Ahad, 25 Mac 2012

Kes Altantuya: Rakyat mahu jawapan

Selepas beberapa tahun menunggu keputusan adil berkaitan pembunuhan rakyak Mongolia di Malaysia, keadilan yang diputuskan oleh mahkamah di Malaysia masih tidak dapat diterima orang ramai. Rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terkejut dengan keputusannya.

Kita tinggalkan seketika lunas undang-undang, mari kita lihat apa yang rakyat masih tertanya-tanya selama ini dan tiada jawapan daripada institusi dan pihak berkuasa-termasuk pucuk pimpinan negara.

.Soalan-soalan cepu emas adalah:

1. Rekod imigresen: Siapa yang arahkan rekod masuk dan keluar Altantuya dipadamkan? Siapa yang berada di situ sebelum rekod dipadam daripada sistem dan kenapa? Apkah motif di sebaliknya?

2. Bahan letupan C4: Siapa yang benarkan bahan letupan tentera yang dikawal ketat dengan SOP? Siapa yang arahkan pengeluaran tersebut? Apa motif di sebalik pengunaan letupan pemusnah dan tidak senjata lain?

3. Para pembunuh: Siapa yang beri arahan untuk laksanakan jenayah kejam yang membuatkan mangsa hancur sama sekali? Adakah motif di sebaliknya ialah untuk menghapuskan sama sekali sebarang kesan dan menggagalkan penyiasatan forensik yang boleh mendapat maklumat terperinci bahawa mangsa mengandung dan jika benar DNA dan ciri genetik?

4. Pesanan ringkas melalui teks kepada Razak Baginda daripada PM: Kenapa PM tidak disiasat untuk mencari motif dan implikasi pesanan teks ringkas PM kepada Razak? Kenapa tiada inisiatif untuk pemeriksaan terperinci mahkamah untuk mencari motif PM dan/atau melepaskan beliau daripada dakwaan tak berasas?

5. Berdiam diri: Kenapa kerajaan terutamanya pimpinan tertinggi tidak mengambil berat kes ini dan tiada usaha untuk menjawab 4 persoalan yang membelenggu bukan saja rakyat Malaysia tapi masyarakat antarabangsa juga? Kenapa berdiam diri dan mengabaikan isu bila kes ini melibatkan rakyat dari dua buah negara dan ada kepentingan global?

6. Keselamatan negara:
Cara seorang wanita yang keseorangan, lemah dan tidak bersenjata dihapuskan menimbulkan tandatanya. Rakyat mahu tahu adakah terdapat ancaman kepada keselamtan umum, negara atau harta benda? Adakah beliau seorang pelampau yang berupaya menimbulkan peristiwa seperti 9/11 yang mana memerlukan tindakan dihapuskan dengan segera dan cepat? Apa motif untuk strategi yang diambil untuk menghapuskan seorang ibu dan juga anak yang bernama Altantuya?

Kesan utama pada PRU 13

Kerajaan BN tidak boleh terus berlakon dan mengabaikan 5 persoalan di atas lagi. Jika BN terus mengabaikan daripada menjawab persoalan ini, ia akan memberi kesan bukan saja kepada imej dan reputasi global negara tapi lebih penting, ia memberi kesan kepada masa depan pemerintahan BN .

Berhati-hati juga kepada sejarah masa akan datang

Sama ada pimpinan BN percaya atau tidak, kes pembunuhan kejam ini akan memberi kesan mendalam pada PRU-13 nanti. Apa jua starategi pilihan raya yang bakal dibuat dan laksanakan, mereka harus ingat satu fakta menyakitkan: keadaan yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia itu dan cara kes itu dilengah-lengahkan di mahkamah menjadikan kes tersebut perhatian antarabangsa dan menyayat hati jutaan rakyat yang prihatin dan percaya kepada kuasa Tuhan, dari dalam dan luar negara.

Rosmah patut dibabitkan, Najib perlu letak jawatan sementara siasatan berjalan

Maka, cara terbaik bagi PM sendiri menanganinya ialah mengarahkan penyiasatan terperinci tanpa ada sesiapa yang dilindungi.

Tetapi kerana nama beliau dan isterinya terbabit, maka adalah lebih baik jika beliau mengundur diri sementara sehingga kes ini selesai dan terbukti beliau tidak terlibat.

Demi kebaikan parti BN, Raja Berperlembagaan dan Istana Keadilan, imej dan reputasi negara, untuk kebaikan semua dan pertimbangan semua, pembunuhan Altantuya perlu ditangani tanpa pilih kasih dan rasa takut.

Kebenaran yang hakiki: Sesiapa yang bersalah kerana terlibat dan sesiapa yang enggan mendedahkan dalang sebenar patut berasa bersalah kepada negara.

Tiada ulasan: