Selasa, 22 November 2011

LAGI LEMBU SHAHRIZAT - SHAHRIZAT LEMBU

SHARIZAT IALAH LEMBU










SKANDAL NFC:

TIADA PERTANGGUNGJAWABAN DALAM MENGURUSKAN DANA AWAM


KEADILAN mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa
Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap
pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd
(NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir
ini.

Walau bagaimana pun, isu paling pokok adalah persoalan
pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri
kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai
RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran
dan pengalaman langsung. Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan
tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya.

KEADILAN menyeru supaya Perdana Menteri, Najib Razak
segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi
apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Noh
Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek
ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya, projek berjumlah
RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan
kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa unsur penyelewengan
yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan
melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

Contohnya, dalam tahun 2010 NFC membelanjakan RM31,580 untuk membiayai
pakej umrah di atas nama Mohamad Salleh Ismail dan Wan
Shahinur Izran Mohamad Salleh. KEADILAN mempunyai bukti jelas
bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana
awam ini datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai
dana awam seperti itu, lebih membimbangkan adalah pelbagai urusniaga
dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga
Shahrizat Jalil di Singapura.





Justeru, KEADILAN menggesa supaya PAC dan PDRM menyiasat segala
urusniaga di antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat berikut
di Singapura:

Global Biofuture Pte Ltd (200822772H) – carian syarikat disertakan bersama
Meatworks Singapore Pte Ltd (200923276Z) – carian syarikat disertakan bersama

Global Biofuture Pte Ltd terlibat di dalam urusniaga makanan dan bahan
api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan
pasaraya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk
mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan
kepada NFC. Semakan KEADILAN menunjukkan sehingga akhir Jun 2010,
Global Biofuture Sdn Bhd berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

KEADILAN percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal
RM250 juta kepada pelbagai syarikat-syarikat peribadi milik keluarga
Dato’ Seri Shahrizat Jalil, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai
Global Biofuture Pte Ltd di Singapura.

Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa
restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di Singapura.
Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010,
Meatworks Singapore Pte Ltd berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.

Bukti-bukti awal ini sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan
terperinci dibuat untuk menentukan sama ada penyelewengan berlaku,
apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak
tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai
syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman
diberikan.

Skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil
memberi penjelasan memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab
mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta.


YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG


YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
AHLI PARLIMEN AMPANG


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Tiada ulasan: