Selasa, 5 Oktober 2010

Kalau Putrajaya Jatuh , Mungkinkah Mahathir Bunuh Diri

E-Mel Pembaca
"Kata Dr Mahathir " Melayu hilang kuasa jika Pakatan memerintah " . Daripada apa yang difahami , mungkin kita boleh ulas dari beberapa sudut dan faktor. Sebelum dari itu telahan awal yang boleh diketengahkan , ialah mengapa beliau membuat kenyataan begitu ?.

Dan , adakah benar hujah – hujah beliau dalam menyokong pernyataannya itu ?. Pertama , apa yang boleh disentuh sepintas lalu ialah , kebimbangannya yang dilontarkan di akhir usia nya dan di akhir pemerintahan UMNO/BN di negara ini , ada benarnya. Selama 22 tahun regimnya memerintah , dan selama lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah ,

Melayu sebenarnya tidak ke mana dalam erti kata kalau dibandingkan dengan lain – lain kaum dan bangsa utama di negara ini dan juga bangsa – bangsa lain di dunia. Melayu hari ini tidak pun boleh dikategori sebagai ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan lain – lain bangsa di negara ini dan juga di dunia. Malang sekali nasib bangsa Melayu.

Kedua , adakah kebimbangan Mahathir ini benar – benar didasarkan kepada kerungsingannya akan untung nasib orang – orang Melayu untuk sekurang – kurangnya bagi tempoh 50 tahun lagi ? .

Kalau benar lah begitu , ini bermakna Mahathir bukan lah seorang yang layak untuk merasa bimbang. Ini kerana selama 22 tahun pemerintahannya , dan atau selama lebih daripada 50 tahun UMNO/BN berkuasa , dan kalau kita ambil satu contoh sahaja , kita bicara dari satu sudut sahaja iaitu ekonomi , maka terserlah lah bagaimana ratusan billion ringgit khazanah negara dibolot olehnya dan anak beranaknya serta kroninya.

Dimana duduknya keadaan ekonomi orang – orang Melayu ketika itu dan kini ?. Hanya umpama 'melukut di tepi gantang' sahaja.

Jadi kebimbangan Mahathir konon – kononya "Melayu hilang kuasa " tidak lebih kepada kebimbangan utamanya bagaimana dengan nasib pemilikan harta oleh beliau , anak – anak beliau , anak beranak dan saudara mara beliau dan juga kroni – kroni beliau , yang diperolehi secara haram selama ini , samaada dengan cara merompak , mencuri , menyamun khazanah negara ?

Adakah nanti kerajaan baru , andainya berlaku pertukaran kuasa di Putrajaya , akan membuat tindakan merampas semua harta dan kekayaan yang dipunggah oleh Mahathir samada yang berada di dalam negara dan lebih – lebih lagi di luar negara ?

Adakah nanti kerajaan baru , andainya berlaku pertukaran kuasa di Putrajaya , akan membuat tindakan memiliknegarakan semua harta dan kekayaan yang dipunggah oleh Mahathir samada yang berada di dalam negara dan lebih – lebih lagi di luar negara ?Sebenarnya itu lah yang sangat merungsingkan Mahathir sejak “melepaskan” kerusi PM sekitar tahun 2003 lalu.

Tidurnya sudah tidak lena sejak itu , malah sering tidak berapa sihat kini . Ianya turut sama dirasai oleh sekalian pembesar – pembesar UMNO , seperti Rais Yatim dan tidak oleh lain – lain rakan pakatan dalam BN seperti MCA dan MIC , yang sudah sekian lama dibuli dan dilayan sebagai bangsa kelas kedua , dan hanya menunggu masa sahaja untuk membunuh UMNO. Sudah acap kali pemimpin – pemimpin utama MCA , MIC ,PPP dan lain – lain komponen BN yang lantang mengkritik UMNO secara terbuka.

Walau apa pun kebimbangan dan kerisauan beliau dengan kejatuhan Putrajaya , yang paling penting ialah rakyat yang untung , sistem yang telah diceroboh dapat dipulihkan , dan hala tuju baru negara dan rakyat dapat dipulihkan kembali.

Adakah kemungkinan – kemungkinan ini akan terjadi , sekiranyanya Putrajaya jatuh ?

1. Pemimpin BN yang akan lari ke luar negara

Ini merupakan satu pilihan dan ini adalah pilihan terbaik bagi kebanyakan pemimpin – pemimpin BN , khususnya dan terutamanya dari UMNO. Beberapa pemimpin UMNO yang boleh dimasukkan dalam kumpulan 1 ini ialah bekas – bekas MB dan KM serta Menteri – menteri dan Timbalan – timbalan menteri.

Mungkin nama – nama yang boleh disenaraikan dan mendahuluinya ialah Derih Jusoh dari negeri Terengganu Darul Iman , yang dikatakan telah menfaraidkan duit royalti minyak berbillion – billion ringgit semasa pemerintahan singkat nya dari tahun 2004 – 2008.

Lain – lain nama ialah Shahidan Kasim MB di sebuah negeri yang miskin tetapi diantara bekas pemimpinnya dilahirkan menajdi kaya raya. Begitu juga dengan Muhyidin Yassin ketika menjadi MB Johor , yang dikatakan telah menjual negeri itu kepada Singapura. Khir Toyo juga boleh dimasukkan dalam senarai ini. Beliau diantara pemimpin UMNO yang berani menunjukkan kekayaan dengan mempamerkan bangsal buruknya yang berniali RM24 juta. Di luar negara usah ditanya kekayaan yang dibawa lari. Lain – lain nama tu tuan/puan boleh senaraikan.

Manakala pemimpin – pemimpin UMNO yang sedia ada , yang juga dikatakan akan lari ke luar negara dan memohon suaka politik ialah mungkin Musa Aman , yang dikatakan sedang ditekan Najib untuk melepaskan pemerintahannya di negeri Sabah. Semasa pemerintahannya beliau dikatakan sempat mengumpul kekayaan sekitar RM3billion sahaja.

2. Pemimpin BN yang akan bunuh diri

Pemimpin – pemimpin UMNO yang boleh dicalonkan untuk dimasukkan dalam kategori ini ialah Mahathir sendiri. Tidak banyak pilihan untuk dia ini. Lari keluar negara akan menambahkan kesusahan kepada diri nya , anak – anak yang ditinggalkan dan juga kroni – kroninya di negara ini. Tidak seperti bekas PM Thailand Thaksin , sebahagian rakyat Thai masih menyanjungnya.

Tunggu saja Putrajaya jatuh dan UMNO/BN bukan lagi menjadi kerajaan , masa itu Mahathir akan dikutuk oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Mendahuluinya ialah mungkin rakyat yang menyokong PR. Kini dan masa ini rakyat Malaysia , sebahgaiannya masih takut sebab Mahathir masih hidup dan UMNO/BN masih memegang kuasa.

Lain – lain pemimpin yang dijangka bunuh diri ,samada dengan menggantung diri dalam bilik, tembak di kepala atau terjun bangunan agak susah untuk ditelah. Sukar untuk dicari pemimpin dan bekas pemimpin UMNO/BN yang boleh dikategorikan sebagai jahat , sangat jahat , terlalu jahat dan kejahatan melampaui tahap munasabah seperti Mahathir.

3. Pemimping BM yang akan menyeberang PR

Ada dan malah ramai dikalangan pemimpin – pemimpin UMNO , khususnya dan lain – lain pemimpin komponen BN yang akan menyeberang , menyertai samada PAS , PKR ataupun DAP. Tidak mungkin ramai yang akan kekal dalam UMNO , MCA dan MIC dan lain – lain. Sudah tidak ada kehebatan dalam UMNO , MCA dan MIC sekiranya Putrajaya terlepas.

Umum sudah jelas , dalam UMNO khususnya masih ramai terdiri dari kenalan dan rakan – rakan DSAI. Malah , sehingga kini mereka ini masih mengkagumi aura DSAI. Kalau boleh disebut , Shabery Chik walaupun berbuih mulut mempertahankan Pak Lah suatu ketika dulu , tetapi jangan sekali – kali PKR menolak sekiranya beliau menyatakan hasrat menyeberang. Antara lainnya , Fuad Hassan , Suhaimi Ibrahim , Razali Ibrahim , Zahid Hamidi , dan ramai lagi.

Mereka ini diantara pemimpin yang tidak mempunyai pendirian. Matlamat perjuangan mereka ialah perut dan nafsu. Nasib rakyat dan untung marhaen tidak ada dalam perkiraan mereka.

4. Pemimping BN yang tidak akan lari

Tak tau lah siapa yang berani berada di dalam negara di kalangan pemimpin – pemimpin besar UMNO khususnya dan lain – lain komponen BN khasnya. Sudah tidak menjadi rahsia umum lagi , boleh dikatakan hampir keseluruhan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO khususnya , tiada yang tidak terlibat dengan pelbagai jenis jenayah samada korupsi , rasuah , penipuan , bunuh , rogol dan seumpamanya.

Kalau tanya Rahim Thambi Chik , adakah beliau akan bertahan dan duduk dengan aman dalam Malaysia , sekiranya sebaik saja Putrajaya jatuh ?.

Nota

Jangan sekali – kali kita semua tidak menidakkan apa yang dikatakan oleh Mahathir. Hakikatnya kini , malah sejak beberapa siri PRU lalu , khusus nya selepas era reformasi PRU 10 tahun 1999 , hanya dengan menipu dan mengubah persempadanan sahaja UMNO/BN masih bertahan. Jadi apa yang merungsingkan Mahathir , pada pengamatan akal dan pemikiran beliau yang penuh dengan penipuan selama ini , PRU 13 Putrajaya akan jatuh.

Terkini , kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Najib , katanya "rakyat perlu fikir masa depan' betapa putrajaya beransur – ansur terpaksa dilepaskan dan kalau terlepas kuasa politik ini nikmat yang dikecapi dalam waktu yang singkat ini akan lenyap dan hilang begitu saja.

Sudah habis ikhtiar sejak 12 kali PRU diadakan , UMNO dah ketandusan idea. Menipu Sudah , Menngugut Sudah , Memperalat Sudah , Menceroboh Sudah , Menghina Pun Sudah , Apa Lagi Yang Tidak , Apa Lagi Yang Tinggal ?

Tiada ulasan: