Ahad, 4 September 2011

ANAK MUDA BANGUN DAN LAWAN



PAS DIGESA NYATA PENDIRIAN SEBENAR ISU MAT SABU
- mStar

Awang Adek Hussin pada Sabtu menggesa kepimpinan Pas menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengecilkan pergorbanan pejuang kemerdekaan dalam tragedi Bukit Kepong, 61 tahun lepas.


Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.


Awang Adek berkata, Mohamad seharusnya mempamerkan sikap seorang pemimpin tertinggi sebuah parti yang menegakkan agama Islam dengan tidak menyokong fahaman komunis yang sudah pupus dan ketinggalan zaman.


"Malahan fahaman itu ditolak oleh mana-mana agama sekalipun, ditolak oleh dunia sejak 40 tahun lepas dan zaman komunis sudah berlalu seperti Soviet Union yang hapus dan tidak diterima masyarakat dunia umumnya," katanya.


Awang Adek yang turut merasa hairan dengan tindakan Mohamad itu berkata sehubungan itu rakyat harus bijak menilai perilaku sebenar pemimpin parti itu yang sentiasa mencari 'kerenah' untuk mengelirukan rakyat.


.. NAK NYATAKAN MACAM MANA LAGI?.... kah kah kah...

...
TAK KAN TAK FAHAM FAHAM....kah kah kah...

...
PAS SOKONG PERJUANGAN MAT INDERA HALAU BRITISH... kah kah kah...

...
PAS SOKONG PERJUANGAN MAT SABU ...kah kah kaj..

...
MAT SABU BOCORKAN TEMBELANG GEROMBOLAN.... kah kah kah...

...
RUMAH PASONG BUKIT KEPONG ..DI KEPALAI OLEH MAT SALEH...kah kah kah..

..
.23 FEBUARI 1950...TANAH MELAYU MASIH LAGI DIBAWAH TELUNJUK BRITISH...kah kah kah



UNTUK ANAK ANAK MUDA

DUNIA INI AKHIRNYA ADALAH MILIK ANAK MUDA



ketahui dirimu
ketahui musuh mu
seratus pertempuran
seratus kemenangan


SATRIA BANGSA




ketahui asal mu
ketahui usul mu
tegak berdiri
tidak dihambakan

bangsa yang tidak mengenal sejarah
bangsa yang tak tahu dari mana mereka datang
bangsa ini tidak akan tahu kemana mereka akan pergi
bangsa berjiwa hamba
bangsa yang sesat dalam sejarahnya sendiri
inilah bangsa sesat lagi menyesatkan

anak anak muda lihat wajah wajah ini
anak anak muda buka hati mu
anak anak muda buka kembali buku sejarah
anak anak muda layari laman laman web

anak anak muda
jangan jadi anak muda yang malas membaca
anak anak muda jangan bersetuju untuk jadi tua
anak anak muda jangan hanya suka mendengar
tapi
malas membaca dan mengkaji

anak anak muda
lakukan apa saja yang muda

anak anak muda jangan
bersedia untuk dilebaikan

anak anak muda jangan
bersedia untuk diskemakan

anak anak muda
dunia ini akhirnya milik kamu!

SOKONGAN DATANG MENCURAH-CURAH UNTUK GERILA PEMBEBASAN

NOTA:


lihat dan saksikan
wajah wajah pejuang bangsa
yang menetang penjajah
ada yang angkat senjata
ada yang mati dalam penjara
ada yang di buang negara



MEREKA BANGUN MELAWAN BUKAN MEMBODEK ATAU BERUNDING DENGAN BRITISH







SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA


terima kasih pada perwakilan yg sokong mat sabu jadi timbalan presiden pas. pilihan yg bijak.

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 8/31/11

Aku dilahirkan 2 tahun selepas tragedi Bukit Kepong. Apapun, dlm proses aku membesar hingga mula bersekolah, aku masih ingat pejabat2 kerajaan masih diterajui oleh pegawai2 'mat saleh'...seluar puteh pendek paras lutut dan berstokin puteh panjang paras lutut dan kasut kulit. Isham, izinkan aku bawa artikel ini ke blog aku.

By Anonymous on MALAPETA 31 OGOS on 8/28/11

Terima kasih baginda Queen kerana menghadiah kemerdekaan kepada kami. Selamat hari merdeka Malaysia!

By DX on KENYATAAN RESMI PSM on 9/1/11

assajamualaikum tt,alhamdulillah tulisan yang berani,biar anak2 bangsa malaysia sedar sejarah sebenar,merdeka minda serta berani bersuara,merdekakan minda generasi muda ini biar berani,lari bukan takut tapi megatur stratigi untuk meyerang barua2 british(melayu2 umno)hingga ke akhir hayat,maraaa...!tt

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. "Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak".. ayat ini antara paling lawak pernah aku baca... dah la nama pun melayu.. mestilah lemau...

By Anonymous on MAT INDERA ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH on 9/2/11



aku nak tahu 1 je, kenapa tiap kali merdeka tak penah pun kerajaan mainkan balik pita2 rakaman upacara merdeka kek stadium merdeka tu...nak yo tau apo yg diucapkan dek tunku & org2 inggeris tu....

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/2/11

Orang tua aku kerja tukang kebun dizaman orang puteh memerentah MALAYA, aku masih ingat cerita orang tua aku mengatakan bahawa dalam rumah orang puteh itu sajikan arak brandy kepada pemimpin melayu dan raja gopal yang berkunjung rumah orang putih penjajah itu,kesimpulanya MALAYA di peritah oleh orang yang melayu mabok arak, taraf MABOK dikatakan standard dan orang tidak mabok tidak standard dan kasta rendah dan cukup hina pada masa itu. siapakah pemimpin Melayu itu..

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/2/11

Ader yang komen mat indera tak der agama..so what kalau dia tak caya agama??? patut dibunuh kah?? Pakai otak sikit brader...semua manuasia ader akal, ader hak untuk percaya aper yang dia nak..kalau Mat Indera tak caya agama itu hak dia..

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

apa kata kita usahakan satu bentuk dana khas mengklik 20 kali sehari untuk perjuangan mat sabu dan tt.. demi membungkus sejarah umno sebagaimana zulqarnain mengambus lubang juj majuj beribu2 tahun lamanya.. hidup mat sabu.. hidup tt.. payahnya menjadi manusia melayu.. nak pachucheng pun semakin susah..

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

salam, cita pasal komunis ni, siapa yg pernah tengok filem PALOH (2003) arahan adman salleh? faham isi cerita ni? tahukan anda apakah watak sebenar (background) utk watak yg dibawa oleh samad salleh? atau, watak fatimah oleh ellie suriaty. pasal apa ending cerita ada babak watak samad salleh bermain gambus dengan ceria dalam hutan dan dikelilingi oleh geng2 baju hijau lain? serta pengikut-pengikut watak samad salleh digambarkan org baik2 dan warak walau duduk dalam hutan... anda harus buka minda dan tafsir filem ini. tt boleh tolong kot ulas beberapa babak dlm filem ini? aku tahulah sikit-sikit tapi taklah detail. syabas adman salleh! f.e.d sg. buloh

By Anonym

ous MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11

Jadi dalam masa itu Inggeris dan melayu umno tali barut menghadapi tekanan komunis dan perjuang Islam. Jadi tidak hairan dalam masa itu ada perjuang Islam akan mengambil langkah bersama dengan komunis untuk menghalau Inggeris. Sama juga komunis bersama dengan British lawan Jepun.... di http://nanbinjai.blogspot.com/

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11



Respect to your coment bro. hisham. tapi satu saja gua tak puas hati..lu punya nama laaa!..gua benci sama itu hishamuddin @ Mat Tuak!..boleh lu tukar nama glamour sikit!..

By Nam Ron on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11


bro tt, cerita kau ni mmg menarik terutama pada yang benci sgt pada BN n UMNO n nak kerajaan baru..juga yang buta sejarah..bila dengar yang sensasi dari tt..terlompat2 seronok berok penyokong tegar tt. tak salah kita cuba menceritakan jika ada fakta benar tapi yg membezakan adalah cara fakta itu dianalisakan. Bila nak hentam BN, semestinya kau kau tt crita dan ksi bakar sentimen pada penyokong2. Kan gitu TT? PERSOALANNYA...APAKAH MATLAMAT MAT SABU N TT TENTANG MAT INDERA DAN KOMUNIS NI? NAK TUKAR SEMUA SEJARAH MALAYSIA SEBAB RASA KEBENCIAN ATAU NAK DIDIK RAKYAT DIATAS FAKTA SEJARAH YANG SEBENAR? ATAU NAK CERITA PADA SEMUA SIAPA SEBENARNYA PEJUANG NEGARA?




Kita dijajah selama 446 tahun (1511 hingga 1957) oleh portugis, belanda, inggeris, jepun dan kembali inggeris). Kalau lihat sejarah di semua negara nusantara, ketika penjajahan asing ada rakyat yang menentang terang2an dan ada yang bekerja erat dgn penjajah. Adakah inggeris pernah menghalang pengamalan agama Islam dan sistempemerintahan beraja di tanah melayu sejak 1824? saya tak pasti dan TT perlu cari bukti. Ada negara2 nusantara yang bangkit menentang penjajah dengan bersenjata (filipina, vietnam, indonesia)kerana penjajah dikatakan kejam dan tidak mempedulikan nasib anak bangsa yang dijajah selain dari mengaut keuntungan hasil bumi. Ada juga yang berkerjasama dan belajar dari sistem penjajah sehingga mampu mentadbir negara sendiri walaupun masih merangkak(malaysia, brunei, kemboja).


Samada mereka mendapat kemerdekaan secara mendesak dan menentang bermati2an atau secara rundingan berperingkat2, MATLAMAT nya adalah sama...MENTADBIR NEGARA SENDIRI OLEH ANAK WATAN. Adakah semua anak watan yang bekerja dengan penjajah dari 1511 hingga 1957 di kategorikan sebagai pengkhianat bangsa atau tali barut penjajah? Adakah Raja2 dan pembesar2 Melayu juga termasuk didalam kategori ini?




TT perlu menampilkan hujah berdasarkan fakta rasional supaya tidak hanya malabelkan Mat Indera yang menyokong komunis sebagai wira negara ketika membunuh 25 sc dan keluarga di Bukit Kepong. Untuk menukar buku sejarah kita bukan menjadi masalah walau di ubah 100% seperti mengubah INTERLOK, tetapi apakah MATLAMAT UTAMA kita berbuat demikian? Ramai diantara datuk nenek kita yang bekerja dengan penjajah inggeris di dalam segenap sektor sejak tahun 1824 hingga merdeka (tak mustahil keturunan isham pun ada) tapi adakah kita boleh labelkan mereka semua ini tanpa mengira ugama dan keturunan sebagai pengkhianat dan tali barut penjajah yang darah mereka halal untuk ditumpahkan dan dibunuh dengan apa cara sekalipun? Fikirkan semua. MENGAPA SEKARANG BARU MAT SABU NAK CERITAKAN BAHAWA SELAMA INI TENTERA DAN POLIS KITA MEMBUAT KERJA YANG SIA2 MENENTANG KOMUNIS HINGGA MENGORBANKAN BERIBU2 NYAWA?


HISHAMUDIN RAIS..mohon penjelasan. t.kasih kerana berani menyiarkan catatan saya. RANJAU UTARA.

By Anonymous on JANGAN MAKAN HASIL LENDIR CHINA DOLL on 8/31/11

salam aidil fitri, bahasa yang digunakan untuk penjelasan corak pemerentahan sesuatu negara seperi komunis, demokrasi, sosialis, kapitalis adalah ungkapan yang kompleks dan perlu difahami oleh semua rakyat yang merdeka. Perbahasan atau perbincangan dan sikap yang kurang membaca menyebabkan kita mudah bercakap mengikut emosi. Intrepretasi yang berlainan mengikut fahaman masing-masing adalah sesuatu yang baik tapi perlu lebih ilmiah. salam zam ipoh

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 8/31/11



nasib milayoo kena tipu, suka kena tipu dan bangga sebab kena tipu. hari ini ada penipuan paling besar: meladenai sistem ekonomi dimana melayoo terus jadi barua kepada bapak-bapak barua sbg kuli batak. sistem ini jangan ada milayoo yg cuba berevolusi utk memandai-mandai jadi bijak dan wira menentang mereka atau akan mereka ditekan , digantung, dihina sbg pengkhianat kpd bangsa. jika boleh biar milayoo ini terus jadi bodoh. malangnya milayoo sanggup jadi species yg hina tanpa evolusi, tanpa persaingan melainkan dipilih diantara mereka saja. dalam hal agama pun begitu, lagi jumud lagi baik, melalak la sbg org sakit jiwa di mesjid janji duduk diam-diam. apa marx kata: a supersructure erected to disguise and promote economic interests. di sini mufti dan ulama dijadikan barua utk menakut-nakutkan agar terus akur dan biol. freud kata manifestasi biol ini tidak akan mengangkat martabat manusia jadi mulia. sebolehnya jgn dibiarkan bangsa ini banyak menanya, menggorek kebenaran.


itu sebab kita dapati bangsa ini mempunyai agama yg mereka sendiri tidak berapa reti apa bendanya yg mereka percaya. maka sosok yg maha mulia diikonkan utk menegah mereka utk milayoo jadi cerdik, positif dan berani----macam lu la tt! ya, siapa berani kata mata-mata barua inggeris. siapa berani kata maharaja lele, tok janggut, mat indera itu wira bangsa? tapi tt berani sebut rajagopal je kah kah kah. geng, jika mau benar-benar merdeka jadilah mat sabu walau kalah dalam perjuangan.


MEREKA MELAWAN BUKAN MEMBODEK ATAU BERUNDING DENGAN BRITISH



setakat berani baring bawah tayar rajagopal ape mendenya!!!! setengah abad kena tipu, siapa boleh percaya? patutlah temasik boleh digadai macam kuih badak berendam kah kah..lu orang nasib baik sebab tak kebulur je. itupun hasil kuah barua dan cukong! balik-balik kominis, balik-balik dap, balik-balik sodomi, sah biol! macam anjing kurap jalanan melalak kat hantu, kena sergah, kena baling sisa tulang. lepas posa ni jika biol gak, pi lanchoww laa!

By Anonymous on MALAPETA 31 OGOS on 8/29/11

Isham wrote this...Kalau diteliti watak Jins Setan ni dalam cerita Sarjan Hassan lakonan P.Ramlee....begitulah kehidupan Jins dari kecik sampailah sekarang udah nak mampus. Cari makan,jadi barua,menipu.... Dipanggil oleh ketua polis negara ketika itu untuk membuat cerita bukit kepong...skrip,lakon layar,pegarah,dll dialah yang buat.


Duit entah berapa juta ditanggung oleh sebuah bank tempatan dan satu lagi organisasi buat modal cerita bukit kepong.Dengan bangga diri berkata modal ketika itu amat besar,tak pernah filem tempatan menelan belanja begitu besar....maka terhasillah cerita bukit kepong versi barua British.. i just have 1 question to HISHAMUDIN RAIS.....what's so good about you till you can condemn anybody in the name of your version of demokrasi? i dont know Tan Sri Jins in person but im very sure he is much much more sincere and credidible person compare ti you HISHAMUDIN RAIS. Berdebatlah secara ilmiah dan bukan hentam apa saja yang ada bunyi BN atau kerajaan.


I will salute you if you become minister 1 day but not my loyalty. You have to proof that you are worth a single sweat of voters and stop talking rubbish. Dont lie about true history and dont dare to say that our heroes sacifice is nothing compare to PKM n Chin Peng. Be careful of your words HISHAM...

By Anonymous on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 8/31/11


SAHEH 31 OGOS HARI MALAPETAKA - SATU LAGI BUKTI

RASHID MAIDIN SATRIA NEGARA




PM BERCUTI DI LUAR NEGARA PADA HRI KEBANGSAAN?
- mkini

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.


Kali terakhir, Najib dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Dia hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.



...
INI SATU LAGI BUKTI BAHAWA 31 OGOS ITU BUKAN HARI YANG PENTING...kah kah kah..

...
SAHEH 31 OGOS BUKAN HARI BERSEJARAH .... kah kah kah...

...
MAK CIK FELDA SENANG DITIPU DENGAN UCAPAN HARI RAYA YANG TELAH DIRAKAM AWAL.... kah kah kah..

..
.SAHEH .... 31 OGOS HARI MALAPETAKA..... kah kah kah...

NOTA:

gerombolan tak berani menimbulkan kebangsaan
gerombolan tak berani timbulkan bendera malaysia
hanya berani timbulkan bukit kepong
tapi kantoi

serangan rumah pasong bukit kepong pada 23 febuarari 1950
yang diserang oleh geril;a pembebasan rakyat malaya
ialah soldadu upahan british
yang berpayung di bawah union jack
yang bangun menyanyi good save the queen
kah kah kah


NOTA:

anak anak muda
sila reka bendara baru

anak anak muda
sila ilhamkan lagu kebangsaan baru

dunia ini akhirnya milik anak muda!


KOMPAS TIDAK PERNAH MINTA MAAF

INI DARI AKHBAR KOMPAS



PERMOHONAN MAAF KOMPAS BELUM SELESAI – harakah daily

Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.

Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.

Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan “mafia Rusia”.

NOTA:
laporan kompas minta maaf ini
hanya keluar di media malaysia
punca berita ini ialah tiewnama

kompas belum ada lagi membuat
kenyataan minta maaf

NOTA:
macam macam cara dilakukan untuk
menipu orang melayau kah kah kah

Tiada ulasan: