Ahad, 21 Februari 2010

Apa Khabar UMNO Melaka?


Apa Khabar UMNO Melaka?

Isu ni tak nak diperjuangkan kah? Taj nak berdemo kah? Guru yang mengajar pendidikan Islam di Surau-surau dan Masjid-Masjid dipotong elaun ni?

Ada berita yang mengatakan elaun guru Takmir dari RM50 telah dipotong menjadi RM10 sahaja dan ini telah disahkan oleh Majlis Agama Islam Melaka sendiri melalui surat pekeliling kepada semua Surau dan Masjid.

Apa kejadahnya Ali Rostam buat di Melaka, hari tu terhegeh-hegeh sangat nak tolong bayar tunggakan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang berjumlah RM5.7 juta tu..

Ini yang dikatakan kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan.

Warga Bangla yang datang bekerja disini pun belum tentu mahu bekerja kalau dibayar elaun RM10 saja.. nak mentekedarah apa?

Sungguh memalukan.. Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh UMNO membiarkan elaun guru-guru yang mengajar di masjid-masjid dan surau-surau dipotong hingga tinggal RM10..

Tak malu kat DAP ka? Ala.. parti yang korang kata Anti-Islam tu..

Parti yang korang kata Anti Islam tu lah yang mencadangkan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Pulau Pinang sebanyak RM50 menjadi RM550 sebulan..

Kata perjuangkan Islam.. tunggu apa lagi.. Demonstrasi la..

PENGENALAN
• Program Takmir Masjid dan Surau adalah suatu program pengajian pendidikan agama Islam di masjid-masjid dan surau-surau yang dianjurkan oleh Jabatan/Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri dengan bantuan kewangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).i?

Tiada ulasan: