Jumaat, 30 September 2011

ADA JUDI HALAL - ADA JUDI HARAM





HANYA LOGO HALAL JAKIM DIIKTIRAF - meloya

PUTRAJAYA 28 Sept. - Berkuat kuasa 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja yang boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara.

Serentak itu, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu Jakim.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.

"Untuk logo halal ini, pihak kita akan menguatkuasakannya pada 1 Januari 2012, bermakna selepas itu tidak ada lagi logo halal lain selain Jakim boleh digunakan, terutamanya di premis makanan dan restoran.

"Kalau ada yang gunakan logo lain, kita boleh ambil tindakan iaitu denda RM250,000 dan tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali, manakala bagi individu denda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof.

NOTA:
ini tak sangkut paut dengan agama
ini tak ada hubungan dengan ayat quran
ini tak ada kaitan dengan ajaran islam

cari kalau jumpa ayat tentang hal jakim?
carai kalau jumpa ayat tentang logo halal
ini lah cara melayu meniaga nak buat monopoli
ini lah perniagaan bumiputera
ada yang jual kontrek
ada yang jual projek
yang ini hanya jual logo


PAKATAN RAKYAT TERIMA SOKONGAN

SEMAKIN BANYAK RAHSIA DIBOCOR






nota:
utusan meloya 2 hari dahulu melapor
tentang ramai pegawai kerajaan
yang bocorkan berita kepada anwar
ini satu lagi contoh kah kah kah




BEKAS TENTERA BERSAMA PAKATAN RAKYAT 2 OKTOBER – harakah daily

Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.

Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

.... INI BARU GEROMBOLAN SEDAR..... kah kah kah..

.... GEROMBOLAN SELALU HEBOH HAL BEKAS TENTERA.... kah kah kah...

... RUPA RUPA NYA RAMAI BEKAS TENTERA PENYOKONG PAKATAN.... kah kah kah...

.... AYAHANDA DI KELAB MALAM... MACAM MANA?..... kah kah kah...



SABUISMA DAN HIGH NOON

MAT BRONSON DAN SABUISMA







SAYA TAK GENTAR AMARAN PERKASA - mkini

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

.... INI HIGH NOON IN DI PAROI.... kah kah kah..

.... PERKASA SURAH JADI PERAMAS.... kah kah kah..

.... PERTUBUHAN UNTUK MELAYU DAN BUMI PUTERA KINI JADI PERAMAS.... jkah kah kah...

.... KOUTA MELAYU HILANG.... SENYAP AJE?..... kah kah kah..

...NAMAWEE TIBAI UTUSAN MELOYA.... TAK CAKAP APA APA.... kah kah kah

.... ASIK ASIK MAT SABU.... kah kah kah...

... PERAMAS INI TAL FAHAM ... SEKARANG SUDAH ADA SABUISMA.... kah kah kah

PERKASA HILANG PEDOMAN

tak ada apa apa pun
tak ada lakukan apa apa pun
temberang taik kucinglaaaaa


PERKASA ANCAM LAGI PROTEST TERHADAP MAT SABU - mkini

PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Ketua PERKASA negeri itu, Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu,” kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian.

... PERKASA BERJUANG UNTUK BUMIPUTERA DAN MELAYU... kah kah kah....

....KOUTA MELAYU NAK DI LUPUS.... kah kah kah..

.... UTUSAN MELAYU KENA TIBAI OLEH NAMAWEEE.... kah kah kah..

....KENAPA SENYAP....BILA MELAYU NAK BERJUANG... kah kah kah...

.... NAMANYA HEBAT ...PERKASA... ...kah kah kah...

... BUKAN PERAMAS.... kah kah kah

..PERAMAS IALAH PERTUBUHAN ANTI MAT SABU....

Tiada ulasan: