Rabu, 29 Jun 2011

BERHEMAH TINGGI ?

NOTA:

sila buat bandingan
antara gambar di atas dengan
gambar di bawah

mana yang lebih berhemah tinggi
kah kah kah


BERHEMAH?





BN TERUS BERJAYA JIKA AHLI BERHEMAH TINGGI
– berita hairan

Jenama Barisan Nasional (BN) akan terus berjaya pada masa depan jika setiap ahli berhemah tinggi, sentiasa berbudi dan mendampingi rakyat kerana ia terbukti sebagai produk yang masih laku, diterima dan disanjung, kata Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, selepas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, BN memenangi sebahagian besar pilihan raya kecil dengan peningkatan majoriti, selain sekali lagi membentuk kerajaan negeri di Sarawak dengan majoriti melebihi dua pertiga walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi pembangkang.

Beliau berkata, ia menunjukkan rakyat menaruh keyakinan dan pengharapan besar kepada BN dan berikutan itu tiada sebab ahli hilang keyakinan seolah-olah BN lemah atau bukan lagi jenama yang boleh dipasarkan.


BERHEMAH ATAU BERKEMAH











TIPU SULTAN DAN MELAYU KENA TIPU

MAKAM HARIMAU MYSORE


nota:
ini pun makan tipu
tapi ini makam Tipu Sultan (1950-1799)
raja Kerajaan Mysore
yang mati berjuang menentang British
di Mysore Indian

arwah ini bukan mati kena tipu
kah kah kah





SUBSIDI RM74 BILION : KERAJAAN TIPU RAKYAT, KATA PAKAR
– mkini

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

GEROMBOLAN INI SEDANG SAUK KIRI SAUK KANAN…. kah kah kah..

KERJA HANYA MENIPU SAHAJA… kah kah kah..

SEBELUM MENIPU… BODOH DAN BANGANG KAN ORANG RAMAI DULU…. kah kah kah..

..YANG JADI MANGSA ORANG MELAYU…. kah kah kah..

nota:
tanya mak cik felda
kalau beras tak ada ada
boleh rebus ketuanan melayu atau tidak

kalau duit anak nak sekolah tak ada
boleh jual ketuanan melayu atau tidak
kah kah kah


NOTA:
orang melayu ini
pagi pagi ditipu majikan
tengah hari di tipu utusan
petang petang ditipu barisan
malam malam ditipu gerombolan

hidup dengan harapan
mati menunggu janji
kah kah kah



TAK ADA KELAS PUNYA MALAON

ANAK BERANAK KAMI MAKAN FREE






nota:
ini belum masuk kira
berapa banyak belanja
untuk anak nak berancuk
kah kah kah






RM17 JUTA DIBELANJA UNTUK LAWATAN PM DAN ISTERI
- mkini

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.

Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.

Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.


KOS LAWATAN NAJIB , ROSMAH RM17 JUTA – harakah daily

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

nota:
lihat dan baca sendiri angka-angka ini
lihat dan baca sendiri untuk fahami
lihat dan baca sendiri duit siapa ini

lihat dan sedarilah

Tiada ulasan: