Rabu, 3 Februari 2010

LETAK JAWATAN TIDAK CUKUP - GUNAKAN AKTA HASUTAN

Kemarahan pelbagai pihak terhadap Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar (GAMBAR) tidak berhenti walaupun beliau telah diminta meletakkan jawatan oleh bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata, kerosakan telah dibuat oleh Nasir dan diambil tindakan disiplin termasuk menggunakan Akta Hasutan.

"Apa yang sangat dikesalkan lagi adalah kenyataan ini dibuat dalam majlis anjuran JASA tentang konsep 1Malaysia," kata Ong Tee Kiat.

Pengerusi Biro Perhubungan MCA, Datuk Ti Lian Ker juga mendesak agar Nasir disiasat di bawah Akta Hasutan dan diambil tindakan sebagaimana rakyat biasa yang lain.

Ini kerana kenyataan beliau itu sangat sensitif dan merupakan satu kenyuataan provokasi kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Kenyataan Nasir nampaknya membayangkan sikap sebenar Umno dan pentadbiran negara terhadap konsep 1Malaysia yang dikemukakan Perdana Menteri itu.

"Kalau sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyidin Yassin) juga dilihat berbeza dengan pendirian Najib, kini Pegawai Khas Najib sendiri sudah jelas tidak bersama konsep 1Malaysia beliau," kata seorang pemerhati politik ketika mengulas kejadian ini.

Dalam kejadian di Melaka semalam, Nasir telah menyifatkan orang Cina dan India di negara ini sebagai pendatang dan kerajaan (Umno) boleh menarik taraf kerakyatan mereka bila-bila masa-masa.

Nasir juga didakwa berkata, orang Cina khasnya wanitanya datang ke Malaysia untuk menjual tubuh.

Ekoran kenyataan beliau itu, ramai peserta program anjuran JASA itu meninggalkan majlis.

Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya itu.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.

Ditanya sama ada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.

Di JERANTUT, pemimpin Pakatan Rakyat Jerantut membuat laporan polis berhubung kenyataan Nasir itu.

Yang Dipertua PAS kawasan, Dr Hamzah Jaafar yang selesai membuat laporan di Balai Polis di sini, mahu kerajaan mengambil tindakan serius dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi mencegah mana-mana pihak daripada mengeluarkan kenyataan berbau perkauman yang boleh membahayakan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Kami memohon suatu langkah yang pro aktif dibuat bagi membendung sebarang unsur berbau hasutan dan perkauman dicegah dan diambil tindakan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Kami menuntut pihak polis melakukan penyiasatan dan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau mana-mana peruntukan undang-undang supaya perbuatan sedemikian tidak lagi berulang,” katanya.

Pengerusi Kelan Penyokong PAS Kaum India Pahang Balasubramaniam a/l Nachippan kesal dengan kenyataan itu dan mahu tindakan keras diambil.

“Kenyataan yang datang dari Pegawai Khas Perdana Menteri itu tidak boleh diterima. Tak cukup dengan minta maaf atau letak jawatan. Itu tak berkesan. Dia boleh diberi jawatan lain, kita mahu pengajaran yang keras terhadap penghasut perkauman,” katanya.

Turut hadir dalam membuat laporan polis itu ialah pimpinan PAS kawasan, ahli kelab penyokong PAS dan pimpinan DAP Jerantut.

DESAKAN SUPAYA NAJIB DAN ROSMAH DIPANGGIL BERGEMA DI MAHKAMAH

Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Datuk Seri Anwar dibicarakan.

Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.

Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.

Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.

"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.

"Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.

Dalam perbicaraan itu, Saiful yang dipanggil sebagai saksi pertama berkata, beliau berhenti dari menjadi pegawai Anwar kerana tidak tahan dipaksa melakukan seks luar tabii.

Pihak pendakwa pula memberitahu mahkamah pihaknya menemui air mani Anwar di luar dan dalam dubur Saiful.

Sedang sebelum ini, doktor yang memeriksa Saiful menegaskan tidak terdapat sebarang tanda berlaku seks luar tabii it.u

"Kita akan membuat soal balas terhadap semua keterangan Saiful ini dan kita yakin akan menang," kata Anwar ketika mengulas keterangan Saiful itu.

Bagi Anwar, keterangan Saiful itu tidak mengejutkan beliau dan sudah menjangkakannya.

"Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini," kata Anwar.

DARI JALAN DUTA

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN


BERIBU BANGUN MELAWAN
WARGA DATANG MENYOKONG
KARPAL SINGH

Peguam bela Karpal Singh meminta hakim
menangguh sehingga esok kerana pihak yang
dituduh akan mengadakan pertemuan dengan
Mahkamah Rayuan esok.

BERPUSU-PUSU

Terlalu ramai yang nak masuk mendegar.
Banyak datang untuk menyokong !

Tapi:
Ada yang nak masuk frame.
Ada kaki bodek.
Ada tunjuk muka.


SAKSI

Lebih 21 orang saksi dijangka dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Ketua Pendakwaan Nordin Hassan yang menganggotai pasukan pendakwaan ketika dihubungi memberitahu, saksi-saksi tersebut turut melibatkan beberapa doktor hospital kerajaan dan swasta serta dua ahli kimia.




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

KIBARKAN BENDERA HITAM !


MAHASISWA SEDIA DEMO LAGI - malaysiakini

Mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan terus membantah jika keputusan siasatan dakwaan penyelewengan pilihan raya kampus (PRK) Khamis lalu, tidak menyebelahi mereka.

Menurut Pengerusi, Gabungan Mahsiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh setakat ini mereka belum dimaklumkan mengenai hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti.

"Sekiranya perlukan tekanan, kita akan buat demonstrasi lagi," katanya.

nota:

salut untuk anak muda
salut untuk yang berani
salut untuk mengubah dunia!



UNTUK HATI ANAK-ANAK MUDA

HATI IBU KEPADA ANAK




HATI ANAK KEPADA AYAH

Tarikh: 2 Februari 2010

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!

Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yg menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.

Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.

Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.

Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?

Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak.Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, YAB Menteri Besar Neg Kelantan, AL Fadhil Dato’ Tuan Guru Nik Aziz pagi tadi – hadir bersama , menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.

NURUL IZZAH




ADA BERAPA MALAON - CUBA TEKA

DENGAR SINI AMBO NAK ROYAK

TINDAKAN KU LI TIDAK BOLEH DITERIMA -melayau

Mahathir Mohamad berkata, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan pentas pembangkang dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh boleh menggunakan saluran lain seperti forum untuk menyatakan pandangan.

Kata Mahathir, dia juga boleh berjumpa Najib Tun Razak dan bukannya menggunakan pentas parti pembangkang.

“Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk suarakan pandangan saya.

“Tengku Razaleigh juga boleh bercakap dengan Perdana Menteri jika Perdana Menteri mahu berjumpa beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan ASEAN Logics 2010 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini hari ini.

SAYA TAK LAYAK KRITIK TENGKU RAZALEIGH : MADEY - mStar

Mahathir Mohamad menganggap bahawa beliau tidak layak untuk mengkritik tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan pentas pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

ADA ORANG PEKAK JADI WARTAWAN KE APA?..

DALAM PRORAM YANG SAMA..

SATU MALAON YANG SAMA ..

TAPI..LAPORAN MACAM DUA MALAOAN BERCAKAP.

INI YANG BUAT SATU MALAYSIA JADI CANTFUSE..

BUKAN CANTFUSE LAAA... KONFUSE..

CANTFUSE ITU... BARANG LAMA TAK BOLEH PAKAI.

nota:
untuk pelajar media
ilmu ini tidak wujud dan bukan disiplin ilmu yang diajar.

ilmu ini tidak diajar di fakulti media
ilmu ini hanya wujud di fakulti al-bodeki

dalam bahasa inggeris ilmu ini di panggil - manufacturing news
dalam bahasa french ilmu ini dipanggil - le neouvels shit
dalam bahasa melayu ilmu ini dipanggil - cara menipu dan membodohkan orang Melayu
Ni Baru Pembantu, Tuan Dia Lagi Lah!!


Ini adalah manusia yang mengeluarkan kenyataan paling jijik dan paling bodoh dalam sejarah Malaysia. Sumpah aku katakan inilah manusia yang paling kotor dan mengejikan yang pernah hidup dalam sejarah Malaysia.

Kalau dia ini bodoh dan menjijikkan, bagaimana pula Tuan dia. Tuan yang sanggup mengambil mangkuk ini sebagai PEMBANTU KHAS...ingat...PEMBANTU KHAS!!

Nak tau sapa TUAN DIA?




Bukan yang laki tu...tu yang perempuan tu...
ermm dia la PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SEBENAR!! .

Kasihan rakyat Malaysia...memang kasihan.

Munawar:
Kenapa Mahkamah Malaysia takut?



Saya mahu mereka sedar ketidakadilan akan berterusan selagi mereka terus menafikan perbicaraan yang adil di mahkamah terhadap saya.

Perasaan tidak bersalah membuat saya tekun dan tabah untuk terus menuntut keadilan, kerana ia merupakan hak asasi manusia paling asas yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia.


Pengalaman pahit getir saya di bawah sistem kehakiman Malaysia”
Oleh Munawar A Anees, Wall Street Journal

ARIZONA: Hampir 12 tahun lalu, saya terdampar di hospital tempatan sebagai seorang tahanan yang yakin berpihak kepada yang benar.

Kehilangan kebebasan yang saya alami hanyalah kerana hubungan profesional dan peribadi saya dengan Anwar Ibrahim, yang pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Kami difitnah dalam satu kes yang direka cipta bahawa kami melakukan perbuatan liwat secara sukarela.

Pemenjaraan politik sebegini, apabila didorong oleh motif yang jahat, membawa kesan sengsara ekoran dinafikan hak-hak seorang mangsa. Ia bertindak seperti pedang dua mata. Ketika bebebasan seseorang direntap oleh penzalim maka ia membuat seseorang itu sedar bahawa dia berada dalam keadaan lemas dan gelap gelita akibat di penjara di bawah tanah.

Maka kesedihan mula menyelubungi diri apabila seseorang itu sedar bahawa kedua-dua badan dan juga pemikiran menjadi mangsa kepada tindakan kezaliman.

Itulah yang membezakan pemenjaraan ekoran dari perbuatan jenayah yang sebenar dengan perbuatan mereka yang mendakwa dan menganiaya orang-orang lain yang tidak bersalah. Kesengsaraan yang dialami tidak pernah padam.

Tahanan ke atas saya oleh Polis Cawangan Khas Malaysia mengajar saya bagaimana kita dapat rasai derita ekoran dipaksa berpisah daripada isteri dan anak-anak.

Bagaimana saya dapat rasai apabila diperiksa dan dirampas, dilarang membuat panggilan telefon, digari, ditutup mata, dibogelkan, dibawa dalam sangkar binatang, dicukur botak, disoal siasat tanpa henti, dimalukan, dimasukkan dadah, dilarang dari tidur, dan diseksa secara fizikal.

Saya dapat rasai bagaimana diugut, digertak, dipermainkan oleh peguam-peguam polis, diseksa untuk membuat pengakuan palsu, terpaksa dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit jantung akibat didera, dan dilayan sebagai pesakit mental dengan tanda-tanda simdrom Stockholm.

Cukup untuk menyambung hidup dengan diet berupa beras hancur dan ayam bersama 12 kali ambil ubat-ubatan dalam sehari, menghabiskan masa hampir 126 hari digari 24 jam pada katil saya, di bawah perhatian warden-warden penjara.

Insiden-insiden yang begitu tragis ini telah menghancurkan saya dan keluarga saya. Mala petaka yang menimpa dari segi kewangan, psikologi, kesan sosial masih terngiang-ngiang ditelinga walaupun setelah satu dekad peristiwa dahsyat itu berlaku.