Rabu, 24 Februari 2010

40,000 Atau 5,000 yang menyambut Najib di Pandamaran

Kita perlu tahu bahawa menurut Naib Pengerusi MCA Bahagian Klang, Francis Hua Lai Hock, Jalan Chan Ah Choo iaitu tempat dimana rumah terbuka itu diadakan merupakan perkampungan masyarakat Tionghua yang kedua tertua di Malaysia, dengan jumlah populasi penduduknya seramai 40,000 orang.



Menurut Bernama pada 21 Februari yang lalu, walaupun hujan telah turun dengan lebatnya di kawasan Pandamaran dimana Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kampung Baru itu, kira-kira 40,000 hadir menyambut Ketibaan Najib.




Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang turut hadir di majlis tersebut telah memuji masyarakat Tionghua di Pandamaran kerana sudi menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Jalan Chan Ah Choon Sabtu malam walaupun ada hasutan daripada sesetengah pihak supaya mereka tidak menghadiri majlis itu.

Beliau berkata masyarakat Tionghua di sini tidak menghiraukan segala hasutan itu dan sanggup bersama-sama untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional lain bagi meraikan sambutan itu.

Yang bertopi Merah dan Kuning itu petugas..

40,000 Orang hadir menyambut Najib kononnya..

Baiklah kita percayalah apa yang dilaporkan oleh Bernama itu bahawa ’40,000 Orang’ menyambut kehadiran Najib.

Tetapi kita perlu juga tahu bahawa menurut Naib Pengerusi MCA Bahagian Klang, Francis Hua Lai Hock, Jalan Chan Ah Choo iaitu tempat dimana rumah terbuka itu diadakan merupakan perkampungan masyarakat Tionghua yang kedua tertua di Malaysia, dengan jumlah populasi penduduknya seramai 40,000 orang.

Beliau yang juga Ketua Kampung Baru berkata, 85 peratus daripada penghuni kampung itu terdiri daripada kaum Cina, Melayu (9 peratus) dan selebihnya dari kaum India dan lain-lain.

Jikalau jumlah penduduk ialah 40,000 orang manakala jumlah yang menyambut ketibaan Najib ialah 40,000 orang dan Najib masih perlu berkunjung bagi menyampaikan 'ang pau' kepada beberapa penghuni di kawasan itu, jadi benarkan jumlah yang menyambut Najib itu 40,000 orang masyarakat Pandamaran?




40,000 Orang hadir menyambut Najib kononnya, tapi menurut seorang penduduk yang ditemubual oleh The Malaysian Insider jumlah yang hadir sebenarnya sekitar 5,000 orang sahaja.

‘Ang disputed press reports in the main stream news papers that there were 20,000 or even 40,000 people at the event, adding that Jalan Chang Ah Choon, when the functione was held, could barely accommodate 5,000 people.’


Yang mendengar ucapan Najib.

Jadi Bernama telah cuba untuk menaikkan Imej Najib dengan mengatakan hampir 40,000 Orang menyambut ketibaan Najib di Majlis itu.

Dan ini telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang Najib telah diterima dengan baik oleh Masyarakat Tionghua atau dalam lain perkataan sokongan Masyarakat Tionghua telah kembali kepada BN.

Nampak macam bohong saja ni….

Tiada ulasan: