Rabu, 3 Februari 2010

SEJARAH BERULANG

SEPULUH TAHUN DAHULU - INGATAN UNTUK ANAK MUDA


LAUNGAN REFORMASI BERGEMA DI MAHKAMAH – harakah daily

Laungan reformasi kedua bergema di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula.

Sekitar jam 2.30 petang ini, Anwar disambut oleh lebih 100 wartawan dan antarabangsa di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini.

Dianggarkan lebih 1,000 rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri mahkamah sehingga polis mula membuat kawalan di pintu masuk kandang perbicaraan.

Beberapa pemimpin utama Pakaran Rakyat seperti Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali antara yang terus hadir memberikan sokongan kepada Anwar.

nota:
untuk anak anak muda, pelajar dan mahasiswa
inilah masanya untuk belajar memahami politik
dan konspirasi.

datang dan lihat untuk bersama dalam sejarah.
tiga puluh tahun dari hari ini – potret, gambar dan tulisan
yang diambil hari ini akan dilihat sebagai bahan sejarah.

kumpulkan bahan bahan hari ini – arkibkan dalam
alam siber dan buka kembali tiga puluh tahun nanti.
lihat dan alami sendiri. rasakan nikmatnya apabila
kita bersama melakar sejarah.

untuk generasi oldtai ini hanya ulang tanyang.





MI SPIK NO INGLISH

GUNAKAN LAH BAHASA KEBANGSAAN KITA - MARI KITA AMALKAN RAMAI RAMAI


PENDEKATAN STOP AND TALK OPS SIKAP 21 – berita hairan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan pendekatan mesra Stop and Talk bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya sepanjang Ops Sikap ke-21 sempena Tahun Baru Cina yang akan dijalankan selama 15 hari bermula hujung minggu ini iaitu dari 7 hingga 21 Februari.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Abdul Aziz Yusof, berkata anggota polis termasuk kenderaan peronda polis (MPV) akan berhenti untuk berbual bersama orang awam selama 10 hingga 15 minit bagi setiap jam ketika rondaan biasa.

Abdul Aziz berkata, pemandu dan pengguna jalan raya boleh menemui pihaknya jika mengalami sebarang masalah sepanjang pemanduan di setiap lokasi pemantauan polis di seluruh negara.

RASA MACAM DI NEW YORK LAAA

RASA MACAM DI LONDON LAAA…

RASA MACAM DI MANCHESTER LAAA…


KEPALA BANA APA NI…. STOP AND TALK

MI MAT REMPIT… MI SPIK NO INGLIS

APA SUDAH JADI DENGAN PERJUANGAN BAHASA MELAYU

WHAT IS THE BECAUSE


TOGATHER GATHER LAA… MURTABAK KAN BAHASA MELAYU




AMOI JUAL TUBUH BADAN - INDIA BASUH KERETA

DUA DALAM SATU - CUCI KERETA DAN JUAL TUBUH


INDIAN PELAMPAU , CINA JUAL TUBUH SATU MALAYSIA DIPULAU - malaysiakini

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Najib Razak ketika berucap pada seminar satu Malaysia di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Nasir Safar menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

INDIAN NI PELAMPAU MACAM MANA?

PELAMPAU GILA KUASA MACAM SAMY DAN MADEY KE?..

AMOI JUAL DAGING INI DI MANA ?.

INI TAK BEST … BAGILAH SATU MALAYSIA TAHU DIMANA BOLEH BELI

AGAK AGAK BERAPA SEKILO PEHA AMOI?..



RAKYAT DIDAHULUKAN - TANAH MEREKA DIREMBATKAN

KAMPONG HALAMAN BERIBU RIBU TAHUN - DIRAMPAS PENDATANG


PINDAH SETINGGAN DI JB MAHU MB CAMPUR TANGAN - malaysiakini

Wakil penduduk di sebuah penempatan setinggan di Johor Bahru menuntut supaya menteri besar menganjurkan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pemindahan hampir 3,000 penduduk di lapan kampung di kawasan tersebut.

Penduduk meminta supaya pertemuan itu juga dihadiri wakil rakyat, unit perancang ekonomi negeri Johor (UPEN, mewakili menteri besar) dan juga Malaysian Resources Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Setakat ini, projek itu masih terhenti di Kampung Belantik, salah sebuah daripada lapan kampung terbabit, kerana penduduk berkenaan masih belum berpindah, kata pengerusi jawatankuasa induk bertindak bagi kawasan setinggan berkenaan, Syed Othman Syed Abdullah.

Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak, dan Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah.

Syed Othman menjelaskan, penduduk berkenaan yang diberi tempoh sebelum 2012 untuk berpindah, kini masih tiada jalan keluar kerana unit rumah pangsa untuk menggantikan rumah setinggan sedia ada, masih belum pun didirikan.

"Jadi kita mahu jaminan daripada kerajaan negeri untuk penduduk ini berpindah ke mana, sebab rumah yang dijanjikan di Stulang Baru itu belum buat lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari in

HABIS KAMPONG MELAYU.

PADAN MUKA ORANG JOHOR.

TAK SEDAR SEDAR…PENYOKONG TOTOK GEROMBOLAN


HABIS TANAH JUAL PADA CUKONG SINGAPURA


PADAN MUKA ..MEREMPAT DI KAMPONG SENDIRI


EMPANGAN KELAU : SEMAKAN EIA 14 APRIL - malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 April bagi membuat keputusan permohonan 27 Orang Asli bagi menyemak semula keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) meluluskan Laporan Kajian Penilai Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek pembinaan Empangan Kelau di Raub, Pahang.

Hakim Mohamed Apandi Ali menetapkan tarikh berkenaan apabila kes itu disebut hari ini.

Pendor Anger dan 26 yang lain, daripada suku kaum Senoi dan Temuan memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Okt 2007, menamakan Ketua Pengarah JAS, kerajaan negeri Pahang dan Malaysia sebagai responden.

Pada 30 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran permohonan kepada mereka untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan JAS itu.

Mereka mendakwa tanah yang terbabit dalam projek itu adalah tanah turun-temurun dan telah mewarisinya sejak zaman nenek moyang mereka untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Selain itu, mereka juga memohon satu deklarasi bahawa tindakan responden meluluskan projek empangan itu telah mengingkari kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara kebajikan Orang Asli di negara ini.

Kumpulan Orang Asli itu diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Peguam Persekutuan Kanan Datin Azizah Nawawi mewakili responden.

RAKYAT DI DAHULUKAN… TANAK DI REMBATKAN .

BERIBU RIBU TAHUN ORANG ASLI HIDUP TAK ADA YANG GANGGU…

TIBA TIBA ADA KAUM PENDATANG… REMBAT TANAH MEREKA

SIAPA KAUM PENDATANG INI ?
...

CHINA KE? INDIA KE? MELAYU KE?....

UNTUK ORANG ASLI… SEMUA INI KAUM PENDATANG

ORANG ASLI ADALAH ORANG ASAL BUMI INI


TAPI MEREKA PALING DITINDAS DAN DI HINA


KALAU ADA ASDRAF BARU GEROMBOLAN HORMAT

nota:
asdraf = asli darat action force



PROJEK KRONI JAMIN TAK SIAP

KALAU BAGI PADA KONTREKTOR CHINA - JAMIN SIAP

KONTREKTOR 45 PROJEK SAKIT - KEMENTERIAN PELAJARAN BERI INGATAN – melayau

Kementerian Pelajaran hari ini mengingatkan semua kontraktor 45 projek ”sakit” di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenarai hitam.

Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini, seramai lima kontraktor sudah disenarai hitam, sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pula, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

INI NAK GORENG BERITA… GUNA PERKATAN SAKIT

INI PROJEK TERBENGKALAI… PROJEK TAK SIAP

DUIT SUDAH REMBAT… SEKOLAH TAK SIAP…

NAK BUAT APA DI SENARAI HITAM…

MALAON INI BUAT SYARIKAT BARU…

KALAU MAT REMPIT TAK ADA LESEN KENA TANGKAP

MALAON INI HANYA DI BERI INGATAN… INGATAN SAJA?.

BUKAN MAIN BERBUDI BAHASA.

KALAU KUGAN ATAU BENG HOCK DAN KENA BELASAH..

MALAON INI MENIPU… PATUT DI TANGKAP DAN DIMASUKKAN KE DALAM PENJARA

JANGAN LAH TIPU MELAYU

Tiada ulasan: