Ahad, 16 Oktober 2011

Mahalnya Landasan Keretapi kita... China USD16 Juta/KM tapi kita USD133Juta/KM...



Bijaknya UMNO/BN meng'kurus'kan perbendaharaan negara.. bandingkan kos bagi pembinaan landasan keretapi ini..

Kos bagi pembinaan landasan MRT Sungai Buloh sepanjang 150Km berjumlah RM50 Billion atau lebihkurang USD17 Billion atau USD133Juta perlu dibelanjakan bagi setiap Kilometer.


Tetapi kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan China yang menghukum mati dengan ditembak dikepala bagi setiap pesalah rasuah, bagi membina landasan sepanjang 1,318 Km adalah USD22 Billion, purata bagi setiap Kilometer adalah USD16 Juta sahaja..

Perlu diketahui landasan yang dibina ialah landasan untuk Keretapi paling laju di dunia dengan kelajuan mencecah 350Km/J spesifikasinya sudah tentu jauh lebih baik dari MRT itu..

Kenapa agaknya ya.. kalau nak dikatakan kos buruh kita lebih mahal dari kos buruh di China kebanyakkan pekerja yang terlibat adalah warga asing yang dibayar murah..

Nak kata kos material kita mahal.. kenapa kita tidak import dari China material yang dikatakan mahal itu?

Anggaran diatas dibuat ketika nilai bagi 1 US Dollar (USD) = 2.9411 Malaysian Ringgit (MYR) harap maklum..

Tiada ulasan: