Isnin, 25 Januari 2010

DAP TERSALAH FAKTA


YB M Kula Segaran, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat dalam satu kenyataan akhbar menyebut bahawa kaum Cina [juga termasuk kaum Indaia] di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Sila baca pertikan di bawah :

http://www.malaysiakini.com/news/122544

YB ini membuat satu kenyataan yang kurang tepat, apabila beliau menyatakan bahawa kaum Cina dan India dinafikan hak untuk mendapatkan pinjaman daripada TEKUN. Kenyataan ini sangat tidak molek kerana ia memberi peluang kepada pengikut-pengikut UMNO untuk menyerang balas

Pastinya UMNO akan berhujah bagi menarik perhatian kaum Melayu dengan sedikit ugutan yang kononnya DAP yang berjuang dalam Pakatan Rakyat [PR] akan mengenepikan kepentingan kaum Melayu, sekiranya DAP melalui PR berkuasa atau berkongsi kuasa memerintah Malaysia atau negeri. Jadi, adalah dikuatiri kaum Melayu tidak akan memberi undi kepada DAP lagi seperti PRU ke-12 lalu.

Sebagai YB, M Kula Segaran harus sedar bahawa bukan kaum Cina dan India sahaja yang dinafikan hak untuk mendapatkan bantuan, pinjaman dan sebagainya, malah majoriti kaum Melayu yang bukan pengikut UMNO juga turut menerima keadaan yang serupa.

Orang Melayu bukan UMNO turut dinafikan hak untuk mendapatkan berbagai bantuan daripada kerajaan, pinjaman, kemudahan infrastruktur seperti jalan, jalan-jalan pertanian yang dibina masuk ke kampung-kampung dan sebagainya.

Tahukah YB, orang Melayu hendakan rumah PPRT kena isi borang masuk UMNO. Hendakan program Rumah Mesra Rakyat juga perlu masuk UMNO.

Saya telah menghantar satu memorandum kepada YB Ketua Pembangkang melalui ahli parlimen kawasan saya untuk diperbincangan di parlimen bagi memperbetulakan keadaan yang tidak betul ini, tetapi sehingga ke hari tidak kedengaran khabar beritanya.

Oleh itu, YB perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan. Semua kaum Melayu, Cina dan India telah didiskriminasikan oleh UMNO. Kecuali penyokong tegarnya yang menikmati kemudahan tersebut.

Tiada ulasan: