahan ini. Dari pemandu teksi, penjual cendol, peniaga warung nasi kandar, peniaga kecil, semuanya saya tanya mereka.


Rata-rata yang saya berbual, semua memberi saya jawapan yang lebih kurang sama saja – pentadbiran yang bermutu tinggi di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sama pandang dan sama arah.. !
Tetapi saya masih tidak puas hati, kerana bagaimana dalam masa yang singkat boleh ada perubahan yang begitu drastik.

Jadi saya berbual-bual politik pula dengan orang ramai. Satu perbualan yang saya nak highlight di sini ialah dengan seorang ahli parti pembangkang (di Pulau Pinang, siapa yang menjadi pembangkang, fikir sendirilah).

Menurut beliau, walau pun dia penyokong kuat parti yang beliau wakili, dia sangat hormat dengan cara pentadbiran sekarang.

Jadi saya pun cuba provoke beliau dengan isu-isu tetapi tidak berjaya kerana dia sangat teguh dengan pendiriannya, iaitu tetap bersama partinya tetapi memuji kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, walau apa orang lain cakap tentang DAP atau Lim Guan Eng, beliau sendiri telah nampak dan alami perbezaan pentadbiran masa sekarang berbanding masa lalu.

Bagi saya, apa yang saya baca dan lihat sendiri di Pulau Pinang, memang layak untuk dipuji pimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Harapan saya kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri, teruskan usaha untuk membina sebuah negeri yang maju dan berdaya saing.

Dan kepada yang masih tak faham dan menuduh DAP adalah parti untuk kaum Cina, saya nasihatkan mereka ini supaya banyakkan membaca kerana Pengerusi DAP bukan orang Cina tetapi orang Punjabi. Itulah Karpal Singh.

Karpal juga orang Pulau Pinang dan dia sekarang adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Dan DAP ialah parti politik untuk RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa atau agama.

Untuk pengetahuan semua, saya bukan ahli mana-mana parti politik di Malaysia. Saya hanya ingin melihat negara kita maju, aman damai tanpa permusuhan antara kaum atau agama. Dan semua orang sama-sama mendapat faedah.