Jumaat, 30 September 2011

SATU CONTOH PERNIAGAAN BUMIPUTERA

KENAPA TAK SAMAN?





nota:
dalam buku ini disenaraikan
dengan jelas dan teperinci
bagaimana panddy kutty
menghabiskan 160 bilion ringit duit rakyat

pandy kutty tak berani jawab
kah kah kah






NAJIB BELUM JAWAB KOS SELENGGAR RUMAH RM49 JUTA
– keadilan daily

Ketika Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Muhyiddin Yassin- masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria- dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

“RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

NOTA:
lihat semua ini adalah projek
yang dijalan kan oleh madey

madey pakai duit petronas buat putrajaya
putrajaya kemudian diberi kepada syarikat anaknya
kemudian kerajaan sewa dari syarikat anaknya

dimana mana dlam dunia ini
madey telah dibenamkan dalam lumpur
inilah cara melayu menipu
inilah cara perniagaan bumiputera

hanya di malaysia sebuah negara islam pekara ini boleh berlaku
dalam negara lain teruatam negara kapir yang maklan babi
pekara macam ini tak akan berlalu

dalam negara kapir kalau ini cuba
dilakukan madey akan tenggelam dalam air ludah rakyat


TANDA DAN MAKNA ANWAR IBRAHIM


HENTIKAN PROJEK BODOHKAN MELAYU!













SEMIOTIK: TANDA DAN MAKNA


dari segi semiotik semua imej-imej ini
membawa tanda dan makna
kita hanya perlu memerhati
dan memahami tanda dan makna ini

ramai yang melihat imej
tetapi gagal memahami tanda dan makna
yang dibawa oleh imej

dalam satu bingkai imej
ianya membawa pelbagai naratif
kita boleh membuka bingkai ini
dan memahaminya satu persatu makna dan tanda yang dibawa



imej imej dibawah boleh dilihat
dengan dua naratif
kedua duanya adalah naratif induk
mungkin ada naratif sampingan tetapi
untuk pemahaman kita pagi ini
cukup diterangkan dua naratif induk

naratif pertama ialah naratif
orang yang dicium tangan

perhatikan kesemua imej ini
kesemua yang dicium tangan
matanya ada kala memandang juah
dari objek yang sedang mencium tangan
atau mata ke bawah melihat tangan yg dicium
ada bahasa badan yang dibawa oleh imej ini

sosok yang dicium tangan kelihatan bangga
dan matanya cuba meminta orang disekeliling
melihat apa yang sedang berlaku

bangga sendirian tidak bermakna
bangga hanya lahir jika ianya ke lihat
atau diketahui ramai

perlakuan ini hanya beberapa saat
tetapi imej ini telah berjaya merakamkan apa yang tersirat
jelas kelihatan yang dicium merasa dia lebih hebat
justeru kerana itu tangannya perlu dicium

matanya merayau keluar meminta orang
disekeliling lihat betapa hebatnya aku



dari kajian dan selidikan
maka kita akan mengetahui ini adalah manifestasi budaya feudal
yang di cium tangan itu adalah raja
yang lebih tingi dan berkuasa
yang memberi makan minum rakyat jelata

dalam imej imej ini menggambarkan
yang dicium akan merasa dirinya lebih hebat
berderajat tinggi justeru tangan perlu dicium
walau pun bukan raja
tetapi mungkin
berangan-angan dalam beberapa detik
ketika dicium ini merasakan dirinya raja

naratif kedua ilah diri yang mencium
sosok ini bejiwa hamba
jiwa yang telah telah dihambakan
ini lahir dari ratusan tahun penindasan
ini juga lahir dari zaman dimana raja dan
orang kaya memiliki hamba sahaya
ini adalah saki baki jiwa hamba
dizaman dimana raja itu adalah kuasa

kalau dalam budaya united malay national organisation
naratif kedua ini bermakna meminta projek
tunduk mencium tangan untuk menyampaikan niat meminta projek
aku tunduk pada mu
aku setia pada mu
aku menyokong kamu
aku akan mengundi kamu
berilah aku projek
inilah makna imej ini


gambar teratas memiliki naratif yang sama

tetapi

apa yang berbeza ialah orang yang dicium tangan
nampaknya orang yang dicium tangan ini
masih lagi memiliki budaya feudal yang ditanamkan oleh
united malay national organisation
walupun kita ada melihat sosok ini melaungkan reformasi

ini bermakna melaungkan reformasi sahaja tidak cukup
reformasi politik dan ekonomi tanpa reformasi budaya
tidak cukup kerana budaya jiwa hamba dan bodek
akan memusnahkan kejayaan reformasi politik

sayang nya - budaya tidak dapat dilihat
yang kita lihat hanyalah manifestasi budaya
justeru gambar teratas memperlihatkan budaya bodek dan jiwa hamba ini
telah mula meresap masuk ke dalam parti keadilan rakyat

warga pkr dan pakatan rakyat wajib sedar
apabila mereka melihat imej ini
merejka harus gentar dan berwaspada

mereka wajib sedar
bahawa hegemoni budaya jiwa hamba
dari united malay natonal organisation
masih kukuh dan luas dan berpengaruh

budaya jiwa hamba inilah yang membodohkan melayu

waspada!
jangan nanti bertukar kerajaan rupa rupanya
rakyat hanya bertukar tangan untuk dicium!

NOTA:
manusia semuanya sederajat
tidak ada yang lebih tinggi
dan tidak ada yang rendah

jika ada yang cuba merendahkan kita sebagai manusia
hanya satu jawapan: lawan!




HENTIKAN BUDAYA BODEK YANG MEMBODOHKAN MELAYU















Tiada ulasan: