Selasa, 28 Disember 2010

Tutup Mulut Dapat Upah

INI BUKAN MIKE MAT MONGOL


nota:
bayangkan jika mike ini
adalah mike mat mongol





ISA DISAHKAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI FELDA BARU - melayau

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.


ANAK : ISA TIDAK LAYAK TERAJUI FELDA
– harakah daily

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan Najib.

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

ANAK INI BETUL BETUL TAK FAHAM POLITIK…..

ANAK INI BETUL BETUL TAK FAHAM SEJARAH….

CUBA INGATKAN… BUKANKAH ISA INI MB NEGERI SEMBILAN?....…

CUBA INGATKAN…BUKAN KAH PORT DICKSON DALAM NEGERI SEMBILAN....

APA TERJADI DI PORT DICKSON ?.......

JANGAN CEPAT LUPA…. JANGAN LUPA TENTANG BUDAK ITAM……

…. JANGAN LUPA TENTANG ZIANA ZAIN…...

INI UPAH MENYIMPAN RAHSIA…....

... INI BUKAN KES RASUAH... INI UPAH TUTUP MULUT DARI MAT MONGOL...

... YANG JADI MANGSA PEGAWAI AGAMA.....


nota:
siapa di negri sembilan tahu
kemana perginya pegawai jabatan agama
islam yang kena buang kerja kerana
melihat konsert ziana zain di port dickson
pada malam yang bersejarah itu?




Mari Dicari - Siapa Tahu?

GAMBAR UNTUK HIASAN SAHAJA




SIAPAKAH MENTERI ROGOL AMAHNYA? – harakah daily

Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.

nota:
kenapa tidak ada mufti yang buat kenyataan?
mana perginya mufti johor?
kenapa baju santa ambil pot
kes rogol ini tak ambil pot

mana perginya mufti perak
selalu ada saja fatwa
kali ini tak ada fatwa ke?

mana perginya pejuang islam mat bisul
kenapa perempuan islam ini dirogol tetapi senyap sahaja

ATAU

ini fitnah dari indon?
atau ini ftanah dari migrant care?

kalau fitnah maka kenapa kerajaan malaysia
tidak saman migrant care


Satu Lagi Rekod Melayu

INI PUN BUAT REKOD





PENDAKI SOLO PERLU RM250,000 CATAT REKOD DUNIA DAKI MENARI KL
- melayau

Pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin memerlukan perbelanjaan sebanyak RM250,000 untuk cabaran terbaru beliau yang bakal mencatatkan rekod dunia iaitu pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur tahun depan.

Beliau berkata, berikutan kesukaran untuk mendapatkan penajaan bagi membiayai program itu, cabaran yang sepatutnya diadakan pada 9 dan 10 Oktober lepas, terpaksa ditunda kepada 2 Februari hingga 3 Februari 2011.

"Program ini terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 hingga 17 April 2011 kerana sehingga kini masih tiada pihak yang mahu menaja, walaupun kecewa saya akur dan tetap meneruskan latihan," katanya.

Mohd. Noor, 43, yang juga jurugambar Utusan Malaysia sebelum ini pernah memecahkan rekod negara dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi cabaran mendaki sebanyak 50 kali Gunung Kinabalu secara solo selama 60 hari pada 10 Julai hingga 10 September 2007.


nota:
inilah hasiilnya apabila
melayu menjadi bonsai
akal fikiran tersimpai
selalu buat kerja bodoh
apa gunanya turun naik turun naik

nak naik tangga ini kena belanja pulak
kalau digunakan wang sebanyak itu
membuat kerja amal alangkah baiknya

kerja bodoh nak buat rekod?

kenapa tak buat rekod ramai ramai menonggeng
dan kentut beramai -ramai di dataran putrajaya
atau berkumpul ramai ramai sambil mengetok
kepala masing masing dengan lesong batu
jamin tidak sesiapa dapat
pecahkan rekod orang malaysia ini
ianya akan menjadi rekod dunia hingga hari kiamat
ini kerana orang puteh, orang afrika dan orang latin amerika
tak ada lesung batu dan mereka malu nak kentut secara terbuka

banyangkan betapa hebatnya kita
rekod sampai hari kiamat


Ya Ampooon !!

PEMBANTU DI GANASI





HORMATI PERASAAN, HAK , KHENDAK ANTARA KAUM :RAIS
- melayau

Budaya menghormati perasaan, hak dan kehendak kaum lain perlu menjadi intipati kelangsungan untuk terus mewujudkan perpaduan dan kesepakatan bangsa Malaysia.
Rais Yatim berkata, setiap perbezaan itu, tidak seharusnya terjerumus ke kancah permusuhan.

"Jika rakyat tidak mahu bersatu padu, mereka dikira tidak menghormati perpaduan negara dan sambutan hari ini melihat kebanjiran rakyat berbilang kaum membuktikan hubungan rapat di antara mereka.

INI PANDANGAN BETUL… INI AMAT BIJAK….…

HORMATI PERASAAN…. BETUL…

BAGAIMANA DENGAN PERASAAN SEORANG AMAH….

APAKAH TAK HORMAT DENGAN PERSAAN SEORANG AMAH…...

AMAH INDON MESTI ADA JUGA PERASAAN….…..



Berita Terpancut Awal

INI PUN DARI BOTA PARIT



nota:
band metal
yang wajib didengar
bukan melawang
tapi melawan







40 AHLI PKR CABANG PARIT SERTAI UMNO – berita hairan

Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Parit menyertai UMNO Bahagian Parit dengan menyerahkan borang permohonan kepada Ketua UMNO bahagian itu, Mohd Zaim Abu Hasan, semalam.

Bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Perak dan Exco Pemuda PKR Malaysia, Faizal Efendi, berkata dengan kemasukan ke UMNO, dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Kampung Selat, Bota dibubarkan.

Beliau berkata, empat lagi ranting PKR, iaitu Titi Gantung, Kampung Tua, Kampung Lambor Kanan dan Padang Changkat mungkin akan dibubarkan selepas lebih 150 lagi ahli PKR menyertai UMNO tidak lama lagi.
Katanya, ahli PKR sudah muak dengan perangai dan tindakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim yang bertindak untuk kepentingan peribadi, bukannya berjuang mengikut matlamat asal parti.

…. BERITA INI KELUAR AWAL SANGAT…...

PATUT KELUAR SEMINGGU SEBELUM PRK TENANG… BARU GEMPAQ....

...APA SUDAH SILAP.....

... PSYWAR SUDAH KANTOI?......

TEMAN TAK SANGKA ADA PKR DI BOTA PARIT…..

TEMAN INGAT ADA CIK GU SHIDA SAJA DI PARIT…...

nota:
jangan lupa ada metal rock band libanglibu
satu satu nya metal rock yang mengegarkan
cari dan dengar lagu dari parit ini !

Tiada ulasan: