Jumaat, 15 April 2011

Kekebalan Luarbiasa Tiga Datuk 'Tunggul'

Assalamualaikum wmbk sekelian pembaca yang dihormati,

Pelik dan ajaib! Itu saja yang mampu dikatakan bila ada undang-undang boleh di'kelentong'kan tanpa segelumit perasaan malu dan bermaruah. Ada undang-undang porno (Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah) tapi bagi tiga datuk badut yang tidak bermaruah yang melanggar atau tidak mematuhi undang-undang tersebut seperti di'kebal'kan atau adakah satu dari beberapa agenda parti sekutu apco yang lebih besar untuk 'menyokong' menjelang PRU Sarawak!

Kelicikan mereka kini melencong pula pada jam tangan berjenama Omega, kini PDRM menumpukan pada jam tangan tapi penyiasatan terhadap para penayang video porno seperti diambil mudah atau mereka tidak bersalah atas perbuatan mereka!

Perlu bertanya adakah menjadi satu kesalahan jika kita menayangkan video lucah dan memanggil beberapa orang awam untuk menjadi penonton atas apa jua sebab sekali pun?

Keberanian dan ketegasan luarbiasa mempamer, menayang dan menjemput para pengampu media arus perdana yang memang telah pun dicucuk hidung macam lembu pawah ditempat eksklusif pula yang memang kerajaan pusat ada kepentingan. Juga pelik mengapa pihak hotel tersebut tidak didakwa bersubahat dalam penayangan porno oleh PDRM!

Ini menguatkan lagi keterlibatan pihak gerombolan teratas parti sekutu apco umno-bn yang memang menyerang habis-habisan Pakatan Rakyat khasnya ketua umum PKR DSAI.

Jika perbuatan tidak bermaruah dan senonoh ini dari PR atau penyokongnya, mesti tidak sampai setengah jam PDRM sampai menyerkup bulat-bulat tanpa belas kasihan. Tapi inilah undang-undang Malaysia yang sering ternoda hanya kerana sebab segelintir yang dipilih atau dari parti pemerintah di'boleh'kan, tiada kesalahan seperti jawapan seorang menteri mangkuk pada pemberita yang bertanya apa tindakan terhadap kesalahan mereka menayang porn lucah itu? Ia bukan mahu buat duit atau cari untung! Begitulah bangang dan bahalolnya taraf menteri Malaysia bila kena pada kroni-kroni sekutu umno@apco!

Jika seorang bertaraf menteri boleh tergamak cakap begitu bayangkan pula apa lagi yang rakyat marhaen Malaysia mahu harap dari ketelusan atau keikhlasan untuk menguatkuasakan undang-undang? Apakah hanya kerana mereka terdiri daripada datuk-datuk umno@apco-bn tidak salah dan kebal? Undang-undang ditafsir ikut acuan apco-bn kah?

Pekikan pula kedengaran mahu ditubuh suruhanjaya diraja menyiasat konon kes berprofil tinggi tapi meletupnya Altantuya bukankah juga berprofil tinggi? Apa kejadah haram jadinya suruhanjaya siasat kes mangkuk kroni mamak mahazalim yang berkata bunyi macam saya, nampak macam saya tapi bukan saya!

Raja lawak pun kalah lakonan lawak cara badan siasatan ini, jika berani dan telus mahu diadakan suruhanjaya siasatan lantiklah dari pegawai-pegawai atau hakim-hakim yang telah bersara dan berwibawa, baru boleh dilihat telus dan beramanah bukan saja beretorik kosong.

Lihat saja beberapa suruhanjaya siasatan lalu dan keputusannya sangat meragukan, juga mendukacitakan. Bila kes-kes begini terjadi dan disamping kerajaan persekutuan menyarankan konon rakyat didahulukan maka patutkah undang-undang ditolak tepi kerana yang terlibat berpangkat datuk-datuk atau dari parti pemerintah!

Di mana keadilan terhadap rakyat Malaysia? Dari jatuh bangunan, tertembak, mati secara misteri, meletup bersepai, pembunuhan tanpa motif dan banyak lagi kejadian pelik-pelik yang memualkan tapi tiada ketelusan dalam perlaksanaan undang-undang, yang hanya dipilih-pilih.

Apakah Malaysia mahu menandingi negara Zimbabwe atau Somalia? Di mata dunia janganlah dilihat seperti Darul Kartun atau Darul Porno, malu rakyat marhaen oleh kerana beberapa 'ekor' latuk dan pemimpin atasan yang tidak bermaruah, tidak malu dan berwibawa langsung. Sehingga ramai ulama-ulama menyuarakan kekesalan mereka terhadap segelintir Melayu beragama Islam boleh bertindak begini, seperti kes video kelolaan tiga datuk!

Orang Melayu Islam sebenar tidak mungkin melakukan kerja dajal begini walau apa niat sekalipun, tapi sudahlah ber'title'kan datuk tapi buat kerja yang sangat keji lagi hina.

Sejarah Malaysia telah membuktikan beberapa kes berprofil tinggi dan berat melibatkan orang atasan termasuk yang bergelar datuk, hingga ada yang terjerumus ke penjara beberapa individu yang dipilih-pilih kesnya.

Ini semua patut membuka minda dan mata rakyat Malaysia betapa penting memilih wakil untuk rakyat, untuk membela bukan menzalimi rakyat. Banyak terjadi penganiayaan tanpa pembelaan tapi masih lagi seperti buta mata dan hati akan segala kebejatan didepan mata, apakah kerana gula-gula dan suapan projek mee segera semua itu lupus?

Bertindak bijaklah memilih pemimpin dan parti yang telus tanpa rasuah, salahguna kuasa, zalim secara licik dan tersembunyi mengaut, menyauk dan memfaraid khazanah negara tanpa kasihan pada rakyat. Bila undang-undang diguna untuk menghalalkan cara, rakyat terima padah.

Tiada ulasan: