Sabtu, 15 September 2012

Punggah....Australia Tolak Sisa Lynas, Apa Tindakan Malaysia?


Lynas Corporation telah memohon Australia untuk mengimport sisa radioaktif dari loji penapisan bumi kontroversi di Kuantan, walaupun Canberra mengulangi dasar menolak sisa itu daripada negara-negara lain, kata seorang diplomat Australia.

Pengatur nuklear Malaysia, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata bahawa pelombong Australia itu di sisi undang-undang telah terikat untuk membuang sisa radioaktif dari Bahan Loji Lynas (LAMP) dan menghantar pulang ke Australia di bawah syarat-syarat lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan minggu lepas.

“Lynas telah mengemukakan permohonan kepada pengawal selia, Agensi Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA), untuk mengimport bahan dari Malaysia, “kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Australia kepada The Malaysian Insider.

“Permohonan itu akan tertakluk kepada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan Australia, “katanya.

Pentadbiran Perdana Menteri Julia Gillard tegas dengan pendirian mereka dan tidak sesekali membenarkan sebarang bahan berbahaya memasuki negaranya.

Tetapi jurucakap itu berkata bahawa Putrajaya dan Lynas menanggung tanggungjawab atas pelupusan sisa radioaktif dari loji penapisan bumi bernilai RM2.5 bilion itu.

“Persoalan mengenai pengurusan sisa dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Malaysia adalah perkara untuk kerajaan Malaysia dan Lynas fikirkan.

“Dasar lama kerajaan Australia adalah bahawa Australia tidak menerima sisa radioaktif negara-negara lain, “kata jurucakap yang enggan namanya disiarkan.

Lynas menerima TOL daripada pihak berkuasa Malaysia minggu lepas, memberi lauluan kepada loji pemprosesan nadir bumi itu untuk memulakan operasi walaupun terdapat bantahan awam meluas terhadap keselamatan dan alam sekitar.

Lynas berkata bahawa ia akan memulakan pengangkutan dan melengkapkan semua langkah-langkah untuk menyediakan memperkayakan bijih nadir bumi yang dilombong di Australia pada Oktober.

TOL membolehkan Lynas untuk beroperasi bagi tempoh dua tahun mulai 3 September lalu.

AELB telah menekankan bahawa Lynas mesti mematuhi segala keperluan dan syarat yang dikenakan oleh kementerian sains, teknologi dan inovasi melalui Akta Perlesenan Tenaga Atom.

Jumaat lepas, pengawal selia dilaporkan berkata semasa sidang media bahawa komitmen Lynas tidak terikat untuk membuang sisa radioaktif dari loji Gebeng kerana ia bukan syarat untuk TOL yang dikeluarkan awal minggu lepas.

Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, agensi hanya bergantung kepada komitmen unilateral Lynas tanpa meletakkan syarat “hitam putih”.

Beliau berkata, bagaimanapun, jika Lynas memecahkan komitmen untuk menghantar sisa di luar negara, AELB akan mempertimbangkan pilihan untuk mengambil tindakan terhadap pelombong itu.

“Saya pasti mereka akan membawa ia keluar. Lembaga telah memutuskan perkara ini (dan) mengambil kira tentang mereka akan mengambil ia keluar.

“Sekiranya tidak berlaku, terdapat pelbagai langkah dan pertimbangan bahawa yang boleh diambil oleh lembaga,” katanya.

Minggu lepas, lima penduduk Kuantan diberi kelulusan mahkamah tinggi untuk mencabar keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL kepada pelombong Australia itu.

Kuota eksport minyak sawit diberi kepada kroni Umno BN


PETALING JAYA 14 September: KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.
Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.
“Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya.
Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.
Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.
“Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi.
“Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.
“Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN,” katanya.
Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.
Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.
Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.
“RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Jumaat, 14 September 2012

Ucapan Perdana Menteri Singapura Dalam Bahasa Melayu.


Noh dan Mat Zin ibarat 'kerbau' kena sembelih

NOH, MAT ZIN: HENTIKAN PUBLISITI POLITIK MURAHAN TAHAP LELONG!

Susulan dari dakwaan beberapa pihak tertentu berhubung program terbaru kerajaan negeri bertajuk Di Ambang Merdeka, berikut adalah kenyataan KEADILAN Selangor dalam perkara yang cuba dijadikan isu politik murahan oleh UMNO dan BN Selangor.
WALAUPUN Hari Raya aidiladha masih jauh berbulan lagi, namun kita pada hari ini dapat melihat kelibat 'kerbau' yang bakal disembelih pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13U) sedang menggelupur, meraung dan mengerang walaupun pisau masih belum lagi melekat di halkum.
Tabiat mencari walau seinci alasan untuk kekal relevan oleh UMNO Selangor di ketuai oleh YB. Dato' Sri Noh Omar dan 'ayam sabung lama' YB. Ir Dato' Sri Mat Zin ini amatlah menyedihkan. Bahkah adakala menjadi begitu memualkan. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila Istana yang menjadi tonggak payung kesepakatan dan kesatuan rakyat Selangor masih 'cuba diheret' ke kancah politik kepartian, ditanam perasaan kebencian dan selanjutnya memecahkan ukhwah yang sedia terjalin walaupun penggal kuasa sudah memasuki tahun ke 5.
Adalah menjadi amalan biasa sesuatu acara besar peringkat negeri diadakan, Dato' Menteri Besar melalui mesyuarat Exco, sebelum bermulanya sambutan acara tersebut, telah pun mengamanahkan tugasan persiapan majlis kepada pegawai kerajaan nombor satu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk segala persiapan, jemputan dan prasarana yang difikirkan perlu dan berbelanja secara berhemah.
Jawatankuasa ini telah menjalankan amanahnya dengan baik, berpandukan amalan sebelum ini sebagai contoh dan menjadikannya suatu majlis yang meriah dan mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai pihak.
Sememangnya pihak yang sentiasa tidak akan puas hati ialah UMNO BN. Kemungkinan sambutan luar biasa itu menjadi sebab kurang senang mereka yang selama ini lena diulit dan dibuai oleh sang pengampu hingga disedarkan padatahun 2008 lalu.
Menerusi rekod bertulis, DYMM Sultan Selangor tidak hadir semua dalam sambutan dan acara kemerdekaan sebelum ini walaupun dibawah pentadbiran Kerajaan BN. Umum mengetahui bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri tidak dijemput ke sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Tetapi Pakatan Rakyat tidak menyerang Barisan Nasional seperti mana UMNO BN Selangor mencari publisiti murahan dengan memcuba berulang kali 'mengaitkan kemurkaan Istana'.
Melihat kepada tema politik 'Janji Ditepati' dan kerusi kerusi telah yang lebih awal lagi diasingkan untuk UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan kumpulan lain, maka apakah jenis sambutan kemerdekaan Kerajaan Persekutuan, dengan meminjam kata-kata 'Menteri Sewa Tanah' Noh Omar, yang menuduh Dato' Menteri Besar Selangor 'tidak tahu adat, budaya dan protokol'?
Apakah Kerajaan Persekutuan juga gagal memahami 'protokol, budaya dan tidak tahu adat' dalam membezakan 'antara majlis rasmi dan majlis politik'? Nah, silakan menjawap pula soalan ini!
Apakah kegagalan rejim Najib Razak menjemput DYMM YDPA dikira juga sebagai 'penghinaan kepada YDPA?' yang jelas kedudukan YDPA lebih tinggi statusnya daripada mana mana Sultan dalam negara ini.
Jika benar pandai sungguh UMNO BN dengan protokol, budaya dan adat kenapa jamuan raya UMNO BN Selangor di Rubber Research Institute (RRI) Sg Buloh 'dikudakan' di atas bahu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang dibawah Jabatan Perdana Menteri?
Noh dan Mat Zin wajar menjawap tuduhan dan dakwaan bahawa mereka memaksa Dato' Ghani Selaku Pengarah JPP atau ICU Selangor serta 'dicucuk hidung' supaya 'melepaskan' RM2 juta untuk hanya jamuan raya politik UMNO BN yang turut melibatkan kehadiran Pengerusi UMNO Selangor, Najib Razak! Ini jamuan raya UMNO BN Selangor atau ICU, Jabatan Perdana Menteri? KEADILAN Selangor mengesa agar pihak ICU memberi penjelasan segera kerana difahamkan bajet telah dikeluarkan oleh mereka dan penggunaan wang rakyat sudah berlaku.
KEADILAN Selangor ingin bertanya, kenapa Noh Omar dan Mat Zin 'bijak sungguh berbelanja' program Kerajaan yang dikendalikan oleh agensi Jabatan Perdana Menteri dengan setiap Dun diperuntukkan bajet RM25 sekepala dikalikan dengan 1000 orang dari setiap Dun bermaksud setiap Dun berbelanja sekitar RM25000 hanya untuk makan?
Persoalan kedua ialah, duit siapa yang digunapakai untuk program yang sepatutnya adalah program rasmi jabatan kerajaan tetapi menjadi program politik UMNO BN ini? Duit JPP @ ICU atau duit Pengarah, Dato Ghani atau duit UMNO BN? Atau ia adalah duit Noh Omar dan duit Dato Ir Mat Zin? KEADILAN Selangor yakin Noh Omar pasti mampu berbelanja jika perlu kerana kolam udangnya semakin bertambah besar.
Pastinya wang ini adalah duit rakyat yang berada di ICU! Jangan lupa Noh dan Mat Zin, rekod perbelanjaan majlis raya UMNO Selangor ada di tangan KEADILAN Selangor. Perbelanjaan khemah saja mencecah setengah juta ringgit. Perbelanjaan juadah 56 Dun disediakan dengan setiap Dun disasar membawa 1000 orang. Setiap anak muda dari NGO 'haram jadah' diberi RM50 seorang dan dikurung dalam pagar sehingga Najib tiba supaya semasa perasmian nampak ramai. KEADILAN Selangor mencabar UMNO menafikan penggunaan wang rakyat ini bukan bagi tujuan politik UMNO BN. Jika tiada penafian dalam seminggu, maka sah lah, UMNO BN adalah parti 'telunjuk lurus kelingking bersalut najis' yang wajar dikuburkan pada PRU13 akan datang. Inilah parti 'mengata dulang paku serpih' yang wajib dibuang dari Selangor.
Umum mengetahui sikap dwi-standard UMNO BN dalam perjuangan sia sia mereka mencari tempat untuk kembali memerintah negeri Selangor.
Umum juga mengetahui usaha mereka untuk memperbesarkan sekelumit kuman diseberang laut demi menunjukkan kepada Najib Razak bahawa mereka 'menjalankan kerja' dan Selangor 'bisa ditawan' tetapi gajah dibawah lebih 35 khemah di halaman RRI buat buat rabun pula matanya seolah olah tidak nampak langsung silapnya. Penggunaan duit rakyat yang dibawah agensi kerajaan seperti menggunakan wang sendiri oleh UMNO BN adalah perbuatan keji.
'One swallow does not a summer make'
Namun hakikatnya mereka hanya memberikan asap kelabu untuk mengaburkan pimpinan utama UMNO. Mereka sedar bahawa Selangor akan kekal ditangan Pakatan Rakyat dan usaha insignifikan ini hanyalah sekadar bungaan dan menyembunyikan hakikat sebenar.
Jemputan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai pemidato dan penceramah utama. Ribuan rakyat Selangor mengetahui bagaimana pada awal tahun 2012, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa artis menjadi penceramah jemputan untuk menghiasi suasana malam tahun baru. Rakyat seronok mendengar ceramah keagamaan beliau yang diselang-selikan lawak jenaka dan disertai golongan artis tua dan muda. Mengapa pula kedatangan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah jemputan tidak dikira sebagai menghina Istana?
Hakikatnya jika mahu dijadikan isu, daki di dinding bangunan boleh diperbesarkan TV3 dan dijadikan masalah yang bisa menggugat 'ketenteraman persekutuan'.
Penggunaan publisiti murahan oleh Noh Omar, Mat Zin dan UMNO Selangor bukannya perkara baru; baja cap dacing, racun cap dacing, gula tapung 1Malaysia, keropok sehingga menggunakan agensi lobi zionis haram untuk setakat berjumpa Presiden Amerika Syarikat (ini boleh dikatakan publisiti mahalan!) amat sinonim dengan UMNO BN. Lebih banyak isu remeh yang ditimbulkan, dan seterusnya dipatahkan oleh hujah oleh Kerajaan PR Negeri Selangor (sepertimana dakwaan anak pelakon lucah terkenal MCA berkaitan tanah TALAM), akan berbalik dan memalit diri mereka sendiri.
KEADILAN Selangor menasihatkan UMNO BN agar kurang menyerang tanpa hujah dan fakta. Kerana jika 'backfire' itu terlalu banyak, terlalu amatlah mudah bagi PR mengekalkan kuasa tanpa perlu berbuat apa-apa.
Kepada Noh Omar dan Mat Zin, boleh saja jika mahu mencari publisiti, tapi pilihlah agar ia bukan publisiti murahan yg bertaraf; tahap lelong! Jagalah status Menteri dan Bekas Menteri yang sepatutnya 'ada kelas'!

SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 12 September 2012

Beranikah umporno levelkan Sultan Johor tidak patriotik?

PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bayar RM500K lebih tinggi untuk harga sebuah 'RIV'


Pencacai-penccai UMNO telah melabelkan Tony Pua sebagai seorang yang tidak patriotik bilamana beliau sering mempertikaikan harga yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk memperolehi aset buat Angkatan Tentera Malaysia.


Perlu diketahui secara umumnya memang kebanyakkan aset yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia dibeli pada kadar harga yang jauh lebih tinggi oleh Kerajan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN.

Antaranya ialah Helikopter dan juga Kapal Selam selain itu Armoured Personnel Carrier (APV) juga menyaksikan perkara yang sama.

Dimana harga yang dibayar dengan harga semasa perjanjian ditandatangani adalah jauh berbeza.

Ketika perjanjian ditanda tangani harga untuk 257 APV ialah hanya RM1.7 Billion dan ianya disaksikan oleh Zahid Hamidi tetapi bila terbongkar harga yang dibayar oleh Kerajaan UMNO/BN ialah RM7.5 Billion, Zahid menafikan beliau menyaksikan perjanjian itu.

Artikel berkaitan isu Armoured Personnel Carriers (APV) itu sila baca di ( SINI )

Kali ini pula, bukannya Tony Pua yang mendedahkan tetapi Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim, Baginda mempersoalkan mengapa Rapid Intervention Vehicle (RIV) dibeli Baginda hanya berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Seperti biasa.. jawapan standard yang mungkin terdapat dalam SOP untuk menipu rakyat yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah.. 'Kami akan siasat.. kemungkinan harga ini berbeza ialah kerana spekasinya yang berbeza....'

Spesifikasi apa agaknya yang ditambah pada RIV (gambar atas) tersebut hingga harganya meningkat melebihi 300%.. iaitu lebih RM540,000 dari harga pasaran..

Apa yang kita perlu ketahui ialah.. Kementerian Pertahanan telah dijadikan sebagai lubuk untuk membina kekayaan oleh kebanyakkan pemimpin UMNO dan tindakan haram jadah mereka itu dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Scandal terbesar bukan Kapal Selam sebenarnya tetapi melibatkan lebih dari 40 buah jet pejuang jenis Skyhawk yang di simpan di Nevada, USA yang hilang dari inventori Angkatan Tentera Malaysia ...

Ianya berlaku diera pemerintahan Mahathir... sila baca di ( SINI )

Adakah pencacai UMNO akan melabelkan Sultan Johor juga sebagai tidak patriotik kerana mempersoalkan perbezaan harga RIV itu oleh pencacai UMNO?