Jumaat, 15 Januari 2010


T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan
Lagi-lagi subsidi - pemimpin umno ingat rakyat Malaysia ni rakyat subsidi ke?

Analisis Isu "
"Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah pada tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.


Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.


Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar"

Begitu banyak rupanya kerajaan negara Malaysia menanggung subsidi, jadilah banyaklah beban yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Betul ke ini subsidi dan semua yang ada di Malaysia adalah subsidi, dari harga minyak, gula, gandum dan juga pelbagai perkara adalah disubsidi oleh kerajaan Prihatin rakyat Malaysia.

Tapi boleh ke ini dipercayai, dari segi harga minyak pun kerajaan pimpinan tok jib ni telah menipu rakyat dari segi harga, harga minyak diesel terutamanya dimana mana negara pun minyak diesel akan lebih murah dari negara Malaysia yang terkenal dengan negara subsidi. Minyak diesel rm1.70 dan minyak ron yang dinaikan oleh Kerajaan dibawah kementerian mail sabri adalah rm1.80 seliter,padahal harga minyak dunia hanya berlegar-legar antara 70 hingga 72 sebarel. dan jika diteliti harga minyak malaysia sepatutnya berada dalam rm1.50 dan kebawah. Jika minyak ini disubsidi bermakna minyak seliter dalam rm1.30 atau ke rm1.20 seliter. Dari paras tertinggi hingga ke sekarang paras harga minyak tidak pernah naik bahkan sudah turun dengan drastik. tetapi kerajaan Malaysia masih mengekalkan harga yang lama. Betapa penipunya kerajaan Malaysia. Subsidi jugak dikira tapi terbalik le dari subsidi kerajaan ke rakyat dah menjadi subsidi rakyat kepada kerajaaan.

Pemimpin kerajaan sekarang terlampau boros dalam menggunakan khazanah negara, berbillion-billion rm malaysia digunakan untuk benda-benda yang tidak berfaedah, mahathir membazir 100billion, dollah badawi membazir 270 billion, dalam tidur pun sempat berbelanja mewah. Kebajikan rakyat terus di hentak dan dihilangkan, dipaksa memberi kepada kerajaan daripada kerajaan membela nasib rakyat yang terus dihimpit kemiskinan.

Pemimpin Negara sekarang hanya tahu memenuhi poket mereka dan membiarkan rakyat menderita dengan dasar-dasar kuku besi dan juga dasar-dasar menyusahkan rakyat. Sepatutnya pemimpin berfikir untuk mengeluarkan rakyatnya dari lubuk kesusahan dan kemiskinan tetapi pemimpin umno amat suka dengan keadaan mendera rakyat. Ekonomi makin mengucup dan tidak mustahil, rakyat malaysia menjadi negara miskin seperti bangladesh, mymmar, kemboja dan loas.

Harga gula dinaikkan kerana harga gula mentah dipasaran dunia telah melambung kata mail sabri dan dengan ini kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 0.20 sen, dan ini akan menjimatkan subsidi kerajaan kerana dengan menaikkan harga gula akan mengurangkan pesakit kencing manis, dan pemimpin kerajaan akan mengulang perkataan yang sama, duit subsidi yang dijimatkan akan digunakan untuk kebajikan rakyat dan juga pembangunan negara, dan laungan ini sambut oleh ngo-ngo yang barua dalam membodek pemimpin negara. baguslah gula dinaikkan, ini akan mengurangkan pesakit kencing manis dan dapat menjimatkan wang subsidi negara, telah berbillion dijimatkan oleh rakyat tetapi terus di boroskan oleh pemimpin yang korup dalam berbelanja. Inikah dinamakan penjimatan. Atas dasar apa ngo-ngo barua ni menyokong kenyataan yang tidak memberi erti langsung kepada rakyat. Apakah ngo-ngo ini faham kesusahan rakyat atau sengaja mencari populariti untuk diri sendiri.

Kebanyakan Kementerian telah memotong banyak buget kerana kekurangan wang dalam khazanah. Projek membazir terus diberi ruang kerana inilah tempat untuk mengkayakan kroni-kroni. Projek kereta F1 1 Malaysia membazir 1 Billion lebih, projek landasan keretapi berkembar hampir 4 billion lebih, skandal PKFZ lebih dari 6 billion, pembelian scorpine walaupun untuk ketenteraan dan untuk menjadi benteng mempertahankan Malaysia dari dicerobohi tetapi komisen hampir setengah billion menjadi padah kepada rakyat.

inilah yang sepatutnya dinamakan subsidi kerajaan. Jimat dalam membela nasib rakyat, memboroskan khazanah untuk kepentingan diri sendiri. Kerajaan mahu mengurangkan subsidi jadi harga barang terpaksa dinaikkan, hasil penjimatan ini akan digunakan untuk rakyat miskin dan pembangunan negara, aku dah naik jelak dengan perkataan ini setiap kali harga barang dinaikkan.

Berapa banyak lagi subsidi yang akan ditarik balik untuk memenuhi kantung negara yang sudah kering akibat keborosan pemimpin umno, nilai emas dalam bank negara telah berkurangan lebih dari separuh, rezab bank negara terus digunakan dengan sewenang-wenang oleh pemimpin umno. Makin banyak subsidi akan ditarik, subsidi ini sebenarnya sudah tiada atau dari dulu memang tiada pun dalam kamus kerajaan Malaysia, ia disebut untuk menghalalkan kenaikan harga barang. Itulah Malaysia negara ku. subsidi subsidi aje disebut jika ada kenaikan harga barang.

Tiada ulasan: