Selasa, 7 September 2010

kecewa dengan JAKIM dan IKIM

Analisis Isu
"Assalamualikum,,..
Jakim dengan penuh bangga tampil untuk mendakwa bahawa mereka adalah badan yang ditugaskan menjaga Islam sementara IKIM dengan kepetahan bicara ketua pengarahnya, pula tampil dengan imej sebagai badan yang memberi kefahaman Islam kepada masyarakat.Tetapi apa yang dijaga dan apa kefahaman yang diberikan?Hampeh, itu kesimpulan awal yang boleh aku buat mengenai hasil kehadiran JAKIM dan IKIM.

Sepanjang bulan Ramadhan yang semakin meninggalkan kita, JAKIM dan IKIM menjadi lesu seperti sebahagian melayu yang memang sudah lesu apabila banyak kebathilan dipromosikan oleh kerajaan yang membayar gaji JAKIM dan IKIM.Promosi Kebathilan sepanjang Ramadhan semacam tidak didengar atau dilihat oleh JAKIM dan IKIM(dalam setengah kes, IKIM turut bersubahat menyiarkan berita berita yang bathil) dan paling aku kecewa dengan JAKIM dan IKIM apabila TV3 suku menyiarkan satu iklan raya yang ada santa klaus dan ada unsur unsur agama Hindu(atau Buddha).Hampeh betul JAKIM dan IKIM kerana sepatutnya merekalah yang terkedepan sesuai dengan peranan mereka menjaga dan memberi kefahaman agama.

Namun JAKIM terpaksa ditegur oleh Dewan pemuda PAS dan IKIM pula hanya membisu dengan iklan sebegitu rupa.Aku tidak pasti mana satukah iklan yang ada santa klaus tetapi aku pernah melihat satu iklan(juga tak pasti TV mana) yang menonjolkan imej "tomboy" untuk menyambut raya.Pada aku,iklan sebegini juga sudah sepatutnya mendapat respon dari JAKIM dan IKIM kerana imej Tomboy yang ditonjolkan itupun sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam.IKIM perlu tampil menjelaskan perkara itu pada ketika JAKIM sebagai badan yang diberi tugas untuk menjaga agama tampil membantah penyiaran iklan tersebut.

Bayangkan kalau iklan yang ada tomboy yang sudah menyimpang dari ajaran Islam perlu dibantah oleh JAKIM, apatah lagi iklan dengan santa klaus dan unsur dari agama Hindu(atau Buddha) yang bukan saja menyimpang dari ajaran malah boleh menjadikannya sebagai bahan syirik yang boleh menjejaskan akidah yang sejahtera umat Islam.

Tetapi di mana JAKIM? Di mana IKIM? Apakah masih sibuk dengan isu kalimah ALLAH? atau masih sibuk dengan agenda penyatuan melayu Islam?Atau mungkin juga sibuk dengan wahabi?

Aku pernah meluahkan agar JAKIM dan IKIM lebih berani kerana ALLAH, tetapi kejadian terbaru ini menampakan JAKIM dan IKIM bukan berani kerana ALLAH, tetapi terus menjadi pagar yang makan padi kerana habuan dunia yang terlalu kecil.JAKIM dan IKIM tidak akan mampu bersuara tanpa arahan dari orang orang yang tidak berminat untuk menjaga agama atau memberi kefahaman tentang Islam.

Kepada ustaz ustaz yang masih bersama JAKIM dan IKIM, aku seru kelian untuk lebih berani untuk menyatakan kebenaran dan menentang kebahtilan.Ustaz Zamri Zainal Abidin umpamanya, tak usah mendayu dayu lagi menyatakan Islam itu dan Islam ini, tampilah dengan satu skima pentarbiyahan yang menyatakan tentangan kepada kebathilan dan tegaslah anda dalam menyatakan kebenaran sekalipun anda perlu menyatakan(dengan bukti yang diperolehi dan sahih) siapa pembunuh sebenar Altantuya.

Wahai Ustaz(JAKIM dan IKIM) sekelian, jangan jadi pengecut sesudah anda memilih untuk menguasai ilmu kebenaran dari ALLAH, pilihan yang mempunyai obligasi untuk turut menyatakan kebenaran dan menentang kebathilan sekalipun yang menganjurkan kebathilah itu orang membayar gaji anda(dalam kes JAKIM dan IKIM, yang membayar gaji para ustaz ini ialah rakyat).

Tiada ulasan: