Rabu, 9 Disember 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
GST Tidak Membebankan, Kenyataan Mengarut


Analisis Isu
"Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua membidas kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut, Tony sebaliknya berkata, GST bukanlah langkah terbaik bagi mengatasi penurunan hasil cukai, selari dengan penurunan rizab minyak.

“Kami percayai ianya (alsan perlaksanaan GST) mengarut. Melaksanakan cukai melepasi sempadan tidak kira berapa peratus ia merupakan beban terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya.

Tony berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan yang terlalu bergantung kepada keuntungan minyak sehinggakan jika pendapatan sumber petroleum berkurangan, rakyat akan dibebankan dengan kenaikan cukai.

"Caranya adalah dengan meningkatkan produktiviti rakyat tetapi melabur dengan bijak yang diperoleh dari hasil minyak dan gas. Dengan cara itu, bila produktiviti meningkat, tahap pendapatan meningkat, cukai kepada kerajaan juga meningkat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh, Singapura merupakan sebuah Negara yang tiada sumber minyak dan gas tetapi kadar cukainya lebih rendah berbanding Malaysia dan pendapatan kerajaan lebih tinggi hasil daripada peningkatan produktiviti.

Pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah penurunan rizab bukanlah dengan mengenakan cukai lebih tinggi kepada rakyat tetapi meningkatkan produktiviti oleh rakyat untuk membolehkan mereka mempunyai pendapatan yang lebih,” katanya.

Tiada ulasan: