Khamis, 15 Julai 2010


Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal
Berita
Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam memberitahu beliau, adalah amat penting keadilan ditegakkan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.

Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia

Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi Bala, melalui peguam beliau, Americk Sidhu berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.

Bala disoalsiasat selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert.

Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.

"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.

"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.

Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.

Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.

"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.

"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.

"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.

"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi.

Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.

Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.

"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.

Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram.

Komen anda disini:
Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda
(Score: 1)
Oleh 135LC on Wednesday, July 14 @ 17:17:29 PDT

hancur 1 malaysia skit hari lg..keh3

Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda
(Score: 1)
Oleh ganahmurima on Wednesday, July 14 @ 17:54:54 PDT

hahaha nmpk gayanya hayat PM 1 malaysia ni takkan lama.....entah2 tersungkur sblm PRU13......paling tidakpun dia akan mengalama saat2 yg paling sukar dlm hidup dia....setiap perbuatan ada pembalasannya

Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda (Score: 1)
Oleh rimbe on Wednesday, July 14 @ 18:16:10 PDT

Adakalanya Tuhan membalas perbuatan x baik seseorang itu dengan cara memberi derita jiwa sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.Ianya lebih menyeksakan...subhanallahhhh.

Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda (Score: 1)
Oleh tinta_islam on Wednesday, July 14 @ 19:03:19 PDT

Gara-gara inilah, surat2 khabar n TV umno diwajibkan mereka2 isu lain dinegeri2 Pakatan bagi mengalihkan tumpuan rakyat drpd isu ini tp apapun hari ini tumpuan seluruh dunia kpd Malaysia adalah berkaitan dgn isu Altantuya n scorpene...Insyaallah, pembongkaran demi pembongkaran akan kita ikuti dari Perancis....

Tiada ulasan: