Rabu, 25 Mei 2011

Pemimpin silih berganti, dari yang lemah kepada yang bertambah lemah

Kali ini mungkin banyak reaksi yang tidak menggemari pandangan saya tentang isu pembangunan negara. Saya tidak akan menyebut angka-angka secara ‘quantitative’ kerana ia akan membawa banyak lagi ‘confusions’ di kalangan yang membaca komen saya terhadap isu yang akan saya sebut ini. Sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara bermacam-macam telah di umumkan oleh beliau dengan ‘jargon-jargon’ yang besar untuk mengambil hati rakyat. Najib hendak menunjukan perbezaan beliau dengan pimpinan sebelumnya.

Tiada satu pun di antara initiatif yang beliau umumkan akan berjaya dilaksanakan dan ianya akan tetap tinggal sebagai retorik kosong yang tidak akan membawa apa-apa munafaat kepada rakyat kecuali kepada beberapa kerat yang berada di dalam senarai kroni yang disayangi.

Sebaliknya apa yang kita dengar ialah penarikan balek subsidi kos tambahan kepada rakyat yang tua-tua dan yang tidak mempunyai pekerjaan dengan membeli barangan yang terkandung di dalamnya kos dari cukai ‘GST’.

Saya sengaja menyebut isu ini kerana apa yang saya katakan kali ini akan berhadapan dengan kebenarannya. Mungkin banyak pihak yang akan membidas saya tetapi itu tidak mengapa kerana akhirnya nanti apa yang saya katakan ini akan terbuktikan kebenarannya.

Semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu rakyat mula mempersoalkan kewibawaan beliau setelah 2 tahun memgang tampok kuasa yang dipusakakan oleh Dr Mahathir. Malahan semasa beliau menjadi Timbalan PM lagi sudah ramai di antara rakyat yang bercakap secara senyap-senyap mempersoalkan kemampuan beliau mentadbir sebuah negara seperti Malaysia ini kerana kepada pandangan ramai beliau hanya seorang yang baik tetapi bukan seorang pemimpin yang baik.

Salah seorang dari rakan saya yang sekarang berada di dalam kabinet sekarang ini berkata menyatakan, jika orang baik seperti Abdullah ini di jadikan pemimpin dia (Abdullah) akan jadi pemimpin yang tidak baik. Orang baik dengan pemimpin yang baik ada dua perkara yang berlainan. Seorang yang baik tetapi tidak pemimpin yang baik jika diberikan tanggungjawab untuk memimpin dia akan akhirnya menjadi orang dan pemimpin yang kurang baik.

Tetapi itu bukan kesalahan Abdullah, kerana beliau lantik oleh Dr Mahathir. Begitu ramai yang mempersoalkan kemampuan Abdullah Mahathir seorang yang mengatakan Abdullah itu boleh memimpin. Tetapi sesiapa yang ada roh politik UMNO yang kuat akan memahami kenapa Dr Mahathir berkehendakan Abdullah untuk menggantikan beliau walaupun beliau (Mahathir) tahu yang Abdullah bukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi PM.

Ramai yang berfikir yang bercakap, apabila seseorang pemimpin diambil alih oleh yang lebih lemah darinya, pemimpin seterusnya yang akan mewarisi pimpinan negara akan datang dari mereka yang bertambah lemah. Bukan tidak ramai yang berkata semasa Abdullah mengambil alih kepimpinan negara, “bermula dari saat ini kepimpinan negara akan bertambah lemah dan lemah. Yang menggantikan Abdullah akan lebih lemah dari Abdullah dan sesiapa yang menggantikan pengganti Abdullah itu akan lagi bertambah lemah dan seterusnya begitulah sehingga parti dan pimpinan Melayu itu akan rebah dan tersungkur”.

Apabila pemimpin lemah mengambil alih negara, dia akan cuba menutupi segala kekurangan yang ada pada dirinya melalui penerampilkan diri yang cantik serta ‘disposition’ yang menarik. Kelemahannya akan ditutupi dengan perwatakan serta ‘personality’ yang hebat dan sebagainya. Pemimpin lemah akan mengutamakan ‘form’ dari ‘substance’ kerana ‘form’ itu berkemampuan untuk membina persepsi yang baik untuk dirinya walaupun ‘substance’nya tiada.

Tetapi menghadapi rakyat ramai, cara dan kaedah penerampilan secara ini tidak akan kekal. Akhirnya rakyat akan bertanya, “apa yang kita capai secara organiknya dalam pentadbiran ini?”

Apakah faktor yang memulakan kelemahan ini bercambah dan bercambah? Ianya bermula apabila Dr Mahathir tidak membentuk barisan pelapis yang boleh diyakini rakyat. Beliau lebih menumpukan untuk mengekalkan kuasa dan menerima siapa sahaja yang boleh memberikan dukongan serta sokongan terhadap beliau. Semua pemimpin yang seangkatan dengannya telah dinyahkan secara sistematik dan akhirnya hanya beliau dan kroni pemimpin yang lemah serta penuh dengan elemen negatif yang membinasakan negara.

Yang penting mereka-mereka ini menyokong beliau (Mahathir)..tidak kira mereka itu rasuah, lemah, politik wang penjenayah dan sebagainya. Selama 22 tahun beliau berpolitik secara begini, manakan nak jumpa lagi orang yang boleh memimpin kerana tidak seorangpun yang beliau didik untuk menjadi pemimpin yang berguna untuk negara.

Selebihnya pembaca boleh meneruskan apa-apa yang sauadara nampak tentang impak atau ‘consequence’ terhadap cara dan kaedah Mahathir memimpin negara. Salah satu sumbangan Dr Mahathir kepada negara ialah untuk membunuh dan membinasakan benih-benih baik untuk kepimpinan negara. Benih-benih baik ini merimaskan beliau untuk melakukan apa yang beliau suka dan kehendaki. Akhirnya beliau bejaya memerintah secara beliau selama 22 tahun tetapi tak dapat dipastikan samada pimpinan UMNO kepada negara ini akan kekala beberapa tahun lagi.

Sekarang ini kita berhadapan dengan cara Najib mentadbir yang penuh dengan retorik dan manisan mulut yang mengenakan. Bemacam-macam initiatif yang dilakukan tetapi ianya hanya tinggal sebagai initiatif di atas kertas. Ramai lah yang beriya-iya menyokong tetapi sudah ramai juga yang telah berfikir dan menganggap segala yang dilakukan oleh kepimpinan hari ini hanyalah ‘hiasan’ untuk mencantikan wajah buat sementara.

Apabila hendak tidur, segala hiasan dan kosmetik di muka dibasuh barulah kita sedar nampak segala lopak dan lubang-lubang di muka yang telah dilindungi oleh bedak hiasan dan ‘foundations’ yang ditempelkan kemuka kita siang tadi.

Besok kita bubuh kembali foundation untuk menghilangkan lopak dan lubang-lubang tadi dan malam nanti akan nampak kembali lopak dan lubang-lubang itu apabila foundation muka itu dibasuh.

Sampai bila nak sabar dengan keadaan ini?

Tiada ulasan: