Khamis, 21 April 2011

KETUANAN MELAYU TIPU MELAYU

AIR HAK ASASI


nota:
air ialah hak asasi
bukan untuk diswastakan
air seperti udara wajib
menjadi hak awam

hanya gerombolan dan mamak madey
yang mengswastakan air untuk
kroni kroni dan cukong!

pulangkan air kepada rakyat!






MELAKA NAIKKAN TARIF AIR 5 SEN HINGGA 25 SEN
- mkini

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.Antara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu


KERAJAAN PAKATAN BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT – blog kerajaan rakyat

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta untuk melaksanakan skim air percuma di rumah kos rendah berstrata (bertingkat) sebagai permulaan dan ditambah mengikut keperluan apabila lebih banyak pembangunan dikenal pasti untuk dimasukkan ke skim itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata kempen penerangan itu akan diadakan besar-besaran bagi memaklumkan rakyat dan mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan melakukan pemotongan bil penduduk.

“Kerajaan negeri akan mengenal pasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.

“Pemberian air percuma ini akan dijalankan sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah ituyang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” kata Iskandar dalam kenyataan media, semalam.

NOTA:
lihat beza dua kerajaan
satu kerajaan ketuanan melayu
yang kerjanya hanya menipu melayu

yang satu lagi kerajaan ketuanan rakyat
yang kerjanya memberi kebajikan kepada rakyat



MISTI ADA YANG TELAH TERIMA CHINA DOLL

MELELEH AIR LIUR CUKONG



nota:
lihatlh!
tanah kampong baru disebelah klcc
pasti meroyan para cukong
dan entah berapa banyak china doll
dah dihantar pada raka tanpa rakyat
untuk luluskan akta kampong baru
walau pun orang kampong baru menolak
akta ini

ini rompakakn ketuanan melayu

KELUARGA PM KUASAI MASJID KAMPUNG BARU ? – harakah daily

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa jawatankuasa Masjid Kampung Baru tidak pernah dibuat pemilihan dan hanya dikuasai ahli keluarga i Najib Razak dan bekas pembantunya.

Tambahnya lagi, orang Kampung Baru sendiri tidak mempunyai akses kepada pengurusan masjid khususnya dalam aspek kewangan.

Beliau mendedahkan demikian sebagai mengulas kenapa projek naik taraf Masjid Kampung Baru, melibatkan firma arkitek milik adik Najib, Nazim Razak.

Semalam, syarikat tersebut mendakwa perkhidmatan mereka menyediakan rekabentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela.

Penjelasan itu dibuat susulan tuntutan sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menuntut Najib menerangkan isu berhubung pembabitan firma NRY Architects dalam projek naik taraf dengan nilai RM20 juta itu.

Dr. Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat lalu, namun menurutnya penjelasan berbeza diberi kerajaan.

Katanya, jawapan yang diberikan kepadanya menyatakan projek tersebut masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang perlantikan dibuat.

Namun apa yang menghairankan katanya, tiba-tiba projek tersebut telah dimulakan dan firma arkitek adik perdana menteri pula terlibat.

"Tiba-tiba saya lihat menara sudah berbalut, atau mungkin sedang dibaiki?
"Saya juga minta supaya projek naik taraf bernilai RM20 juta itu dibuat secara tawaran tender terbuka bukan 'direct nego'," katanya.

TANAH TUDM…KENA REMBAT… INI HARTA RAKYAT…..

TANAH RRI DI SUNGAI BULUH KENA REMBAT….…

…. HABIS TANAH RAKYAT KENA REMBAT JUAL PADI CUKONG….…

…. PATUT LAH UTUSAN MELAYU MARAH… ORANG MALAYU DAPAT KENTUT CHINA KAYA …...

INI TANAH KAMPONG BARU PULAK… HABIS KENA REMBAT….

... TOWKAY JUDI MANA PULAK YANG AKAN DAPAT TANAH INI.....

...PENJARA PUDU BAGI PADA VINCENT TAN......

...BUKIT GENTING BAGI PADA LIM GOH TONG.....

.... PATUTLAH UTUSAN NAK BUAT KUMPULAN SATU MELAYU NAK LAWAN SATU MALAYSIA.......

KEMBANGKAN NASIONALISMA DAYAK

KITAI BANGUN - KITAI LAWAN



DUNIA TAK AKAN SAMA LAGI

Dalam kehidupan kita ini akan muncul beberapa babak yang akan mengubah hidup kita. Babak-babak ini akan mengubah dunia kita untuk selama-lamanya. Babak-babak ini mungkin berlaku kepada individu, kepada kelompok bangsa atau kepada seluruh umat manusia.

Perang Dunia Kedua telah mengubah dunia Eropah, Asia dan Afrika. Di Eropah lahir negara-negara yang berpaksikan ekonomi sosialis manakala di Asia dan Afrika semangat nasionalisma bangun melawan penjajah. Bila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989 – Eropah berubah sekali lagi. Apabila World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang pada 11 September 2001 - dunia yang kita ketahui dahulu telah berubah untuk selama-lamanya.

Kita tidak memiliki kudrat untuk menangkis dari berlakunya babak-babak ini. Babak ini muncul kerana hukum alam yang tidak dapat kita elakkan. Alam kita ini memiliki hukum-hukum dan nahu-nahu yang tidak akan berubah-ubah. Dunia kita ini juga bergerak kerana hukum-hukum alam ini.

Justeru, ilmu pengetahuan moden yang kita pelajari hingga ke univeristi hari ini sebenarnya adalah keinginaan manusia untuk mengetahui hukum-hukum alam ini. Ilmu moden adalah memahami hukum dan nahu alam ini.

Hukum- hukum alam ini berjalan dilandasan yang saintifik. Saintifik disini bermakna bukan mimpi, bukan tahyul dan bukan mitos. Saitifik disini bermakna boleh diuji dan di ulang uji dalam bilik makmal.

Pada tahun 1998 Mahathir Muhamad telah membuang Anwar Ibrahim dari kerajaan. Dari segi pentabiran modern sesebuah kerajaan, pembuangan menteri seharusnya dilihat sebagai satu pekara biasa. Menteri boleh dilantik dan menteri boleh dibuang. Tetapi babak September 98 ini telah digarap oleh reformasi jalan raya sehinggakan ianya telah mengubah lanskap politik Malaysia untuk selama-lamanya.

Babak pembuangan Anwar itu telah membuka ruang untuk gerakan reformasi jalan raya menaburkan benih-benih berani berontak, menabur benih-benih kebencian terhadap United Malay Natiponal Organisation. Gerakan Reformasi telah menabur benih berani dan benci. Hasilnya, sepuluh tahun kemudian benih-benih ini telah bercambah tumbuh membesar untuk dituai pada March 2008.

Saya masih ingat lagi tulisan-tulisan pada Zaman Reformasi yang saya garap semuanya menerangkan bahawa gerakan reformasi adalah hujan lebat yang sedang membasahi tanah yang kering. Diatas tanah yang kering ini para reformis berkemungkinan menabur benih-benih berani bangun melawan hegemoni United Malays National Organisation. Di tanah yang subur ini semangat kebenciaan terhadap United Malays National Organisation ini boleh ditabur.

Sepuluh tahun sesudah Zaman Reformasi – sesudah March 2008 - dunia politik Malaysia berubah untuk selama-lamanya. Seperti ledakan di World Trade Center – pada March 2008 – politik dan susunan politik di Malaysia telah berubah. Saya amat yakin - seyakin matahari akan terbit di Timur - bahawa politik berani melawan hegemoni United Malays National Organisation ini tidak mungkin dapat dimasukkan kembali ke dalam botol lama.

March 2008 kita bersama-sama telah melihat keberanian masyarakat India untuk melawan hegemoni politik Melayu. Keberanian masyarakat China untuk melawan hegemoni politik Melayu telah dibuktikan sekali lagi. Paling jelas kepada saya , pada March 2008 ialah ketrampilan masyarakat Melayu sendiri untuk bangun mendobrak dan melawan hegemoni United Malaya National Organisation.

Semua ini adalah hukum sosial yang saintifik : dimana ada penindasan disitu akan ada perlawanan. Sebanyak mana penindasan sebanyak itulah penentangan. Lagi kuat ditindas - lagi kuat perlawanan. Ini hukum sosial yang saintifik. Tidak ada sesiapa dapat melupuskan hukum sosial ini selagi molikule air masih satu oxygen dan dua atom hydrogen.

Justeru, dari pengalaman Zaman Reformasi saya merumuskan bahawa pada 16 April 2011 yang lalu hukum sosial yang saintifik ini telah sampai ke Sarawak. Tarikh 16 April ini telah mengubah dunia Sarawak untuk selama-lamanya. Mustahil dunia Sarawak akan kembali seperti sebelum 16 April. Seperti mustahilnya Mahathir Muhamad dapat menulis dan bercakap dengan jujur.

Saya dengan penuh kesedaran telah mengikuti kempen piliharaya ini. Dua minggu di Sarawak adalah dua mingu yang sibuk ke hulu ke hilir menabur benih-benih kebencaian dan keberanian. Keberanian untuk melawan kuasa yang menindas. Dan kebencian terhadap hegemoni Melanau di bawah Parti Pesaka Bumipurta Bersatu (PBB) yang dimanifestasikan dengan muka Taib Mahmud.

Kalau Zaman Reformasi kita telah berjaya menjadikan Mahathir Muhamad sebagai Mahafiraun - ikon yang dibenci. Di Sarawak ikon kebencian Dayak ialah Pek Moh atau Taib Mahmud. Dalam taktik menumbangkan satu satu kerajaan wajib ada ikon untuk di benci. Di Mesir dua bulan lalu ikon yang dibenci ialah muka Presiden Mubarak. Tanpa ikon kebencian agak susah untuk mengumpulkan kesepaduan yang ampuh untuk banguan melawan.

Kempen berani dan benci ini adalah taktik dan strateji yang telah diguna pakai secara saintifik untuk menumbangkan kerajaan. Taktik dan strateji ini bukan monopoli hak milik kita di Malausia. Warga Iran telah mengunakan taktik ini untuk menjatuhkan Shah Reza Pahlavi pada tahun 1979. Warga Tunisia telah menggunakannya taktik yang sama untuk menjatuhkan Ben Ali. Taktik benci dan berani ini juga telah disemaikan terlebih dahulu sebelum warga Mesir berjaya menghalau dan menumbangkan Mubarak.

Di Sarawak pada awal bulan April ini taktik berani dan benci ini telah mula disemaikan kepada orang Dayak. Selama ini orang Dayak memang merasa tidak puas hati terhadap hegemoni Melanau tetapi mereka tidak ada keberanian untuk bersuara. Mereka memiliki kebencian tetapi tidak dapat diterjemahkan kebencian ini kepada satu perlawanan.

Bangsa Dayak Iban yang pada satu masa dahulu dikenali sebagai bangsa pahlawan yang gagah berani kini telah menjadi bodoh dan mamai. Ini berlaku kerana dunia hutan mereka telah digondolkan. Apa yang berlaku kepada Dayak Sarawak ini samalah seperti para nelayan yang lautnya telah dikeringkan. Atau pesawah yang sawahnya telah menjadi kering kontang. Pada hari ini bangsa Dayak Iban - bangsa pahlawan - kini telah dijadikan hamba dan kuli dalam ladang-ladang sawit milik para cukong yang bersekongkol dengan Taib Mahmud.

Untuk menambak pilu pada kesedihan ini – ladang sawit tempat mereka berkuli ini pada satu ketika dahulu adalah tanah adat mereka. Dalam kawasan tanah-tanah inilah mereka merayu mencari kehidupan Di tanah tanah ini mereka mendirikan budaya bangsa. Dari gunung ganang lembah dan sungai inilah lahirnya bahasa Dayak. Dari tanah dan lurah ini lahirkan keIbanan mereka. Dayak tanpa hutan rayau bukanlah Dayak lagi tetapi hamba kepada para cukong.

Memang betul dalam kiraaan undi kali ini kita semua melihat bahawa Taib Mahmud masih berkuasa lagi. Kerusi yang ditandingi oleh Dayak tidak dapat menyingkirkan hegemoni Melanau. Kempen pilihanraya tahun 2011 ini telah membuka mata, telinga dan hati anak anak muda Dayak. Untuk pertama kali anak anak muda Dayak telah melihat para aktivis dari Semenanjung berani bangun di ceramah-ceramah umum dan memperlekehkan Taib Mahmud di khalayk ramai.

Anak-anak muda Dayak untuk pertama kalinya telah melihat gaya dan cara gempak teknik berpolitik dari Semenanjung. Wakil politik, para YB dan aktivis dari Semenanjung tanpa takut telah bangun dan mengutuk Taib Mahmud secara terbuka. Anak-anak muda Dayak terpegun dan bertepuk gemuruh apabila kutukan demi kutukan kedengaran terhadap Taib Mahmud.

Apa yang memeranjatkan mereka ialah tidak ada petir dan halilintar datang untuk memanah si Penceramah. Tidak ada angin taufan datang meniup mati semua aktivis dari Semenanjung. Langit tidak runtuh. Gereja dan Masjid tegak seperti sediakala. Sungai Rejang terus mengalir walaupun Pehin yang Maha Agung di Sarawak telah diperlekeh dan menjadi bahan lawak.

Selama dua minggu anak anak muda Dayak yang bercampur aduk dan bekerjasama dengan para aktivis dari Semenanjung akan menyimpan pengalaman ini. Pengalaman selama dua minggu ini adalah latihan perang untuk membangunakan semangat nasionalsima Dayak.

Disini saya terus menekankan tentang nasionalsima Dayak. Semangat nasionalisma Dayak ini adalah senjata yang paling ampuh untuk menumpaskan hegemoni Melanau. Dari segi jumlah penduduk di Sarawak amat jelas orang Dayak adalah bangsa majoriti. Mengabaikan nasionalisma Dayak ini akan membawa kegagalan.

Apabila Dayak di Sarawak berubah maka ianya bukan hanya akan mentalkinkan hegemoni Melanau malah ianya akan melempah ke Semenanjung. Nasionalisma Dayak yang wajib di kembangkan untuk piliharaya parlimen yang akan datang jika berjaya pasti akan membantu mengkuburkan hegemoni United Malay National Organisation.

Pada 16 April yang lalu hukum alam yang sainifik telah sampai ke Sarawak. Di mana ada penindasan disitu akan ada perlawanan. Berani melawan berani menang. Tembok takut rakyat Sarawak untuk melawan telah runtuh pada 16 April yang lalu.

Mustahil anak anak muda di Senadin Miri akan melupakan slogan : Tangkap Taib Mahmud. Mustahil anak anak muda di Kuching akan lupa lawak tentang Pek Moh. Api kebencian dan keberanian telah dipasang. Ianya pasti akan membakar semangat nasionalsima Dayak Yakinlah!

nota:
tulisan ini telah disiarkan
di SUARA KEADILAN yang terbaru
akhbar ini sedang ada dalam pasaran
untuk melanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon: 03-22-72-40-45


RAJA RAJA GOPAL

PERTABALAN RAJA GOPAL














INI JUGA RAJAGOPAL EEEE












PANGLIMA RAJA GOPAL EE















INSTITUISI RAJA AKAN DIPERTAHAN KAN
-meloya

KUALA KANGSAR 19 April – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.

Baginda bertitah, sebagai payung negeri, institusi raja perlu berpendirian tegas memastikan takhta kekal berada di atas politik.

“Tugas tersebut bukanlah ringan. Ia memerlukan kearifan dan hikmah, pengalaman dan kedewasaan.

“Tugas tersebut bertambah mencabar dalam menghadapi demografi warga yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum, agama, ditambah pula komposisi warga muda yang bertambah bilangannya, memiliki pelbagai idealisme di samping terdedah kepada pengaruh globalisasi,” titah baginda.

SAPA PUN AKAN PERTAHANKAN….

MAKAN KUAT ENTOT SEDAP…...

KONTREK DAPAT GAJI SONGLAP….….

MAKAN TANGGUNG BERAK CHANGKUNG …..

SEMUA RAKYAT YANG TANGGUNG….


PERNIAGAAN KRONI BUMIPUTERA

KERJA KETUANAN MELAYU



nota:
inilah kerja ketuanan melayu
patitlah china marah
patutlah india marah
melayu buyjan meniaga
tapi menipu
bila vhina dan india marah
tuduh mereka tidak patriot

pergi mampuslah dengan ketuanan melayu!!!




E- MEL SATU MALAYSIA : PUTRAJAYA KATA SUKAREKLA TAPI KPI RAKYAT GUNA 100 PERATUS - minisider

Beberapa firma telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam bidaan projek e-mel 1 Malaysia November lalu dan mendemonstrasi persekitaran seratus peratus penyertaan - sekali gus bertentangan dengan kenyataan pentadbiran Najib bahawa penerimaan akaun itu bukan sesuatu yang wajib.

The Malaysian Insider difahamkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) bagi projek itu ialah 50 peratus bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun dan ke atas pada 2012 dan ia akan meningkat sehingga seratus peratus menjelang 2015.
Firma yang memperoleh bidaan juga perlu menunjukkan bagaimana pihaknya boleh mencapai 50 peratus pemegang akaun e-mel menggunakan Perkhidmatan Nilai Tambah seperti pembayaran bil atas talian dan pencapaian rekod awam menjelang 2020, demikian menurut satu dokumen diperoleh The Malaysian Insider.

RAKYAT AKAN DIPAKSA PAKAI E-MAIL SYARIKAT KRONI INI….…

KALAU TAK ADA E-MAIL INI SEMUA TAK BOLEH JALAN….…

NAK BAYAR BIL TAK BOLEH…...

NAK BUKA BANK AKAUN TAK BOLEH…...

…. NAK HANTAR ANAK KE SEKOLAH TAK BOLEH….…

INI SYARIKAT YANG NAK BANGKRAP…...

MAT MONGOL BAGI 50 JUTA… BUAT MENIAGA PAKSA…...

INI NAMA NYA SAPU MALAYSIA……

…INI NAMA NYA KETUANAN MELAYU…...

NOTA:
email yang dipaksakan ini
akan mengawal warga negara
ini mesti cadangan dari zionis APCO!

nota:
cuba selidik syarikat ini
mesti ini syarikat kroni
ada hubungan dengan mat mongol
ada hubungan dengan bik mama

nota:
apa hubungan tambi chik dengan bik mama?
hanya mat mongol tak tahu kah kah kah





INI BERITA ASAL JANGAN NAK TIPU

AKAUN E-MEL PERIBADI SETIPA RAKYAT - berita hairan

Akaun e-mel peribadi setiap rakyat
Oleh Magendran Rajagopal dan Shahrizan Salian
bhnews@bharian.com.my
2011/04/20

Wujud perhubungan langsung warga berusia 18 tahun ke atas dengan kerajaan

PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel satu Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.

Projek E-mel satu Malaysia (satu MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.

Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG.

Perkara itu diumumkan oleh Najib Razak ketika pengumuman projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP), di ibu negara semalam.

... MAT MONGOL SUDAH FLIP FLOOOP......

... MAT MONGOL SUDAH SORONG TARIK......

... MAT MONGOL SUDAH GELABAH.......

..TARIK SORONG.... TARIK SORONG TAPI TAK PANCUT PANCUT..

Tiada ulasan: