Khamis, 6 Oktober 2011

E-Mail '1Malaysia' Sasaran 5Juta pelanggan.. tapi..

Ini adalah Projek Bodoh Barisan Nasional..

Sasaran PEMANDU (Unit Perabih Boreh)ialah 5,400,000 orang tapi dari tarikh ianya dilancarkan iaitu 14 September lalu hingga sekarang hanya 3000 yang menjadi pelanggan..

Cadangan aku buat Tricubes Berhad.. korang kerah lah seluruh Ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 3Juta orang itu untuk menjadi pelanggan..

Takkan depa tak mahu sokong Projek Bodoh Kerajaan Barisan Nasional ni kot???


Aku kata Projek Bodoh kerana bodohlah sesiapa yang nak bayar bagi benda yang boleh diperolehi secara percuma dan lebih baik.


Sambutan hambar terhadap perkhidmatan emel '1M'sia '

Sistem pembayaran dalam talian dan perkhidmatan Myemail yang membabitkan kos RM50 juta - telah mengumpulkan 3,000 pelanggan sejak dilancarkan pada 14 September lalu, kata penyedia perkhidmatan tersebut Tricubes Berhad.

Dtricubes press briefing 051011 khairun zainal mokhtar pointingalam taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar berkata, angka itu jauh daripada sasaran 5.4 juta pelanggan yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

"Kami mensasarkan seramai mungkin pelanggan, dan kami yakin dengan sasaran kami itu walaupun PEMANDU telah menetapkan sasaran 5.4 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini," katanya.

Apabila ditekan lanjut, Khairun berkata, ramalan dalaman telah disemak semula kepada 2 juta pelanggan pada tahun 2012.

Sebelum ini dikenali sebagai perkhidmatan 'e-mel 1 Malaysia', Myemail dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April, dan terus menjadi sasaran kritikan orang ramai.

Terdapat kebimbangan mengenai aspek privasi dan sama ada jumlah wang yang dibelanjakan itu wajar, memandangkan kebanyakan perkhidmatan emel, adalah percuma. Terdapat juga persoalan mengenai status GN3 Tricubes.

Tiada ulasan: