Sabtu, 26 Jun 2010

MAT MONGOL TIPU ATAU CUKONG TIPU

KASSIM BABA COMING SOON TO JOIN 40 THIEVES

TIADA LESEN PERTARUHAN SUKAN –melayau

Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik, kata Najib Razak.

Dia berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.
“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

SATU LAGI KANTOI MANTOI

SATU LAGI FLIP FLOP

SATU LAGI BELUM MUKTAMAD

BILA NAK TANGKAP HAJI LEBAI Al HAFIOSI VINCENT TAN

CUKONG INI TELAH BUAT KENYATAAN…. SAHAM NAIK MELONJAK BILA ADA LESEN JUDI

KALAU TAK TANGAP… ERTINYA MAT MONGPOL BOHONG… MEMANG CUKONG CAKAP BETUL ADA LESEN

nota:
perhatikan bagimana melayau
cuba menipu orang melayu dengan menggunakan
perkataan –pertaruhan sukan – lanchow!!! pertaruhan sukan ini judilah.

saja nak menipu mak cik dan pak cik di felda.

tambah lawak kassim baba dan 40 penyamun pun
kena tipu sama



PENYAMUN-PENYAMUN MULA BERGADUH BEREBUT HARTA PERANG

PENYAMUN LAMA TAKUT DENGAN KESAMPAIAN KASSIM BABA DAN 40 PENYAMUN

SAIFUDDIN : ZAMIHAN BOLEH BUAT APA DIA SUKA - minsider

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin berhak membuat apa yang beliau suka termasuk membuat laporan polis.

“Dia (Zamihan) berhak buat apa sahaja yang dia suka terhadap saya.

“Saya sudah memberikan taklimat kepada Majlis Tertinggi (MT) mengenai perkara ini.

Jadi saya tidak perlu cakap apa-apa lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Zamihan yang membuat laporan polis berhubung “kebocoran” maklumat sulit mengenai keselamatan negara berhubung isu Jemaah Islamiah (JI) yang diadakan Isnin lalu.

Pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia itu berkata, beliau membuat laporan agar polis melakukan siasatan terperinci bagaimana maklumat sulit boleh “dibocorkan” kepada pihak ketiga.

MALAON INI DARI MANA?...NAMA MACAM EEE

BETUL KE ADA ILMU AGAMA

INI MACAM ADA ILMU DAN IJAZAH : AL-FILUL BODEKI AL-CARI MAKANI

TAPI SATU MALAYSIA SUKA HATI…. BILA GEROMBOLAN DAN BARUAN BARUA GEROMBOLAN MULA BERGADUH

INI TANDA TANDA SEHAT…. YANG AMAT BAIK UNTUK PAKATAN

nota:
malaon ini mesti tak suka
dengan kassim baba sampai dengan 40 penyamun


KASSIM BABA HANYA MEMERHATI DARI JAUH

KASSIM BABA MENUNGGU PELUANG - BILA NAK CAMPUR 40 PENYAMUN

40 ULAMA MUDA SERTA UMNO - mkini

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

APA LAAAA ULAMAK NI

START START DAH KANTOI MANTOI

CARI LAH JUMLAH 39 KE…35 KE…. 43 KE

KENAPA AMBIL 40… INI ANGKA SUNAT KE?

INI 40 ORANG PENYAMUM MASUK UMNO

INI MAT MONGOL DAN 40 ORANG PENYAMUN

KASSIM BABA ASRI … LEWAT SIKIT NAK SAMPAI

KASSIM BABA ASRI… MEMERHATI 40 PENYAMUN BARU


SATU LAGI BANGUNAN BERSEJARAH AKAN HANCUSS

INILAH LAPANGAN TERBANG KITA SEBELUM SUBANG DAN KLIA

PENSWATAAN PANKALAN TUDM MASIH DALAM KAJIAN –berita hairan

Projek penswastaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur masih lagi pada peringkat perancangan dan kajian, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Dia berkata, jika rancangan itu menjadi kenyataan, kementerian akaa menentukan perpindahan Pusat Operasi Tentera Udara (POTU) tidak sesekali menjejaskan sistem yang sudah dibangunkan. Katanya, kementerian juga akan memastikan perpindahan hanya akan dilaksanakan selepas segala tugas pembuktian dan pentauliahan dijalankan.

Sistem radar bersepadu yang dibangunkan tidak akan terjejas kerana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mempunyai sistem yang redundant (bertindih) sebagai alternatif terhadap sistem radar bersepadu negara.

Pada keseluruhannya, keselamatan ruang udara tidak akan terjejas disebabkan pemantauan berterusan masih dilaksanakan di Pusat Operasi Sektor pada setiap masa, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi kementeriannya, semalam.

SATU LAGI BEKLUM MUKTAMAD

TAPI INI TRIK SAJA…. NAK TIPU MELAYU

SAJE CAKAP SEDANG DALAM KAJIAN

KAJIAN KEPALA BANA APA?

INI PROJEK BIK MAMA

WHAT BIK MAMA WANTS…. BIK MAMA GETS

KAJIAN INI HANYA NAK TIPU RAKYAT … JANGAN MARAH

DALAM ILMU POLITIK INI DI PANGGIL : MENGOLAH PERSETUJUAN


40 PENYAMUN BARU DATANG

MAT MONGOL DAN 40 PENYAMUN BARU DATANG

FELDA HILANG RM8 BILION BUKANNYA TM2.7 BILION – harakah daily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Ahmad Maslan.

Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.

Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.

nota:
mahafiraun ambil duit kwsp
mahfiraun ambil duit tabung haji
mahafiraun ambil advance duit minyak

mahafiraun nak roboh stadium merdeka

mat mongol ambil duit petronas
mat mongol ambil duit felda
mat mongol ambil duit negara

mat mongol nak roboh lapangan terbang tudm
mat mongol nak roboh penjara pudu
mat mongol nak roboh istana
mat mongol nak roboh parlimen

stadium jamin sudah roboh
mahkamah jamin sudah roboh

habis duit negara tapi
masih ada lagi melayu yang tak sedar diri
ada yang nak masuk jadi penyamun tarbus baru

Tiada ulasan: