Isnin, 13 Jun 2011

Mengapa Khir Toyo tak perlu dedah sumber wang tunai

Mantan menteri besar Selangor dituduh memperolehi untuk dirinya dan isteri Zahrah Syed Kecik harta bernilai yang diketahui di bawah nilai sebenar.

Ia adalah dua keping lot tanah dan sebuah rumah di No 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam,dari Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta pada hal lot-lot tersebut dibeli Ditamas pada 23 Disember, 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan Khir masih berjalan dimahkamah dan walau masyarakat fikir ia kes rasuah ,tapi ia adalah lebih spesifik 'Penjawat awam mendapat harta tanpa mengambil tahu ,dari orang-orang yang berkepentingan dalam urusan perniagaan atau perbincangan oleh seorang penjawat awam" -seksyen 16 Kanun Keseksaan.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan tidak di istilah sepatutnya seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ditanya mengapa Khir tidak didakwa dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara Abdul Gani Patail hanya berkata : "Seksyen 165 Kanun Keseksaan hanya ditetapkan dibawah Akta SPRM."

Shamsuddin tidak perlu buktikan dia ada kepentingan

Ditetapkan ,boleh jadi,tapi pertuduhan terhadap Khir bukan tuduhan rasuah atau menerima rasuah kerana tidak sama dibawah Akta SPRM,tanggungjawab untuk membuktikan rasuah atau penerimaan rasuah pihak lain tidak mendapat untung dari transaksi itu juga ditanggung pihak pembela.

Akta SPRM sepatutnya memaksa Khir membuktikan bahawa dia tidak, dalam jawatannya sebagai menteri besar, menawarkan apa-apa imbuhan atau memihak pada Shamsuddin, pengarah Ditamas,dimana Seksyen 165 tidak memerlukan ini.

Itulah sebab mengapa Shamsuddin,yang juga dituduh bersama Khir,terlepas bebas.Ia tidak menjadi isu walau ia ada mendapat sesuatu keuntungan besar dari Khir sebagai balasan menjual hartanah dengan harga teramat rendah,Khir tidak perlu membuktikan Shamsuddin tidak mendapat apa-apa. Dan jika pun Shamsuddin mendapat untung,tidak menjadi hal? Seksyen 165 percaya Shamsuddin hanya sebagai mangsa dalam kes ini.

Ya,Khir boleh senyum. Shamsuddin pun sama tidak perlu beritahu adakah dia beruntung dari memberi diskaun pada Khir. Aspeknya perjanjian itu boleh jadi satu rahsia istimewa antara mereka untuk selamanya.

Betapa baiknya peguam negara, SPRM dan kerajaan BN.

Diskaun masa dipenjara.

Tambahan pula bukan saja Khir mendapat diskaun dalam pembelian itu, peguam negara juga memberi diskaun masa dipenjara.

Dibawah Seksyen 165, Khir boleh dikenakan penjara selama 2 tahun dari jika dibawah SPRM yang memperuntukan 20 tahun. Dalam erti kata lain diskaun yang memesungkan-kali ini penjimatan sebanyak 18 tahun dari masa dipenjara.

Langkah bijak pihak berkuasa dalam melindungi kroni mereka.

Tidak perlu beritahu dari mana jutaan ringgit didapati.

Tiada juga kewajipan untuk Khir menyatakan bagaimana dia mengumpul jutaan ringgit yang digunakan untuk pembelian dan kemudian pengubahsuaian untuk rumah itu. Dia masih boleh nyatakan ada mengambil pinjaman dari bank seberang laut selagi boleh menunjukkan dokumen sokongan pada pernyataannya.

Apa saja soalan bagaimana dan dari mana dia mendapat jutaan ringgit boleh ditolak dengan alasan tidak relevan dengan kesnya.

Walaupun itulah soalan sebenarnya ,bukankah begitu? Rakyat atau warganegara mahu tahu, bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh membolot sebanyak jutaan itu. RM3,5 untuk pembelian dan tambahan ubahsuai rumah RM6.5 juta tunai.

Adakah Khir Toyo memberi apa-apa imbuhan pada Shamsuddin untuk mendapat diskaun RM3 juta itu? Adakah ini kes terpencil atau ada banyak lagikah perjanjian-perjanjian yang dibuat semasa menjawat jawatan menteri besar, dimana dia memperolehi wang dan harta tambahan dengan korupsi?

Inilah persoalan-persoalan yang tidak akan disoal semasa perbicaraan dan tidak akan menjadi berita yang tersiar. (oleh media-media pandi kutty-tambahan dari penterjemah)

Ditulis oleh Maclean Patrick - Malaysian Chronicle

Tiada ulasan: