Selasa, 4 Oktober 2011

Ratusan bilion di ‘sita’ dari Petronas: Kenapa Najib membisu?

Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?

“Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa,” ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini.

Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri.

Persoalan pokok Najib harus jawab

Apa sebenarnya yang dimaksudkan Seksyen 3(2) ialah CEO Petronas ialah Perdana Menteri dan ketika ini, beliau ialah Najib Razak. Dengan kuasa eksekutif ini, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas Petronas melalui Akta yang disebutkan. Justeru itu, beliau secara langsung atau tidak langsung boleh membuat keputusan atau bertanggungjawab dalam sebarang keputusan berkenaan rundingan isu pengeluaran petroleum yang mana beliau harus mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam ‘pemegang kunci utama’ yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran?

Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad?

Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya?

Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara?

Suruhanjaya Siasatan Diraja

Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik.

Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti. Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya.

Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat

Masa untuk kebenaran

Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandat dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat.

Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri.

Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan – (i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum; (ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum; (iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya; (c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat; (d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan.

Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum.

Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai ‘sulit’ walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya.

Jerat hampir mengena, tiada jalan keluar

Mungkin benar apa yang dikatakan tentang ahli Parlimen BN dari MCA – Chua Soi Lek dan dari Gerakan – Koh Tsu Koon yang mereka ‘kecut’ menaikkan isu ini. Tetapi kenapa? Adakah kerana Petronas dikepalai oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu ketua kepada semua ahli Parlimen BN? Apakah ahli Parlimen BN berani menyoal ketua mereka?

Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya.

Najib tidak boleh lari dari tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat untuk membongkar kebenaran.

Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malaysia sepatutnya menjadi negara ‘berpendapatan tinggi’ lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita.

Jika wang ini tidak disitakan!

Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama ‘budak-budak’ UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup.

Isnin, 3 Oktober 2011

BERITA DI NANTI NANTI DARI PARIS

NOTA:

ada pihak yang cuba mengagalkan kes ini
siapa kah pihak ini?

boleh kah mereka rasuah ketua hakim di paris?
boleh kah mereka padamkan kad masuk di lapangan terbang paris?
boleh kah mereka tak datang ke mahkamah?

mat mongol pasti tak datang walau pun di sapina
mahkamah jalan duta lagi tak nak datang
inikan di paris
lagi kecut buah zakar


datang tak datang mat mongol ke paris tak penting
yang penting mat mongol di sapina di mahkamah
bila sudah disapina
maka mat mongol dan suaminya
tak boleh lagi landing di eropah


inilah yang kita mahu
nama mat mongol disenaraikan di semua lapangan terbang eropah


ini lah yang kita rancang
kita bopengkan muka mat mongol

inilah tugas suci kita
untuk mengingati arwah altantuya!


SUDAH TERPERANGKAP



SCORPENE : NAJIB AKAN DISEPINA MAHKAMAH PERANCHIS : SUARAM – keadilan daily

LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

“Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya.



bila mat mongol terima sapina dari paris
dia akan kata - gua tak takut
bila dipanggil datang dia kata - gua tak mahu campur
kah kah kah
dulak dalik
kelik klok


MELELEH AIR LIUR MELIHAT

RAJA BERSIONG CARI MANGSA BARU







PUTRAJAYA TARIK BALIK AKTA BARU PEMBANGUNAN KG BARU - minsider

Di sebalik tekanan dan bantahan berterusan, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang sepatutnya dibacakan buat kali kedua di Parlimen yang bermula hari ini, ditarik balik.

Perkara itu dimaklumkan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat pagi ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter sebentar tadi, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

“Agenda pertama di sesi Parlimen ini, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik tarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru. Kemenangan Pakatan, Kg Baru selamat!” katanya.

... MELELEH AIR LIUR CUKONG.... kah kah kah..

...PUNAN PARA CUKONG NAK REMBAT TANAH KG BARU...kah kah kah..

..KESIAN.....RAJA BERSIONG TAK DAPAT DARAH..... kah kah kah

...ADA TUKANG JUAL KONTREK ...KENA PULANG BALIK DUIT PADA CUKONG..kah kah kah..

..TAPI YANG LENDIR TU NAK PULANG MACAM MANA?.... kah kah kah

NOTA:
kampong banda dalam
kampong chu badak
semua bersedia untuk bertempur
apabila kampong baru gagal para cukong akan cari mangsa baru!

NOTA:
kontrektor gerombolan
demam panas sekarang
selangor tak dapat cari makan
pulau pinang khalas
kampong baru pun tutup
kah kah kah


NOTA:
paling bahaya ialah
pantai dalam dan kg kerinchi
raja bersiong akan cekik darah
orang kampong disini - tak percaya
tunngu dan lihat - habis tanah kena rembat
rumah rumah rakyat akan dipindah paksa

hanya satu cara untuk selamatkan
hapuskan raja bersiong
hapuskan gerombolan



PASTI REBAH WALAUPUN BERUBAH

PERJUANGAN KONTREK DAN PROJEK




AHLI UMNO PERLU ABAI KEPENTINGAN DIRI : MAHATHIR – berita hairan

Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Mahathir Mohamad.


Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti.

“Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti... sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
“Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri.

“Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar,” katanya.

Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan.

.... INI BANYAK SUSAH WOOOOI..... kah kah kah..

...INI BUKAN PENYAKIT BARU.... kah kah kah...

...INI SUDAH JADI DARAH DAGING..... kah kah kah...

.... KALAU MAT PET ADA JARUM DAN UBAT.....kah kah kah..

...KALAU GEROMBOLAN... ADA PROJEK DAN KONTREK.... kah kah kah..

..TAK ADA KONTREK KENA REJEK.... kah kah kah..

...TAK ADA PROJEK BOLEH BLAAAAAh..... kah kah kah...

...KALAU MAT PET BOLEH MASUK PUSAT SERENTI.... kah kah kah..

.....KALAU GEROMBOLAN.... DAH MATI BARU RETI.... kah kah kah...

... TAK ADA PROJEK MACAM MANA NAK JUAL KONTREK ...kah kah kah

ADA KONTREK ADA PROJEK



NOTA:
yang bagi duit
yang bagi derma
yang bagi tenaga itu datang dari penyokong pakatan
kalau gerombolan
tak masyuuuk
tak jadi apa



KENAPA MAHAFIRAUN CAKAP MACAM INI

MAHAFIRAUN LAWAN RAJA GOPAL




NOTA:
ingat raja gopal saja raja
mahafiraun pun ingin
mengopal gopal juga






MAHATHIR: UMNO BOLEH KALAH BESAR JIKA PRU 13 SEKARANG
- minsider

Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, dia menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.
“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Mahathir.

... BETUL KE CAKAP FIRAUN INI?...... kah kah kah...

...APA MAKNANYA CAKAP INI?...... kah kah kah...

..APAKAH .MALIKUL SEMBAB BELUM BERSEDIA UNTUK GANTI MAT MONGOL?.... kah kahb kah...

.... ATAU ANAK FIRAUN BELUM SEDIA UNTUK MAT MONGOL?..... kah kah kah..

...PERSOALAN SEKARANG SIAPA YANG AKAN GANTIKAN MAT MONGOL?.... kah kah kah..

NOTA:
atau rosmah juga merancang
dan belumm bersedia untuk
lawan dengan mahafiraun
dan menjadi janda sekali lagi

Ahad, 2 Oktober 2011

Halang qazaf, bertentangan prinsip Islam- bekas mufti

SHAH ALAM: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan melaksanakan prinsip Islam bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.

Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiaya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil.

“Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri.

“Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah (dalam Islam),” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada 25 September lalu yang menyatakan kerajaan mengambil kira prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu matlamat untuk mempertahan Agama, nyawa, maruah, akhlak dan harta benda.

Najib menjelaskan demikian ketika menegaskan kerajaan menolak hukum hudud semasa merasmikan karnival 1Malaysia di Batu Tualang, Batu Gajah Perak.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, prinsip Maqasid syariah tidak seharusnya menjadi sekadar ungkapan, tetapi harus dibuktikan melalui pelaksanaan.

“Dalam konteks Malaysia, Najib sepatutnya mengamalkan Islam dalam seluruh kepimpinannya,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Jumaat, 30 September 2011

Skandal Scorpene: Lodin Wok dan rakan korporat Najib...

Beribu-ribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap di hadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.

Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia. Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan. Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.

Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-beli senjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan sebuah kapal selam jenis Agosta.

Razak Baginda dan Perimekar

Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Razak Baginda. Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib. Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.

Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar, merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan ‘komisen – imbuhan’ tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.

“Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Star pada Julai 2010.

Situasi ini berlaku di Malaysia di mana para menteri bersumpah taat setia kepada ‘ketua penyamun’, parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.

Masalah besar

Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil. Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk. Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?

RM570 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul. Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.

“Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah,” ujar Timbalan PResiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung.”

Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes

Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.

Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera (gambar kanan). Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.

Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada tahun 2010 yang lalu.

Apakah ‘peralihan korporat’ terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan penyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin? Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai 'wang pelincir'? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?

Soalan penting yang penting untuk dijawab. Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.

BHIC ambil-alih Perimekar?


Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad. Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.

Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.

Semua ‘kebetulan-kebetulan’ tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak. Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara daripada lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara. Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)

Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.

Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.

“Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Melihat akan kenaikan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukan pembelian senjata direndahkan. Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009.

Walau bagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta akibat ‘anggaran paras rendah’ untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.

Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?

SATU CONTOH PERNIAGAAN BUMIPUTERA

KENAPA TAK SAMAN?





nota:
dalam buku ini disenaraikan
dengan jelas dan teperinci
bagaimana panddy kutty
menghabiskan 160 bilion ringit duit rakyat

pandy kutty tak berani jawab
kah kah kah






NAJIB BELUM JAWAB KOS SELENGGAR RUMAH RM49 JUTA
– keadilan daily

Ketika Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Muhyiddin Yassin- masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria- dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

“RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

NOTA:
lihat semua ini adalah projek
yang dijalan kan oleh madey

madey pakai duit petronas buat putrajaya
putrajaya kemudian diberi kepada syarikat anaknya
kemudian kerajaan sewa dari syarikat anaknya

dimana mana dlam dunia ini
madey telah dibenamkan dalam lumpur
inilah cara melayu menipu
inilah cara perniagaan bumiputera

hanya di malaysia sebuah negara islam pekara ini boleh berlaku
dalam negara lain teruatam negara kapir yang maklan babi
pekara macam ini tak akan berlalu

dalam negara kapir kalau ini cuba
dilakukan madey akan tenggelam dalam air ludah rakyat


TANDA DAN MAKNA ANWAR IBRAHIM


HENTIKAN PROJEK BODOHKAN MELAYU!













SEMIOTIK: TANDA DAN MAKNA


dari segi semiotik semua imej-imej ini
membawa tanda dan makna
kita hanya perlu memerhati
dan memahami tanda dan makna ini

ramai yang melihat imej
tetapi gagal memahami tanda dan makna
yang dibawa oleh imej

dalam satu bingkai imej
ianya membawa pelbagai naratif
kita boleh membuka bingkai ini
dan memahaminya satu persatu makna dan tanda yang dibawa



imej imej dibawah boleh dilihat
dengan dua naratif
kedua duanya adalah naratif induk
mungkin ada naratif sampingan tetapi
untuk pemahaman kita pagi ini
cukup diterangkan dua naratif induk

naratif pertama ialah naratif
orang yang dicium tangan

perhatikan kesemua imej ini
kesemua yang dicium tangan
matanya ada kala memandang juah
dari objek yang sedang mencium tangan
atau mata ke bawah melihat tangan yg dicium
ada bahasa badan yang dibawa oleh imej ini

sosok yang dicium tangan kelihatan bangga
dan matanya cuba meminta orang disekeliling
melihat apa yang sedang berlaku

bangga sendirian tidak bermakna
bangga hanya lahir jika ianya ke lihat
atau diketahui ramai

perlakuan ini hanya beberapa saat
tetapi imej ini telah berjaya merakamkan apa yang tersirat
jelas kelihatan yang dicium merasa dia lebih hebat
justeru kerana itu tangannya perlu dicium

matanya merayau keluar meminta orang
disekeliling lihat betapa hebatnya aku



dari kajian dan selidikan
maka kita akan mengetahui ini adalah manifestasi budaya feudal
yang di cium tangan itu adalah raja
yang lebih tingi dan berkuasa
yang memberi makan minum rakyat jelata

dalam imej imej ini menggambarkan
yang dicium akan merasa dirinya lebih hebat
berderajat tinggi justeru tangan perlu dicium
walau pun bukan raja
tetapi mungkin
berangan-angan dalam beberapa detik
ketika dicium ini merasakan dirinya raja

naratif kedua ilah diri yang mencium
sosok ini bejiwa hamba
jiwa yang telah telah dihambakan
ini lahir dari ratusan tahun penindasan
ini juga lahir dari zaman dimana raja dan
orang kaya memiliki hamba sahaya
ini adalah saki baki jiwa hamba
dizaman dimana raja itu adalah kuasa

kalau dalam budaya united malay national organisation
naratif kedua ini bermakna meminta projek
tunduk mencium tangan untuk menyampaikan niat meminta projek
aku tunduk pada mu
aku setia pada mu
aku menyokong kamu
aku akan mengundi kamu
berilah aku projek
inilah makna imej ini


gambar teratas memiliki naratif yang sama

tetapi

apa yang berbeza ialah orang yang dicium tangan
nampaknya orang yang dicium tangan ini
masih lagi memiliki budaya feudal yang ditanamkan oleh
united malay national organisation
walupun kita ada melihat sosok ini melaungkan reformasi

ini bermakna melaungkan reformasi sahaja tidak cukup
reformasi politik dan ekonomi tanpa reformasi budaya
tidak cukup kerana budaya jiwa hamba dan bodek
akan memusnahkan kejayaan reformasi politik

sayang nya - budaya tidak dapat dilihat
yang kita lihat hanyalah manifestasi budaya
justeru gambar teratas memperlihatkan budaya bodek dan jiwa hamba ini
telah mula meresap masuk ke dalam parti keadilan rakyat

warga pkr dan pakatan rakyat wajib sedar
apabila mereka melihat imej ini
merejka harus gentar dan berwaspada

mereka wajib sedar
bahawa hegemoni budaya jiwa hamba
dari united malay natonal organisation
masih kukuh dan luas dan berpengaruh

budaya jiwa hamba inilah yang membodohkan melayu

waspada!
jangan nanti bertukar kerajaan rupa rupanya
rakyat hanya bertukar tangan untuk dicium!

NOTA:
manusia semuanya sederajat
tidak ada yang lebih tinggi
dan tidak ada yang rendah

jika ada yang cuba merendahkan kita sebagai manusia
hanya satu jawapan: lawan!




HENTIKAN BUDAYA BODEK YANG MEMBODOHKAN MELAYU