Jumaat, 19 Oktober 2012

Najib dan pemimpin Umno kian meracau!

Ramai rakan saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? Menjerit dan terpekik terlolong sana sini? Saya cakap biasalah- tanda-tanda orang yang sudah sasau dan meracau.
Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO.
Tiupan pertama pada PRU-13 ini  akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. Habis PRU- UMNO dihidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana-sini?

Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama dua hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasanya tidak ada isu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir di atas tangga istana Johor.

UMNO parti untuk orang bangsawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.

Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa-rupanya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun terdedah kepada malapetaka ciptaan UMNO. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan.

Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata tak apa- ianya tidak berlaku di tempat kita.

Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil-alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.

Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana-sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampaknya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya.

Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.

Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exconya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah daripada kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.

Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat pajakan 999 tahun, orang Melayu dapat yang serupa. UMNO beri pegangan bebas bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.

Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasannya daripada lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar daripada lot rumah orang Melayu atau Cina.

Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda membela bangsa, agama dan negara!

Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak-kanak Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai-nilai buruk.

Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.

Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat-sifat dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang dibentuk.

Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.

Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila-bila masa, jauh lebih baik daripada standard Ibrahim Ali. Perkongsian kuasa dalam PR dibina diatas komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korupsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. Ianya diasaskan di atas dominasi gangsters UMNO dan hegemoni UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.

Mengapa sibuk dengan kabinet bayangan? We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us.

Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana-sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.

Kita pun tahu kabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja Nong Chik. Siapa peduli?

Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada kabinet. Buat waktu ini, kita fokus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.

Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calon UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calon oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah! Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?

Palanivel kata dia akan berikan undi dan sokongan India kepada BN. He is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. Sama-sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.

Tiada ulasan: