Isnin, 20 September 2010

MALAYSIA BERJAYA KUASAI RANKING KE - 142


Akhirnya cita-cita Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussien dan abang sepupunya Najib Tun Razak untuk meletakan Malaysia sebagai negara yang terkenal dimata dunia berjaya. Laporan Freedom House 2010, iaitu sebuah badan yang menyelidiki kebebasan disemua negara dunia meletakan Malaysia di rangking 142 dengan rating 64 sama dengan Zambia sebagai negara yang TIADA KEBEBASAN MEDIA.

Memang sangat menakjubkan. Dengan usaha keras KDN yang senantiasa memantau akhbar-akhbar Pakatan termasuk mengantung permit Suara Keadilan, mengugut Harakah dan Roket, akhirnya Malaysia diiktiraf antarabangsa sebagai negara yang tiada kebebasan media.

Kerjasama pihak Polis yang turut turun tangan memantau akhbar-akhbar dan wartawan Malaysia amat memberansangkan. Anda berjaya meletakan Malaysia di satu standard yang begitu membanggakan Najib yang takut dikritik secara terbuka oleh media.

Malah kerjaya wartawan dan media dinegara ini dianggap antara kerjaya yang berisiko tinggi. Bila-bila masa boleh ditahan untuk disoal siasat. Semua akhbar Pakatan hanya dibenarkan dijual untuk ahli dan dijual dalam kawasan pejabat parti.

Tapi akhbar Umno-BN seperti Utusan, Berita Harian dan NST bebas dijual secara terbuka walaupun jelas menyiarkan berita-berita fitnah dan menghasut. Macam-macam sekatan dibuat untuk media Pakatan terutamanya bila musim Pilihanraya.

Tapi rakyat tidak selamanya bodoh. Maklumat tidak boleh ditutup begitu sahaja. Mereka akan cari kebenaran dimana sahaja. Gunalah akta Mesin Cetak atau akta Hasutan sekalipun, namun kebenaran tetap akan sampai pada rakyat.

BN tak mampu buat apa. Walaupun mereka kuasai semua saluran TV dan Radio dan halang Pakatan buat media TV dan Radio sendiri, namun segala-segalanya tidak merugikan Pakatan. Yang rugi hanya Umno-BN kerana keangkuhan dan kezaliman mereka setiap hari ditanyangkan melalui media mereka.

Tiada ulasan: