Sabtu, 26 Disember 2009

Mahathir:
Bukan RM100Billion tapi tak sampai RM10Billion pun...






Pada 25 Disember Utusan Online telah melapurkan..

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak mencecah RM10 bilion.

Beliau berkata, jika kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion seperti yang didakwa Barry Wain, penulis buku Malaysia Maverick, kerajaan sedia ada pasti tenat.

"Walaupun pertumbuhan kita agak lemah dalam beberapa tahun, kerajaan tidak pernah gagal memenuhi semua komitmen kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran balik hutang.

"Malah, kita pada masa itu memiliki wang secukupnya untuk membayar hutang lebih awal," kata beliau dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ di sini hari ini.

Dr. Mahathir dalam blog beliau itu turut menjelaskan kejadian-kejadian yang dikatakan menyumbang kepada kehilangan hampir RM10 bilion.

Katanya, salah satu dakwaan Barry ialah kerajaan kehilangan wang dalam urus niaga timah yang dibuat para spekulator.

Beliau mengakui memang berlaku kerugian di pihak kerajaan dalam urus niaga itu tetapi tidaklah berbilion ringgit seperti yang didakwa.

Selain itu kata beliau, Bank Negara pernah memperdagangkan pertukaran wang asing dan beliau sendiri tidak pasti jumlah sebenar kerugian namun yakin ia tidak seperti mana yang diuar-uarkan oleh Barry Wain.

"Kerajaan telah bertindak memberhentikan urus niaga berkenaan," katanya.
Selain itu, kata beliau, satu lagi kerugian dalam era pentadbiran beliau ialah kerugian Bank Bumiputera di Hong Kong.

"Secara keseluruhan, saya tidak rasa kerugian mencapai jumlah RM10 bilion pun," katanya.

Dr. Mahathir berkata, dalam eranya, beliau telah berusaha mewujudkan beberapa projek penting bagi kegunaan rakyat dan pembangunan negara antaranya jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat di Klang serta komuter.

Projek lain, katanya, ialah transit aliran ringan (LRT), monorel, jaringan lebuh raya di seluruh negara, kereta api elektrik dan landasan berkembar, pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya, Cyberjaya, pembangunan Pulau Langkawi, Proton, Modenas, kilang pembuatan cip Silterra, kilang simen dan lain-lain.

"Bagaimanapun saya tidak rasa Barry Wain merujuk kepada projek-projek ini ketika dia berkata saya merugikan RM100 bilion wang kerajaan," katanya.

Beliau meminta kerajaan agar bersikap telus dan membuka semua siasatan berhubung perbelanjaan pada zaman pentadbirannya dan untuk berlaku adil, siasat juga pentadbiran selepas beliau.

"Tidak perlu ada sebarang cover up," katanya.


Jadi Mahathir telah mengakui bahawa memang benar terdapatnya pembaziran atau kerugian sepanjang pentadbiran beliau sebagai PM iaitu sebanyak hampir RM10 Billion bukan RM100 Billion sebagaimana yang telah didakwa Barry Wain didalam bukunya Malaysia Maverick.

Dan katanya juga "Secara keseluruhan, saya tidak rasa kerugian mencapai jumlah RM10 bilion pun,". RM10 bilion pun.. perkataan pun yang digunakan dihujung RM10 Billion itu menunjukkan bagi Beliau itu satu jumlah yang kecil sahaja. Adakah RM10 Billion itu satu jumlah yang kecil?

Beliau juga berkata, jika kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion seperti yang didakwa Barry Wain, penulis buku Malaysia Maverick, kerajaan sedia ada pasti tenat.

Jika kerajaan sedia ada pasti tenat jika telah kerugian RM100 Billion semasa berada dibawah pentadbiran beliau, bagaimana pula dengan tuduhan beliau kepada Pak Lah?

Mahathir telah mendakwa dibawah pentadbiran Pak Lah Malaysia telah kehilangan ataupun kerugian RM270 Billion yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh Pak Lah.

Jadi kalau dengan kehilangan RM100 Billion semasa Mahathir menjadi PM, Kerajaan yang sedia ada akan tenat, Bagaimana pula agaknya keadaan kerajaan sekarang jika benar telah kehilangan RM270 Billion semasa era Pak Lah?

Kalau hilang RM100 Billion sudah tenat,hilang RM270 Billion sudah pasti muflis atau mati…

Dan RM10 Billion tu bukannya satu jumlah yang kecil Che Det ooiii!!

Tiada ulasan: