Sabtu, 23 Januari 2010

UMNO dah sengkek (tak ada duit)?


Dah sengkek sangat ka UMNO ni, hinggakan nak buat Program Juara Rakyat pun terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu?

Umno negeri Terengganu tidak boleh mendabik dada kerana jelas kini, ia bukanlah sebuah parti yang hebat dan popular lagi.

Ia adalah kerana, dalam menganjurkan program ‘Juara Rakyat’ yang dianggap hebat, Umno terpaksa ‘menumpang’ kemudahan kerajaan dan ‘menipu’ rakyat.

Program Juara Rakyat bertemakan pendidikan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2010 di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di sini membuktikan, Umno terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu.

Dalam masa yang sama, Umno menipu rakyat dengan menghantar surat jemputan kepada ibu bapa dan pelajar melalui Yayasan Terengganu, tanpa memberitahu bahawa program tersebut juga adalah program Juara Rakyat.

Di pihaknya pula, Umno telah menjemput ahli-ahli jawatankuasa bahagian, wanita bahagian, pemuda bahagian, dan jawatankuasa puteri Umno bahagian Kuala Nerus untuk menghadiri program yang sama.

Tindakan Umno tersebut dikesali oleh sebahagian besar ibu bapa pelajar yang hadir.

Mereka tidak tahu-menahu langsung tentang program Juara Rakyat dan terpaksa menunggu selama empat jam untuk menghabiskan agenda program Juara Rakyat.

Tiada ulasan: