Khamis, 25 November 2010

BILA MAT MONGGOL SUSAH HATI - MALIKUL SEMBAB SENYUM PULA

BILA MAT MONGGOL SUSAH HATI - MALIKUL SEMBAB SENYUM PULA

TAYANGAN DI TERUSKAN DI PARIS





NAJIB BIMBANG SIASATAN SCORPENE SEMAKIN MELUAS
– harakah daily

Najib Razak mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.

Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.
Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.

Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.

Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.

Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.

Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.

Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.

DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.

Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.

Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.

APA PUNYA DEGIL… CERITA INI TAK MAHU TENGGELAM…

…. SIASATAN DI TERUSKAN DI PERANCHIS...

MAKIN LAMA MAKIN DEKAT…...

MALIKUL SEMBAB SENYUM SAJA......

... TUNGGU BILA PULAK MAGISTRATE PERANCIS INI NAK PANGGIL....

MESTI GUMBIRA BAGI INFO PADA PERANCHIS…

... PASAL APA?... PASAL APA MALIKUL SENYUM?....

... HANG CARILAAA JAWAPAN NYA......


INI SILAP MATA LAGI

SELUDUP BERAS DI PASIR MAS



nota:
berapa banyak agaknya
beras diseludup dari siam
kemudian dimasukkan dalam beg beras
diberi mohor resmi




PUTRAJAYA TIDAK TAHU DAKWAAN SYED MOKHTAR AMBIL ALIH LAPANGAN TERBANG BAYAN LEPAS


Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa Kumpulan Syed Mokhtar Albukhary akan mengambil alih operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini, Abdul Rahim berkata beliau juga tidak tahu wujudnya cadangan seumpama itu.

“Saya tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan tidak tahu adanya sebarang cadangan ini,” katanya dalam reaksinya kepada soalan Ooi yang bertanya sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan.

BETUL.. BETUL ….BIJAK… AMBIL LAPANGAN TERBANG PUN ORANG TAK SEDAR…..

.. INI PASAL BANYAK PENGALAMAN MENYULUDUP BERAS…

BIJAK MENGHILANGKAN DIRI….…

…..HILANGKAN FAIL…..

SAMPAI PUTRAJAYA PUN TAK TAHU

SAPA YANG MENTABIR NEGARA INI?......

…. KERAJAAN ATAU CUKONG?.....…

nota:
apa jadi dengan kes rasuah pada sultan johor?
sprm tak siasat sampai mati ?


SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI

BERGERAK UNTUK BERTEMPUR




HINDRAF MOGOK LAPAR RAIKAN ULANGTAHUN KE-3
-mkini

Pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) akan menyambut ulangtahun ketiga demontasi besar-besaran mereka esok dengan melancarkan mogok lapar dan menyerahkan 18 tuntutan kepada kerajaan.

Anggota kumpulan itu dijadualkan berhimpun di KLCC pada jam 9 pagi esok, sebagai acara memperingati dakwaan bahawa komuniti India dipinggirkan secara sistematik di negara ini.

Peserta akan 'berpuasa' bermula jam 9 malam ini dan akan berbuka pada jam 3 petang esok. Berpuasa 18 jam itu merupakan simbol kepada 18 tuntutan mereka.

Pengasas Hindraf P Uthayakumar berkata seramai 50 peserta akan terlibat dalam acara tersebut yang mana ia diadakan kali kedua tahun ini.

"KLCC merupakan simbol kemajuan untuk Malaysia, tetapi 18 tuntutan kami yang menceritakan kedudukan sebenar komuniti India, sebahagian besarnya miskin dan dipinggir dalam negeri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

nota:
kita lihat dan nanti
apa reaksi isteri rosmah

masyarakat india dalam malaysia
adalah yang paling tertindas
jangan terperanjat jika ada orang india
jenerasi ke empat duduk dalam negara ini
tapi tidak ada kad pengenalan

jangan terperanjat jika orang india
secara nisbah adalah yang terbanyak duduk dalam
penjara walau pun mereka hanya 10% dari 27 juta warga

orang india ini sama macam orang melayu
selalu kena ikat kemudian di bungkus untuk dijual
yang jual india orang india sendiri
yang jual melayu adalah melayu sendiri






KENYATAAN RESMI

TRIBUTE UNTUK MAHAFIRAUN


KENYATAAN MEDIA:

24 NOVEMBER 2010


Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.


2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81).


3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.


5. Parti yang didakwa kecil oleh Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.


6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.


Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR




SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU

INILAH CONTOHNYA


nota:
inilah contohnya bahasa jiwa bangsa
pintu gate
kueh cake
go hed gostan
kasut boot
bodoh bangang



PERLU TEGAS PERTAHAN BAHASA MELAYU – berita hairan

Kerajaan diminta lebih tegas dalam memastikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas dan tidak dicemari secara sewenang-wenangnya dengan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melaksanakan akta khusus melalui penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Bahasa Melayu.

Ia dilihat sebagai satu elemen penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan itu, sekali gus meningkatkan jati diri rakyat Malaysia ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia melalui bahasa dan budaya.

Cadangan itu adalah rumusan daripada Forum Jati Diri kali keempat anjuran bersama Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Sarjana Komunikasi dan Media Malaysia (PERSKOM) serta Jabatan Penerangan di Dewan Bestari, Jabatan Penerangan, di sini semalam.

DEWAN BAHASA DAN PETAKA DAH JADI TIKUS HUTAN…

TAK ADA SIAPA YANG AMBIL POT…

.. GAPENA… GAPENSIL… GAKAPOR … SEMUA JADI GABODEK…

BILA PRINCINT DI PUTRA JAYA NAK TUKAR?....…


HANG INGAT PUTRAJAYA INI DI NEW YORK?.....


nota:
sesiapa ada masa sila pergi ke hospital tawakal
di jalan pahang. di bangunan baru semua ini
ditulis dalam bahasa landan macam hospital
ini untuk orang di landan.

tawakal ini milik kerajaan johor
johor tempat totok gerombolan
tapi tak pandai guna bahasa melayu
itu pasal nama gerombolan
hingga hari ini masih lagi
united malays national organisation
malu nak panggil pekembar

Tiada ulasan: