Ahad, 21 Februari 2010

NAJIB AKUI UMNO MENGHIDAPI PENYAKIT MIMPI NGERI.


NAJIB, beradik kepada seorang insan terkaya di Malaysia hari ini mohon dan berharap agar Wanita Umno dapat bantu Umno dari `mimpi ngeri' (baca Bernama) yang menjadi penyakit kepada Umno sekarang. Beliau benar-benar hampir putus nyawa sekarang sehinggakan terpaksa mohon bantuan dari kaum hawa di dalam Umno. Apakah mimpi ngeri itu?

Tumbangkan 5 buah negeri ke tangan PR di dalam Pilihanraya Umum yang lalu salah satu dari mimpi ngerinya. Mungkinkah kematian Altantuya juga sering menghantui mimpi-mimpi Najib? Terlalu banyak yang mengerikan di dalam era Najib. Kematian Beng Hock, runtuhan stadium di Terengganu, pendedahan isu royalti minyak oleh Ku Li, drama semacam tidak menjadi dalam kes liwat Saiful, terlepas cakap oleh jurucakapnya di Melaka sehingga menghina kaum Cina dan India, hilangnya injin pesawat bawah jagaan TUDM, bocornya rahsia keselamatan negara kepada negara luar, pembakaran gereja beserta dengan isu Kalimah Allah dan terlalu banyak lagi yang menghantui Najib sekarang. Semua itu mengerikan buat Najib.

Mampukah kaum hawa ini pulihkan Umno di bawah Najib? Jika si jantan pun sakit hendak pulihkan Umno, manalah tahu kalau-kalau `bomoh' hawa ini boleh ubati Najib. Dan, orang yang paling sesuai untuk cuba pulihkan Umno dari golongan hawa ini tentunya Rosmah. Bukankah Rosmah dikatakan suka berbomoh? Apa salahnya jika mahu mencuba.

Tiada ulasan: