Selasa, 1 November 2011

Jika BN terus berkuasa, fotokopi saja LKAN setiap tahun

Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya ingin memanfaatkan fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut untuk dikongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut ke dalam bahasa Melayu. Mudah-mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.

Begini bunyi komen Walla.

Pendedahan yang memualkan oleh Laporan Ketua Audit Negara( LKAN) membatalkan semua rasa gembira dari Bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang dipimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam-imam perang UMNO dan Napoleon-napolean kecil.

Pengundi-pengundi simpanan tetap - penjawat awam, guru, bekas tentera dan polis serta petani yang akan mendapat faedah daripada Bajet 2012, menikmati itu semua di atas penghukuman yang dikenakan ke atas sektor swasta dan akan memudaratkan aliran tunai masa depan negara ini. Semua mereka ini yang akan menerima imbuhan jawablah sendiri sama ada bolehkah mereka mendapat durian runtuh itu semua, tanpa rompakan dan samun yang berleluasa yang tidak dibendung?

Di mana mereka dapat menunjukkan muka ketika mereka menadah tangan menerima imbuhan yang disebut dalam Bajet 2012? Bagaimana rupa wajah sang guru wanita ketika dia mendapat gaji baru sambil menyatakan bahawa harap-harap gaji bertambah tidak bermakna kerja pun bertambah?

Sektor swasta yang menyumbang jumlah cukai untuk membiayai pembelian kerajaan sekarang akan berfikir dua kali sama ada mereka mahu terus membayar cukai kepada kerajaan yang hanya pandai memutar-belit, cuai, mencuri dan bercakap soal perkauman yang ekstrem.

Mat Salleh yang menjadi pakar runding pembentukan imej PM Najib akan mendapati tangannya terlalu penuh. Bagaimana dia mahu menunjukkan bahawa Najib ok manakala di sekeliling Najib kucar-kacir? Pinjam tongkat sakti Hermione? (Hermione ialah watak budak perempuan yang bersama dengan Harry Potter). Memakai minyak pati SK-11? Atau suntikkan Botox ke atas pentadbiran Najib?

Sejak awal lagi, rakyat diberitahu dengan tegas bahawa kita akan menjadi sebuah negara kaya dunia pertama; sebutan yang menyukakan seperti transformasi, kerajaan yang mengambil berat dan prihatin, 1 Malaysia, dan sebutan-sebutan ringkas PEMANDU tumbuh seperti buih untuk menggambarkan aura kemajuan dan kejayaan. Tapi sebenarnya, di belakang tabir, mereka membohongi rakyat yang dijanji-palsukan dengan masa depan yang bersyuraga-loka di bawah pimpinan UMNO.

Dari proksi perniagaan dalam GLC kepada pemalsuan harga yang menjahanamkan, UMNO telah menipu dan mencuri daripada rakyat negara ini dan melemahkan semua sektor-sektor ekonomi kita.

Suatu ketika dahulu, kita mempunyai sistem kawalan dalaman. Kita ada undang-undang serta peraturan dan protocol. Semua ini dilaksanakan tanpa rasa takut, berat sebelah atau berbau perkauman. Hari ini, terutama sejak rejim talam dua muka Mahathir, semua ini telah dianak-gampangkan.

Sejajar sangat dengan tradisi lanun Bugis dari Sulawesi, semuanya dihalalkan asal sahaja status quo yang menyokong penyandang kerajaan dipelihara; dan mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan berada di atas undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan hanya untuk rakyat bawahan dan orang biasa yang akan dimomokkan dengan pelbagai cerita seram supaya memastikan yang berkuasa terus berada di tampuk kuasa.

Jika tidak, bagaimana kita menerangkan Dr Mahathir dikebalkan dengan selimut Teflon yang kalis peluru manakala Professor Dr. Aziz Bari hanya perlu ditakutkan dengan sebutir peluru? Walhal, cacian ke atas raja Melayu yang dilakukan oleh Dr Mahathir dahulu lebih dahsyat dari yang termampu dibuat melalui teguran seorang tokoh akademik. Pencacai UMNO yang dahulunya mengkencing para raja Melayu hari ini tampil ke hadapan konon menjuarai kemaksuman raja-raja Melayu. Podah lah!

Sila beri kita jawapan bagaimana Piawai Ilahi boleh dipeliharai apabila prinsip-prinsip keadilan semuanya dikorbankan untuk tujuan muslihat politik, kerakusan peribadi yang akhirnya mendedahkan hipokrasi dan permunafiqan bangsa Melayu untuk diperlihatkan kepada seluruh dunia. Di manakan harga diri orang Melayu? Malu orang Melayu menggelarkan diri mereka Melayu jika berpegang kepada hipokrasi UMNO ini.

Untuk apa semua hipokrasi ini?

Untuk mendapat bayaran progres pertama dari pembinaan hospital yang mengenakan caj RM 1 juta per katil?

Atau untuk mendapat pandangan daripada seorang jaguh longkang yang berani memukul seorang insan lain yang tidak boleh mempertahankan diri sehingga lebam seluruh anggota dan mengorbankan hak seorang manusia lemah mendapat perlindungan dari yang berkuasa dan gagah walaupun yang mengharapkan ehsan itu lain bangsa dan agamanya?

Sesungguhnya, bangsa Melayu kita sudah diberi makan dengan rerumput kebodohan oleh pimpinan zalim di negara kita.

Bayangkan-laporan Ketua Audit Negara itu hanya ibarat puncak gunung salji sahaja, tip of the iceberg. Ini yang termampu dikesan oleh pasukan audit negara daripada maklumat yang ada dalam rekod dalam tempoh audit yang terhad ketika sentiasa dalam pemerhatian pegawai-pegawai yang bermuka masam dan kemarahan.

Bagaimana pula hal-hal yang mencurigakan yang hanya mampu disahihkan dan diterangkan oleh kemahiran perakaunan dan rekod simpanan akaun yang belum sofistikated? Kita tidak boleh terangkan kecuali menyatakan, kita belum cukup ilmu untuk menerangkannya. Jika sektor swasta boleh mempunyai perkara-perkara seperti pasaran bayangan, tidak mungkinkah sektor awam juga mempunyai perbelanjaan bayangan?

Bagaimanakah rakyat yang siuman akan mempercayai kerajaan ini walaupun sesaat.

Maka di sinilah letaknya jawapan mengapa kita semua mesti bising apabila Laporan Ketua Audit Negara dikemukakan- sebab amanah rakyat sudah dicabul. Apabila amanah, keyakinan dan kepercayaan sudah dicabul, tidak ada harapan lagi untuk kita mengharapkan kerajaan ini akan melakukan yang baik dan ikhlas. Setiap waktu dan saat adalah satu lagi lembaran muka perlakuan jenayah yang akan hanya dilapor dalam laporan audit tahun hadapan.

Sebab itulah sebagai contoh, walaupun berada sendiri dalam majlis tersebut, MP dari Bagan Datuk tidak boleh membezakan antara harga pasaran dan harga yang dibayar kepada kontraktor kroni UMNO. Perbezaan ini YB, bukannya RM6 tapi Enam Bilion Ringgit. Itu RM 6,000,000,000. Enam Ribu Juta ringgit. Tentu YB fahamkan.

Bayangkan berapa banyak paket angpow hijau atau merah yang boleh terhitung oleh seribu jebat si anak tani yang membanting tulang dalam kerjaya masing-masing? Dan seorang bekas Komrad perjuangan rakyat menyifatkan inilah Bajet yang terbaik kerana memuliakan para petani dan pesawah. Bersyukurlah kerana saudara komrad sudah terjumpa jalan pulang.

Adakah jumlah wang yang begitu besar akan mengalami nasib serupa seperti dalam projek-projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan antaranya, kapal selam yang tidak boleh tenggelam, kapal peronda yang terkinja-kinja, tangki yang bocor, dan program latihan yang melibatkan peralatan elektrik di tempat yang tidak ada bekalan elektrik yang hampir pula dengan ampangan yang dibina beratus juta Ringgit yang tidak ada air! Hampir-hampir saya ingatkan yang menjadi Menteri Pertahanan ialah Samy Vellu.

Pada masa yang sama, elok kita bertanyakan soalan, ketika lidah kita masih belum kelu, mengapa wang simpanan EPF rakyat dijadikan Ah Long dan Ceti yang membiayai syarikat-syarikat tenat?

Adakah dengan memberi pinjaman-pinjaman raksasa kepada syarikat-syarikat tertentu, tanpa jaminan bayaran semula dan di luar penglihatan pemegang saham dana ini yang sebenarnya- iaitu lebai malang rakyat biasa- adakah kerajaan berkata bahawa mereka telah menemui zikir atau jampi yang akan menghindari pencarum-pencarum EPF daripada malapetaka kerugian yang mengerikan?

Kalaulah pinjaman itu semua gagal dibayar, adakah kerajaan akan mengambil langkah mencetak matawang di kilang percetakan matawang mereka di Shah Alam untuk menampung kekurangan dana caruman, atau sebagai langkah untuk menyokong gerakan hijau, mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas cetak, kerajaan akan menggalakkan pencarum-pencarum yang pencen supaya mati segera?

Atau adakah, dengan segala pembohongan ini, sebetulnya rakyat mampu menyimpulkan sikap sebenarnya kerajaan terhadap rakyat dengan satu sebutan? Iaitu:- TiuuKauw

Rakyat sudah diliwat kau-kau, dan yang menyedihkan diskrew oleh screwdriver yang harganya juga harga bohong. Tiu Niamah Kahai!

Bila kita penat duduk di halaman rumah kerana digigit nyamuk dan mengiang telinga dek cegkerik, kita pun menekan remote control televisyen kita dan memasang TV. Kita lihat berita RTM1, saluran yang biasanya kita cuba elak untuk menonton, kecuali kita mahu tonton bagaimana pembaca berita cuba sedaya upaya untuk senyum senyum palsu.

Di muka TV kita lihat budak Naza mengadakan sidang akhbar untuk membina HUB kewangan KL. Kos pembinaan hub tersebut ialah 25 ribu juta Ringgit. Bagaimanakah syarikat yang mendapat AP ini, dan memperolehnya dengan cara yang menimbulkan banyak pula keraguan memperolehi hak untuk menguasai projek ini? Ini tiba-tiba timbul.

Tidak ada tender atau apa-apa pun. Mengapa projek ini diberi kelonggaran daripada membayar cukai selama 10 tahun, sama seperti penyewa dan ya habibi penyewa dari timur tengah yang diberi keistimewaan yang serupa? Ini tenant dan penyewa yang jadi sahabat baik kepada budak Cina yang bernama Jho Low yang menganggap Rosmah Mansur sebagai kakaknya yang baik hati?

Dan di manakah nanti kita dapat mencari para pekerja yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris yang diperlukan untuk mengendali industri dalam hub tersebut, mereka yang kita perlukan untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pasaran kewangan global, mereka yang kita perlukan untuk berhubungan dengan terminal Bloomberg dan yang akan membuat analisis power point macam budak-budak Idris Jala?

Mungkin dari Pagoh, Bagan Datuk, Sembrong atau Jerlun agaknya?

Inikah caranya kita mencapai taraf ekonomi pendapatan tinggi? Dengan cara memalsukan harga tender kepada suatu jumlah yang menyusahkan kita untuk menyebutnya sementara 90% dari rakyat terasa cubitan bisa beban inflasi yang meninggi tapi pendapatan yang mendatar? Atau mungkin rasa perit itu datang dari gula-gula istimewa yang dibeli dari kedai yang dilanggani oleh Giat MARA?

Perlu diingatkan- bila kerajaan mengumumkan projek MRT yang berkos RM50 billion, mereka menyatakan bahawa 90% kosnya akan dibiayai oleh sektor swasta dengan belanja kerajaan hanya 10%. Sekarang ini nampaknya, 100 percent belanjanya akan disubsidikan oleh kerajaan dengan wang rakyat dan melalui pengambilan semula tanah terpilih dengan cara sama yang dipakai bila kerajaan mahu membina bangunan Matrade, iaitu satu lagi projek kroni Barisan Nasional!

Inilah caranya bagaimana projek-projek besar dalam negara ini dimulakan. Semua projek ini tidak akan dibina secara sempurna atau mengikut standard yang telah dipersetujui. Yang menepati piawai dan standard 100% ialah memastikan pelaburan dan perbelanjaan kerajaan itu disalurkan kepada akaun makhluk halus yang bersembunyi di belakang tabir yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa yang terlalu tinggi kosnya untuk anak-anak kita semua.

Inilah keadaannya yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya, dahulu, mereka bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka. Sekarang mereka melakukannya tanpa segan silu dan meludahi muka kita dan terus melakukannya.

Jadi saya tanya soalan cepu mas ini? Adakah UMNO sudah berubah? Tidak! Mengapa? Jawablah bila anda senang-senang.

Itulah sebabnya, antara alasan mengapa kebobrokan yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara berlaku ialah kerana penjawat awam tidak tahu cara melakukan kerja-kerja mereka. Dan itulah sebabnya, mengapa, mengikut Ketua Setiausaha Negara yang berasal dari Kampong Cheruk Paluh, Pekan itu, pegawai-pegawai tersebut, pada tahun hadapan akan meninjau harga pasaran sebelum mereka membeli apa yang patut dibeli. Kepala hotak kau!

Apa yang perlu kita lakukan? Kita semua mesti bangun daripada lamunan khayal. Laporan OSK yang bertajuk Election Factsheet 20 October 2011 mempunyai dua peta. Peta-peta ini menunjukkan taburan geografi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan negeri. Manfaatkannya dengan terbaik, awang weh!

Ingatlah- dalam tahun 2004, kawasan-kawasan berwarna biru sudah diseparuhkan di kawasan-kawasan yang jumlah penduduknya rendah manakala warna parti pembangkang menguasai semua kawasan yang ramai penduduk dan kawasan-kawasan bandar. Apa yang sudah terjadi? Itulah yang dikatakan tsunami politik. Rakyat jelata sekarang harus mara dengan cara ala-pasukan kereta kebal.

Lakukan pukulan maut!

Manfaatkan mesin-mesin pemotong daging yang mahal-mahal seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Gunakan dengan terbaik, satellite, computer mainframe, pasukan kuda yang dibeli tapi tidak boleh bersukan kuda, gunakan juga PATI dari seberang yang berbondong-bondong diangkut dengan bas serta dieskot oleh polis untuk segera diberi latihan keusahawanan supaya dapatlah mereka bersaing dengan bumiputera asal di negara ini. Enak sekali dong! Mampir lagi!

Betul atau tidak?

Tiada ulasan: