Selasa, 9 Mac 2010

MALANGNYA AKU DAPAT TPM YANG BUTA HURUF


MUHYIDIN CAKAP MACAM ORANG BUTA HURUF



Muhyiddin, TPM berwajah sembab itu semalam berkata prestasi PR selepas dua tahun memegang tampuk pentadbiran di tiga buah negeri yang dikuasai mereka masih tidak menunjukkan kesan yang nyata.

Katanya dia mendapat banyak aduan khususnya daripada peniaga-peniaga di negeri yang dikuasai pembangkang yang menyuarakan tidak puas hati kerana terlalu banyak kerenah birokrasi di peringkat negeri.

Malah, katanya, banyak janji semasa pilihan raya masih tidak dilaksanakan kerajaan pimpinan parti pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor (Kelantan dia tak sebut). Seterusnya si-sembab ini kata, cuba lihat pentadbiran Najib yang katanya dalam masa belum pun sampai setahun, sudah pelbagai perkara yang dibuat.

Nak tergelaknya saya dengan kenyataan TPM sekor ni. Perubahan yang dibuat kerajaan PR belum nampak kesan yang nyata? Saya ingat orang ni memang malas baca berita, atau mungkin kalau baca berita pun, dia cuma baca berita Utusan Meloya, Berita Hairan atau New Shit Times. Kalau dia rajin baca kenyataan-kenyataan rasmi kerajaan negeri PR mengenai prestasi 2 tahun ekonomi mereka berbanding ketika lebih 50 tahun BN perintah dulu, tahulah si-sembab ini kejayan siapa lebih cemerlang. Dalam susah payah, dengan pelbagai sekatan kerajaan Persekutuan, PR masih boleh menunjukkan prestasi yang baik.

Kerenah birokerasi? Di semua negeri, termasuk yang diperintah BN ada kerenah birokerasi, sebab itu sampai kini Bumiputra belum memiliki modal 30%, walaupun DEB pada 1970 dulu menjanjikan ia dapat dicapai pada 1990.

Janji pilihanraya tidak ditunaikan? Betul ke tak ditunaikan, atau cuma baru lebih separuh yang ditunaikan, sesuai dengan tempoh masa baru dua tahun memerintah? Kalau 45% ditunaikan, kalau 60% ditunaikan, bukankah itu sudah dikira baik? Yang BN sudah perintah lebih 50 tahun itu, sudah tunai 100% ke? Hang tepuk dada, tanya angka la Muhyiddin, baru tahu jawapannya!

Najib yang memerintah setahun sudah berjaya membuat banyak pembaharuan? Apa pembaharuan yang banyak sangat tu, cuba bagi satu persatu, bersama perangkaannya? Indeks rasuah meningkat, itukah pembaharuan? Indeks harga pengguna naik begitu sekali, itukah pembaharuan? Perangkaan jenayah semakin meningkat, itukah pembaharuan? Jumlah penagih dadah meningkat, itukah pembaharuan?

Kalau nak temberang tu, berpada-pada lah. Jangan temberang yang di kedai kopi pun tak laku. Jangan cakap macam orang buta huruf, ini bukan cerita Pendekar Bujang Lapok!

Tiada ulasan: