Jumaat, 28 Januari 2011

UDA YANG DIPERKUDA

Assalamualaikum wm., wbk .,

Terbaru di Seberang Perai, di depan pejabat UDA Bertam Kepala Batas sekumpulan penduduk Melayu dari Tanjung Tokong memprotes setelah gagal menyerahkan memo bantahan atas kebiadapan Pengerusi UDA Pulau Pinang, mereka mahu pengerusi itu mohon maaf kerana menghina mereka dengan celaan bahawa mereka adalah para setinggan, daif tidak bersyukur dan tinggal pula di tanah haram!

Setelah gagal menyerahkan memo bantahan untuk pengerusi itu untuk minta maaf dalam tempoh tiga hari kerana hanya seorang saja dibenarkan masuk serahkan memo, mereka pulang dalam kehampaan dan marah, mereka akan mencari jalan pula untuk tindakan selanjutnya.

Perlu diingat bahawa selama lebih 52 tahun Pulau Pinang di bawah pemerintahan umno@apco-BN walau ditadbir parti Gerakan nasib penduduk Melayu sangat terbiar walaupun banyak membuta-tuli menyokong dan mengampu parti karat biru itu, pencapaian terbaik membantu Melayu Pulau Pinang menerusi entiti kroni UDA adalah flat UDA yang ada sekarang, yang amat sedih dan juga lucu kerana sudahlah sempit, padat, bila masuk bertemu jamban dan dapur dulu sebelum ruang tamu yang kandang babi pun lagi besar!

Banyak mangkuk-mangkuk di Tanjung Tokong adalah penyokong tegar umno@apco sejak dulu, parti yang 'juara' dan selalu menyalak membela Melayu Pulau Pinang konon dari ancaman apa entah tapi yang sebenar umno@apco lah ancaman dan penyeleweng sebenar!

Jika dibuat bancian berapa ramai Melayu lari meninggalkan Pulau Pinang dalam tempoh umno@apco perintah di bawah Gerakan mungkin mencapai ribuan yang kini berselerak merata-rata dari Seberang Perai, Sungai Petani, Nibung Tebal hingga ke Kulim, mangsa perjuangan dan pembelaan umno@apco konon!

Mungkin penduduk Melayu marah bila baru tersedar daripada lamunan lagu lama umno@apco tapi sayang kampung tergadai dek menang sorak!

Hanya kelentongan semata-mata dari parti yang konon membela Melayu tapi sebenarnya hanya untuk kroni pemimpin 'al buaya' dan gerombolan dalam puak parti saja, yang tidak kira haram halal habis disapu apa saja di depan mata bila ada peluang .

Mereka kini jadi pembangkang di Pulau Pinang, pandai pula putar belit konon kerajaan kini PR lah pengkhianat dan pemusnah Melayu Pulau Pinang dengan berbagai tuduhan dan fitnah tanpa bukti, sebaliknya penyelewengan mereka yang berlambak senyap sepi tiada tindakan atau siasatan walau laporan dibuat.

Pada yang protes mahu serahkan memo kerja itu hanya sia-sia melainkan lupakan parti taik pengkhianat dan tukar pada PR bila tiba PRU-13 nanti, lupakan parti datuk nenek yang perkauman, pembohong dan penipu terbesar terhadap bangsa, negara dan agama, yang selama ini hipokrit sebenarnya, bila segala selewengan tersekat mereka mereka-reka pelbagai fitnah terhadap PR dengan berbagai -bagai tuduhan .

Perlu Melayu Pulau Pinang ingat UDA adalah juga cabang kroni umno@apco bawah tadbiran pusat, yang hanya main wayang konon membina rumah yang sebenarnya 'flat' macam rumah atau sarang burung merpati untuk perbodohkan Melayu yang menyokong dan mengampu umno@apco-BN. Tidak hairanlah jika kebiadapan pemimpin umno@apco juga seperti pengerusi UDA itu terhadap Melayu adalah seperti memandang kucing kurap sahaja.

Untuk mohon maaf jauh sekali boleh berlaku kerana mereka tahu Melayu Pulau Pinang tidak boleh buat apa-apa pun melainkan berdemo saja! Sekian lama Melayu Tanjung Tokong yang kebanyakan penyokong umno@apco kini tahu siapa sebenarnya pembela dan siapa pengkhianat sebenar!

Jangan harap umno@apco bantu kerana selama lebih 52 tahun perintah hanya untuk kroni dan gerombolan kaki ampu saja mengaut untung memfaraid sesama mereka segala kemewahan, tapi untuk Melayu hanya perlu sokong dan akan diperbodohkan melalui UDA atau badan-badan lain di bawah naungan kerajaan pusat .

Pengajaran daripada kebiadapan pengerusi UDA ini baik dan sebagai satu tamparan untuk Melayu yang sokong umno-BN untuk bangun dari tidur yang lena dibuai mimpi indah konon umno@apco-BN prihatin dan ambil berat tentang Melayu, tapi pengkhianat sebenarnya.

Kerana kebanyakan Melayu di sana menyokong umno@apco-BN hingga percaya segala apa kata-kata dan janji-janji pemimpin-pemimpin penipu licik, senang sungguh 'mengelentong'.

Kini lihatlah apa kesudahan dengan kampung-kampung Melayu yang sejak zaman di bawah BN lagi semakin punah dan kini banyak yang hanya tinggal nama saja!

Apakah semasa di bawah pemerintahan mereka (dibaca umno@apco-BN) tidak boleh digubal satu akta atau undang-undang bahawa setiap tanah milik Melayu wajib dijual hanya pada kerajaan daripada individu lain untuk mengelak kepupusan tanah-tanah milik Melayu ?

Sokonglah lagi parti perasuah dan pengkhianat sekutu apco dan jangan fikir pemimpin-pemimpin mereka di Pulau Pinang juga di pusat Putarjaya terutama pemimpin di Pulau Pinang yang sebenarnya adalah lebih daripada geng mamak daripada Melayu akan membela mereka, melainkan hanya untuk keuntungan diri demi kepentingan sesama gerombolan mengaut khazanah negara dan rakyat marhaen.

Sedarlah dan masa untuk berubah sebelum lebih parah, tukar dacing senget ke PR yang lebih telus jika tidak mahu lagi dicaci, dihina dan dikelentong oleh pecacai-pecacai musibat seperti pengerusi UDA juga lain-lain kroni naungan umno@apco-BN!
Wassalam

Allahu Akhbar

Tiada ulasan: