Khamis, 21 April 2011

JANGAN TIPU ORANG RAMAI

EKOSISTEM - EKOR GAPO?


nota:
ni mak tak faham
eko eko ni
ekoloji ekosistem
ni semua ekor gapo?












PM UMUM 23 EKOSISTEM & INISIATIF INOVATIF DI BAWAH UNIK
– mstar

Mohd Najib Razak pada Selasa mengumumkan 23 ekosistem dan inisiatif pewujudan kekayaan yang akan menarik berbilion ringgit dalam pelaburan serta mengetengahkan lebih banyak kekayaan intelektual negara.

Najib berkata, kesemua inisiatif itu yang merupakan sebahagian daripada "pelancaran inovasi", merupakan arah tuju baharu yang akan memberi impak positif dalam pewujudan kekayaan.

"Kesan limpahan itu mempunyai kesan besar dan akan meningkatkan kemahiran perniagaan dan teknikal keseluruhan rangkaian bekalan. Tidak seperti inisiatif penyelidikan dan pembangunan, projek berinovasi ini berjaya menarik pelanggan antarabangsa sebelum pelancarannya lagi," kata Najib semasa melancarkan inisiatif itu hari ini.

nota:
peluang kondusif lagi efektif
untuk mulatif dan inisiatif abdul latif
dunia kreatif intelektualitif segala thiefs

ini berinovasi ber ino basi ber basi basi
basi untuk basi kal

eko sistem sup eko warung tom yam
yang aktif dalamn kreatif berintif

SEMUA NAK SUSAH KAN MAK CIK FELDA…...

DEWAN BAHASA DAN PETAKA… APA JADI?...…

DAH ILANG INSIATIF YAAAA LATEEEF?....


PROJEK E-MAIL BANGANG

SILA MASUK KE SINI



nota:
sila mejadi ahli kumpulan ini
untuk membantah projek
email bangang yang gunakan
duit kita semua untuk syarikat
adik najib!

kalau tak lawan kita pun
bangang sama!



E-MAIL SATU MALAYSIA TIDAK GUNA WANG AWAM – NAJIB – meloya

Najib Tun Razak hari ini menjelaskan bahawa projek e-mel satu Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.
"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel satu Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,” kata Najib dalam Twitternya awal hari ini.

Najib mengumumkan inisiatif itu pada laporan kemajuan terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya semalam yang merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP.

Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik.

NAK TIPU LAGI….…

KALAU BUKAN DUIT ORANG RAMAI… KENAPA KERAJAAN SIBUK…..

..KENAPA KENA NEGO DENGAN KERAJAAN UNTUK PROJEK INI……

..BILA DAH KANTOI…. SEMUA JADI PROJEK SWASTA….…

BUKAN SAJA CEKAP MEMBUNUH… MENIPU PUN PANDAI…. …

ini buktinya:

SATU MALAYSIA EMAIL: TRICUBES BERHAD DIMILIKI SECARA TIDAK LANGSING ADIK NAJIB – merdeka review

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group

( baca seterusnya di: www.merdekareview.com)

SURAT DARI PEMBACA

Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel satu Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam maksud ayat kelentong: setiap rakyat msia 18thn ke atas mesti menggunakan emel khas di mana sebenarnya inilah:

1. saluran propaganda KERA UMNgOk-BoNgok utk menggarap persetujuan & mencanang "kebaikan" 2. lesen mencengkam setiap rakyat dari membangkang apa2 syarat yg telah diaturkan KERA UMNgOk-BoNgok kerana segala2nya akan menerusi emel khas ini, maka jika tidak dipatuhi, warga itu tidak akan beroleh permit niaga /lesen penerbitan /kebenaran ceramah /visa keluar /hak mengundi dan pelbagai 1001 perkara yg sengaja dimomok2 lagi..... WASPADA!!! ini bakal propaganda terbesar! ini bakal kukubesi terhebat! ini ibarat kera diberi topi polis, lebih tinggi naik ekornya berbanding pak guard naik tocang bila diberi wisel!!
Oleh Tanpa Nama pada PERNIGAAN KRONI BUMIPUTERA pada 18:24

DARI AKHBAR LUAR NEGARA


















Tiada ulasan: