Rabu, 30 Mac 2011

RANCANGAN SULIT

INI BUKTINYA




nota:
pengundi hantu
berhenti rehat
kerana keletihan
setelah berpuluh kali
mengundi !!!









MUHYIDDIN: BN SASAR 30 KERUSI TAWAN SELANGOR
: minsider

Usaha menawan balik negeri Selangor bukan satu tugas mudah tetapi Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk menawan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam pilihan raya umum ke-13, kata Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata, BN telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang perikatan itu boleh kuasai.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan butiran lanjut.

MALIKUL SEMBAB ENGGAN MEMBERI BUTIRAN LANJUT….…

TAK PERLU DARI MULUT MALIKUL…...

…. SEMUA ORANG TAHU….…

SEMUA SEDANG DI RANCANG….…

TAK CAYA?.... BACA BAWAH INI ….…

baca ini:

AZMIN DAKWA UMNO, BN DAFTAR PENGUNDI HANTU TERMASUK KELUAR MYKAD - minsider

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa pihaknya telah mengesan usaha Umno-BN mengadakan “pengundi hantu” dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai bakal pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.

Selain itu, usaha tersebut termasuk membawa keluar pengundi-pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap sebagai penyokong Pakatan Rakyat.

“Sistem yang dibina oleh Keadilan (PKR) telah mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak pengundi hantu yang menjadi penyokong setia Umno dan SPR.

“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau.

Malah menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipantau kerana banyak sumber yang sahih melaporkan agensi kerajaan pusat itu mengeluarkan kad-kad pengenalan di luar waktu pejabat dan di lokasi yang mencurigakan untuk pendatang-pendatang asing demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno.

AWAL AWAL LAGI PEKARA INI TELAH BERLAKU…..

DARI TAHUN LEPAS LAGI PENIPUAN INI TELAH DIRANCANG….…

SAMPAI KIAMAT TAK AKAN MENANG PILIHANRAYA …

SAMPAI KIAMAT KENA TIPU…...

nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
maka telah lama pilihanraya di malaysia di haramkan


BANGUN DAN MELAWAN

BANGUN DAN LAWAN

ANAK MUDA MULAKAN!


nota:
anak muda seharusnya memulakan
gerakan anti nuklear
gerakan anti radioaktif

malaysia yang bersih
dari bahaya radioaktif!



LOJI LYNAS: TIADA LESEN OPERASI JIKA RAKYAT BANTAH, JAMIN MCA - minsider

MCA memberi jaminan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan oleh syarikat Australia tidak akan menerima lesen operasi jika rakyat tidak bersetuju dengan projek tersebut, yang lojinya sedang didirikan.

Pendirian itu dinyatakan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu bagi pihak badan pemberi lesen hari ini ketika tekanan semakin meningkat terhadap usaha mengadakan loji pemprosesan bernilai RM700 juta itu.

Ekoran bantahan pimpinan MCA bahagian tempatan mahu projek itu dikaji semula.

MENTERI INI BANGANG SANGAT……

JIKA RAKYAT TIDAK BERSETUJU…...

KEPALA BANA… JIKA TIDAK BERSETUJU…..

….. JIKA JIKA JIKA….…

INI BUKAN KES JIKA JIKA JIKA…....

...RAKYAT INI MEMANG TAK BERSETUJU…..

RAKYAT MEMANG MEMBANTAH…...

RAKYAT TAK NAK MATI KENA RACUN…...

..HABIS IKAN PATIN SUNGAI PAHANG JADI IKAN PAUS …...

HABIS AIR SUNGAI PAHANG KENA RACUN….…

nota:
ingatkan kembali ramlan ini:

kawasan yang dipilih banyak orang china
jika membantah akan di tuduh anti melayu
juga raja akan diberi saham
juga jabatan agama islam akan diberi saham
juga tabung haji akan diberi saham
juga persatuan bekas tentera akan diberi saham
ini taktik seperti telah dijalankan di perak dahulu

semua untuk memastikan loji ini terus berjalan


RAHSIA TERBOCOR AWAL

WIRA NEGARA GANDA WANG ANDA



nota:
wira berbadan gempal
berperut boroi
adalah wira jaguh
harapan bangsa dan negara




SAYA JUGA DILAMAR PAKATAN, KATA BEKAS KETUA WIRA PERKASA – miinsider

Selain menerima tawaran beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Malah beliau enggan memberitahu bila menerima tawaran komponen Pakatan Rakyat.

Malam tadi, Arman Azha turut berada di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau mengikuti program semalam hanya untuk mendengar dan mengetahui isu-isu yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat.

nota:
berita telah bocor
seharusnya pekara ini akan terus
disimpan dari pengetahun media hingga akhir minggu hadapan

nampaknya si wira ini tidak sabar sabar untuk menjadi ahli pakatan

jadi disini biar diterangkan sejelas mungkin
tentang duduk pekara mengenai pelawaan pakatan
terhadap wira berbadan gempal ini.

memang betul pakatan rakyat telah melamar wira
berbadan gempal ini.

awal bulan ini pucuk pimpinan pakatan
telah difahamkam tentang ura ura wira berbadan gempal ini
meninggalkan perkasa. pakatan rakyat sedar bahawa
wira ini adalah satu aset yang amat berharga jika dapat dilamar.

justeru beberapa pemimpin kanan pakatan telah pergi
secara sulit untuk berbincang. pemimpin pakatan
telah meminta wira berbadan gempal masuk
ke dalam saf pakatan dan aktif dalam pakatan

secara senyap senyap semuanya telah diuruskan
malah telah dipersetujui bersama
bagaimana berita masuk ke dalam
pakatan ini hanya akan dibuat pada bulan hadapan
ini untuk memberikan impak yang gah

juga telah digambarkan kemungkinan
jika anwar ibrahim masuk ke dalam penjara
maka kerusi permatang pauh akan diberikan kepada wira
berbadan gempal ini – tetapi semua ini masih dalam perbincangan

parti mana yang akan dipilih terpulang kepada keputusan wira ini sendiri.
lim guan eng telah bersedia menerima bagi pihak dap
hussam juga telah bersedia menerima bagi pihak pas
azmin ali juga telah bersedia menerima bagi pihak pkr

cuma ada satu pekara yang ditimbulkan oleh pucuk pimpinan pakatan
sebelum menerima wira berbadan gempal ini
ianya bukan satu syarat besar tetapi agak penting

bau ketiak wira berbadan gempal ini busuk

dari apa yang difahamkan masalah bau ketiak busuk ini jugalah
yang membuatkan ibrahim ali tidak tahan dengan wira ini


jika wira ini dapat menyelesaikan bau ketiaknya

maka sudah pasti beliau akan disambut dengan kompang
sebagai ahli pakatan rakyat


KENAPA TAK SIASAT SAMPAI MATI ?

INI BIL PERCUTIAN KHIR TOYO












nota:
kalau ini ahli pkr
atau yb pakatan jamin
akan disiasat sampai mati

sampai bila kita mesti menerima gerombolan
sampai bila kita mesti kena tipu
selama 53 tahun kita hidup dengan malapetaka

palestin ada nakba 1 may 1948 bila iareal ditubuh
kita ada malapeta bemrula pada 31 ogos 1957


BERITA TERGEMPAR

YA AMPOOOON



nota:
yang ini ada fatwa
yang bunuh altantuya tak ada fatwa
yang rembat tanah tudm di sungai besi tak fatwa
yang rembat duit komisen kapal selam tak ada fatwa

ISA tak ada fatwa
AUKU tak ada fatwa

yang ini depan meeting berbuih buih dan keluar fatwa





nota:

siapa dia atan bin hashim

Tiada ulasan: