Jumaat, 28 September 2012

Bila Kadir Menari Sumazau Depan Hj Hadi

SELEPAS SUBUH                                                                                                                  

Politik sekular membenarkan maksiat dan hak asasi mengizinkannya. Namun batas-batas dan hukum agama tidak membenarkan walaupun dalam keadaan apa dan untuk apa sekali pun. Ketegasan ini dikatakan rigid, oleh anti agama tetapi sebenarnya inilah istimewanya agama yang membezakan penganutnya dengan penganut agama lain.
Kiri - Kadir membelakangkan camera mendepa tangan menari.
Atas prinsip itu saya membuat catatan ini dengan harapan ia akan melepaskan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan ia juga melepaskan tanggungjawab orang Islam lain sebagai kewajiban umum, fardu kifayah. Dalam istilah fardu kifayah kalau sesutau tanggungjawab umum itu tidak dilaksanakan oleh semua orang tetapi cukuplah seorang saja memikulnya ia sudah memadai, yang lain terlepas dari dosa.

Semasa kunjungan para pemimpin Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini, dalam satu majlis di Tuaran, Sabah para hadirin khasnya para pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk sama-sama menari Sumazau di pentas bersama beberapa orang jelitawan Kadazan Dusun yang putih melepak.

Tarian atau komitmen pemimpin PR itu sebagai membuktikan mereka tidak memperkecilkan tarian tradisional Kadazan Dusun itu yang merupakan tarian meraikan tetamu yang menjadi amalan tradisi. Slog untuk tarian itu sebagai menjawab satu fitnah dilemparkan oleh blog yang menyamar atas nama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperkecil-kecil dan menghina tarian berkenaan sebagai tidak berakhlak dan tidak tamadun.

Walaupun slog itu tidak perlu dalam majlis sambutan Hari Malaysia itu, tetapi itulah yang disediakan. Untuk menunjukkan semua sporting dipanggil semua pemimpin yang ada naik ke pentas. Sebegitu mendengar pengumuman itu saya yang berada agak jauh dari pentas mendekati kerusi-kerusi viip...di hadapan pentas, bukan teringin hendak menari, tetapi kerana timbul juga rasa bimbang manalah tahu ada pemimpin Pas yang berpinar biji mata naik ke atas.

Di hadapan itu ada Abdul Hadi Awang, Muhammad Sabu, Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli, Mustapa Ali dan lain-lain. Pemimpin PKR pula, ada Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Khalid Ibrahim, dan lain-lain. Alhamdulilah semua pemimpin Pas dan PKR beragama Islam tidak naik ke pentas dan tindakan mereka itu difahami oleh pihak penganjur.

Persefahaman dan penghomatan kepada budaya dan agama masing-masing ada.

Tetapi beberapa orang pemimpin PKR bukan Islam naik ke pentas. Tidak hairan sebab tidak ada apa-apa masalah dan halangan buat mereka. Namun yang sedikit merujakana saya apabila Kadir Sheikh Fadzil ikut sama naik ke pentas, mendepa tangan dan terhinjuk-hinjuk macam anak kucing kaki terpijak duri menari dengan jelitawan Kadazan Dusun. Untuk pengetahuan, Kadir bukan pemimpin PKR dia hanya menyelit dalam majlis atas kapasiti dirinya sendiri. Setahu saya tidak ada hubungan atau ikatan apa-apa dia dengan Pakatan Rakyat melainkan hadir atas kehendaknya sendiri.

Nampak selamba saja Kadir dengan tarian itu. Seperti saya kata tadi itu adalah hak peribadi dan dibenarkan oleh hak asasi manusia. Tetapi Kadir seorang Islam adalah tidak wajar berbuat demikian. Kalau pun majlis sosial begitu biasa baginya tetapi dia perlu menghormati kepada pemimpin Melayu lain yang ada di bawah. Kalaupun bukan kepada Anwar dan Muhammad Sabu tetapi kepada Abdul Hadi Awang. Dia juga perlu sedar di mana beliau berada, di majlis Pakatan Rakyat.

Janganlah gara-gara tindakan itu menyebabkan Pakatan Rakyat terpalit noda yang tidak diudang.

Saya malas ulas panjang nanti timbul tanggapan lain pula. Cuma kepada Kadir kalau hendak berkawan dengan Pakatan Rakyat khasnya Pas ubahlah perangai dan budaya itu. Beliau kena studi Pas berbeza dengan parti lain. Wajar juga kalau selepas ini Pas memikir banyak kali untuk mengundang Kadir ke majlis ceramahnya.

Kalau selepas ini Pas tidak mengundang Kadir diceramahnya jangan berkecil hati. Pas dalam keadaan apa jua keadaan parti itu perlu menjaga integritinya. Integriti Pas bukan saja individunya tetapi organ itu sendiri.

Pas bukan Umno, Pas bukan DAP dan Pas bukan PKR. Pas adalah Pas yang dikatakan rigid tetapi pendirian dan dasarnya berlandaskan keyakinan apa yang diajarkan agama yang menjadi ideologinya. Kita tidak mahu Kadir masuk ke dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat menjadi semak dan masalah kepada Pakatan Rakyat. Lagi pun pengaruh Kadir bukan besar sangat, hadirnya tak lebih dan tak kurang bagaikan melukut di hujung gantang saja. Sebagai melukut Kadir sepatutnya tahu sebesar mana bakul dan sebesar mana cupak.

Nie cerita Najib dengan JET aka Kapal Terbang yang di sewa.

RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini
 
NONEJumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Ingatkan orang kaya macam Syed Mokhtar hidup tak ada hutang.

Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan, kata Pua
KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.
“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.
“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.

Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.
“Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion, lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.
“Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini,” kata Pua lagi.
Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, “Syed Mokhtar umpama raja kerana banyak bank di belakangnya.”

lesen memandu sepatutnya sekali saja seumur hidup..




gua akan buat beberapa kira-kira matematik beb..rakyat malaysia yang mempunyai lesen memandu seramai 18 juta orang, 18 juta x rm 30.00 = rm 540juta setahun.. kahkahkah..

woi.. kerajaan malaysia di bawah Barisan Nasional sedang berniaga ''dadah'' dengan Rakyat malaysia.. rakyat saja rugi di PAKSA bayar walau apapun asalan..

BN tetap untung besar! setengah billion tiap-tiap tahun masuk poket siapa beb? insuran lagi? rotax lagi? kahkahkah.. Bangang sungguh rakyat malaysia ni kan? undilah BN.. anda pasti akan Menangis dalam Ketawa.. kahkahkah..

Sabtu, 22 September 2012

Anwar Bagai Dikejar Abu Lahab

TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah.
Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu.
Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.
D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar.
Apalah nasibnya?
Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.
Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.
Baginda dihardik dengan kalimah ‘celaka’ oleh Abu Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.
Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.
Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda.
Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.
Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih.
Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakupi semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.
Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di sebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya.
Ketika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi.
Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.
Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat.