Jumaat, 29 April 2011

BOLEH MAIN PAS PAS - MACAM PAKAI BIK MAMA

SEMUA BISA DI ATUR PAK!


nota:
buat pahala pun
boleh wakil wakil










RAHIM WAKILKAN ESKAY SUMPAH LAKNAT BAGI SEMUA
- mkini

Ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

INI CUKUP BAIK…..

BOLEH WAKIL WAKIL…..…

DATUK ESKAY BANYAK BUAT PAHALA KERANA SUMPAH UNTUK KAWAN DAN SAHABAT……

….NANTI DATUK ESKAY DAPAT DUA BIDADARI DI SYURGA MACAM MANA?...….

… NAK BOLOT SEMUA ATAU NAK BAGI SATU PADA TAMBI?....…

BOLEH PAS PAS … MACAM PAKAI BIK MAMA……

..KALAU MACAM INI LEBIH BAIK TUBUH SYARIKAT SUMPAH LAKNAT…..

AMBIL KOMISEN UNTUK SESIAPA YANG NAK BERSUMPAH…...

INI SATU PELUANG PERNIAGAAN YANG CHINA DAN INDIA TAK BOLEH MASUK….…

…. KALAU LEBAI DAN ALIM ULAMA YANG JADI SAKSI… MAHAL SIKIT…..

KALAU IMAM DAN KADI YANG JADI SAKSI… LEBIH MAHAL…..

KALAU ORANG KAMPONG JADI SAKSI TAK MAHAL…..

KALAU NAJIB , MUHYIDDIN DAN AHLI GEROMBOLAN JADI SAKSI… PALING MURAH……

MAT BOROI




KETUANAN MELAYU BERNIAGA MENIPU

MUKA PENIPU



nota:
inilah muka melayu bumiputera islam
yang kerjanya menipu
cari projek
cari tender
bila china marah
tuduh china tak patriotik
tapi meniaga menipu
inilah contoh perniagaan melayu bumiputera





DAP: APAKAH PM AKAN BATALKAN EMAIL SATU MALAYSIA?

-mkini
DAP mendakwa apa yang telah berlaku menunjukkan projek emel 1Malaysia jelas merupakan satu percubaan untuk mendapatkan wang daripada satu proses yang sepatutnya percuma.

Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata kini sudah jelas
bahawa penyedia perkhidmatan tersebut - Tricubes Bhd - akan mengautkan keuntungan besar daripada skim tersebut.

Ini kerana syarikat itu akan mengenakan bayaran RM0.50 ke atas agensi-agensi kerajaan bagi setiap transaksi emel - bercanggah dengan kenyatan awal Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak perlu membayar apa-apa untuk projek tersebut.

"Ini akan mengakibatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh setiap agensi kerajaan sekiranya mereka menghantar satu emel sahaja kepada jangkaan 15 juta pengguna," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua (kiri) mendakwa pentadbiran Najib ada kaitan dengan
rancangan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada pelan transformasi ekonomi dan Malaysia Venture Capital itu (Mavcap) - milik penuh kementerian kewangan - adalah pelabur dalam Tricubes.

Kekeliruan yang melucukan itu, katanya, ditambah pula dengan Mavcap yang serta-merta membuat satu penafian secara tidak langsung yang pelaburan adalah untuk projek emel 1Malaysia, tetapi sebaliknya adalah satu lagi anak syarikat Tricubes - Tam Tam Sdn Bhd - yang terbabit dengan penjualan bergerak produk automasi.

Oleh kerana keseluruhan skim itu telah didedahkan, Pua berkata,
Najib seharusnya tidak lagi senp tentang kontroversi tersebut dan menghentikan segera projek itu bagi mengelak agensi-agensi kerajaan membuat bayaran yang sedemikian tinggi.

..INI PROJEK TIPU RAKYAT……

PAKSA JABATAN KERAJAAN KENA BAYAR…...

EMAIL DARI YAHOO… GMAIL… HOT MAIL…SEMUA PERCUMA…..

INI SYARIKAT DARI NEGARA NEGARA KAPIR …..

TUAN PUNYA SYARIKAT INI MAKAN BABI DAN MINUM ARAK…...

TETAPI TIDAK AKAN MENIPU…..

TAPI SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA ISLAM… YANG TUNGGANG TUNGGIT…..

MULUT BERBUIH BUIH BERDOA…..

PERGI UMRAH TIAP TAHUN…. ..

TAPI MENIPU ORANG RAMAI….

BILA CHINA MARAH TUDUH CHINA TAK PATRIOTIK…..

… BILA INDIA MARAH … TUDUH INDIA TAK KENANG JASA…..

INI LAH MUKA MELAYU MENIAGA….…

BUAT LAH KEJA HALAL…. KALAU TAK PANDAI MENIAGA … JADI JAGA LEBIH BAIK….…


KENYATAAN RASMI

SUMPAH LAKNAT MESTILAH MENGIKUT PRINSIP SYARAK


Petaling Jaya, Selangor, 28 April 2011, KEADILAN ingin menjelaskan bahawa isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak tentang keperluan Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah laknat (mubahalah) hendaklah diselesaikan mengikut prinsip dan kaedah syarak.


Cara yang telah disarankan tersebut adalah tidak menepati dengan kaedah syarak yang sebenarnya. Sheikh Yusuf al-Qardhawi, seorang ilmuan ternama dunia yang berautoriti dalam bidang syari’ah menjelaskan bahawa orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti (4 orang saksi yang adil). Ini adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dikompromikan dan orang yang tertuduh tidak dituntut untuk bersumpah kerana pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan.

Jika semua kes jenayah mahu diselesaikan dengan amalan bersumpah, maka tidaklah perlu diwujudkan mahkamah, hakim ataupun polis. Semua pelaku jenayah boleh sewenang-wenangnya melepaskan diri mereka dengan hanya melakukan sumpah. Akibatnya sistem kehidupan negara akan menjadi porak puranda.

Namun begitu, inilah yang dilakukan oleh mereka yang tergolong dari kalangan orang-orang munafik. Demikianlah gambaran al-Qur’an:

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

Sifat orang-orang munafiq ini memang pandai berpura-pura, berlakon dan bijak berkata-kata. Namun begitu, mereka sentiasa dihimpit rasa cemas dan gelabah serta bersifat angkuh dan sombong. Ini jelas dinyatakan Allah di dalam ayatnya yang bermaksud:

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (batang buruk hampas dan kosong). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)? (4) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”(Al-Munafiqun:3-5).

Isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah sebahagian daripada gerakan fitnah yang dilakukan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim sejak 12 tahun yang lalu. Gerakan fitnah yang semakin menggila sekarang ini adalah manifestasi dari mentaliti tertekan dan kecemasan melampau lantaran sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada DSAI dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
Tel : 019-332-8302

eMail : dr_manuty@hotmail.com


SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT

TOK LEBAI MONGOL



SURUHANJAYA DIRAJA SEKONGKOL DENGAN SPRM , DAKWA ADIK TEOH - mkini

Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.

Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras.”

“Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga,” kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.


PROSIDING SURUHANJAYA KEMATIAN TEOH DITANGGIH KE 3 MEI – berita hairan

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei selepas semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.
Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.

KALAU DI HOLYWOOD DI PANGGIL SCRIPT BREAK…..

KALAU BUAT FILEM DI PARIS DI PANGGIL UNE JOUR…..

KALAU DI MALAYSIA…. INI DIPANGGIL NAK UBAH SKRIP…...

MACAM MACAM CARA NAK MENIPU ORANG RAMAI…...

SEMUA TAK BOLEH DI PERCAYAI…...

DARI PERDANA MENTERI …. HINGGA KE MUFTI…...

…. DARI MAMAK …. HINGGA KE TAMBI….

SEMUA KAKI KELENTONG….SEMUA PENIPU….…

nota:
semua kes tak selesai
semua kes tangguh

apa jadi dengan kes kugan
apa jadi dengan kes francis
apa jadi dengan kes sarbani
apa jadi dengan kes aminulrasheed

semua tipu
bila china marah
kata china nak ambil kerajaan
bila india marah
kata india tak hormat raja gopal


PEMECAH BERITA

INI SESUMPAH BUKAN PELAKON



DARI FACE BOOK ZUNAR:

Esok Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akan bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul selepas sembahyang jumaat. Ha, ha, ha, ha, jadi sesumpah pulak. Undang2 tak mahu ikut








..
INI CUKUP HEBAT......


.... SAMPAI SANGGUP PERGI SEMBAHYANG JUMAAT....

...SAMPAI SANGGUP PERGI SENTUL......

.. PASAL APA MASJID SENTUL.....

... KENAPA TIDAK MASJID NEGARA.......

...KENAPA SENTUL?......

... MASJID NEGARA LAGI SHAFIE AFDAL...

...ADA APA APA DISENTUL?...

...ADA MISTERI DI SENTUL... KERANA DEKAT GOMBAK.....

...APA ADA DI GOMBAK?.......


STUDIO SIAPA DI GOMBAK?

Tiada ulasan: